Anda di halaman 1dari 2

FAEDAH BERSUKAN

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita.
Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini
kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti
berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku
pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak
berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat
berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya,
ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di
kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan
permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi
latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat
dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun
negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya
mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut
seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas

Antara aktiviti harian yang penting dalam kehidupan kita ialah bersukan. Bersukan membawa
banyak kebaikan.
Bersukan dapat menyihatkan badan kita. Jika kita selalu bersukan, badan kita akan
menjadi cergas dan kuat. Oleh itu, kita dapat menjauhkan diri daripada penyakit seperti penyakit
kencing manis, penyakit jantung dan sebagainya.
Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah jika kita selalu
bersukan. Kita juga tidak akan membuang masa dengan sia-sia. Ini dapat membantu kita
mengelakkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat seperti merokok, menghisap dadah, lepak
dan sebagainya.
Selain itu, bersukan dapat menenangkan fikiran kita. Semasa kita bersukan, kita dapat
menghilangkan penat selepas belajar. Dengan ini, keputusan kita dapat ditingkatkan.
Bersukan juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan kawan. Hal ini adalah kerana jika
kita selalu bersukan, kita dapat berjumpa dengan kawan kita dengan lebih kerap. Contohnya sukan
seperti badminton dan ping pong yang melibatkan lebih daripada satu pemain.
Kesimpulannya, bersukan membawa banyak faedah kepada kita. Oleh itu, kita harus
menanam tabiat baik ini sejak kecil lagi
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-
guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya
ucapkan. Pada hari ini, saya akan menyampaikan ucapan yang bertajuk,
“Kepentingan Sukan”.

Hadirin sekalian,

Sukan sangat penting kerana dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan


minda. Apabila bersukan, badan kita akan berpeluh dan darah mengalir dengan
lancar. Secara tidak langsung, kita juga terhindar daripada penyakit.

Selain itu, sukan seperti permainan bola sepak dapat dijadikan alat untuk
menyatupadukan rakyat. Ini kerana semasa bersukan, kita bekerjasama untuk
menang tanpa mengira perbezaan kaum atau agama.

Selanjutnya, sukan sangat penting kerana dapat memperkenalkan sesebuah


negara di mata dunia. Negara kita akan dikagumi jika atlet kita cemerlang dalam
arena sukan.

Akhir sekali, sukan penting kerana dapat mengisi masa lapang seseorang
dengan bermanfaat. Selain menambah kenalan, masalah sosial juga dapat
dikurangkan.

Jelaslah, aktiviti sukan banyak faedahnya. Oleh itu, pilihlah sukan sebagai
aktiviti riadah.

Anda mungkin juga menyukai