Anda di halaman 1dari 2

HURAIKAN ELEMEN TMK DALAM PENDEKATAN BERSEPADU

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan salah satu elemen baru yang
terdapat dalam EMK. Tteknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan
komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses,
menyimpan, menghantar, mendapat semula, menukar dan melindungi maklumat di mana
sahaja dan bila-bila masa. Pengintergrasian kemahiran TMK murid dapat diikuasai dengan
berkesan dan dipertingkatkan..==

Elemen TMK diaplikasikan dan diintergrasikan dalam pendekatan bersepadu supaya


murid dapat:
 belajar mengenai perkakasan dan perisian.
 menggunakan alat untuk mengajar dan belajar.
 mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan media TMK
 mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan
 menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
 untuk menggalakkan P&P yang dapat menimbulkan keseronokan dan
menarik minat murid untuk belajar.
 dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis serta inovasi
 melahirkan masyarakat yang sintifik dan progresif.
 menyediakan murid-murid ke arah individu yang berkemahiran, dan berketrampilan
 melengkapkan mereka dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills.
 memenuhi keperluan masyarakat agar komunikasi menjadi lebih cepat, cekap dan
berkesan.

TMK boleh diaplikasikan dalam pendekatan bersepadu melalui aktiviti seperti:


 Menggunakan perisian yang boleh merangkumi beberapa subjek dan boleh
digunakan oleh murid
 Murid membentang tentang subjek menggunakan slaid
 Guru menggunakan video yang menggabungkan elemen daripada dua subjek atau
lebih
 Guru mengunakan permainan video yang berunsurkan pelajaran
 Murid menghasilkan produk digital yang mengintegrasikan perisian hamparan
elektronik dan perisian persembahan (MS Excel dan MSPowerPoint) secara kreatif
 Guru memberi nota-nota tentang subjek subjek kepada murid melalui emel
 Murid mempersembahkan data maklumat dalam bentuk jadual atau carta pai

Anda mungkin juga menyukai