Anda di halaman 1dari 3

Jenis terapi

2. Terapi cara kerja.

Terapi cara kerja atau lebih dikenali sebagai Occupational (OT) adalah satu profesion kesihatan
yang memberi focus kepada pemulihan kecederaan, penyakit kecacatan fizikal dan mental
serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam
menghadapi aktivit kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah. Ahli terapi
carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion kesihatan dan perubatan lain bagi
merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam fizikal, neurologi, orthopedikm medical,
pediatric, geriatric dan psikiatrik. Ahli terapi carakerja perlu kreatif dan inovatif dalam
mengadaptasikan dalam setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar boleh digunakan
dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima
dalam kehidupan.

Objektif terapi kerja dijalankan:

- membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik.

- memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik.

- membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian.

Kepentingan terapi kerja.

-Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik.

-Meningkatkan kemampuan seseorang melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil.

3. Terapi muzik dan nyanyian.

Terapi muzik adalah 1 profesion kesihatan bersekutu dan salah satu terapi ekspresif yang terdiri
daripada proses interpersonal di mana ahli terapi muzik terlatih menggunakan muzik bagi
memulihkan dari aspek fizikal, emosi, mental, social, estetik, dan rohani untuk membantu
memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Dengan terapi muzik juga dapat meningkatkan
kesihatan dari segi kognitif, kemahiran motor, pembangunan emosi dan afektif, tingkah laku dan
kemahiran sosial dan kualiti hidup.

3.2 Jenis Peralatan Muzik

Muzik tradisional melayu:

- Dipalu (rebana, beduk, gendang dsb.)

- Digesek/Petik (rebak, gambus dll.)


Peralatan Muzik Barat.

- Perkusi tidak berpic. (loceng, tamborin, kerincing dsb.)

- Tiup dan Bras. (rekorder, melodian, dsb.)

3.3 Pemilihan muzik sebagai satu cara rawatan.

i. Muzik melibatkan tingkah laku manusia yang universal. Muzik merupakan sebahagian
daripada kehidupan manusia semenjak dari mula dilahirkan lagi.

ii. Muzik adalah sesuatu yang berdasarkan kepada bentuk fizikal. Ia terdiri daripada struktur
fizikal yang nyata dan boleh diterima oleh deria manusia.

iii. Muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua manusia. Ia
memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta perhubungannya dengan
pemikiran dan tubuh badan.

iv. Muzik memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. Ia boleh mendorong,
menstruktur dan menginteraksi sesuatu aktiviti, pencetusan idea dan mempengaruhi mood dan
tahap aktiviti yang dilakukan.

4. Terapi Seni Visual.

4.1 Definisi Seni dan Seni Visual

Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani kehidupan dengan
pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari, seni muzik,
seni visual, kraftangan, fesyen dan lain-lain.

4.2 Kepentingan Seni dalam kehidupan dan pendidikan.

- Seni merupakan pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan.

- Seni adalah pengalaman yang berlaku sepanjang hari.

-Seni adalah pengalaman universal.

4.3 Fungsi Seni dalam Pendidikan.

- Sebagai satu alat membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

- Menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estetika.

- Menyumbang kepada kepuasan diri.

- Meningkatkan imaginasi kreatif.

- Menyumbang kepada penyelesaian masalah.

- Menekankan kepada pemikiran yang asli, pelaksanaan dan penilaian.


- Menyumbang kepada perkembangan personaliti.

4.4 Kepentinga PSV kepada kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran.

- meningkatkan keupayaan interaksi dengan alam sekitar.

- meluahkan perasaan.

- menikmati keseronokan menjalani aktiviti.

- menguatkan daya imaginasi.

5.Terapi Pertuturan.

5.1 Definisi.

- Terapi pertuturan ialah suatu rawatan bagi memperbaiki kecacatan pertuturan. Ia mungkin
berpunca dari otak, telinga, sepanjang peti suara yang menjejaskan peti suara, alat artikulasi,
perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan bahasa.

- Terapi pertuturan dilakukan untuk membantu seseorang untuk menguasai pertuturan dan
komunikasi dengan lebih baik.

5.2 Kepentingan terapi pertuturan.

- melatih murid menguasai kemahiran tertentu.

-membantu murid membunyikan bunyi-bunyi bahasa.

-meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu.

5.3 Kepada siapa rawatan diberi:

- kanak-kanak lewat pertuturan.

-bibir atau lelangit sumbing.

-kanak-kanak dengan pertuturan khusus.

-gagap atau sengau.

-pesakit stroke.

5.4 Punca masalah

- lewat perkembangan

-masalah pendengaran

-otot lisan lemah

-kecacatan masa lahir

Anda mungkin juga menyukai