Anda di halaman 1dari 46

MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Seperti yang diketahui umum, kini kita telah berada di era globalisasi yang begitu

pesat berkembang. Banyak perubahan dan kejayaan yang dapat dilihat dari

semasa ke semasa. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk turut bersama mengikut

arus permodenan ini. Negara kita tidak kurang hebatnya untuk brsaing dengan

negara-negara lain. Banyak penyelidikkan dan pembanggunan telah dijalankan

bagi merialisasikan matlamat jangka panjang negara kita iaitu Wawasan 2020.

Kerajaan telah menjalankan banyak usaha bagi memastikan Malaysia akan terus

maju dan berkembang. Malangnya, sebenarnya kita mempunyai masalah dalaman

yang begitu membimbangkan. Jika ia dipandang remeh terhadap masalah ini, kita

mungkin akan mempunyai kesukaran untuk mencapai matlamat kita. Masalah

tersebut adalah masalah sosial yang kebanyakkannya membabitkan remaja

negara. Generasi yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Mereka

jugalah yang akan menyambung usaha untuk memajukan negara kita. Jadi,

masalah sosial harus dipandang serius oleh semua pihak. Justeru, saya bersama

ahli kumpulan saya telah memilih masalah sosial sebagai tajuk besar. Segulung

jutaan terima kasih yang tak terhingga dari kami kepada pensyarah subjek ini iaitu

Prof.Madya Dr. Hj Mohd Sharifudin bin Yusop kerana memberi peluang untuk kami

menimba dan mematangkan fikiran serta mnencetuskan idea bagi menyiapkan

kerja kursus ini agar dapat menjadi titipan orang ramai agar lebih perihatin

terhadap masalah yang melanda sekaligus bersama-sama dalam membendung

gejalah yang kian menjadi kini.

1
2.0 MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

2.1 PEMBUNUHAN

Sejak kebelakangan ini,kejadian pembunuhan kerap berlaku di Negara kita.Isu ini juga

sudah mendapat perhatian umum di seluruh Negara.Seperti yang saya

ketahui,pembunuhan ialah menghilangkan nyawa seseorang tanpa niat atan dengan

niat sama ada secara sengaja atau tidak.Masyarakat di Negara kita sering

beranggapan bahawa membunuh itu merupakan suatu perbuatan jenayah tetapi ia

sebenarnya juga boleh dikategorikan sebagai salah satu daripada gejala sosial yang

serius di Negara ini.

2.1.1 Punca-Punca Berlakunya Gejala Ini

Kurang didikan agama dalam diri seseorang ialah antara punca berlakunya gejala

pembunuhan. Segelintir manusia pada hari ini sudah tidak kisah tentang kepentingan

agama dalam hidup mereka.Mereka tidak sedar bahawa ilmu agamalah yang

menentukan landasan hidup mereka yang sebenar.Tidak ketinggalan juga nilai-nilai

kemanusiaan yang semakin pupus dalam diri manusia.Hal ini akan menyebabkan

berlakunya gejala negatif tersebut.

Di samping itu,punca keruntuhan sistem keluarga juga menyebabkan

berlakunya gejala tersebut.Hal ini dapat dilihat menerusi kes-kes penderaan kanak-

kanak yang kian berlaku.Mereka bukan sahaja didera malah dibunuh kejam oleh

manusia yang berhati binatang.Punca ini berlaku disebabkan sikap sebilangan ibu

2
bapa hari ini yang terlalu mengejar kebendaan tanpa mengikuti perkembangan

keluarga di rumah.

Selain itu,tekanan emosi dalam diri juga menjadi faktor wujudnya gejala sosial

pembunuhan ini.Seseorang yang boleh terdorong untuk melakukan perbuatan

tersebut adalah berkemungkinan dirinya tidak mampu untuk mengawal emosi dengan

baik apabila dilanda masalah.Contohnya dalam kes kematian empat sekeluarga yang

mati dibunuh oleh ahli keluarganya sendiri.Kejadian ini berlaku mungkin disebabkan

gangguan emosi yang terlampau.Punca tersebut juga boleh menyebabkan kejadian

bunuh diri.

Faktor terakhir yang boleh disumbangkan berlakunya gejala tersebut juga ialah

pengaruh dari persekitaran.Misalnya pada masa kini,kita dapat lihat majalah-majalah

hiburan yang dijual di serata tempat di samping peralatan media elektronik seperti

televisyen,internet dan lain-lain.Segala kemudahan yang disediakan disalah guna

sehingga naluri manusia didorong untuk berkelakuan ganas.

3
2.1.2 Kesan-Kesan

Antara implikasi-implikasi yang boleh disumbangkan dalam gejala sosial

tersebut pula ialah berlaku kemunduran pembangunan Negara.Hal ini kerana ia akan

mengganggu proses pembangunan yang sedang giat beroperasi.Kadar jenayah yang

sedang menaik juga mempengaruhi perkembangan Negara. Misalnya,waktu

perniagaan yang dijalankan akan dikurangkan oleh para peniaga kerana mereka tidak

mahu menanggung risiko yang boleh menjejaskan perniagaan mereka.

Kekerapan kes-kes pembunuhan yang berlaku juga member kesan terhadap

masyarakat di Negara ini sendiri.Masyarakat akan diselubungi rasa takut untuk

menjalani aktiviti seharian mereka.Pergerakan mereka akan terbatas disebabkan

mereka perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.Keadaan ini juga akan

menyebabkan masyarakat akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram di Negara

mereka sendiri.

Selain itu,gejala sosial tersebut juga dapat memberi kesan terhadap ahli

keluarga mangsa pembunuhan itu sendiri.Kebanyakkan daripada keluarga mangsa

bunuh sukar menerima kenyataan tentang kejadian yang berlaku.Situasi sedemikian

boleh berlaku apatah lagi mangsa merupakan salah seorang daripada ahli keluarga

yang paling disayangi atau paling rapat dalam kalangan keluarga tersebut.Tekanan

hidup juga akan timbul sekiranya keluarga mangsa terlampau terkejut dengan

kejadian terbabit.Contohnya ,seorang ibu mungkin boleh menjadi gila sekiranya

terlihat anaknya dibunuh di depan mata sendiri.

4
Tuntasnya,apa yang dapat kita hurai dalam masalah gejala sosial pembunuhan

di atas ialah ia bukan sahaja dianggap serius malah amat membimbangkan

masyarakat di seluruh Negara pada hari ini.Masyarakat kita mungkia berasa bertuah

kerana dapat hidup dalam Negara yang bebas daripada peperangan.Namun,

sekiranya masalah gejala sosial tersebut berterusan berlaku,maka ia juga boleh

menjejaskan keamanan di Negara ini. Oleh itu,semua pihak haraslah berganding bahu untuk

mengatasi masalah ini agar masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana yang

aman damai selamanya.

5
2.2 REMPIT

Pada masa kini masalah rempit semakin melanda di Malaysia dan menjadi

semakin serius terutamanya dikalangan remaja. Masalah ini sering dikaitkan dengan

pelbagai faktor dan punca, antaranya ialah ledakan teknologi, pengaruh media,

internet, kurangnya pantauan dari ibu bapa dan sebagainya. Antara impak yang kita

dapat lihat akibat dari masalah rempit ini ialah mencuri, merompak, meragut,

penyalahgunaan dadah, kematian dan kemalangan.

'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah Mat Rempit bagi mengelak

publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Ketua Trafik

Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof menyatakan bahawa keputusan

tersebut dicapai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mesyuarat pasukan itu di

Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau turut meminta pihak media dan pengeluar filem

agar tidak mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti

keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak

mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut.

Penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti Samseng Jalanan pada

pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan belia

negara ini. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma

menunggang secara berbahaya di jalan raya.

Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai,

ataupun telah diubah suai. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen

sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan

turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia

sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Mereka beraksi pada waktu senja,

6
malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci

motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke

pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala

Lumpur.

Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur

untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah

Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya

Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa

remaja belasan tahun. Sebagai langkah pencegahan Samseng jalan raya atau 'Mat

Rempit’ akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori

setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Ini berikutan

hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan

iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun tidak

mampu menyedarkan mereka. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz

Yusof berkata, cadangan itu yang kini masih pada peringkat Polis Diraja Malaysia

(PDRM) akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan sebelum mendapatkan

kelulusan."Pihak kita ada berbincang untuk laksanakan hukuman penjara mandatori

bagi samseng jalanan. Sebelum ini kebanyakan kes, pesalah hanya membayar

denda atau saman, tetapi dengan dikuatkuasakan undang-undang tersebut, semua

pesalah perlu menjalani hukuman di penjara mengikut kesalahan yang dilakukan,"

katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini hari ini. Beliau berkata,

bagaimanapun hukuman penjara mandatori itu hanya dicadangkan bagi samseng

jalanan yang berumur 18 tahun ke atas manakala bagi mereka yang di bawah umur,

kumpulan berkenaan masih tertakluk pada Akta Perlindungan Kanak-kanak. "Kita

juga sedang mengkaji supaya pesalah-pesalah yang di bawah umur dihantar ke

7
sekolah-sekolah juvana," katanya. Dalam usaha mencegah kegiatan lumba haram

dengan lebih agresif, beliau berkata, pihaknya akan memperluaskan lagi Skuad 42

yang khusus menjalankan operasi membanteras lumba haram ke semua kontinjen di

seluruh negara. "Kini ada beberapa kontinjen yang sudah ada skuad 42 seperti Ibu

Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) yang sememangnya fokus kepada

operasi cegah lumba haram. Jadi saya berharap setiap kontinjen akan mempunyai

Skuad 42 mereka masing-masing sebelum hujung tahun ini," katanya.

Selain daripada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjalinkan

kerjasama yang lebih erat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi

membanteras gejala mat rempit yang kian berleluasa sejak kebelakangan ini. Ketua

Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya telah mengadakan

perbincangan dengan JPJ berhubung usaha meningkatkan kerjasama itu, baru-baru

ini. Menurutnya, kerjasama antara dua agensi penguat kuasa itu perlu disebabkan

JPJ mempunyai beberapa keistimewaan yang tidak ada pada pasukan polis.

8
2.3 RASUAH

Rasuah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia kini. Ia

dilihat sebagai masalah sosial yang semakin hari semakin parah. Setiap hari ada

sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini. Perkataan rasuah berasal

daripada perkataan Arab iaitu l-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan

dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak,

menipu dan memeras ugut. Dalam al-Quran sendiri telah mendifinisikan perkataan

rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik dan dilaknat. Secara

amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang

dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi kepentingan dirinya

sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan

memperolehi kehendaknya itu. Ini bermaksud, kuasa yang telah diberikan

kepadanya akan disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri. Mereka

juga lebih cenderung bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan

bagi mengelak daripada perbuatannya di ketahui umum.

Di Malaysia, dari segi undang-undang, segala perkataan yang membawa

maksud kepada memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada

perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan

pihak-pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu

perkara. Masalah rasuah di Malaysia sememangnya semakin menjadi-jadi. Banyak

kes-kes dilaporkan yang membabitkan rasuah. International Transparency telah

mendedahkan indeks persepsi rasuah global pada tahun 2009. Mengikut laporan

berkenaan, kedudukan Malaysia adalah ditangga ke 56 berbanding 180 negara. Ini

dapat membuktikan betapa parahnya masalah rasuah di negara kita.

9
2.3.1 Punca Penglibatan

Terdapat pelbagai punca yang membolehkan seseorang cenderung untuk

melakukan jenayah ini. Antaranya adalah disebabkan oleh individu itu sendiri.

Maksudnya, individu yang mempunyai keperibadian yang lemah seperti kurangnya

iman dan bersifat meterialistik. Secara logiknya, seseorang itu sememangnya

mengetahui bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi

sanggup melakukannya dengan seribu satu alasan peribadi. Sikap mahu hidup

mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah

pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

Selain itu, rasuah ini disebabkan daripada kelemahan kepimpinan dalam

sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi seharusnya mempunyai pemimpin yang

tegas, telus dan adil dalam menjalankankan segala operasi organisasinya. Ini bagi

memastikan organisasi dapat menghindari masalah dalaman yang berpunca dari

pucuk pimpinan itu sendiri. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya

penyeliaan, tiada pemantauan, lambat dalam menjalankan tugas dan terbuka

kepada penyelewengan khususnya gejala rasuah ini.

Rasuah juga berpunca daripada sosial dan budaya yang telah diterapkan dalam

masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat majmuk di Malaysia sering

mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena

menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan

sebagainya. Jadi, mereka yang memberi dan menerima rasuah akan merasakan

kegiatan mereka adalah sesuatu perkara biasa atau perkara normal di mata

masyarakat.

10
Disamping itu, arus permodenan yang berlaku kini juga menjadi antara

penyebab utama gejala rasuah ini semakin berleluasa. Pembangunan sosial

ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan

menyebabkan masyarakat memandang mudah terhadap masalah rasuah ini. Projek

pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan

meningkat. Golongan yang terlibat mengambil kesempatan untuk mengaut

keuntungan sebanyak-banyaknya. Contohnya adalah kontraktor- kontraktor sanggup

melakukan jenayah rasuah ini bagi mendapatkan tender sesuatu projek.

2.3.2 Kesan Penyalahgunaan Rasuah

Rasuah sememangnya akan mendatangkan banyak masalah. Bukan sahaja

terhadap individu yang melakukannya, bahkan kepada masyarakat sekeliling dan

lebih parah apabila mula melibatkan negara kita. Kegiatan rasuah boleh

melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Pentadbiran sesebuah negara

juga boleh menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia boleh menimbulkan masalah lain

seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan

sebagainya. Akhirnya boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan

sesebuah negara. Contohnya, di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan

kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang

tidak dapat dikawal lagi.

11
2.3.3 Langkah-langkah Mengatasi Rasuah

Melihat kepada akibat daripada amalan rasuah ini, langkah-langkah membanteras

perlu dilakukan dengan tegas dan konsisten. Semua pihak harus bekerjasama bagi

menjayakan langkah pencegahan ini. Antaranya adalah dengan komitment

masyarakat. Masyarakat perlu peka terhadap masalah rasuah yang berlaku di

negara ini. Masyarakat perlu ada jatidiri yang kuat untuk menghindarkan diri dari

melakukan rasuah. Selain itu, Peranan ibubapa dalam didikan agama dan moral

tentang keburukan terhadap perlakuan rasuah perlu diterapkan ke dalam diri anak-

anak sejak kecil lagi supaya gejala rasuah ini tidak wujud dalam generasi akan

datang.

Kerajaan juga memperlihatkan kesungguhan untuk membanteras gejala

rasuah ini. Kerajaan telah mewujudkan sebuah badan untuk membanteras masalah

rasuah ini yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM)

bagi membuat siasatan yang lebih mendalam atau membanteras masalah ini hingga

ke akar umbi. Kerajaan juga telah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang

dan hukuman bagi sesiapa yang terlibat dalam rasuah ini. Siasatan dan

penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar

betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung

untuk keselamatan negara.

Kesimpulannya, masyarakat perlu sedar akan bahaya serangan penyakit

sosial yang telah melanda dunia sejak sekian lama ini. Malah penularan penyakit ini

dilihat semakin menjadi-jadi dinegara kita. Tanpa sedar, masalah ini boleh

menyebabkan negara menjadi huru-hara dan timbul banyak masalah. Oleh itu,

semua pihak harus bekerjasama dalam membanteras masalah ini.

12
2.4 PENYALAHGUNAAN DADAH

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu

yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia

berfungsi. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan

yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal,

mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada

kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan

terus bergantung hidup kepadanya.

2.4.1 Punca Penyalahgunaan Dadah

1) Dipengaruhi oleh orang lain

Remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali pelbagai aktiviti atau budaya baru

tidak tahu membezakan antara gejala yang negatif atau positif. Remaja mudah

terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan-rakan atau orang lain tanpa menyedari

kesan buruknya.

2) Sikap ingin mencuba

Pada zaman sekarang, remaja semakin aktif dan sentiasa ingin mencuba perkara

yang baru dan ini merupakan peringkat pertama bagi sesuatu ketagihan dadah.

3) Kekurangan kasih sayang dan didikan agama.

Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa juga akan menyebabkan

remaja terjebak dengan aktiviti negatif kerana tingkah laku anak-anak tidak

diperhatikan dan mereka akan lebih mempercayai individu lain yang sentiasa

bersama mereka daripada ibu bapanya.

13
2.4.2 Akibat Penyalahgunaan Dadah

1) Kesan atas penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan

menjauhkan diri daripada masyarakat dan hanya bergaul dengan kumpulan

penagih-penagih dadah yang lain.mereka tidak bertanggungjawab dengan diri

sendiri. Dari segi fizikal,penagih akan menjadi kurus, tidak bertenaga, penagih juga

boleh pitam, pengsan dan mudah marah akibat daripada rasa ketagihan yang

berlebihan. Selain itu, kesan daripada pengambilan dadah juga akan menjadikan

mereka lemah dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti manduk, kencing gigi

dan sebagainya

2) Kesan ke atas keluarga

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat.

Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan

masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas

anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi

porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

3) Kesan ke atas masyarakat

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian

mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang

memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara

adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan,

ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan,

pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak

muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah

14
keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak

dengan dadah.

4) Akibat ke atas Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada

masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara

atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible). Kos

nyata termasuklah: -

 Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi

 Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan

penagih dadah

 Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan

 Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan

dan

Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar

ditentukan jumlahnya dengan tepat, Golongan masyarakat yang terbesar terlibat

dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang

pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan membuktikan bahawa dari

jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang

berumur diantara 20-29 tahun.

15
2.4.3 Langkah Mengatasi

a) Peranan ibu bapa.

Ibu bapa hendaklah mendidik cahaya mata mereka sejak kecil lagi. Hal ini kerana,

meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila mereka dewasa kelak, sudah tentu

mereka pintar untuk membuat perbezaan untuk memilih intan atau kaca. Janganlah

kita menjadi seperti ketam yang mengajar anak mereka berjalan lurus, sedangkan

dia sendiri berjalan senget. Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa dapat

membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat kini.

b) Peranan pihak sekolah

Selain itu, pihak sekolah juga turut dapat mengatasi masalah ini daripada merebak

seperti virus epidemic di kalangan pelajar. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti

yang boleh mendatangkan faedah kepada pelajar. Contohnya mengadakan ceamah

mengenai penyalahgunaan dadah dlam kalangan pelajar. Melalui cara ini, pelajar

dapat menghindarkan diri daripada perkara tidak berfaedah seperti memcencang air

yang boleh membawa impak negatif dalam diri mereka.

c) Media massa

Media massa juga dapat menjaukan masalah ini dari masyarakat. Contohnya, pihak

media massa boleh menyiarkan berita atau cerita yang boleh membawa keinsafan

kepada masyarakat agar tidak melibatkan diri dalam gejalah ini dan dapat dijadikan

iktibar didalam hidup.

16
d) Pihak kerajaan

Seterusnya, pihak kerajaaan juga memainkan peranan yang sama penting dalam

membendung masalah ini. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen supaya

masyarakat lebih peka terhadap perkara yang berlaku disekeliling mereka. Jangan

lah kita menjadi seperti katak dibawah tempurung yang tidak mengambil berat

mengenai apa yang berlaku disekeliling. Melalui cara ini, masyarakat bukan sahaja

dapat mennabah ilmu pengetahuan mereka bhkan dapat mengeratkan hubungan

silaturahim sesama sendiri. Selain itu, masyarakat madani dapat dipupuk melalui

kempen ini.

Natijahnya, semua pihak hendaklah berganding bahu dalam mengatasi

penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat yang semakin merebak kini.

Melalui cara ini, kita dapat merealisasikan impian perdana menteri kita untuk

menjadikan Malaysia sebauh Negara maju yang mampu berdiri gah di persada

dunia selaras denagan gagasan “Satu Malaysia”, rakyat didahulukan, pencapaian

diutamakan.

17
2.5 PEMBUANGAN BAYI

Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru

berlaku di negara kita. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak

beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta anak-anak perempuan

atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga

pernah melakukannya semasa beliau belum menganut agama Islam. Akan tetapi,

gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya memandangkan

pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang

terlibat dengan aktiviti perzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada

hari ini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah,

maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik dalam menutup

segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala buang bayi

diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam

keadaan hidup atau mati di merata-rata tempat dalam keadaan yang begitu

menyayat hati.

Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa

kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita

hari ini mengadakan hubungan seks di luar nikah. Sepanjang tempoh dua tahun

sehingga 2006, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima maklumat sejumlah

145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai. Menurut statistik kes pembuangan bayi di

Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit

Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di

seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18

kes dan menjadikan keseluruhan kes pada tahun tersebut berjumlah 83 kes.

Walaupun statistik ini tidak mencecah ke angka ratusan kes, tidak bermakna kita

18
sebagai anggota masyarakat membiarkan fenomena ini berlarutan. Menurut statistik

yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil

pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula dari tahun 2000 sehingga Julai

2008. Statistik ini telah didedahkan sendiri oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Yang

Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen

Subang, R. Sivarasa di Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2008. Melihat akan statistik

yang di kongsikan di atas, ternyata kes pembuangan bayi dan kelahiran anak tidak

sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan

masyarakat kita hari ini terutamanya dalam kalangan generasi muda. Pada tahun

2010, negara kita di kejutkan lagi dengan pembuangan bayi yang terus berleluasa.

Hampir setiap hari akhbar-akhbar melaporkan mengenai peningkatan jumlah

pembuangan bayi yang kian meruncing. Peningkatan secara mendadak ini

menimbulkan rasa runsing dan risau dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu

bapa.

2.5.1 Faktor-Faktor Pembuangan Bayi

1) Kurangnya didikan agama

Fenomena pembuangan bayi pada masa kini berada pada tahap yang sangat

membimbangkan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah

pembuangan bayi kian berleluasa. Antara faktor yang utama ialah kurangnya

pendidikan agama secara menyeluruh dalam diri remaja terutamanya. Hal ini

demikian kerana remaja pada masa kini lebih terpengaruh dengan budaya barat.

Mereka inginkan kebebasan yang tiada sesiapa yang mampu menyekat kehidupan

mereka daripada melakukan sesuatu yang mereka inginkan. Walaupun pelbagai

kempen-kempen dan ceramah-ceramah telah di adakan namun mereka tetap alpa

19
dengan kehidupan duniawi. Apabila kurangnya didikan agama dalam diri mereka

dan di rangsang pula dengan gambar-gambar lucah, maka terjadilah hubungan seks

di luar nikah. Gambar-gambar lucah dan mengghairahkan yang mudah didapati

dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan, dengan sendirinya anak muda

akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini.

2) Masalah perkhawinan

Faktor perkahwinan juga menyebabkan masalah pembuangan bayi kian meningkat.

Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan

perkahwinan, membuatkan mereka yang ingin mendirikan rumah tangga berasa

amat tertekan kerana mereka tidak mampu untuk menyediakan wang hantaran.

Apabila anak muda terlalu ghairah ingin mendirikan rumah tangga tetapi kerana

faktor ini mereka tidak dapat mengawal nafsu dan melakukan zina, maka lahirlah

anak di luar nikah.

3)Pengabaian kasih sayang

Pengabaian dalam memberi kasih sayang adalah salah satu jenis penderaan yang

meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakat. Hal ini

dapat dilihat di mana, semakin meningkat masalah ini dalam kalangan pekerja-

pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. Ibu bapa mesti sedar

dan meluangkan waktu, sebagaimana sibuk sekalipun, harus memperuntukkan

waktu bersama anak- anak agar mereka merasakan diri mereka sentiasa disayangi

dan di hargai.

20
4)Keruntuhan institusi keluarga

Keruntuhan institusi keluarga Islam juga menjadi faktor berlakunya masalah

pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya

Hashim Yahya, menyatakan beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran

hari ini adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula

tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga.

2.5.2 Kesan-Kesan Pembuangan Bayi

Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian

seperti kesan kepada bayi, kepada ibu yang melahirkan, keluarga remaja

perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan

juga kesan kepada negara kita sendiri. Bayi merupakan anugerah Tuhan yang

paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi bayi juga menjadi bebanan

kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia memikul

tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu dalam usia remaja. Akibat daripada

tiada berperikemanusiaan, bayi telah menjadi mangsa dan kesannya mereka hidup

tanpa mengenal ibu bapa kandung. Mereka juga mungkin terpaksa memikul gelaran

anak luar nikah sepanjang hidup walaupun mereka tidak berdosa. Hal ini akan

menyebabkan kehidupan mereka akan sering berada dalam kesusahan dan perlu

berdepan dengan reaksi masyakat yang memandang serong terhadap mereka.

Kesan yang seterusnya ialah kesan terhadap ibu bayi berkenaan. Kesan dari

sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan

sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang

sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital

21
mahupun orang lain. Keadaan ini akan menyebabkan keadaan badan mereka

berada di dalam keadaan yang tidak stabil dan sangat berbahaya. Akibat daripada

pembuangan bayi, akan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan dan akibatnya

wujud ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Hal ini demikian kerana ibu bapa

berasa malu mengenangkan tindakan anak mereka sebegitu memalukan keluarga.

Bahkan, keluarga itu iaitu pastinya diperkatakan oleh jiran sekeliling menyebabkan

mereka malu untuk bergaul dengan orang ramai lagi. Mungkin juga akan wujud

penceraian kerana ibu menyalahkan bapa, bapa menyalahkan ibu kerana tidak

pandai memelihara anak-anak sehingga menconteng arang di muka mereka. Oleh

itu masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara apabila ibu bapa

mereka bercerai.

Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang

sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat

itu bergantung

kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang akan

berlaku ialah pembangunan Negara akan terbantut dan akan keadaan ekonomi

Negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perbelanjaan

kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di

rumah kebajikan masyarakat.

22
2.5.3 Langkah-Langkah Mengatasi

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri

Shahrizat Abdul Jalil, empat strategi yang akan digunakan untuk mengatasi masalah

pembuangan bayi iaitu advokasi, pencegahan, sokongan dan penyelidikan. Beliau

berkata, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan semua agensi yang

terlibat bagi melaksanakan strategi itu dalam isu pembuangan bayi.

"Advokasi tentang institusi keluarga diperlukan untuk mengatasi pengabaian,

penderaan dan pembuangan kanak-kanak dan perbuatan tersebut dianggap sudah

bukan lagi budaya rakyat Malaysia,” Katanya, strategi pencegahan juga perlu bagi

memberikan kefahaman terhadap ilmu agama dan kesan terhadap seks bebas.

Beliau berkata, satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengetengahkan kurikulum

kepada semua remaja perempuan terhadap hubungan intim dan kesannya secara

ilmiah. Beliau turut menasihati golongan muda supaya mendalami ilmu dan

berpegang kepada ajaran agama supaya tidak terus hanyut dengan nafsu

muda. Selain itu antara langkah lain yang boleh di ambil ialah memperbanyakkan

program-program dakwah dan digerakkan secara bersepadu. Seterusnya, pihak

yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah

daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.

Langkah yang seterusnya ialah menyekat program-program hiburan

melampau yang merosakkan akhlak dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakan

anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas. Usaha-usaha pencegahan

kegiatan tidak bermoral perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak. Akhirnya adalah

23
diingatkan bagi mereka yang sudah terlanjur, hendaklah segera bertaubat dan

menjauhi segala perbuatan-perbuatan terkutuk tersebut. Hal ini demikian kerana

gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih

kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan

kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak.

Kesimpulannya, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah

bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya masalah

pembuangan bayi ini tidak menular dengan lebih serius. Pihak atasan seperti badan-

badan kerajaan dan kerajaan juga perlu lebih peka dengan menganjurkan pelbagai

ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi

tentang gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu.

Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit

sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu masalah

berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang

lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat. Ekoran itu, ibu

bapa adalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka daripada

kecil. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud

kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta

cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

24
2.6 JENAYAH SIBER

Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang terknologi turut

berkembang. Internet mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden.

Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh,

pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari internet.

Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam beberapa saat sahaja

malah hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet ini masih

terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk melakukan

jenayah. Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali sebagai jenayah siber.

Penipuan merupakan salah satu jenayah siber. Penipuan di alam maya

berlaku apabila seseorang memalsukan atau menciplak sesuatu maklumat tertentu.

Misalnya, terdapat pihak – pihak yang mengambil kesempatan dengan menciplak

laman web perbankan. Penipuan siber ini cukup mudah kerana hanya memerlukan

internet dan perisian pelayar sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah penipuan melalui

internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya. Selain itu, perjudian secara maya

juga merupakan satu jenayah. Tidak seperti perjudian yang biasa, perjudian secara

maya menjadi jenayah siber kerana tidak berdaftar. Apabila hal ini terjadi maka risiko

hilang wang pertaruhan dan penipuan adalah tinggi.

Kecurian maklumat, lebih- lebih lagi maklumat peribadi boleh terjadi di alam

siber. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada bahaya. Kes

kecurian maklumat seperti ini terjadi apabila pengguna internet tidak berhati – hati

dengan maklumat peribadi mereka. Salinan data secara tidak sah kerap berlaku

dalam alam maya. Apabila sesuatu itu dilakukan secara tidak sah maka secara

automatiknya perbuatan ini diklasifikasikan sebagai jenayah. Kebenaran bagi

25
menyalin data daripada sumber internet adalah perlu dari segi undang – undang.

Sekiranya tiada kebenaran yang diperoleh, maka perbuatan ini dianggap sebagai

jenayah kerana menyalin data tanpa kebenaran.

Pornografi turut dikelaskan sebagai jenayah siber. Malah, sebarang

perbuatan pornografi adalah dilarang dan melaggar undang – undang. Hal ini

disebabkan pornografi tidak sesuai dengan masyarakat dan budaya Timur.

Pornografi siber berlaku apabila foto – foto yang melampau seperti gambar bogel

dimasukkan dalam internet untuk paparan umum. Walaupun pemilik foto meletakkan

gambar tersebut dengan kerelaan hati namun tindakan ini tetap dianggap jenayah.

Bagaimanapun, dalam sesetengah kes foto – foto pornografi ini dimasukkan tanpa

pengetahuan pemiliknya. Oleh itu, timbul pula isu penganiayaan.

Pengintipan berlaku apabila hak peribadi seseorang diceroboh dan perbuatan

ini dilakukan tanpa pengetahuan orang yang diintip. Pengintipan siber boleh

dilakukan dengan alat berteknologi tinggi. Kebiasaannya, pengintip adalah seorang

yang professional dan mahir dengan alat berteknologi canggih seperti kamera litar

tertutup. Bagi mendapatkan talian internet atau memasuki sesuatu sistem, kadang –

kala seseorang itu sanggup mendapatkan capaian yang tidak sah. Hal ini terjadi

apabila seseorang itu cuba memasuki sistem tanpa megikut prosedur yang

ditetapkan. Kebiasaannya, system seperti ini telah dipaten dan sah dari segi undang

– undang. Oleh itu, sebarang perbuatan mendapatkan capaian secara tidak sah

adalah salah di sisi undang – undang. Mengganggu atau merosakkan sesuatu

sistem juga merupakan jenyah siber. Hal ini disebabkan perbuatan seumpama ini

dianggap penganiayaan atau sabotaj terhadap sistem yang sah. Gangguan atau

kerosakan sistem akan menhakibatkan sistem tersebut lumpuh dan seterusnya

gagal untuk berfungsi. Skim cepat kaya juga wujud secara maya. Skim seperti ini

26
sangat licik dalam menipu orang ramai. Tawaran hebat dan menarik menjadi aset

untuk menarik perhatian orang ramai. Oleh yang demikian, skim ini dianggap

jenayah siber. Penyebaran virus merupakan jenayah siber yang paling terkenal. Hal

ini disebabkan penyebaran virus dalam internet kerap berlaku. Pelbagai cara diambil

bagi mengatasi masalah ini seperti memperbaharui anti - virus.

Di samping itu, penggodam juga merupakan jenayah siber yang sangat

terkenal dikalangan pengguna internet. Menggodam adalah memasuki sesuatu

sistem tanpa melalui kod keselamatan. Perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh

seseorang yang mahir dan pakar tentang komputer dan internet kerana bukan

mudah untuk menggodam sesuatu sistem. Perbuatan ini boleh menjadi sesuatu

yang bahaya kerana penggodam bukan sahaja boleh mengetahui maklumat sulit

sesebuah syarikat malah maklumat sulit orang perseorangan.

Kesimpulannya, jenayah siber juga merupakan masalah sosial kerana

berkaitan dengan tingkah laku manusia. Bagaimanapun, perbuatan ini sukar

dibendung kerana kesukaran mengenal pasti penjenayahnya. Sungguhpun begitu,

usaha kerajaan dalam mengekang perbuatan ini dapat dilihat dengan

penguatkuasaan undang – undang seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan

1984.

27
2.7 PONTENG

Dewasa ini gejala ponteng semakin menjadi-menjadi dikalangan para

pelajartidak terkecuali pelajar sekolah rendah.Istilah ponteng merupakan salah laku

dan melanggar peraturan sekolah.Seseorang pelajar boleh dianggap memonteng

sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan atau

kegagalan pelajar menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang

munasabah.Sejak akhir-akhir ini,masalah ini didapati semakin serius.Pihak media

juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak

guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera

sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi.Menurut

laporan yang pernah di keluarkan oleh kementerian pendidikan,peratus pelajar yang

terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa

terutama bagi sekolah di kawasan bandar.Pada pandangan saya punca-punca

sebenar masalah ini haruslah dikenal pasti dengan segera supaya langkah-langkah

untuk mengatasi dapat di jalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada

masa hadapan.

28
2.7.1 Punca-Punca Gejala Ponteng

1) Pengaruh rakan sebaya: kebanyakan remaja-remaja mudah terpengaruh dengan

rakan sebaya kerana remaja-remaja mudah terikut-ikut dengan ajakan teman-teman

mereka untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak penting.

2) Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah: keadan pelajar

yang kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran kerana kadang-kadang

guru-guru terlalu garang dengan pelajarnya. Selain itu pelajar yang kurang berminat

terhadap pelajaran itu di sebabkan terlalu bosan dengan apa yang mereka belajar

dan ibu bapa juga terlalu memaksa anak-anak mereka untuk belajar.

3) Kurang kasih sayang daripada kedua ibu bapa dan kurang didikan agama: Ibu

bapa yang kurang member perhatian kepada anak-anak mereka mendorong

seseorang itu melakukan perkara di luar jangkaan mereka.Ibu bapa juga perlu

memberkan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak kerana agama

anak-anak tidak mungkin menjadi pelajar-pelajar yang bermasalah.

4) Melepak atau berkumpul di pusat membeli belah,pusat permainan video dan

taman rekreasi: ibu bapa yang terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak boleh

nendorong anak-anak melakukan kegiatan yang kurang baik.

29
2.7.2 Kesan-Kesan

Sekiranya pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil peduli

dengan apa yang sedang berlaku sekarang,gejala ponteng mungkin akan menjadi

semakin serius.Anak-anak akan mula melawan perintah ibu bapa mereka sendiri

dan juga akan mula berani menyentuh barang larangan yang tidak sepatutnya

mereka sentuh.Pelajar-pelajar ini akan mudah terjebak dengan gejala yang tidak

berfaedah ini.Pelajar juga akan mula bertindak ganas dengan sesiapa sahaja jka

keluarga mahupun guru-guru yang tidak mengambil tahu apa yang mereka buat

ketika mereka berada di luar sekolah atau di luar rumah.

2.7.3 Cara Menangani Pelajar Ponteng

Kerajaan perlu memandang serius terhadap gejala ponteng sekolah kerana

gejala ini semakin serius dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah mahupun

sekolah rendah.Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis

perlu polis perlu menempatkan babarapa anggota polis bagi memantau kawasan

tumpuan remaja bagi mengesan pelajar ponteng ,secara menyeluruh orang ramai di

seru agar melaporkan kepada polis sekiranya terserempak dengan pelajar-pelajar

yang ponteng sekolah.pelajar-pelajar yang didapati ponteng tertangkap akan

dikenakan tindakan. Paling penting ibu bapa seharusnya memainkan peranan

bermula dari akar umbi bagi mencegah anak-anak mereka daripada ponteng

sekolah.Ibu bapa seharusnya memerhati gerak-geri anak mereka dan memeriksa

beg sekolah nak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri

sekolah atau tidak.Ibu bapa tidak seharusnya mempercayai anak-anak mereka

kerana sikap terlalu memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri

30
sendiri.Kita semua juga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang

bersesuaan dengan tingkah laku pelajar-pelajar tersebut.Kita hendaklah

mengadakan kelas khas kepada pelajar-pelajar ini supaya mereka semua dapat

mengubah sikap mereka.

Kesimpulannya, masalah sosial di Malaysia mestilah menjadi antara agenda

utama yang perlu dibincang. Seterusnya, ia perlulah dikaji secara terperinci bagi

mendapatkan langkah-langkah untuk membendung masalah ini dan sekaligus

menghapus masalah ini secara terus dan berkesan. Semoga dengan kerjasama

dengan semua pihak, masalah ini akan dapat dibasmi hingga keakar umbi. Supaya

negara kita terus maju dan mencapai matlamat yang sudah semakin hampir ini.

31
2.8 ARAK / MINUMAN KERAS / ALKOHOL

Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras yang selalunya diminum

ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood" seseorang. Ia juga

boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat

dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski.

Alkohol merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Pengambilan

alkohol secara berterusan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira

serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol

merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat masa kini. Statistik

kadar jenayah yang meninggi, pertambahan kes penyakit mental dan keruntuhan

institusi keluarga di serata dunia menjadi testimoni bisu kepada kuasa perosak

alkohol.

Mengikut syarak, minuman arak adalah haram dan salah di sisi agama bagi individu

muslim yang mengambilnya. Antara sebab pengharaman arak oleh syarak kerana ia

memabukkan dan boleh menghilangkan akal orang yang meminumnya. Perbuatan

meminum arak adalah termasuk dalam perbuatan syaitan yang dipandang keji oleh

syarak.

32
2.8.1 Faktor-Faktor Pengambilan Alkohol

1) Faktor persekitaran contohnya:

- Mudah didapati

- Harga murah

- Pengiklanan yang menarik di media massa dan media elektronik

2) Faktor Sosial:

- Pengaruh rakan sebaya

- Latarbelakang keluarga

- Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal

- Budaya

3) Faktor Biologi:

- Keturunan

- Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

33
2.8.2 Kesan-Kesan Pengambilan Alkohol.

Kesan pengambilan alkohol merangkumi pelbagai aspek kehidupan seseorang.

Implikasi sosial termasuk:

1. Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran

atau kurang tumpuan terhadap pekerjaan.

2. Kekerapan ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik

3. Kelakuan Delinkuen/salah laku

4. Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alcohol

2.8.3 Kesan Fizikal Alkohol

- Keadaan mabuk seseorang itu berjalan terhuyung-hayang, pertuturan yang tidak

betul atau jelas, bingung dan bercelaru.

- Keracunan gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar

bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian.

- Alkohol menyekat pusat kawalan.

34
Manusia memiliki pusat kawalan di otak. Pusat kawalan itu melarang seseorang

daripada melakukan perbuatan yang di anggap salah. Contohnya seseorang itu

pada kebiasaannya tidak menggunakan bahasa kasar atau kesat ketika berhadapan

dengan kedua ibu bapa dan dengan orang yang lebih tua. Jika dia perlu kebilik air,

pusat kawalan di otak akan menghalangnya dari membuang air di tempat terbuka,

maka dia akan menggunakan tandas.

Apabila seseorang meminum alkohol, pusat kawalan tersebut menjadi tersekat.

Inilah yang mengakibatkan seseorang yang mabuk melakukan perbuatan yang

bertentangan sama sekali dengan peribadinya. Contohnya seseorang yang mabuk

didapati menggunakan bahasa kesat dan tidak menyedari kesilapan itu walaupun

sedang berhadapan dengan kedua ibu bapanya.

a) Gangguan kesihatan termasuk:

 Kerosakan otak yang kekal

 Penyakit hepar (radang hepar, sirosis, kanser)

 Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)

 Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)

 Kanser usus

 Penurunan naluri seks dan mati pucuk

 Keguguran spontan

35
b) Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya:

 Perubahan personality

 Kemurungan

 Bunuh diri

 Kelakuan agresif

c) Risiko tidak langsung terhadap kesihatan.

 Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat

HIV/AIDS)

 Menunjukkan perilaku yang ganas

 Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, arak adalah ibu segala maksiat. Sebagai seorang mukmin,

kita wajib menghindari diri daripada terlibat atau terjerumus ke dalam lembah

maksiat seperti minum arak, berjudi, berzina, menipu, pecah amanah, mengamalkan

rasuah dan sebagainya lagi yang mengundang kemurkaan allah SWT.

36
RUJUKAN

Alatas, & S. (2009). Rasuah: Sifat, sebab dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan

Pustaka.

Faisal, T. (2001). Masalah sosial: Jangan hanya remaja dipersalahkan.

Hashim, M. (1997). Disiplin pelajar dan masalah sosial orang Melayu kini: Menanganinya

dari sudut pendidikan. (JURNAL PENGAJIAN MELAYU, 127-141.

Ismail, R. (2017). Pengaruh Faktor Individu, Keluarga dan Persekitaran Sosial Terhadap

Tingkah Laku Penyalahgunaan Bahan dalam Kalangan Remaja. Akademika, 87(01),

7-16. doi:10.17576/akad-2017-8701-01

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Panduan bagi mengatasi masalah ponteng di

sekolah. Kuala Lumpur: Author.

Muhamad, I. A., & Zawiyah, A. (2009). Stres pencetus masalah sosial. Kuala Lumpur:

Semarak Murni Enterprise.

cerita cikdaa: ISU PEMBUANGAN BAYI. (n.d.). Retrieved from

http://cikdaadotcom.blogspot.my/2016/03/isu-pembuangan-bayi.html

Nada, H. (2014). Jenayah siber.

37
LAMPIRAN

38
39
40
41
42
43
44
45
46

Anda mungkin juga menyukai