Anda di halaman 1dari 31

EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

2. TEORI MONOGENESIS

Pada pandangan teori monogenesis, manusia berasal dari satu wilayah dan induk yang
sama. Afrika dikenali sebagai tempat awal tamadun manusia di muka bumi ini. Hal ini
dibuktikan oleh James Watson dan Alan Wilson terhadap DNA manusia dari pelbagai negara,
dan mereka membuat kesimpulan bahawa nenek moyang manusia berasal dari Afrika sejak
200,000 tahun yang lampau. Termasuk nenek moyang China yang mengaku sebagai
keturunan Maharaja Kuning berasal dari Afrika (Chanda,2007). Hal ini pula diutarakan oleh
(Djamaluddin,t,t) dimana antara manusia Afrika, Eropah dan China mempunyai persamaan
genetik kerana adanya evolusi selaras dengan kehidupan mereka maksudnya ialah manusia
yang awalnya hidup di Afrika kemudian melakukan perjalanan ke benua lain dan dalam
perjalanannya tentunya mereka melakukan adaptasi, replacement (penggantian) dan
hybridism (pencampuran) dengan kawasan tempatan. Hal inilah yang menurut teori
monogenesis menjadikan manusia itu berbeza-beza tetapi secara genetiknya mereka sama.

Teori monogenesis berkait rapat dengan pandangan konvensional manusia awalnya


hidup di persekitaran Sabana dan kemudian melakukan perjalanan keluar (Out of Afrika)
sejak 70,000 hingga 50,000 SM. Gaya hidup manusia Sabana waktu itu ialah memburu dan
pengumpul. Menurut Teori Out of Afrika (Teori OA) menyebutkan bahwa homo erectus
(manusia purba) melakukan perjalanan keluar hingga jauh dari Afrika. Seperti yang
dijelaskan pada jurnal Prof. Sangkot Marzuki, ia juga meneliti kromosom manusia dengan 3
jenis kromosom Y yakni YAP, M89, M 130. Ketiga marka tersebut diturunkan dari lokus M
168 yang dimiliki oleh semua penduduk manusia moden di luar Afrika, sehingga marka ini
menunjukkan pertanda penghijrahan besar-besaran dari Afrika yang berlaku puluhan ribu
tahun yang lalu. Kajian juga menyatakan “jika terdapat individu yang tidak menunjukkan
satu dari ketiga marka tersebut, maka sumbangan manusia tempatan menjadi mungkin, tetapi
semua sampel menunjukkan marka tersebut, sehingga simpulannya semua manusia moden
berasal dari Afrika” (Kompiang,2006).

Selain James Watson dan Wilson terdapat pula ilmuan iaitu Keesing yang juga
menyokong pembuktian melalui DNA (mitokondria) dan menganggap bahawa kajian
menggunakan DNA ialah yang paling tepat. Terdapat pula pembuktian manusia awalnya dari
Afrika iaitu dengan ujian autosom dan variasi Y-kromosom yang dilakukan oleh Mark
Seielstad, E. Bekele, M. Ibrahim, A. Toure dan Mamadou Traore. Mereka mendapatkan bukti
bahawa terdapat kesamaan budaya antara manusia luar dan manusia Afrika kerana rendahnya
2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

rating mutasi yang terjadi dan rendahnya variasi tiap mahluk hidup. Dari sisi dapat dilihat
bahawa memang manusia mempunyai persamaan antara mereka.

Kajian lain yang menyokong teori monogenesis ialah manusia Asia Timur utamanya
berasal dari China yang dilakukan oleh Su. Su menguji Y-kromosom (sel genetik jenis laki-
laki) haplotypes pada penduduk manusia di China. Hasilnya manusia moden yang berada di
Asia Timur menunjukkan mempunyai ciri-ciri seperti Afrika dengan andaian bahawa
manusia moden masuk melalui Asia Timur di bahagian tenggara sekitar 18,000 – 60,000
tahun yang lalu beserta diiringi oleh adanya migrasi dari northward. Manusia di Asia Timur
kemudian berhijrah lagi ke arah Jepun dan Siberia. Lalu manusia yang berada di sebelah
utara dipercayai melakukan penghijrahan ke Amerika. Di dasarkan pada kajian
Paleoantropologi yang menyebutkan bahawa awal tamadun manusia di Amerika berasal dari
20,000 hingga 15,000 tahun yang lalu. Dan manusia mencapai Amerika Utara sekitar 14,800
tahun lalu dengan penemuan artifak di gunung Verde, Chili.

3. TEORI POLIGENESIS

Teori Poligenesis menyatakan bahawa Homo Sapiens yang berada di Afrika


merupakan pendatang yang menggantikan penduduk Neanderthal yang terlebih dahulu
menghuni tempat itu. Fenomena ini berlaku secara evolusional dan gradual serta melibatkan
penghibridan dengan tahap yang begitu kompleks. Contohnya, Homo Neanderthalensis
mempunyai hidung hasil interaksi dengan iklim Eropah dan Homo Erectus mempunyai
tulang pipi tajam yang memiliki garis hubungan genetik dengan anggota suku Orang Asli di
Australia.

Teori poligenesis menyebutkan bahawa evolusi manusia purba berlaku secara bebas
di berbagai belahan bumi dan bukan hanya di Afrika sahaja. Proses spesiasi pun terjadi
kerana adanya tradisi kumpulan tertentu untuk menghasilkan keturunan dengan sesama
anggota suku dan adanya pengasingan wilayah geografi. Dari huraian di atas, dapat
disimpulkan bahawa terdapat dua kedudukan yang bertentangan berhubung dengan asal-usul
manusia. Selain teori kreasionisme yang dikemukakan oleh doktrin-doktrin keagamaan,
terdapat dua teori yang cuba menjelaskan perkara tersebut, yakni teori monogenesis dan
poligenesis. Teori monogenesis menyatakan bahawa manusia pertama berasal dari Afrika,
manakala teori lain mengatakan bahawa tidak ada manusia “pertama” kerana secara bebas,
manusia berevolusi di berbagai belahan dunia. Menanggap persoalan tersebut, penulis

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

mengambil kedudukan kesederhanaan. Di satu sudut, penulis bersetuju dengan teoretisi


poligenesis bahawa manusia merupakan produk penghibridan, di mana tidak ada satu
kebudayaan dan ciri-ciri fizikal yang murni. Dengan tidak menafikan teori-teori
monogenesis, teori poligenesis juga mencari bukti baru bahawa dijumpai fosil manusia purba
di Myanmar yang dianggarkan berasal dari 37 tahun lalu. Walaupun demikian, soalan
mengenai siapakah manusia pertama tentunya akan terus menjadi misteri yang berusaha
dihuraikan oleh manusia, seorang makhluk yang ingin mengetahui asal-usul nenek
moyangnya.
4. AMALGAMASI

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori
amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan C mewakili
kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgamasi, satu kumpulan baru terhasil daripada
penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud
mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru
tanpa menuruti budaya asal mereka.
Situasi ini dapat diterangkan dengan wujudnya masyarakat Melayu-Arab
yang menetap di Tanah Melayu dikenali sebagai golongan ‘Syed’ berasal dari Hadramaut di
Selatan Semenanjung Tanah Arab. ‘Syed’ terdiri daripada pedagang yang berjaya dan ulama
yang dihormati. Selain itu, masyarakat Peranakan Cina (Baba dan Nyoya) Istilah peranakan
merujuk kepada anak-anak hasil perkahwinan campur antara imigran Cina dengan wanita
rumpun Melayu dan anak-anak ini bertutur dalam bahasa Melayu. Masyarakat India-Muslim
juga merupakan contoh perkahwinan campur antara orang berketurunan India dengan
masyarakat tempatan.
Amalgamasi merupakan proses yang dilakukan secara interventionist dan sedar oleh
beberapa kumpulan etnik, atau pemerintah, untuk mencantumkan beberapa unsur berbeza
daripada kumpulan etnik yang berbeza tersebut dalam satu entiti yang bersatu, samada secara
sementara atau berkekalan. Contoh yang dapat menggambarkan amalgamasi ialah projek
Sekolah Wawasan yang telah diimplementasikan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama
dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua
atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama.

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama
lain dengan menggunakan jambatan penghubung. Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah
untuk mengeratkan perpaduan yang sudah sedia terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di
Malaysia. Semangat perpaduan dan integrasi antara kaum yang mula ditekankan sejak di
bangku sekolah rendah adalah lebih baik kerana kanak-kanak mudah dilenturkan.
Contoh Sekolah Wawasan yang gunakan turut mengandungi unsur akomodasi dan
akulturasi. Apa yang membezakan dalam kes Sekolah Wawasan ianya merupakan proses
amalgamasi bersifat top-down iaitu bukan daripada bawah memanjat ke atas. Oleh yang
demikian, didapati proses amalgamasi adalah suatu proses berguna tapi jarang-jarang
digunakan atau didapati di Malaysia

5. ETNOCENTRISME

Etnocentrisme ialah suatu tindakan menilai budaya masyarakat lain mengikut ukuran
budaya sendiri (Macionis,1993). Dengan pemikiran yang sebegini, mereka akan menggangap
budaya sendiri sebagai unggul. Apabila berhadapan dengan bentuk-bentuk budaya asing yang
tidak difahami, terdapat kecenderungan untuk menganggapnya sebagai “pelik” dan “tidak
patut dilakukan”. Budaya sendiri dianggap betul dan sempurna. Contoh-contoh pemikiran
yang etnocentrisme adalah seperti yang berikut:

1. Budaya kita lebih maju dari segi material berbanding budaya asing.
2. Kesenian kita paling halus dan indah berbanding kebudayaan orang lain.
3. Alangkah peliknya mereka yang makan menggunakan tangan!
4. Kami ialah umat pilihan!

Antara penerangan yang dapat menerangkan pemikiran etnocentrisme ialah sesuatu


masyarakat itu tidak pernah meninggalkan budaya dalam kehidupan mereka. Dalam keadaan
sebegini, mereka cenderung untuk menganggap budaya mereka sebagai satu-satunya cara
hidup yang diterima (Doob,1985). Pengasingan bukanlah satu-satunya punca etnocentrisme.
Pemikiran etnocentrisme dalam masyarakat telah dirangsang oleh sentimen patriotisme
nasionalistik yang telah wujud dalam masyarakat. Sejak kecil, kanak-kanak telah dididik dan
didedahkan dengan wira-wira masyarakatnya. Wira-wira ini digambarkan dengan penuh
kehebatan yang telah mengalahkan musuh-musuh daripada kumpulan etnik lain. Mitos dan
lagenda suatu elemen penting dalam setiap budaya sesuatu masyarakat. Kedua-dua elemen ini
akan memberikan dorongan dan peneguhan kepada usaha dan pengorbanan kepada ahli-ahli

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

masyarakat (Horton & Hunt,1964). Buku-buku teks memaparkan mesej-mesej keagungan


dan ketinggian budaya sendiri. Dalam kalangan negara-negara yang pernah terlibat dalam
peperangan, buku-buku sejarah mereka diolah dengan mesej bahawa negara-negara lain yang
mencetuskan peperangan. Kesannya, wujud sentimen bahawa ‘budaya kita’ adalah betul,
progresif, tinggi dan wajar dicontohi oleh masyarakat lain. Pemikiran etnocentrisme bukan
hanya wujud pada tahap individu tetapi turut mempengaruhi pembentukan dasar sesebuah
negara. Semasa pemerintahan Nazi, rejim itu telah mengamalkan dasar ketertinggian bangsa
dan budaya Aryan. Dasar ini telah menyebabkan kematian jutaan bangsa bukan Aryan
(Frederico,1979).

Selain keburukan, terdapat kesan baik dalam pemikiran etnocentrisme bagi kumpulan
sendiri. Etnocentrisme sebenarnya mengukuhkan kesetiaan kepada kumpulan dan
menggalakkan perpaduan. Pemikiran ini juga menggalakkan persamaan serta meneguhkan
nasionalisme dan patriotisme. Mereka yang bersifat etnocentrisme sebenarnya mempunyai
keyakinan terhadap budaya sendiri. Mereka menghalang kemasukan pihak-pihak luar dan hal
ini menyebabkan berlaku halangan kepada perubahan budaya. Apabila mereka merasakan
bahawa budaya mereka lebih unggul, sebenarnya mereka mempertahankan status quo
budaya.

6. RELATIVITI BUDAYA
Relativiti budaya adalah suatu prinsip bahawa kepercayaan dan aktiviti individu harus
difahami berdasarkan budayannya. Prinsip ini didasarkan pada hasil kajian Frans Boaz dalam
dekad awal abad ke 20 dan kemudian dipopularkan oleh murid-muridnya. Boaz sendiri tidak
menggunakan istilah itu, tetapi istilah tersebut menjadi umum antara ahli antropologi selepas
kematian Boaz pada tahun 1942. Istilah tersebut pertama kali digunakan dalam jurnal
Antropologi Amerika pada tahun 1948 di mana isi kandungannya mewakili bagaimana
murid-murid Boaz meringkaskan dari pelbagai prinsip pemikiran Boaz.
Franz Boaz, awalnya sebagai pengajar dalam ilmu fizik dan ilmu geografi, dan
dipengaruhi begitu kuat oleh pemikiran Immanuel Kant (1724-1804) yang berhujah bahawa
manusia tidak mampu mengarahkan dan pengantara pengetahuan di dunia. Semua
pengalaman kita di dunia pengantara melalui fikiran manusia, yang secara universal persepsi
terbentuk berdasarkan pada keadaan wilayah dan masa tertentu. Suatu budaya boleh menjadi
media dalam pemahaman yang terhad terhadap realiti yang samar. Ia memahami "budaya"
termasuk bukan hanya seperti rasa dalam makanan, seni dan muzik, atau kepercayaan dalam
agama. Ia memberi andaian jauh lebih luas dalam pengertian budaya, yang ditakrifkan

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

sebagai “the totality of the mental and physical reactions and activities that characterize the
behavior of the individuals composing a social group collectively and individually in relation
to their natural environment, to other groups, to members of the group itself, and of each
individual to himself” (Boaz:1963); keseluruhan dari reaksi mental, fizik dan aktiviti watak
perilaku dari individu yang menggubal suatu kumpulan sosial secara bersama dan secara
individu dalam hubungannya terhadap persekitaran semulajadi, kumpulan yang lain,
kelompoknya, dan tehadap dirinya sendiri.

Secara teori, relativiti budaya adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa


perkembangan budaya tidak sama dari setiap wilayah di belahan bumi. Ada batas
relatif antara budaya yang satu dengan yang lain. Isitilah ‘relativiti’ timbul daripada kata
dasar ‘relatif’ yang bermaksud saling berkaitan atau yang berhubungan antara satu sama lain.
Sebenarnya, konsep ini adalah hampir serupa dengan konsep subjektiviti. Kedua-duanya
adalah dua perkara yang sangat rapat pula kaitanya dengan diri, pendirian, sudut pandangan,
ideologi, orientasi dan budaya seseorang sejarawan. Dari segi ini, sejarawan itu boleh
menimbulkan bias atau sikap berat sebelah dalam memaparkan sesuatu peristiwa sejarah itu.
Dari sudut yang melampau berat sebalah boleh menjadi penyelewengan, penipuan dan
pemalsuan fakta sejarah. Namun dari segi yang lebih rasional dan terkawal pula, konsep
relativiti itu tidak semestinya bersifat melampau yang demikian, walaupun berkaitan dengan
perkara-perkara seperti budaya, ideologi, dan sebagainya yang telah disebut tadi. Dengan kata
lain, sungguhpun konsep relativiti adalah perkara-perkara yang lumrah bagi sejarah tetapi ia
mestilah ada batas dan kawalannya. Ia mestilah tertakluk kepada sumber-sumber serta kaedah
penyelidikan sejarah.

Relativiti budaya begitu menarik perhatian ramai kalangan pemikir, salah satunya,
kerana pemikiran tersebut berani menolak kemapanan dan menisbikan budaya yang ketika
kemunculannya sudah establish, terutama pada masyarakat Eropah. Ia menilai tidak ada suatu
komuniti masyarakat yang berhak mendakwa budayanya lebih unggul berbanding yang lain.
Keunggulan suatu budaya sangat relatif kerana tidak ada produk budaya yang mesti dianggap
sebagai budaya pilihan, apalagi diyakini memiliki nilai yang bersifat universal, sehingga
setiap orang harus menghargai budaya yang berbeza dengan budaya nenek moyang atau
dengan budaya dari daerah lain yang berbeza. Budaya tidak mengandung intipati tertentu
yang membuatnya baik atau buruk. Mungkin saja sebuah perilaku budaya dinilai baik pada
suatu komuniti masyarakat tertentu, tetapi sebaliknya ia dinilai aneh, ganjil, atau bahkan lucu

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

oleh komuniti masyarakat yang lain. Walau bagaimanapun mungkin ada keunggulan budaya,
ia hanya sebatas unggul pada konteks masyarakatnya, bukan kerana dibandingkan dengan
budaya-budaya lainnya.
Dengan demikian, relativiti budaya menawarkan sebuah pemikiran bahawa semudah
apapun bentuk atau wujud produk budaya, ia perlu dihargai. Sebab secara substantif tidak ada
suatu produk budaya yang dapat dinilai baik, buruk, lebih baik, atau lebih buruk berbanding
dengan budaya-budaya lain. Ia patut dihargai bukan dilihat dari sisi penilaian kualiti yang
didasarkan pada budaya yang berbeza, tetapi kerana ia mempunyai erti (meaningful) pada
konteks masyarakat yang melahirkannya, sekalipun mungkin hal itu dalam pandangan
komuniti masyarakat lain dianggap sangat tidak bererti (meaningless).
7. ASIMILASI

Dalam pengertian yang mudah, asimilasi bermaksud meningkatnya kesamaan. J.


Milton Yinger mentakrifkan asimilasi sebagai “…mengurangkan perbezaan yang mungkin
berlaku apabila dua atau lebih masyarakat atau kumpulan budaya yang lebih kecil bertemu”.
Herold Abramson pula mendifinisikan proses ini sebagai; proses yang membawa kepada
peningkatan kesamaan dalam masyarakat.
Asimilasi juga dianggap sebagai satu proses kumpulan-kumpulan etnik mula
mengamalkan elemen-elemen budaya majoriti. Hal ini kerana budaya majoriti menjadi
pengaruh yang tidak dapat dihindarkan oleh kumpulan etnik minoriti. Semasa proses
asimilasi berlaku, kumpulan-kumpulan etnik minoriti kehilangan elemen-elemen budaya
seperti bahasa asal mereka (Eitzen & Zinn,1988).
Matlamat akhir proses ini penghapusan perbezaan etnik dan ras. Secara yang ideal,
apabila berlaku asimilasi sepenuhnya, tidak wujud kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza
dalam masyarakat. Sebaliknya yang wujud ialah sebuah masyarakat yang homogeneus.
Dalam masyarakat sebegini, etnisiti bukanlah asas perbezaan serta tidak memainkan peranan
penting dalam pembahagian kekayaan, kuasa dan prestij dalam masyarakat. Jelasnya apabila
semua kumpulan dalam masyarakat telah berasimilasi dengan sempurna, tidak wujud lagi
masyarakat pelbagai etnik (multiethnic society).
7.1 Bentuk-bentuk Asimilasi
Terdapat empat bentuk asimilasi iaitu asimilasi budaya, struktural, biologi dan psikologi.
7.1.1 Asimilasi Budaya
Asimilasi budaya melibatkan satu kumpulan etnik mengamalkan elemen-elemen
budaya kumpulan etnik yang lain seperti bahasa, agama dan amalan pemakanan.

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

Pada kebiasaannya, kumpulan etnik minoriti akan mengamalkan elemen-elemen


budaya etnik majoriti. Hal ini adalah kerana amalan itu akan memberikan manfaat
kepada kumpulan minoriti dan menyebabkan etnik minoriti lebih diterima oleh
etnik majoriti. Apabila kurang permusuhan antara kumpulan etnik, asimilasi
mudah berlaku.
7.1.2 Asimilasi Struktural
Asimilasi jenis ini merujuk interaksi sosial yang lebih kerap dalam kalangan
kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza-beza. Melalui asimilasi jenis ini, ahli-
ahli etnik minoriti akan berserakan kepada pelbagai institusi masyarakat serta
meningkatkan hubungan sosial dengan ahli-ahli kumpulan dominan.
7.1.3 Asimilasi Biologi
Ada yang menyamakan asimilasi biologi dengan proses amalgamasi. Pada tahap
ini, contoh yang terbaik ialah amalan perkahwinan campur. Asimilasi jenis ini
bukan sahaja melibatkan asimilasi budaya dan asimilasi struktural tetapi juga
asimilasi fizikal. Mexico dan Brazil dua buah negara yang memperlihatkan
asimilasi biolog kerana kadar perkahwinan campur yang tinggi.
7.1.4 Asimilasi Psikologi
Asimilasi jenis ini lebih melibatkan ahli-ahli kumpulan etnik sebagai individu.
Melalui asimilasi psikologi, ahli-ahli kumpulan etnik akan melalui proses
perubahan identiti. Ini menyebabkan individu-individu merasakan diri mereka
lebih kepada masyarakat yang lebih besar berbanding dengan kumpulan etnik
mereka. Mereka telah berasimilasi secara psikologi. Hal ini jelas dalam kalangan
generasi baru imigran ke sesebuah negara. Generasi baru (seperti generasi ketiga)
merasakan mereka adalah ahli masyarakat negara tersebut dan ikatan terhadap
kumpulan etnik asal mereka makin longgar. Generasi baru ini merasakan bahawa
mereka telah terasimilasi ke dalam arus perdana masyarakat. Mereka turut berasa
bahawa masyarakat adalah sebagai asas dan tumpuan kesetiaan. Proses asimilasi
psikologi bukan sahaja merupakan proses identifikasi kendiri, tetapi juga
melibatkan pengiktirafan daripada pihak lain. Sekiranya pihak lain terus
menganggap mereka sebagai ahli kumpulan etnik asal, berlakulah halangan
terhadap asimilasi psikologi (Marger,1991).

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

8. AKULTURASI

Manusia adalah makhluk yang sentiasa belajar daripada persekitarannya. Proses


pembelajaran ini diistilahkan sebagai proses sosialisasi. Proses sosialisasi adalah proses yang
berterusan selagi manusia itu masih hidup. Jelasnya manusia akan mempelajari
persekitarannya. Dalam masa yang sama, manusia dipengaruhi oleh persekitarannya. Semasa
berlakunya hubungan antara budaya yang berbeza, akulturasi juga akan berlaku, iaitu
pemindahan dan peminjaman elemen-elemen budaya daripada satu kebudayaan kepada
kebudayaan yang lain. Masyarakat yang melakukan pemindahan budaya akan turut
melakukan penyesuaian dengan persekitaran mereka.
Akulturasi akan mengakibatkan perubahan-perubahan struktur budaya kepada budaya
asal, budaya peminjam atau mungkin juga berlaku kepada kedua-dua budaya. Dengan itu,
manusia dalam sesuatu kumpulan budaya akan melakukan pemilihan terhadap perkara-
perkara seperti teknologi, bahasa, ekonomi, organisasi, sosial, agama dan seni daripada
budaya-budaya lain untuk diserapkan ke dalam budaya sendiri. Manusia juga akan bertindak
sebagai ’tabir’ dalam menentukan elemen-elemen yang dipinjam semasa berlakunya
hubungan budaya. Manusia akan menentukan elemen-elemen budaya yang perlu dikekalkan
dan elemen-elemen yang perlu dipinjam akibat hubungan budaya. Suatu contoh yang jelas
adalah apabila masyarakat bukan Melayu mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu
yang telah dijadikan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara ini. Di sekolah-sekolah,
para pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa tersebut, manakala mereka masih
mengekalkan bahasa ibunda dalam situasi tidak formal. Akibat hubungan budaya, masyarakat
Melayu juga mengambil beberapa elemen budaya daripada masyarakat ukan Melayu seperti
jenis-jenis makanan.
Kebiasaannya, suatu budaya memegang kedudukan lebih tinggi dan akan mengenakan
suatu bentuk tekanan seperti dalam bentuk langsung melalui tekanan ekonomi, kelebihan
teknologi ataupun prestij. Adakalanya proses akulturasi berlaku secara yang tidak langsung.
Apabila kuasa kolonial British menjajah benua Amerika, mereka tidak memaksa penduduk
peribumi Amerika, iaitu orang-orang Indian untuk memeluk agama Kristian. Namun dengan
merampas tanah-tanah mereka, kuasa kolonial itu telah menyebabkan penduduk peribumi
tidak dapat meneruskan kehidupan tradisi mereka. Tanpa banyak pilihan, penduduk peribumi
terpaksa menerima elemen-elemen budaya kolonial.
Dalam keadaan yang lain pula, masyarakat yang didominasi akan secara sukarela
untuk menerima bentuk-bentuk budaya yang baru. Penduduk Kepulauan Manu di lautan

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

Pacific telah terdedah kepada beribu-ribu tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di situ
semasa Perang Dunia Kedua. Setelah memerhatikan ketinggian teknologi dan material
tentera, penduduk Manu telah mengambil keputusan untuk merubah budaya mereka
(Frederico,1979).
8.1 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Proses Akulturasi
8.1.1 Keluasan Budaya/Tapak Budaya
Semakin luas budaya itu, makin luaslah hubungan sesuatu budaya dengan
pengaruh luar dan ini akan menyebabkan proses akulturasi kerap berlaku.
8.1.2 Jumlah Populasi
Populasi yang luas akan menyebabkan lebih kerap hubungan dengan budaya luar,
dan akan meningkatkan akulturasi kerana ahli-ahli dalam masyarakat akan
melakukan penapisan terhadap elemen-elemen budaya luar.
8.1.3 Kekerapan Hubungan dengan Budaya Luar
Semakin kerap sesuatu budaya didedahkan kepada elemen-elemen budaya luar,
semakin kerap proses akulturasi berlaku.
8.1.4 Perubahan dalam Persekitaran Fizikal dan Sosial
Antara perubahan dalam persekitaran fizikal dan sosial yang mempengaruhi
proses akulturasi ialah seperti bencana alam dan kedatangan kumpulan-kumpulan
baru ke dalam masyarakat. Perkembangan ini memberikan tekanan kepada ahli-
ahli masyarakat untuk memikirkan cara-cara baru berhadapan dengan kehidupan.
8.1.5 Penciptaan-Penciptaan Penting
Terdapat beberapa penciptaan penting seperti kekajuan perindustrian yang akan
menyebabkan inovasi tersebut tersebar dan diterima oleh masyarakat lain
terutamanya yang bersifat praktikal dan yang meningkatkan taraf dan kualiti
kehidupan.
8.1.6 Sikap Terhadap Perubahan
Sikap keterbukaan terhadap elemen-elemen budaya luar akan mempengaruhi
kadar akulturasi sesuatu masyarakat (Frederico,1979). Masyarakat yang
konservatif akan cuba mengelakkan kemasukan elemen-elemen baru budaya
asing dan akan cuba mengekalkan bentuk budaya sedia ada.

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

9. INTEGRASI

Integrasi berasal daripada bahasa Inggeris "integration" yang bererti kesempurnaan


atau keseluruhan. Integrasi sosial didefinisikan sebagai proses penyesuaian di antara unsur-
unsur yang saling berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga menghasilkan pola
kehidupan masyarakat yang memilki keserasian fungsi. Definisi lain mengenai integrasi
adalah suatu keadaan di mana kelompok-kelompok etnik menerima dan bersikap kompromi
terhadap kebudayaan majoriti masyarakat, namun masih tetap mempertahankan kebudayaan
mereka masing-masing. Integrasi mempunyai 2 pengertian, iaitu:

 Pengendalian terhadap masalah dan kepelbagaian kaum dalam suatu sistem sosial
tertentu
 Membuat suatu keseluruhan dan menyatukan unsur-unsur tertentu

Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, integrasi bermaksud


penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan, penyatuan.
Selain itu Integrasi juga dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah
dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan
pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai
murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan
saksama. Dari segi definisi Integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai
kelompok dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama. Bagi negara yang berbilang
bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakan agar berjaya. Kejayaan
Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa
dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses intagrasi.

Dalam era globalisasi ini, integrasi menjadi semakin penting. Integrasi ini dapat
dilihat dalam pelbagai situasi dan keadaan yang membolehkan sesuatu perkara itu dapat
dintegrasikan. Dalam seni integrasi ialah suatu aktiviti yang memastikan terdapat pelbagai
bidang seni dalam sesuatu aktiviti mahupun kegiatan yang telah digabungkan dalam satu. Ini
akan membuatkan satu integrasi dapat dilihat. Secara ringkasnya integrasi ialah apabila suatu
perkara itu turut disatu padukan kepada satu sama yang lain. Integrasi dalam mata dunia pula
ialah, dapat dilihat melalui peningkatan dalam komunikasi antara rakyat di seluruh dunia,
integrasi dalam bidang ekonomi (AFTA,NAFTA), integrasi dalam sukan (Sukan SEA, Sukan
Olimpik) dan integrasi dalam aspek politik dan sosial (UN,ASEAN,EU,OIC). Melalui

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

integrasi, kita dapat mempunyai semangat untuk menjadi seseorang warga dunia dan akan
terdapat peningkatan keprihatinan berkaitan isu-isu dunia. Dalam sesebuah negara pula
integrasi ialah lebih ke arah mengintegrasikan kaum di antara kaum-kaum yang lain untuk
dapat disatukan.

Integrasi kaum ini terjadi dari dulu lagi disebabkan pendidikan berorientasikan kaum.
Pengasingan institusi pendidikan berteraskan kaum di Malaysia juga merupakan suatu
masalah besar yang dihadapi masyarakatnya. Tidak perlu dinafikan, pendidikan adalah
wahana penting untuk mengintegrasikan kaum. Namun, adalah malang di Malaysia sistem
pendidikannya terutama di sekolah rendah adalah berteraskan satu-satu kaum sahaja.
Perpaduan yang seharusnya diajarkan kepada masyarakat semenjak mereka kecil telah
menemui kegagalan di dalam konteks ini kerana diasingkan mengikut aliran persekolahan
rendah yang berbeza. Dalam kes ini, kaum Cina dan India tidak mahu sistem pendidikan yang
menggunakan bahasa ibunda mereka dihapuskan. Justeru mereka tetap berkeras untuk
mengekalkan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil di Malaysia. Hasilnya, perpaduan kaum
yang longgar akan berlaku. Pendidikan yang seharusnya menjadi platform terawal ke arah
penerapan nilai perpaduan di dalam jiwa rakyat Malaysia yang pelbagai kaum telah secara
tidak langsung, memecahbelahkan kaum-kaum ini semenjak kecil. Bahkan, tidak keterlaluan
jika dikatakan, kerana wujudnya sistem pendidikan berteraskan kaum ini, fahaman
perkauman telah diterapkan di dalam minda masyarakat pelajar semenjak mereka berada di
bangku sekolah rendah lagi. Justeru, apabila mereka ini berada di institusi pengajian tinggi,
mereka akan terbawa-bawa dengan cara pergaulan dari sekolah rendah dan tidak hairan jika
mereka berpuak-puak mengikut kaum masing-masing.

Hubungan etnik dan integrasi adalah isu yang penting dalam pembinaan negara
Malaysia yang berbilang etnik. Selain etnik Melayu, Cina, dan India, terdapat etnik lain
seperti Orang Asli, Kadazandusun, Bajau, Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi. Kepelbagaian ini
menuntut satu pendekatan yang membolehkan kesemua etnik ini dapat hidup bersama dan
berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak wasangka dan tidak selamat.
Menarik diketahui bahawa untuk meningkatkan integrasi antara kaum dan etnik, faktor
penguasaan bahasa memainkan peranan yang memang penting. Bahasa sudah lama
memainkan peranan sebagai satu wadah yang dapat mengeratkan integrasi dan hubungan.
Kefahaman dan kefasihan bahasa yang tinggi akan memudahkan komunikasi dan seterusnya
dapat memupuk perpaduan dan integrasi. Kedudukan Bahasa Malaysia sabagai bahasa

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

kebangsaan mendorong ke arah ini. Pada masa yang sama, penguasaan bahasa kaum lain
memang membantu perpaduan.

10. RAS

Pada dasarnya, ras ialah suatu konsep biologi. Terdapat banyak kekeliruan berkaitan
konsep ini. Ahli-ahli sosiologi dan antropologi saling tidak bersetuju dalam memberi takrifan
ras. Adakalanya, ras merujuk ‘umat manusia’. Dalam keadaan yang lain pula, ras digunakan
untuk merujuk ‘nasionaliti’ (seperti bangsa Jerman) dan pengumpulan manusia berasaskan
warna kulit (seperti kulit putih). Namun demikian, terdapat kecenderungan para saintis sosial
untuk mentakrifkan ras sebagai sekumpulan manusia yang dibezakan daripada kumpulan-
kumpulan lain oleh kombinasi sifat-sifat fizikal (Horton & Hunt,1964).
Pentakrifan tersebut tidaklah saintifik dan tepat kerana manusia merupakan makhluk
yang boleh melakukan in breeding. Dalam pensejarahan manusia, perkahwinan campur
berlaku dari masa ke semasa serta berlaku dalam semua masyarakat. Manusia secara
genetiknya bersifat terbuka yang membawa maksud tanpa mengira sifat-sifat fizikal, manusia
boleh melakukan in breeding (Marger,2003). Terdapat dua implikasi seperti yang berikut:
(a) Perbezaan fizikal manusia yang amat banyak.
(b) Tidak wujud ras yang tulen.
Pegangan awal ahli-ahli sosiologi ialah ras terbahagi kepada tiga kategori yang besar,
iaitu Caucasoid, Mongoloid dan Negroid. Namun demikian, klasifikasi tersebut tidak
berupaya menerangkan kelainan-kelainan ciri fizikal ras. Ciri-ciri satu kumpulan ras boleh
dilihat dalam kumpulan yang lain. Pertindanan ciri-ciri fizikal manusia telah berlaku kerana
perkahwinan campur.
Jelasnya, konsep ras yang merujuk manusia dalam kumpulan ciri-ciri fizikal yang
sama ialah persepsi manusia yang tidak disokong oleh dapatan saintifik. Adalah lebih tepat
untuk menganggap ras sebagai ciptaan minda manusia tanpa disokong kebenarannya.
Tinjauan secara mendalam mendapati idea ras adalah untuk mengkategorikan manusia yang
bersifat pseudoscience (kepalsuan sains). Idea ras dapat dikaitkan dengan perkembangan
sejarah yang berlaku pada penghujung abad ke-15 dan awal abad ke-16. Dalam jangka masa
tersebut, berlaku pertembungan antara masyarakat Eropah dan bukan Eropah dengan lebih
pesat. Akibat pertembungan itu, masyarakat Eropah mendapati penduduk Asia, Amerika dan
Eropah mempunyai raut wajah dan cara bertindak yang begitu berbeza daripada mereka.
Masyarakat Eropah akhirnya membuat rumusan bahawa perbezaan luaran (dan kecil) ini

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

merupakan petanda wujudnya perbezaan-perbezaan lain yang lebih penting. Antaranya ialah
tanggapan bahawa masyarakat bukan kulit putih lebih rendah tarafnya berbanding dengan
masyarakat kulit putih Eropah (Cornell,1998). Perbandingan sebegini digunakan untuk
menghalalkan kolonialisme Eropah ke atas tanah-tanah jajahan mereka.
Oleh sebab ras merupakan persepsi manusia, tidak terdapat cara mengklasifikasikan
manusia yang seragam dalam kalangan semua masyarakat. Individu yang dikategorikan
sebagai ‘kulit hitam’ di Amerika Syarikat mungkin akan dianggap sebagai ‘kulit putih’ di
Brazil. Jelasnya, cara orang-orang Brazil mentakrifkan ras tidak sama seperti yang dilakukan
di Amerika Syarikat. Mereka tidak perlu menggunakan ciri-ciri fizikal yang sama sebagai
standard dan ukuran untuk mengkategorikan manusia (Marger,1991). Satu lagi contoh
kesilapan dalam memberi konsep terhadap ras ialah kepercayaan bahawa perbezaan fizikal
manusia akan berkait dengan perbezaan-perbezaan sosial dan tingkah laku manusia. Manusia
berkulit putih akan mempunyai perlakuan yang berbeza daripada manusia berkulit hitam
(Marger,2003). Menerusi pemikiran sebegini, perlakuan manusia akan banyak dipengaruhi
oleh warna kulitnya.
Asas-asas ras yang tidak saintifik ini telah mempengaruhi sistem perundangan. Di
Amerika Syarikat, iaitu bermula di Tennesee pada tahun 1910, telah wujud dasar setitik darah
(a drop policy). Melalui dasar ini, sesiapa yang memiliki darah kulit hitam daripada nenek
moyang mereka walaupun melalui warisan yang kecil, ia tetap dianggap sebagai ras kulit
hitam (Law,1962).
11. ETNIK

Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya


yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep
etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan
bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan
pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk
Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem
politik yang sama.

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan
ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan,
orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, India, Cina,
Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya
bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada
tahap rendah atau tidak bermoral.

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada
rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau
sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkah laku yang sama. Kumpulan atau kategori etnik digunakan untuk merujuk secara
asasnya kepada warisan sosiobudaya seseorang itu. Antara ciri konsep etnik ialah budaya,
adat, bahasa, agama dan negara asal nenek moyangnya. Kumpulan etnik ialah kumpulan yang
ahlinya memiliki satu set ciri sosiobudaya yang tersendiri. Mengikut Yinger (1994) etnik
ialah satu kumpulan yang wujud dalam erti kata sebenar apabila satu segmen daripada
masyarakat besar dilihat oleh orang lain sebagai berbeza dengan beberapa kombinasi dalam
ciri-ciri seperti bahasa, agama, ras dan negara nenek moyang bersama adat dan kebudayaan
yang berkaitan. Mengikut beliau, ahli-ahli kumpulan ini pun melihat diri mereka sedemikian,
dan mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang dikongsi bersama berdasarkan asal usul
keturunan atau kebudayaan yang sama.

Pandangan Yinger ini ada kaitan dengan pemerhatian umum semenjak dahulu yang
memperlihatkan ahli-ahli keluarga sering kali serupa antara satu sama lain dari segi rupa
paras dan tingkah laku jika dibandingkan dengan mereka yang tiada ikatan keluarga.
Mengikut Martin (2003) pula, etnik ialah satu kumpulan manusia yang wujud sebagai
sebahagian daripada satu masyarakat yang lebih besar dengan ahli-ahli kumpulan ini
mengamalkan budaya yang agak seragam. Dalam kalangan ahli kumpulan ini mereka
mempunyai rasa kekitaan dan etnosentrik kerana mereka berkongsi pertalian darah yang
sama. Kesimpulannya, etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang
mengamalkan budaya termasuk adat resam, bahasa, agama yang seragam dan berasal dari
negara nenek moyang yang sama.

12. PRIMORDIAL

Sentimen primordial merujuk kepada perasaan bangga sesuatu kaum atau puak ke atas
kumpulannya. Ia hasil persamaan budaya, perkongsian dan pengalaman hidup, pertalian
darah, keturunan serta sejarah yang dilalui secara bersama. Lantas, tidak hairanlah orang
Melayu akan melindungi kaumnya jika ada sebarang gugatan dalam bentuk tulisan, lisan
mahupun tindakan yang dianggap mengancam simbol-simbol atau institusi yang mewakili

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

kaum tersebut. Tindak balas serupa juga akan dilakukan oleh kaum lain apabila menghadapi
situasi yang sama. Justeru ketika Karpal Singh berura-ura mahu menyaman Sultan Perak,
Sultan Azlan Shah, ratusan laporan polis dibuat ke atas beliau oleh pimpinan dan pertubuhan
yang mewakili orang Melayu. Perkara yang sama juga timbul apabila tulisan Zaini Hassan
dalam ruangan Cuit yang menyentuh perihal orang India di India dan India di Malaysia
dibalas dengan tiga laporan polis.

Respons, penentangan, maklum balas dan amarah juga dapat dilihat apabila kenyataan
dua ahli Parlimen DAP yang menyentuh sensitiviti primordial umat Melayu berhubung hak
keistimewaan orang Melayu dan peruntukkan yang dilebihkan bagi pembinaan masjid. Apa
yang menarik, reaksi bercampur baur antara pandangan bersifat perundangan, emosi, logik,
mahupun keinginan untuk melindungi hak kaum berkenaan. Secara umum reaksi sebegini
adalah fitrah. Ia berlaku secara spontan dan merupakan tindak balas semulajadi. Kesan
kuatnya ialah keterikatan kepada sentimen primordial tadi. Maka, dalam realiti kemajmukan
masyarakat Malaysia, sentimen ini senantiasa berperanan untuk mengikat dan mewujudkan
sense of belonging dan kekitaan yang cukup tinggi. Jika sentimen ini tidak diurus secara
konstruktif, ia mampu menjadi bom jangka. Hakikatnya kenyataan, tindakan mahupun tulisan
yang seringkali mengundang maklum balas amarah dari kaum lain berkait rapat dengan
budaya umum yang dibentuk kesan sentimen primordial tadi.

Oleh itulah kefahaman sosio-budaya, dialog antara kaum, integrasi sosial, pemupukan
sifat toleransi dan saling memahami merupakan elemen indoktrinasi yang perlu dipupuk dan
direncanakan sepanjang masa bukannya bermusim. Dalam hal ini, pertimbangan rasional,
niat yang luhur lagi jujur wajar menjadi prinsip kepada setiap yang mahu menutur, menulis
atau bertindak ke atas sesuatu yang boleh dipersepsikan kepada cubaan menyentuh sensitiviti
kaum lain dan usaha menggoyah sentimen primordial berkenaan. Misalnya dalam kes tulisan
Zaini, jika mahu menggunakan sentimen primordial, sudah tentulah sebagai Melayu, penulis
akan menyokongnya. Tanpa perlu memikir apa perasaan dan sensitiviti kaum India. Tetapi
jika penelitian empiris dibuat, tulisan yang pada persepsi kaum India telah menghina mereka,
boleh diubah kepada sudut yang lebih positif langsung merangsang daya motivasi kaum
tersebut. Misalnya daripada menggunakan perlambangan realiti kaum India di India, kenapa
tidak realiti sumbangan India Malaysia dijadikan tema dan persoalan tulisan? Kenapa isu dua
tiga kerat orang India yang suka riuh-rendah dan menuntut itu ini tidak ditukar kepada jasa
kaum India yang turut membina negara? Dua tiga kerat orang India yang bermasalah dan

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

suka mencipta kontroversi ini bukanlah cerminan sebenar sikap majoriti India di Malaysia.
Ramai orang India yang berjasa dan diingati. Contohnya, keupayaan jurulatih bola sepak
negara K. Rajagobal, bersama play-maker, K. Gurusamy dan pemain sayap, S. Kunalan.
Sumbangan mereka membolehkan kemarau penantian selama 20 tahun berakhir pada Sukan
SEA di Laos.

Demikian juga jika menyelusuri kehidupan masyarakat kita. Sedari kecil sehingga
dewasa, tidak lengkap hidup ini tanpa peranan kaum India. Bangun pagi, kita menatap akhbar
harian yang dihantar penjual suratkhabar kaum India. Tengah hari menjamah nasi kandar di
restoran mamak milik keturunan India. Begitu juga juadah pada waktu malam. Malah
masakan di rumah juga ada sentuhan "India" berdasarkan pelbagai rempah dan serbuk kari
keluaran syarikat milik keturunan India. Berdasarkan semua itu, darah daging, tubuh badan
dan bahan kumbahan kita hampir sebahagian besar daripada 'air tangan' kaum India. Dalam
kes Kulasegaran, daripada mempertikaikan agar hak istimewa Melayu dihapus dan dikaji
semula, beliau akan dilihat lebih murni sekiranya tidak menyentuh isu Melayu tetapi meminta
jaminan keadilan untuk kaum lain yang turut sama menyumbang membina negara. Sarjana
seperti Imanuel Kant menegaskan "kebenaran sesuatu penulisan atau kenyataan adalah
ditentukan oleh objektif dan daya taakulan (reasoning) yang dihasratkan oleh penulis dan
penuturnya. Tujuan di sebalik sesuatu tulisan atau kenyataan ada pelbagai. Pertama, mungkin
bermaksud untuk menjadi hero atau pembela kaum masing-masing berdasarkan sentimen
primordial tadi. Mungkin juga ingin mencipta nama dan sejarah tersendiri. Kedua,
bermatlamat menyalahkan nasib buruk yang menimpa kaum mereka bukan dengan melihat
kelemahan kaum tersebut tetapi dengan menyalahkan sistem, pihak ataupun puak lain.
Ketiga, sebagai satu pernyataan tersirat yang mempunyai maksud halus bagi menyampaikan
perkara lain. Keempat, sebagai satu rakaman pernyataan untuk sama-sama terlibat (bikin
kecoh) atas dasar mewakili kaum, puak atau kumpulan berhubung sesuatu isu. Kelima,
sebagai bayangan perasaan inferiority complex kaum berkenaan. Keenam, kesan akibat
pengaruh sosiobudaya yang membentuk peribadi dan jati diri penulis dan penutur berkenaan.
Ketujuh, boleh jadi kesan daripada kurangnya pemahaman bahawa sentimen primordial
sebenarnya perlu diurus secara yang harmonis, bermotivasi dan konstruktif. Bukannya
disemarakkan dan diapi-apikan melalui amalan konvensional sebelumnya.

Natijahnya usaha pemupukan perpaduan, keharmonian kaum, integrasi antara ras


akan hanya menjadi retorik yang bermain di bibir semata-mata tetapi gagal diterjemahkan

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

kewujudannya. Sebab itu kita perlu menghayati pepatah lama "Kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa" atau "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-
dengar". Kata cerdik pandai pula, "Tiada masalah kenapa perlu mencari masalah". Jika ini
mampu dihayati Malaysia yang aman, harmoni, unik lagi makmur dan kental ikatan
perpaduan rakyatnya akan mampu dilestarikan.

13. DIFFUSI – PENYEBARAN BUDAYA

Difusi adalah suatu proses penyebaran unsur-unsur kebudayaan dari satu kumpulan ke
kumpulan lain atau dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain. Dalam Kamus Besar
Bahasa Indonesia, difusi ditakrifkan sebagai proses penyebaran atau penyerapan suatu unsur
kebudayaan dari satu pihak kepada pihak lain. W.A. Haviland menyatakan bahawa difusi
adalah penyebaran kebiasaan atau adat istiadat daripada suatu kebudayaan kepada
kebudayaan lain. Proses difusi berlaku dengan menggunakan teknik meniru atau imitasi.
Meniru lebih mudah daripada mencipta sendiri, terutama berkaitan perkara yang baru.
Berikut adalah beberapa contoh proses terjadinya difusi:

i. Unsur-unsur budaya timur dan barat yang masuk ke Malaysia dilakukan dengan
teknik meniru. Misalnya, penyebaran agama Islam melalui media perdagangan, cara
berdagang yang jujur, dan model pakaian yang digunakan, lambat laun akan ditiru
oleh masyarakat.
ii. Cara berpakaian kakitangan kolonial British ditiru oleh penguasa pribumi.
iii. Cara makan yang dilakukan orang Eropah dengan menggunakan sudu dan garfu ditiru
oleh orang Malaysia.

Peristiwa yang terjadi pada belahan bumi yang lain boleh disaksikan dan didengari
pada waktu yang bersamaan, walaupun orang berada di wilayah yang sangat jauh dari tempat
berlangsungnya kejadian tersebut. Peristiwa peperangan di negara-negara Balkan atau
bencana kelaparan yang terjadi di Afrika dengan mudah dan cepat dapat segera diketahui
dalam beberapa saat walaupun secara langsung dapat diketahui saat itu juga. Arus globalisasi
maklumat semakin memudahkan proses difusi kebudayaan, setelah teknologi internet
semakin berkembang sehingga pembauran kebudayaan asing tidak dapat dihindarkan. Hal ini
juga bererti semakin memudahkan terjadinya proses pembauran atau percampuran pada suatu
bangsa.

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

Proses difusi adalah proses penyebaran unsur-unsur kebudayaan ke seluruh dunia.


Difusi merupakan salah satu objek ilmu kajian antropologi, terutama sub-ilmu antropologi
diakronik. Proses difusi tidak hanya dilihat dari sudut bergeraknya unsur-unsur kebudayaan
dari satu tempat ke tempat lain di muka bumi saja, tetapi terutama sebagai proses di mana
unsur kebudayaan dibawa oleh individu dari suatu kebudayaan, dan harus diterima oleh
individu-individu dari kebudayaan lain. Salah satu bentuk difusi adalah penyebaran unsur-
unsur kebudayaan yang terjadi kerana dibawa oleh kumpulan-kumpulan manusia yang
berhijrah dari satu tempat ke tempat lain di dunia. Hal ini berlaku puluhan ribu tahun yang
lalu, apabila manusia yang hidup memburu dan berpindah-randah dari suatu tempat ke tempat
lain, saat itulah unsur kebudayaan yang dimiliki oleh mereka juga ikut berpindah.
Penyebaran unsur-unsur kebudayaan tidak hanya terjadi apabila ada perpindahan dari
suatu kelompok manusia dari satu tempat ke tempat lain, tetapi juga berlaku kerana adanya
individu-individu tertentu yang membawa unsur kebudayaan itu ke seluruh dunia. Individu-
individu yang dimaksudkan adalah golongan pedagang, pelaut serta golongan para ahli
agama. Bentuk difusi yang lain lagi adalah penyebaran unsur-unsur kebudayaan yang terjadi
apabila individu-individu dari kelompok tertentu bertemu dengan individu-individu dari
kelompok tetangga. Pertemuan-pertemuan antara kumpulan-kumpulan tersebut boleh berlaku
dengan tiga cara iaitu :
a. Hubungan Symbiotic
Hubungan symbiotic adalah hubungan di mana bentuk dari kebudayaan itu tidak
berubah. Contohnya adalah di kawasan pedalaman negara Kongo, Togo, dan
Cameron di Afrika Tengah dan Barat; ketika berlaku aktiviti sistem barter hasil
memburu dan hasil hutan antara suku Afrika dan suku Negrito. Pada waktu itu,
hubungan mereka terbatas hanya pada pertukaran barang-barang itu saja, suku
kebudayaan masing-masing tidak berubah.
b. Penetration Pacifique (Kemasukan Secara Damai)
Salah satu bentuk penetration pacifique adalah hubungan perdagangan. Hubungan
perdagangan ini mempunyai kesan yang lebih jauh dibandingkan hubungan
symbiotic. Unsur-unsur kebudayaan asing yang dibawa oleh pedagang masuk ke
kebudayaan penerima dengan tidak disengajakan dan tanpa paksaan. Sebenarnya,
kemasukan unsur-unsur asing oleh para penyiar agama itu juga dilakukan secara
damai, tetapi hal itu dilakukan dengan sengaja, dan kadang-kadang dengan paksa.
c. Penetration Violante (Kemasukan Secara Kekerasan)

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

Kemasukan secara kekerasan ini terjadi pada hubungan yang disebabkan kerana
peperangan atau penaklukan. Penaklukan merupakan titik awal dari proses
kemasukan budaya asing ke suatu tempat. Proses selanjutnya adalah penjajahan,
di sinilah proses kemasukan unsur kebudayaan asing mula tersebar.
Ada juga difusi yang berkonsep ransangan difusi (stimulus diffusion). Stimulus
diffusion adalah proses difusi yang berlaku melalui suatu rangkaian pertemuan antara suatu
deret suku-suku bangsa. Konsep stimulus diffusion juga kadangkala digunakan ketika ada
suatu unsur kebudayaan yang dibawa ke dalam kebudayaan yang lain, di mana unsur itu
mendorong terjadinya unsur-unsur kebudayaan yang dianggap sebagai kebudayaan yang baru
oleh warga penerima, walaupun gagasan awalnya berasal dari kebudayaan asing tersebut.

14. PREJUDIS

Ungkapan prejudis berasal daripada perkataan Latin, iaitu praejudicium.


Praejudicium membawa maksud dahuluan (precedent), iaitu sesuatu keputusan diambil
berdasarkan keputusan dan pengalaman silam. Kini, prejudis bermaksud tanggapan buruk
terhadap orang lain tanpa asas yang secukupnya (Eitzen & Zinn, 1988). Selain itu, prejudis
juga bererti membuat tanggapan awal atau pengertian terlebih dahulu sebelum maklumat
yang berkaitan dapat dikumpulkan atau dikaji. Justeru, prejudis dibentuk berdasarkan bukti
yang tidak cukup atau bersifat tidak nyata.

G.W. Allenport (1968) menjelaskan bahawa prejudis ialah tanggapan awal terhadap
sesuatu perkara yang akan berterusan sekiranya tanggapan itu tetap tidak berubah walaupun
mendapat pendedahan tentang pengetahuan baharu. Prejudis juga boleh diertikan sebagai
sikap yang negatif terhadap kumpulan-kumpulan luar. Manusia tidak dilahirkan dengan sikap
prejudis. Seseorang itu mempelajari sikap prejudis sejak kecil menerusi proses sosialisasi.
Prejudis merupakan sesuatu yang dipelajari oleh manusia apabila ia berada dalam kalangan
masyarakat. Melalui proses pembelajaran, kanak-kanak memperoleh dan menyemai nilai-
nilai prejudis yang terdapat dalam masyarakatnta.

14.1 Faktor-Faktor Prejudis

Seseorang yang bersikap prejudis sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu
dasar segregasi antara kumpulan etnik, bahasa, sejarah dan nasionalisme.

14.1.1 Dasar Segregasi antara Kumpulan Etnik

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

Amalan segregasi dan diskriminasi dapat menyemai prejudis kerana pemisahan antara
kumpulan manusia akan menjadi suatu peringatan kekal bahawa “mereka tidak seperti
kita”. Apabila kumpulan-kumpulan manusia tidak melakukan hubungan yang
sewajarnya, mereka tidak mempunyai maklumat terhadap kumpulan yang lain.
Kekurangan maklumat menyebabkan timbulnya prejudis.

14.1.2 Faktor Bahasa

Prejudis boleh dipelajari menerusi amalan linguistik sesuatu komuniti. Terdapat


perkataan-perkataan yang melambangkan kebaikan (seperti putih) dan kejahatan atau
keburukan (seperti hitam). Terdapat pula ungkapan-ungkapan dalam sistem bahasa
masyarakat yang digunakan untuk merujuk kepada kumpulan manusia yang lain.
Ungkapan-ungkapan tersebut membawa pengertian negatif terhadap kumpulan luar.
Penutur yang menggunakan perkataan-perkataan akan mempunyai sikap prejudis
terhadap kumpulan-kumpulan luar yang dirujuk tanpa disedari.

14.1.3 Faktor Sejarah

Dalam pensejarahan manusia, kolonialisme dan perhambaan yang dilakukan oleh


kuasa-kuasa Eropah terhadap negara-negara di benua Asia dan Afrika telah membantu
mengukuhkan prejudis terutama terhadap penduduknya. Tanggapan bahawa
penduduk kulit hitam dan kulit berwarna (untuk penduduk Asia) menduduki kawasan
yang rendah dalam hierarki ras. Britain dengan slogan “white’s man burden” (beban
kulit putih) dan Perancis dengan slogan “mission civilisatrice” (tugas meyebarkan
tamadun) bukanlah sekadar slogan-slogan untuk mengalalkan penjajahan tetapi
tersirat mesej-mesej keagungan bangsa dan tamadun mereka. Dalam masa yang sama,
penduduk Asia dan Afrika digambarkan sebagai kurang bertamadun, kurang
kecerdikan dan memerlukan bimbingan kuasa-kuasa kulit putih. Gambaran imej
sebegini membantu melahirkan sikap prejudis terhadap kaum lain.

14.1.4 Nasionalisme

Huxley dan Haddon telah menjelaskan bahawa suatu bangsa disatukan oleh kebencian
umum terhadap jiran-jirannya. Mereka sebenarnya cuba menjelaskan bahawa
nasionalisme boleh menjadi alat perpaduan untuk rakyat sesebuah negara. Namun
dalam masa yang sama, nasionalisme boleh berubah dan menjadi perasaan kecintaan
yang melampau terhadap tanah air (chauvinism) yang bersifat bukan sahaja “untuk

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

kita” tetapi untuk “menentang mereka” (International Encyclopedia of the Social


Sciences, 1968). Dalam keadaan sebegini, sikap prejudis mudah terbentuk terhadap
kumpulan-kumpulan luar.

15. STEREOTAIP

Dalam pengertian yang paling mudah, stereotaip ialah suatu bentuk kepercayaan
individu bahawa ahli-ahli kumpulan lain mempunyai sifat-sifat tertentu. Sifat-sifat ini
mungkin positif ataupun negatif. Jelasnya, individu itu telah mempunya idea-idea tetap
mengenai ahli-ahli kumpulan lain (Eitzen & Zinn, 1988). Contoh-contoh pemikiran stereotaip
ialah;

(a) Kumpulan etnik A sangat licik dan melakukan penipuan dalam urus niaga.
(b) Kumpulan etnik B ini sangat agresif dan suka bergaduh dengan kumpulan lain.
Stereotaip yang positif pula mungkin seperti yang berikut;
(a) Etnik A sangat taat kepada agama.
(b) Etnik B sangat efisien dalam pekerjaan mereka.
Pemikiran stereotaip dapat dikaitkan dengan kebiasaan untuk melakukan proses
pengkategorian apabila berhadapan dengan ahli-ahli kumpulan lain. Manusia akan
meramalkan cara ahli-ahli kumpulan lain bertingkah laku (Encyclopedia of Human
Behaviour, 1994). Proses meramalkan ini akan menerbitkan pemikiran stereotaip.
Stereotaip berkait dengan pemikiran yang membesar-besarkan sesuatu sifat ahli-ahli
kumpulan lain. Kumpulan-kumpulan manusia sama ada kumpulan etnik, ras atau nasionaliti
dianggap mempunyai sifat-sifat tersendiri (Thompson & Hickey, 1994). Selain itu, semua
ahli kumpulan itu dianggap mempunyai sifat yang sama dengan stereotaipnya seperti contoh-
contoh di atas. Stereotaip melibatkan pemikiran yang bersifat rigid, merangkumi semua
(overgeberalized), tidak betul dan berat sebelah tentang ahli-ahli kumpulan lain. Apabila
sesuatu kumpulan itu dianggap berfikiran stereotaip, ahli-ahlinya tidak dianggap sebagai
individu, tetapi dianggap sebagai sebuah kumpulan. Stereotaip sebenarnya mengabaikan
perbezaan-perbezaan dalam ahli-ahli kumpulan luar, namun pemikiran itu mengukuhkan
perbezaan antara ahli-ahli dalam sesebuah kumpulan.
Pemikiran stereotaip akan mewujudkan perasaan “kita dan mereka”. Dengan itu,
wujudlah perbezaan kumpulan majoriti dan minoriti. Biasanya, kumpulan majoriti akan
menggunakan pemikiran stereotaip terhadap kumpulan lain untuk mengekalkan kuasa.
Seseorang yang mempunyai pemikiran stereotaip akan terus berpegang kepada

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

kepercayaannya serta tidak memperdulikan realiti (Frederico, 1979). Pemikiran stereotaip


akan mendorong seseorang itu bersikap prejudis, jika dirinya tidak mengubah pandangan
terhadap kumpulan lain apabila wujud bukti-bukti yang menolak pendiriannya itu (Thompson
& Hickey, 1994). Pemikiran stereotaip juga akan memberikan alasan kepada amalan
diskriminasi. Sebagai contohnya, pemikiran stereotaip akan menganggap kumpulan etnik
baru tertentu sebagai malas dan tidak pandai. Andaian sebegini akan menyebabkan mereka
didiskriminasikan dalam peluang pekerjaan (Eshleman & Cashion, 1985). Amalan
diskriminasi pula akan menyemai dan menyuburkan prejudis kerana diskriminasi akan
mewujudkan pemisahan antara kelompok-kelompok manusia.

16. DISKRIMINASI

Diskriminasi ialah perlakuan memberikan layanan yang tidak sama kepada individu-
individu kerana keahliannya kepada kumpulan-kumpulan yang tertentu. Tujuan layanan yang
tidak sama adalah untuk mengalang kumpulan-kumpulan minoriti memiliki kuasa dan
menjadikan mereka itu “berbeza” daripada kumpulan majoriti (Frederico, 1979). Thompson
dan Hickey (1994) telah menyenaraikan tiga bentuk diskriminasi yang berlaku dalam
masyarakat iaitu;

(a) Diskriminasi personal


(b) Diskriminasi perundangan
(c) Dikriminasi institusi
Diskriminasi personal bermaksud perlakuan diskriminasi yang dilakukan oleh
individu termasuk memberikan layanan yang tidak sama. Antara contoh layanan adalah
dengan memboikot pihak lain, menuturkan cacian, melakukan ugutan, keganasan dan
membunuh. Diskriminasi perundangan ialah diskriminasi yang dilakukan menerusi
penggubalan undang-undang. Terdapat ahli masyarakat yang didiskriminasikan dari institusi
awam, pekerjaan dan ganjaran-ganjaran sosial akibat undang-undang dalam sesebuah negara.
Diskriminasi institusi adalah tindakan institusi-institusi negara dalam aspek ekonomi, politik
dan sosial (Thompson & Hickey, 1994). Sebagai contoh, sebuah bank yang meluluskan
pinjaman kepada A dan menolak permohonan B walaupun kedua-dua mereka mempunya
kelayakan yang sama. B adalah contoh mangsa diskriminasi institusi.
Terdapat beberapa penerangan mengenai punca perlakuan diskriminasi. Ahli-ahli
psikologi sosia menyatakan bahawa kegagalan untuk memenuhi matlamat dan keinginan
akan menyumbang kepada prejudis dan diskriminasi. Manusia mempunyai matlamat-

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

matlamat yang perlu dipenuhi dan apabila keinginan mereka dihalang, mereka akan berasa
kecewa dan marah. Sekiranya didapati bahawa sumber masalah terlalu kuat untuk ditentang,
mereka akan mewujudkan scapegoat, iaitu pihak yang didakwa sebagai punca kepada
masalah mereka. Biasanya, golongan minoriti dalam masyarakat akan dijadikan sasaran.
Prejudis dan diskriminasi akan berlaku hasil tindakan mereka.
Penerangan mengenai diskriminasi juga boleh dilihat daripada perspektif budaya.
Amalan etnosentrik akan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli sesuatu kumpulan
yang mengamalkan budaya yang sama. Manusia menilai dan mengukur sesuatu tindakan
berdasarkan pertimbangan dan nilai budaya sendiri. Budaya dan cara hidup pihak lain
dipandang rendah, manakala perasaan kekitaan pula diperkukuhkan. Namun demikian, sifat
prejudis akan terbentuk dan akhirnya membawa kepada tindakan diskriminasi kepada mereka
yang tidak mengamalkan bentuk-bentuk budaya yang sama.
Dari perspektif konflik pula, diskriminasi merupakan suatu bentuk pertentangan
kumpulan-kumpulan ras dan etnik untuk memperoleh sumber-sumber yang terbatas dalam
masyarakat. Semakin hebat persaingan, semakin tinggi tahap diskriminasi. Sebagai contoh,
apabila runtuhnya empayar Kesatuan Soviet, berlaku persaingan kuasa yang sengit di Eropah
Timur. Diskriminasi mula wujud di kawasan tersebut sehingga berlaku kempen “pembersihan
etnik” untuk menghapuskan musuh-musuh etnik dan agama (Thompson & Hickey,1994).

17. MASYARAKAT PLURAL

Masyarakat plural dikaitkan dengan kepelbagaian budaya (multiculturalism) iaitu


pelbagai budaya diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat plural bukanlah
fenomena baru negara ini kerana masyarakat tersebut telah wujud semasa zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Secara umumnya, pembentukan mayarakat
plural di Alam Melayu berkait langsung dengan aktiviti perdagangan dan lokasi Alam
Melayu itu sendiri. Kehadiran para pedagang dari pelbagai kawasan telah membantu
pembentukan masyarakat plural. Kewujudan masyarakat tersebut menjadi lebih nyata selepas
kehadiran kuasa-kuasa kolonial Barat. Selepas keruntuhan kerajaan Melayu Melaka,
kehadiran kuasa kolonial Barat telah menyumbangkan kepada pembentukan masyarakat
plural.

Bermula pada pertengahan kurun ke-19, berlaku kemasukan imigran ke Tanah


Melayu secara besar-besaran lantaran perkembangan ekonomi moden. Selepas kemerdekaan
dicapai pada tahun 1957, Tanah Melayu telah memperlihatkan dasar pluralistik dalam

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

pentadbiran negara. Hal ini dapat dilihat dalam aspek kewarganegaraan, iaitu masyarakat
bukan Melayu telah diberikan hak-hak kewarganegaraan dan berlakulah perkongsian masa
depan negara yang sama. Konsep pluraliti ini turut terpancar dalam dasar ekonomi negara
apabila pentadbiran Tunku Abdul Rahman telah banyak memberikan tumpuan kepada usaha
memajukan kawasan luar bandar yang majoritinya terdiri daripada kumpulan etnik Melayu.
Pada masa yang sama, pembangunan ekonomi negara yang ditunjangi oleh etnik Cina dan
syarikat-syarikat Barat tidaklah diabaikan. Jelasnya, kerajaan cuba mengimbangkan
kepentingan ekonomi etnik Melayu dan bukan Melayu walaupun usaha ini tidaklah berjaya
sepenuhnya seperti yang diharapkan.

Dasar pluraliti turut dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara. Hal ini jelas tertera
dalam cadangan-cadangan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib yang telah
memberikan penekanan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.
Namun, sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil terus
terpelihara dan mendapat bantuan kerajaan. Tanggungjawab untuk mengekalkan
keharmonian masyarakat plural telah diteruskan oleh anak mantan Perdana Menteri Tun
Abdul Razak, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan gagasan satu
Malaysia. Melalui gagasan ini hak kesamarataan mula diperkenalkan. Rakyat Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia
yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan
yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan
suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Langkah yang bertepatan
dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Dalam memastikan semua saranan dan dasar kerajaan bergerak seiring dengan
pembangunan negara serta penyatupaduan masyarakat plural di negara ini, pelbagai langkah
telah dilakukan oleh kerajaan. Antara langkah yang dilihat berjaya adalah melalui kampen-
kampen kesedaran dan melalui sambutan-sambutan perayaan di negara yang diadakan
sepanjang tahun. Negara yang sememangnya mempunyai pelbagai etnik lazimnya
mempunyai perayaan yang berbeza, seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari
Natal dan sebagainya. Peluang sebegini dimanfaat sepenuhnya oleh kerajaan melaluai amalan
rumah terbuka secara besar-besaran. Peluang ini membolehkan kaum-kaum yang ada di

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

negara ini mengenali dan menghayati erti perpaduan dan dapat mengenali masyarakat lain
dan dapat mengeratkan lagi perpaduan etnik.

18. KONFLIK KELAS

Idea kepada konflik kelas ini dicetuskan oleh Karl Marx melalui teori Marxism di
mana wujud kesedaran kelas atau ‘class consciousness’. Kesedaran kelas bermaksud
kesedaran sesebuah masyarakat mengenai kepentingan diri dan masyarakat mereka dan juga
disekeliling mereka. Kesedaran ini terbentuk dengan mereka mengetahui bahawa mereka
adalah kalangan masyarakat yang berupaya dan mempunyai kapasiti dari segi tenaga dan
bilangan bagi memperjuangkan segala kehendak mereka. Signifikannya, kesedaran kelas ini
adalah asas yang paling penting untuk mencetus dan menjayakan sebuah revolusi.

Dalam konteks kehidupan masyarakat, pembahagian masyarakat kepada kelas-kelas


sosial adalah berdasarkan tahap kekayaan atau kekukuhan ekonomi sahaja. Walau
bagaimanapun, Marx berpendapat bahawa sesebuah kelas atau struktur sosial itu dapat
dikelaskan dengan berdasarkan hubungan mereka dengan kaedah pengeluaran dan
pembuatan. Hal ini menunjukkan bagaimana Marx melihat bahawa kelas itu mampu diubah
atas dasar keupayaan, kapasiti atau bilangan majoriti dan ini mampu menggerakkan satu
perubahan struktur masyarakat dan ini yang cuba dijelaskan bahawa revolusi boleh berlaku
dengan timbulnya kesedaran kelas. Namun begitu, disebabkan golongan Borjuis ini
mempunyai hubungan yang baik dengan pemerintah, maka kesedaran kelas itu agak
tenggelam disebalik kesedaran palsu yang berjaya dimainkan oleh mereka.

Sejarah teori kelas ada kaitannya dengan sejarah sistem feudalisme di mana struktur
masyarakat mempunyai kelas. Jika sistem feudal melihat golongan Raja adalah golongan
tertinggi diikuti golongan bangsawan dan rakyat jelata yang paling rendah di dalam sistem
demokrasi juga mempunyai kelas terutamanya negara yang mengamalkan sistem ekonomi
kapitalis. Negara-negara di Asia secara umumnya terkenal dengan kesetiaan sosial mereka
terhadap adat dan nilai budaya yang diamalkan. Salah satu nilai sosial yang amat kuat malah
masih lagi diamalkan hingga ke hari ini ialah nilai sosial yang menekankan tanggung jawab
individu terhadap kumpulan masyarakat yang mereka anggotai. Di Asia, masyarakatnya tidak
digalakkan mengamal kebebasan individu kerana ianya dianggap boleh meruntuhkan nilai
sosial dan masyarakat yang ada. Malah dalam kebanyakan aturan sosial masyarakat Asia,
kebebasan individu diandaikan sebagai satu nilai yang boleh mengundang kekacauan sosial

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

terhadap kesepaduan masyarakat, manakala fahaman individualisme dianggap pula


mengandungi nilai mementingkan diri sendiri yang juga boleh meruntuhkan solidariti struktur
masyarakat itu sendiri.(Pye 1985).

Fahaman sedemikian jelas kelihatan dalam masyarakat Asia Tenggara yang


mengamalkan ajaran Buddha, seperti di Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam dan Singapura
yang mana nilai-nilai daripada ajaran Buddha sentiasa mempromosi nilai pengorbanan
individu bergantung sejauh mana individu yang menganggotai masyarakat mampu
mempertahankan masyarakat atau negara yang dianggotainya. Nilai ini bertentangan dengan
doktrin demokrasi di mana keutuhan, kesepaduan dan kelangsungan sesebuah masyarakat
atau negara, bergantung kepada darjah kebebasan individu dalam memilih apa yang terbaik
untuk kepentingan individu itu sendiri. Maka, dalam konteks nilai tersebut lahirlah hubungan
yang bersifat penaung-dinaung (patron-client). Apabila disebut istilah penaung-dinaung ini,
kita akan terus merujuk kepada golongan yang kaya sebagai penaung dan golongan yang
miskin sebagai dinaung. Dari istilah ini telah wujud kelas dalam masyarakat tanpa sedar.
Individu yang berkuasa (patron) dalam semua aspek kehidupan iaitu yang mengawal
ekonomi berusaha membentuk dan melahirkan seramai mungkin pengikutnya sendiri.
Hubungan sosial yang berasaskan penaung-dinaung ini adalah struktur yang asas dalam aspek
politik, ekonomi dan sosial di kebanyakan masyarakat Asia Tenggara.

Situasi sosial yang diasaskan daripada nilai-nilai tersebut turut mempengaruhi tingkah
laku politik di kebanyakan negara di Asia Tenggara. Dalam masyarakat yang kuat berpegang
kepada konsep penaung-dinaung ini, persaingan politik hampir tidak kelihatan. Kesetiaan
politik adalah aspek yang amat dituntut oleh setiap penaung daripada individu yang
dinaunginya. Malahan aspek ini juga dikekalkan selepas kebanyakan negara Asia Tenggara
mencapai kemerdekaan. Amalan demokrasi diwujudkan semata-mata untuk tujuan perhiasan
bagi menggambarkan sikap keterbukaan pemerintah terhadap rakyat.

19. KONFLIK ETNIK

Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau
kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba
mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain.
Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan kepada garis
perkauman atau etnik.

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak


yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmonian dan
kesejahteraan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari
rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa
diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan
kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan. Organisasi-
organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan seluas mungkin dari
kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor penting seperti
persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila kepercayaan dan tindakan
demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat mempengaruhi dan kadang-
kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah negara.

Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia.
Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 tahun, tetapi kesan
penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemeritahan British bercorak
pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia iaitu
golongan Melayu. Cina dan India. Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran,
ekonomi, tanah, bahasa dan kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan
sehingga sekarang. Dasar imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi
penduduk di negara ini. Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan
ekonomi mengikut etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari
kegiatan ekonomi yang berlainan. Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat
penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Malah apa yang dilakukan
ialah mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya golongan
yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan Melayu dilakukan
secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu tidak
dipedulikan langsung.

Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka
sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak terkawal
ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza. Di samping itu,
melalui dasar dan pentadbirannya pula, Inggeris telah meninggalkan kesan psikologi yang
meluas di kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan stereotaip di kalangan mereka.
Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu supaya
menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih tinggi daripada

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula, terdapat banyak
prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di kalangan berbagai
kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya kerjasama dan persefahaman di
kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan perasaan benci
menbenci di kalangan mereka. Semua kesan ini sukar untuk dikikis habis-habisan biarpun
kita telah lama bebas dari belenggu penjajahan British.

20. KONFLIK KONFLIK AGAMA

Walaupun setiap agama sentiasa mengingatkan penganutnya untuk mengamalkan


nilai kasih sayang dan menjaga pendamaian antara satu sama lain, namun demikian, konflik
antara agama masih sering berlaku di seluruh dunia. Sememangnya, setiap agama memiliki
matlamat yang sejagat dalam aspek yang mengetengahkan skop dan polisi moral serta etika
dalam beragama tetapi konflik berlaku adalah disebabkan atas dasar agama yang difahami
secara sangat sempit dan adakalanya difahami secara sambil lewa dan tidak secara khusus. Di
samping itu, sebahagian besar pemeluk agama pula mentafsirkan ajaran agamanya dengan
cara yang salah. Konflik agama telah menular di kalangan komuniti pad setiap pemeluk
agama sama ada Islam, Buddha, Hindu mahupun Kristian. Mereka berpendapat bahawa
hanya pentafsiran mereka adalah paling benar dan tepat. Situasi ini tidak boleh dianggap
sebagai isu sekarang kerana ini akan memberi impak pada masa yang akan datang dan
menjejaskan keharmonian masyarakat.

Isu konflik di antara agama nampaknya tidak pernah akan selesai. Kes-kes yang
menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan penganut agama sering muncul. Kita tidak
dapat memisahkan ekstremisme agama dengan budaya di mana agama tersebut muncul
(Kahmad, 2002). Malah kita tidak dapat menghapus ekstremisme tanpa mengubah budaya
tersebut. Punca pertama konflik antara agama ialah pandangan yang berbeza antara penganut
(Fernandez, 2004). Setiap agama mengajar penganutnya supaya menjadi insan yang baik,
bertolak ansur serta menghormati agama lain. Namun demikian, pandangan yang berbeza
antara penganutnya menyebabkan berlakunya konflik antara agama. Mereka juga
menganggap ajaran agama merekalah benar serta tidak menerima pandangan atau
menghormati ajaran agama lain (Kahmad, 2002). Hal ini kerana segelintir penganut tidak
menerima pandangan penganut agama lain. Hal ini menyebabkan berlakunya perselisihan
faham antara agama dan mencetuskan konflik.

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

Selain itu, perbezaan tingkat kebudayaan juga merupakan salah satu faktor berlakunya
konflik agama. Agama juga dikenali sebagai sebahagian daripada budaya bangsa manusia.
Kenyataan ini membuktikan bahawa terdapat pelbagai budaya dan bangsa di dunia. Budaya
dalam masyarakat boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu, budaya tradisional dan juga
budaya moden (Kahmad, 2002). Perbezaan antara dua budaya ini dapat dilihat dalam konflik
berlaku antara kelompok-kelompok masyarakat agama Islam-Kristian di Indonesia.
Kelompok budaya masyarakat setempat iaitu tradisional memiliki budaya yang sederhana
atau tradisional sedangkan kelompok budaya masyarakat moden memiliki budaya yang lebih
maju atau moden (Kahmad, 2002). Oleh itu, bentuk rumah gereja dalam kelompok budaya
masyarakat moden lebih berwajah budaya barat yang mewah. Perbezaan budaya dalam
kelompok masyarakat yang menganut agama yang berbeza di sesuatu tempat atau daerah
ternyata sebagai faktor pendorong yang dapat mempengaruhi konflik antara kelompok
agama.

Terdapat beberapa negara yang pernah berlaku konflik agama iaitu seperti konflik
antara Bosnia-Herzegovina dengan Serbia, konflik Hindu-Islam di India, konflik antara
Islam-Kristian di Ambon (Shamsul Amri Baharuddin, 2012). Selain itu, konflik agama turut
tercetus di Tibet, Mesir, Myanmar, Ireland Utara dan lain-lain. Konflik yang serius antara
Islam dan Kristian berlaku di Kaherah, Mesir dan telah menyebabkan banyak orang terkorban
dan cedera dalam konflik tersebut. Kejadian tersebut berlaku berikutan sebuah gereja telah
diserang oleh penganut Islam dan ini telah mencabarkan kestabilan dan keselamatan dalam
Mesir. Selain itu, konflik antara agama juga berlaku di Irlandia Utara yang melibatkan
kekerasan antara umat Katolik dan Protestan di Belfast. Konflik dipicu kerana band
Nasionalis katolik Irlandia melakukan piawai di wilayah marotitas ditempati oleh umat
Protestan. Sementara, umat Prostan dilarang untuk melakukan pawai di wilayah tersebut.

Sememangnya, konflik agama semestinya dapat diatasi dengan pelbagai kaedah


namun yang akan menentukan sama ada berjaya adalah individu dan masyarakat beragama
itu sendiri. Namun apa yang kita lihat di sini, terdapat banyak kebaikan yang pasti diperolehi
dengan melimitasikan dan membanteras konflik agama di kalangan masyarakat. Sebagai
sebuah masyarakat yang bertamadun, kita tidak perlu untuk menjadikan soal dan isu konflik
agama ini timbul sekaligus ini akan memberi impak kepada masyarakat generasi akan datang.

2
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM GMGF 1013

Anda mungkin juga menyukai