Anda di halaman 1dari 1

AHMAD ALI IMRAN BIN AZLAN

C17B0004
CWT 3172 APRESIASI ESTETIKA

ASSIGNMENT 1

Saya telah memilih lukisan “the old guitarist” yang dilukis oleh seorang pelukis terkenal yang
berasal dari Sepanyol iaitu Pablo Picasso. Lukisan ini telah dilukis sekitar tahun 1903-1904.
Lukisan ini menggambarkan seorang lelaki tua, buta, lesu dan memakai pakaian lusuh sedang
bermain gitar.
Untuk penilaian “the agreeable” saya melihat pelukis menggunakan warna yang agak suram.
Mungkin pelukis mahu menyesuaikan dengan situasi lelaki tersebut yang kelihatan lemah dan
lesu.
Untuk penilaian “the good” pula, saya melihat lukisan ini dilukis seolah-olah bagi
menerangkan keadaan yang berlaku di zaman itu. Mungkin di zaman itu, manusia berada
dalam keadaan yang susah dan terpaksa menyara diri dengan mencari duit di jalanan. Jadi
pelukis mahu orang yang melihat lukisan ini memahami apa yang berlaku di zaman itu.
Bagi penilaian dari segi “the beautiful” saya melihat lukisan ini dilukis begitu kemas, cantik
dan sesuai dengan apa yang ingin disampaikan oleh pelukis tersebut.
Bagi penilaian dari segi “the sublime” pula, pelukis berjaya menyampaikan apa yang ingin
disampaikan melalui lukisan ini. Dari segi penggunaan warna, gambaran yang dilukis,
semuanya memudahkan orang yang melihat lukisan ini untuk memahami apa yang dilukis
oleh pelukis. Kesimpulannya, lukisan ini sangat menarik perhatian dan mudah untuk difahami
oleh orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai