Anda di halaman 1dari 3

Perkara-perkara sunat ketika puasa di Bulan Ramadhan :

1) Menyegerakan berbuka jika telah yakin matahari telah terbenam. Berbeza jika dia hanya merasa syak,
maka wajib ke atasnya berjaga-jaga dan melewatkan berbuka.

2) Bersahur walaupun dengan seteguk air, walaupun telah kenyang

– waktu sahur bermula dari tengah malam

– hikmahnya adalah untuk menguatkan badan dan menyalahi perbuatan ahli kitab yang tidak bersahur.

3) Melambatkan bersahur tetapi tidak terlalu lambat. Dan disunatkan imsak (menahan diri) dari
memakan sesuatu sekitar tempoh bacaan 50 ayat (lebih kurang 15 minit) sebelum terbit fajar.

4) Berbuka dengan rutob (kurma basah) dengan angka ganjil. Jika tiada, maka dengan busr (kurma
segar). Jika tiada, maka dengan tamr (kurma kering) . Jika tiada, maka dengan air zam. Jika tiada, maka
dengan makanan manis (tidak disentuh api) seperti madu dan kismis . Jika tiada, maka dengan masakan
manis (disentuh api) seperti kuih-muih.

5) Membaca doa berikut :

(‫ا‬
‫شاَكء ه‬
‫جهر إبمن ك‬ ‫ُ كوثكبك ك‬،‫ق‬
‫ت امل م‬ ‫ُ كوامبكتلم م‬،‫مهأ‬
‫ت الهعهرمو ه‬ ‫ب الظك ك‬
‫ه ك‬ ‫ك أكمفطكمر ه‬
‫ كذ ك‬.‫ت‬ ‫ُ كوكعكلىَ برمزقب ك‬،‫ت‬
‫ك آكممن ه‬
‫ُ كوبب ك‬،‫ت‬
‫م ه‬
‫ص م‬ ‫م لك ك‬
‫ك ه‬ ‫اللمهه م‬.

‫يِءء أكمن تكمغبفكرلب م‬


ِ‫ي‬ ‫ش م‬‫ل ك‬
‫ت هك م‬ ‫ك المبتيِ كو ب‬
‫سكع م‬ ‫مبت ك‬
‫ح ك‬ ‫سأكهل ك‬
‫ك ببكر م‬ ‫م إببننيِ أك م‬ ‫يِ كفأكمفطكمر ه‬
‫ اللمهه م‬.‫ت‬ ‫ت كوكركزكقبن م‬
‫م ه‬ ‫ل المبذيِ أككعاَنكبنيِ كف ه‬
‫ص م‬ ‫مهد ب‬ ‫)امل ك‬
‫ح م‬

Kemudian, berdoa dengan apa sahaja yang dimahukan.


Ertinya : “Ya Allah! KeranaMu aku berpuasa. DenganMu aku beriman. Dengan rezekiMu aku berbuka.
Hilanglah dahaga, basahlah tekak dan tetaplah ganjarannya jika dimahukan Allah. Segala puji bagi Allah
yang membantuku hingga aku dapat berpuasa, yang memberiku rezeki hingga aku dapat berbuka. Ya
Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu, dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara, agar
Engkau ampunkanlah aku”.

[ Doa ini diriwayatkan awalnya oleh Abu Daud dan akhirnya oleh Ibnus Sunni ]

6) Menjamu orang berbuka puasa, kerana padanya pahala yang besar.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : ((Barangsiapa yang menjamu orang berbuka puasa, nescaya
dia beroleh sama pahala seperti orang yang dijamu itu, tanpa berkurang sedikitpun pahala orang yang
berpuasa itu)). Riwayat Tirmidzi (dan beliau mentashihkannya), Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu
Hibban,

7) Mandi janabah (jika ada) sebelum fajar, untuk mengelak dari khilaf yang ada dan supaya dia dapat
memulakan puasanya dalam keadaan suci.

8) Mandi setiap malam di Bulan Ramadhan selepas maghrib supaya dia cergas untuk melakukan ibadah
qiam.

9) Berterusan melakukan Solat Tarawih dari malam pertama hingga malam terakhir. Sabda Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam : ((Barangsiapa yang berqiam (mendirikan Solat Tarawih) di Bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan menghitung ganjaran, nescaya diampunkan baginya dosanya yang telah
lalu)). Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

10) Tuntutan yang kuat untuk berterusan melakukan Solat Witr. Solat Witr di Bulan Ramadhan
mempunyai 3 keistimewaan berbanding di bulan lain :

10.1 disunatkan berjemaah

10.2 disunatkan untuk menyaringkan bacaan

10.3 disunatkan padanya bacaan Doa Qunut di sebahagian akhir Bulan Ramadhan mengikut pandangan
yang muktamad

11) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran sambil bertadabbur (menghayati) maknanya.

Disebut di dalam satu athar : “Ramadhan adalah Bulan Al-Quran”.

12) Memperbanyakkan amalan-amalan sunat, seperti solat rawatib, solat dhuha, solat tasbih dan solat
awwabin.
13) Memperbanyakkan amalan-amalan soleh, seperti bersedekah, menyambung talian persaudaraan,
menghadiri majlis ilmu, beri’tikaf, melakukan umrah, sentiasa menyedari kewujudan Allah dengan
menjaga hati dan anggota badan serta banyak membaca doa-doa yang ma’thur iaitu yang datang
daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

14) Lebih bersungguh dalam beribadat di sepuluh malam terakhir disamping mencari Lailatul, lebih-lebih
lagi di malam-malam yang ganjil.

15) Memastikan berbuka puasa dengan santapan yang halal.

16) Melebihkan layanan kepada anak-anak.

17) Meninggalkan perkara sia-sia dan perbuatan memaki-hamun. Sekiranya dia dimaki seseorang, maka
hendaklah dia mengingati dihatinya bahawa di sedang berpuasa, agar dia mengelak diri dari
mencacatkan puasanya. Dan sunat juga untuk melafazkannya dilidah jika dia tidak takut berlaku riya’,
sebagai amaran dan jawapan terbaik kepada musuhnya.

Anda mungkin juga menyukai