Pengenalan
Kanser pangkal rahim atau serviks adalah sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel
kanser di dalam pangkal rahim seseorang wanita.
Serviks dirujuk kepada apa sahaja struktur yang berbentuk seperti leher. Serviks uteri
membawa maksud leher uterus. Ia merupakan sebahagian dari rahim yang membuka ke
arah faraj. Pangkal rahim dialas oleh dua jenis sel. Jenis pertama melapisi bahagian luar
pangkal rahim dan jenis yang kedua melapisi bahagian dalam serviks. Di antara kedua-
dua jenis sel ini terdapat satu persimpangan yang dikenali sebagai zon transformasi
atau zon pertukaran. Di kawasan inilah sampel untuk ujian PAP smear diambil kerana di
sinilah biasanya berlaku perubahan yang dikenali sebagai displasia atau perubahan pra
kanser dan terjadinya kanser.
Definisi Istilah:
Tumor : Ketulan tisu yang abnormal yang terjadi akibat pertumbuhan sel yang
berlebihan atau tidak terkawal. Ia tidak mempunyai apa-apa fungsi yang tertentu. Tumor
ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu, benign dan malignan.
Tumor benign : Ketumbuhan setempat yang bukan kanser. Tumor benign tidak
merebak, tetapi mampu membesar dan boleh menyebabkan komplikasi setempat.
Tumor malignan : Ini adalah ketumbuhan kanser. Sel-selnya mampu memasuki dan
merosakkan organ-organ setempat dan juga mampu merebak ke bahagian-bahagian
lain yang lebih jauh dalam badan melalui saluran darah dan saluran limfa. Sel-sel itu
juga mampu merebak dan mewujudkan komplikasi-komplikasi selanjutnya di paru-paru,
hati dan tulang. Ini dikenali sebagai perebakan sekunder atau metastasis. Kanser
secara globalnya telah diterima sebagai sejenis penyakit yang boleh membawa maut
atau fatal, jika tidak dirawat.
Secara amnya, pertumbuhan kanser pangkal rahim atau serviks adalah perlahan dan
beransur-ansur. Peringkat pertumbuhan awal tisu pangkal rahim (pra kanser) atau
displasia adalah sangat jelas. Semasa melalui peringkat displasia ini, tisu pangkal rahim
mula mengalami perubahan dan ini boleh dikesan dengan pemeriksaan PAP smear.
Sekiranya tiada tindakan diambil, sel-sel tidak normal itu mampu menjadi karsinoma
setempat (carcinoma in-situ atau CIS ) kemudiannya.
1
Sel-sel kanser terdiri daripada pelbagai jenis. Jenis yang paling biasa adalah sel kanser
skuamus dan juga adenokarsinoma atau gabungan antara kedua-dua jenis sel ini.
Terdapat juga jenis-jenis yang lebih jarang ditemui walaupun rawatan dan
epidemiologinya adalah sama dengan jenis yang biasa ditemui.
Kanser skuamus
Jenis ini merupakan antara 80 - 85% dari keseluruhan kes kanser. Kanser ini biasanya
bermula pada pangkal rahim dan dapat didiagnoskan pada peringkat awal melalui
pemeriksaan PAP smear. Kanser jenis ini adalah berkait rapat dengan virus papiloma
manusia atau Human Papilloma Virus (HPV) yang diperolehi melalui aktiviti atau
hubungan seks.
Adenokarsinoma
Kanser ini merupakan lebih kurang 10% dari keseluruhan kanser pangkal rahim. Ia
berasal daripada tisu di dalam kelenjar serviks. Ia tidak berkaitan dengan hubungan
seks.
Kanser serviks boleh dikategorikan kepada empat peringkat, yang pada asasnya
digunakan untuk menentukan jenis rawatan dan prognosis, adalah seperti berikut :
Kanser pangkal rahim merupakan kanser yang kedua yang paling biasa menyerang
wanita di dunia, di mana 80% daripada kes-kes ini berlaku di negara-negara sedang
membangun. Di beberapa negara membangun, (seperti Finland dan Sweden) di mana
program kawalan kanser telah dijalankan dengan berkesan, paras morbiditi (penyakit)
dan juga mortaliti (kematian) daripada kes kanser telah pun berjaya dikurangkan.
2
Asas Saintifik
Kanser pangkal rahim berlaku apabila terdapatnya pertumbuhan sel-sel yang tidak
normal pada pangkal rahim yang tidak dapat dikawal. Jika ia dibiarkan tanpa rawatan :
Sel sel ini akan menembusi dan memusnahkan sel sel pangkal rahim yang
normal. Ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tiada gejala yang timbul.
Rawatan yang rapi di peringkat ini mungkin dapat memulihkan keadaan.
Pertumbuhan sel-sel kanser ini boleh dibahagikan kepada beberap gred berdasarkan
kepada 2 sistem klasifikasi iaitu Sistem CIN dan Sistem Bathesda. CIN atau 'Cervical
Intraepithelial Neoplasia' bermaksud terdapatnya keabnormalan dalam pemeridian atau
pembiakan sel-sel. Dalam kebanyakan kes, lesi pra kanser ini mudah dirawat dan boleh
pulih sehingga 100%. Jadual di bawah menunjukkan nomenklatur (penamaan) CIN yang
digunakan untuk pengkelasan sel-sel tidak normal ini:
Normal Normal
HPV HPV
Bintilan, ketumbuhan ataupun ulser akan terus tumbuh sekiranya dibiarkan tanpa
rawatan. Apabila telah pun merebak melampaui pangkal rahim, ia tidak lagi
3
dianggap sebagai peringkat awal penyakit. Rawatan pada peringkat ini biasanya
tidak lagi berkesan.
Penyakit ini merebak dan terus memusnahkan struktur-struktur normal di
bahagian-bahagian lain yang jauh dalam badan. Ini akan mengganggu
fungsinya, menimbulkan kesakitan, penderitaan dan juga kematian.
Bagi kanser pangkal rahim, tiada siapa pun yang dapat menentukan punca sebenarnya
walaupun virus papiloma manusia dikenalpasti menyebabkan 95% dari kanser sel
skuamus.
Penyebab
Walaupun banyak penyelidikan telah dijalankan bagi menentukan penyebab bagi kanser
pangkal rahim, namun sebab-sebab yang khusus masih belum ditemui. Virus papiloma
manusia telah dianggap sebagai punca utama bagi kanser pangkal rahim setakat ini.
Jangkitan virus ini adalah merupakan faktor risiko yang utama bagi kanser pangkal
rahim mengatasi faktor-faktor risiko yang lain yang telah diketahui. Hari ini, jangkitan HIV
telah dikaitkan dengan faktor risiko kanser pangkal rahim dan pesakit HIV akan
menghadapi kesan yang lebih agresif dan teruk.
Faktor risiko
Banyak faktor telah dikenalpasti menyumbang kepada kejadian kanser pangkal rahim di
kalangan wanita. Antaranya adalah seperti tingkah laku seks, merokok dan jangkitan
kuman-kuman penyakit kelamin.
Faktor risiko yang berkaitan dengan pertumbuhan sel kanser adalah seperti berikut :
Kanser pangkal rahim boleh dianggap sebagai sejenis panyakit kelamin. Memiliki
banyak pasangan seks boleh meningkatkan insidens dijangkiti virus yang boleh
menyebabkan kanser ini kemudiannya. Mengadakan hubungan seks dengan
pasangan yang mengamalkan seks bebas dengan pasangan yang banyak boleh
meningkatkan risiko mendapat kanser pangkal rahim.
Umur merupakan satu faktor risiko dan juga insidens kanser pangkal rahim.
Ianya meningkat dengan peningkatan umur.
4
Anda atau pasangan anda memdapat jangkitan ketuat alat kelamin (Genital
Wart)
Virus jenis ini ditemui di dalam 90% dari kes kanser pangkal rahim.
Merokok
Kanser serviks lebih mudah berlaku di kalangan wanita yang datang dari
golongan sosioekonomi yang rendah.
Insidens
Kanser pangkal rahim merupakan jenis kanser yang kedua yang paling biasa berlaku di
kalangan wanita di Malaysia selepas kanser payu dara. Dianggarkan kadar kejadian
atau insidens penyakit kanser pangkal rahim ini di Malaysia adalah di antara 20.1 hingga
30.0 bagi setiap 100,000 wanita. Ia boleh berlaku di kalangan semua bangsa tetapi
wanita Cina mempunyai insidens yang lebih tinggi berbanding wanita Melayu dan juga
India. Sebab terjadinya demikian masih tidak dapat diketahui dan memerlukan
penyelidikan yang lebih lanjut. Di kalangan wanita Malaysia, kebanyakan kes kanser
pangkal rahim ini berlaku di kalangan mereka yang berumur antara 40 hingga 50 tahun.
Pendarahan dari faraj yang tidak normal - diantara waktu haid ,selepas
melakukan hubungan seks, kesakitan semasa haid dan juga selepas putus haid.
Sakit belakang
Hilang selera makan dan berat badan menurun.
Mengalami masalah membuang air kecil dan air besar
Sakit di bahagian pelvis - biasanya merupakan gejala yang lewat.
5
Gejala yang paling biasa adalah pendarahan faraj yang luar biasa walaupun terdapat
ramai pesakit yang memiliki gabungan pelbagai gejala-gejala lain. Walau
bagaimanapun, tidak semestinya anda mengidap kanser pangkal rahim jika anda
mempunyai gejala yang disebutkan di atas. Ia mungkin disebabkan oleh masalah
kesihatan yang lain. Cara terbaik sekali adalah dengan mendapatkan nasihat doktor
terlebih dahulu. Jangan berasa malu untuk memaklumkan kepada doktor anda.
Pengesanan awal adalah penting bagi penyakit ini. Pengesanan awal menjadikan
rawatan lebih berkesan dan peluang untuk pulih adalah tinggi.
Komplikasi
Komplikasi utama bagi kanser pangkal rahim biasanya disebabkan oleh perebakan
setempat ataupun penyakit-penyakit akibat dari perebakan itu sendiri.
Ujian - Ujian
Berikut adalah beberapa kaedah yang dilakukan untuk mendiagnos kanser pangkal
rahim:
Kesemua keputusan "PAP smear" yang tidak normal memerlukan penyelidikan yang
lebih lanjut dan terperinci
jika hanya terdapat perubahan luar biasa yang kecil, doktor akan menjalankan
ujian PAP smear ini sekali lagi dalam beberapa bulan.
Kolposkopi
Ini merupakan satu ujian yang menggunakan mikroskop untuk memeriksa tisu serviks
semasa ujian pelvis. Ia digunakan untuk melihat bahagian-bahagian yang tidak normal
di dalam serviks dan faraj yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Mengikut
6
prosedur ini, sedikit contoh tisu akan diambil dan kemudiannya akan dihantar kepada
Ahli Kaji Penyakit untuk diperiksa dengan lebih terperinci. Diagnosis ini akan membantu
pengurusan kes kanser seterusnya.
Ini melibatkan satu pembedahan kecil yang akan mengambil sedikit tisu
berbentuk kon daripada bahagian dalam serviks. Tisu ini kemudiannya dihantar
kepada ahli Kaji Penyakit untuk pemeriksaan lanjut.
Ujian Darah
Selepas ujian di atas dijalankan, perkara-perkara berikut pula dilakukan untuk tujuan
pengkelasan
Ujian imbasan CT atau "computer tomography" scan dan juga MRI (magnetic
resonance imaging) untuk abdomen dan juga pelvis
X-ray dada bagi menentukan sama ada kanser itu telah merebak ke paru-paru.
Kanser pangkal rahim hanya boleh disahkan dengan melakukan biopsi terhadap
ketumbuhan dan atau ulser yang terhasil.
Rawatan Farmakologi
7
daripada bahagian pelvis. Ubat-ubatan ini mungkin diberi secara intravena (suntikan
melalui salur darah) ataupun dalam bentuk pil yang dimakan. Ubat-ubat ini akan masuk
ke seluruh badan,melalui saluran darah dan akan memusnahkan sel sel kanser.
Agen kemoterapi mungkin digunakan di dalam merawat kanser ini. Peranannya adalah
agak terhad, tetapi hasilnya adalah lebih baik jika digunakan bersama-sama radioterapi
sebagai suntikan mingguan.
Agen kemoterapi boleh digunakan secara sendirian sebagai agen tunggal ataupun
digunakan secara gabungan bersama ubat-ubat lain untuk penyakit yang telah teruk.
Ubat yang biasa digunakan dalam merawat kanser serviks adalah :
Ifosfamide
Cisplastin
Paclitaxel
Irinotecan
Ataupun gabungan:
Paclitaxel / cisplastin
Cispalstin / methotrexate / bleomycin
Histerektomi dimpel
Prosedur loop electrosurgical excision (LEEP)
Rawatan laser atau cryoablation.
8
Peringkat Pertama Awal II
Radioterapi
Peringkat Kedua
Kemampuan seseorang wanita untuk mendapat anak boleh dipelihara sekiranya kanser
dapat dikesan awal dan dirawat. Rawatan kanser yang telah teruk bergantung kepada
tahap keterukan penyakit itu, umur dan juga tahap kesihatan am pesakit tersebut dan
juga risiko penyakit itu yang telahpun merebak ke bahagian lain.
Radioterapi adalah berkesan untuk merawat kanser yang belum merebak melampaui
bahagian pelvis. Ini merupakan rawatan pilihan dan kadar penyembuhannya adalah
tinggi terutamanya jika ia dilakukan bersama rawatan kemoterapi.
Pemantauan / Amaran
Ujian pemantauan yang sangat penting untuk kanser pangkal rahim ialah ujian PAP
smear. Setiap wanita perlu menjalani ujian ini setiap 3 tahun sekali ketika mereka masih
aktif dalam hubungan seks. Mereka perlu meneruskan ujian ini sepanjang kehidupan
dewasa mereka. Pengesanan dan pemantauan yang awal adalah penting untuk
merawat penyakit ini dengan berkesan.
Prognosis
9
Survival atau kemandirian seseorang pesakit itu bergantung pada peringkat kanser itu dan
rawatan yang diberi. Kadar kemandirian bagi pesakit kanser untuk masa 5 tahun adalah
seperti berikut :
0 100 %
I 85 - 90 %
II 70 %
III 50 %
IV 15 - 25 %
Pencegahan
Apa sahaja yang dapat meningkatkan risiko kanser serviks dipanggil faktor risiko.
Pencegahan boleh dijalankan dengan mengubahsuai faktor risiko. Kebanyakkan faktor-
faktor risiko ini boleh diubahsuai walaupun bukan semuanya boleh dielakkan.
o Berhenti merokok
o Amalkan pemakanan yang sihat
Amalkan hubungan seks yang sihat
Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami sebarang pendarahan faraj
yang tidak normal.
Jalanilah ujian saringan secara kerap
o Ujian saringan untuk kanser pangkal rahim, merangkumi pemeriksaan
pelvis dan juga ujian PAP smear yang membolehkan kanser dikesan di
peringkat awal. Rawatan boleh diberikan sebelum pertumbuhan kanser
tersebut. Ini telah terbukti dapat mengurangkan perebakan kanser
sebanyak 90 %.
Pencegahan adalah selalunya lebih baik dari rawatan. Pencegahan dapat mengelakkan
penyakit dan juga komplikasinya. Ini seterusnya akan dapat meningkatkan kadar
kemandirian seseorang pesakit. Adalah lebih mudah untuk menjauhi penyakit daripada
merawat penyakit tersebut apabila ia telah berlaku.
Tidak seperti kebanyakkan kanser lain, kanser pangkal rahim boleh dicegah. Faktor
yang memudahkan pengesanan awal perubahan pada tisu serviks adalah perubahan
sel kanser itu yang berlaku secara berperingkat. Faktor lain termasuklah perubahan
10
yang boleh dikesan sama ada dengan mata kasar atau dengan bantuan peralatan
tertentu. Ujian saringan termasuklah pemeriksaan sel serviks atau pangkal rahim
daripada wanita yang tidak menunjukkan sebarang gejala keabnormalan di masa
prakanser. Ujian PAP smear adalah teknik saringan yang paling biasa digunakan untuk
mengesan kanser pangkal rahim di seluruh dunia.
Hospital kerajaan
Klinik kesihatan keluarga
LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara)
Institut Kebangsaan Persatuan Perancang Keluarga
Klinik pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G)
Pusat Kanser Kebangsaan
Ujian PAP smear adalah satu ujian ringkas yang tidak memerlukan banyak masa dan ia
nya selesa. Ia mampu mengesan sebarang masalah pada pangkal rahim di peringkat
awal untuk didiagnos dan dirawat. Buat masa ini, ujian PAP smear dijadualkan sekali
dalam masa 3 tahun untuk wanita yang berumur antara 20 hingga 65 tahun. Walau
bagaimanapun, wanita yang aktif dalam hubungan seks disarankan menjalani ujian ini
dan menjalani ujian ulangan setahun selepas itu. Sekiranya ujian ini masih menunjukkan
keputusan yang negatif, sela masa tiga tahun adalah mencukupi untuk ujian yang
seterusnya.
PAP smear melibatkan pengambilan contoh sel daripada uterus atau rahim dan juga
pangkal rahim. Semasa pemeriksaan ginekologi, alat spekulum dimasukkan ke dalam
faraj supaya pangkal rahim dan juga bahagian dalaman faraj dapat diperiksa. Doktor
atau jururawat akan memasukkan kapas kesat ataupun spatula kayu, atau "cyrobrush"
lembut ke dalam bukaan serviks untuk mengambil contoh sel-sel endoservikal.
Kemudian, beliau akan mengikis perlahan-lahan pangkal rahim dan juga bahagian
luarnya menggunakan spatula untuk mendapatkan lelehan atau discaj yang
mengandungi sel serviks. Contoh itu kemudiannya diletakkan pada slaid kaca dan
dihantar kepada ahli Kaji Penyakiti dan juga Ahli Kaji Sel untuk pemeriksaan yang rapi
dengan menggunakan mikroskop. Laporan tentang perubahan yang berlaku akan
dihantar kepada doktor anda.
Selalunya, anda akan dimaklumkan mengenai keputusan ujian itu sama ada melalui
surat, telefon atau pun pada lawatan yang akan datang. Cadangan pengurusan dan
rawatan akan diuruskan. Ujian selanjutnya mungkin diperlukan. Kolposkopi mungkin
digunakan untuk melihat pangkal rahim dengan mikroskop bagi mengesan sebarang
jangkitan atau keabnormalan yang wujud pada pangkal rahim dan dinding faraj.
Sekiranya bahagian pangkal rahim didapati tidak normal, doktor mungkin akan meminta
biopsi diambil untuk ujian selanjutnya.
Tarikh haid
11
Ubat yang sedang dimakan seperti pil perancang keluarga atau pun sebarang pil
atau krim berhormon
Sebarang pendarahan selain haid
Sebarang lelehan atau discaj (pekat, putih dan berair)
Sejarah keabnormalan pada ujian PAP smear atau pun pernah mengalami
histerektomi (pembedahan pembuangan uterus)
Maklumat ini akan membantu pakar dan juga doktor yang bertanggungjawab memeriksa
contoh sel itu untuk membuat keputusan sama ada PAP smear itu normal ataupun tidak.
Langkah pencegahan yang terbaik adalah dengan menjalani ujian PAP Smear secara
berkala.
12