Anda di halaman 1dari 7

KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH,

JALAN ISTANA PELANTI,


26700 MUADZAM SHAH,
PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI PELAJAR
TEKNOLOGI PEMBINAAN

TEMPAT:
KUARI MERSING CONCRETE SDN. BHD.
CAWANGAN MUADZAM SHAH, PAHANG

TARIKH:
23 & 24 APRIL 2018

ANJURAN:
UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
JABATAN TEKNOLOGI AWAM,
KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH, PAHANG.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUARI MERSING CONCRETE SDN. BHD.
CAWANGAN MUADZAM SHAH, PAHANG

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini dikemukakan adalah bertujuan untuk mendapatkan kelulusan serta
kebenaran daripada pihak pengurusan Kolej Vokasional Muadzam Shah dan seterusnya
memohon peruntukan dari segi kewangan bagi menampung kos untuk menjayakan
program lawatan ini.

2.0 LATARBELAKANG

Program lawatan ini melibatkan pelajar Tahun 2 Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
daripada Unit Teknologi Pembinaan bagi memenuhi keperluan pengajaran modul
DCA1323: Building Materials yang terdapat dalam kurikulum Kursus Teknologi
Pembinaan Kolej Vokasional. Program ini dirancang adalah bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada pelajar bagi melihat sendiri dengan lebih dekat dalam proses
penyediaan bahan binaan di Batch Plant di samping memenuhi dan melengkapkan
keperluan dan pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi pembinaan.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif program ini dilaksanakan adalah:

3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar untuk melihat sendiri dengan lebih dekat
dalam proses penyediaan dan pengumpulan bahan binaan di kuari.
3.2 Mempelajari dan mendapat gambaran tentang kaedah atau proses membancuh
konkrit yang dijalankan di Batch Plant.
3.3 Menambah ilmu pengetahuan tentang ujian-ujian yang sering digunakan untuk
menguji konkrit yang dihasilkan.
3.4 Mengamalkan aspek keselamatan dan kebersihan semasa di tempat kerja
berkaitan teori dan amali berkaitan.
3.5 Menimba pengalaman baru.
4.0 RASIONAL

Lawatan ini diadakan bagi membantu guru dan pelajar sebagai keperluan pembelajaran
dan pengajaran supaya pelajar dapat membuka minda serta menimba ilmu pengetahuan
dalam bidang teknologi pembinaan khususnya bagi skop perincian tentang bahan binaan.
Selain itu, dengan mengikuti lawatan ini pelajar dapat memperluas pengalaman dalam
menempuh suasana alam pekerjaan yang sebenar di indsutri.

5.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh: 23 & 24 April 2018 (Isnin & Selasa)


Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang

6.0 TEMPAT

Kuari Mersing Concrete Sdn. Bhd. Cawangan Muadzam Shah, Pahang

7.0 PESERTA

7.1 Pelajar Teknologi Pembinaan terdiri daripada Tahun 2 DVM seramai 61 orang
*sila rujuk Lampiran 2

7.2 Guru pengiring seramai 8 orang


*sila rujuk Lampiran 1

8.0 PENGANGKUTAN

Bas Sekolah KVMS


ATURCARA PROGRAM
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUARI MERSING CONCRETE SDN. BHD.
CAWANGAN MUADZAM SHAH, PAHANG

TEMPAT LAWATAN:

KUARI MERSING CONCRETE SDN. BHD. MUADZAM SHAH, PAHANG

HARI PERTAMA: 23 APRIL 2018 (ISNIN)

TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

08.00 AM – 08.30 AM Berkumpul di padang petanque

08.30 AM – 09.00 AM Bertolak dari KVMS ke destinasi

09.00 AM – 10.30 PM Lawatan dan aktiviti di Kuari


Mersing Concrete Sdn. Bhd.
Muadzam Shah, Pahang.

10.30 PM – 12.00 PM Lawatan dan aktiviti di Batch


23/4/2018 Plant Mersing Concrete Sdn.
( ISNIN ) Bhd. Muadzam Shah, Pahang.

12.00 PM – 12.30 PM Sesi Bergambar dan persiapan


balik ke KVMS

12.30 PM – 1.00 PM Bertolak balik ke KVMS


HARI KEDUA: 24 APRIL 2018 (SELASA)

TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

08.00 AM – 08.30 AM Berkumpul di padang petanque

08.30 AM – 09.00 AM Bertolak dari KVMS ke destinasi

09.00 AM – 10.30 PM Lawatan dan aktiviti di Kuari


Mersing Concrete Sdn. Bhd.
Muadzam Shah, Pahang.
24/4/2018
( SELASA ) 10.30 PM – 12.00 PM Lawatan dan aktiviti di Batch
Plant Mersing Concrete Sdn.
Bhd. Muadzam Shah, Pahang.

12.00 PM – 12.30 PM Sesi Bergambar dan persiapan


balik ke KVMS

12.30 PM – 1.00 PM Bertolak balik ke KVMS

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Pendapatan
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
2 Sumbangan PCG 61 x RM5.00 RM305.00
JUMLAH RM305.00

9.2 Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Sarapan pagi (Air kotak + Roti) 61 x RM5.00 RM305.00
JUMLAH RM305.00
10. PENUTUP

Diharapkan program yang akan dijalankan ini berjaya mencapai objektif dan seterusnya
dapat memberi input yang baik untuk pelajar mengaplikasikan dalam dunia pekerjaan
sebenar seterusnya kehidupan seharian.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

...................................................... .................................................

(WAN AMIR ADHAM BIN WAN ISHAK) (TN. HJ MOHD FARID BIN MD.ITHNIN)
Pengajar Unit Teknologi Pembinaan, Ketua Unit Teknologi Pembinaan,
Jabatan Teknologi Awam Jabatan Teknologi Awam

Disahkan oleh: Diluluskan Oleh:

.............................................. .........................................

(MUSTAHNA BIN MAHAT) (AHMAD SHUKRAN BIN MOHAMAD)


Ketua Jabatan Teknologi Awam, Timbalan Pengarah Akademik,
Kolej Vokasional Kolej Vokasional
Muadzam Shah, Pahang Muadzam Shah, Pahang

Anda mungkin juga menyukai