Anda di halaman 1dari 10

Laporan Pelaksanaan Pertandingan Bercerita Pendidikan Moral

Nama Pelajar : Sen Xiao Jun & Sim Chew Ying

Program : SEJARAH

PISMP SEM 8 AMBILAN JANUARI 2014

Nama Sekolah : SJK (C) CHUNG CHENG

Nama Program : Pertandingan Bercerita Pendidikan Moral

Tempoh : 1 Ogos 2017 (Rabu)

Pelaksanaan

Tempat : Dewan SJK(C) Chung Cheng

Objektif:

i. Menyemai nilai murni dalam jiwa murid

ii. Memahami nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen


terhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupan harian.

iii. Memperkembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan


rohani dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

iv. Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
menyakinkan.

v. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

vi. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca


dan menulis dalam bahasa Melayu.
Strategi Pelaksanaan

1.0 Sebelum

Dalam pelaksanaan sebuah aktiviti di sekolah rendah, terdapat banyak


persiapan kerja yang perlu dilaksanakan oleh guru. Dalam penganjuran
pertandingan bercerita Pendidikan Moral di SJK(C) Chung Cheng, kami telah
mengadakan perbincangan dan mesyuarat rasmi dengan GPK dan panitia
Pendidikan Moral SJK(C) Chung Cheng. Kami telah mengeluarkan surat
penggilan bagi GPK, panitia Pendidikan Moral dan semua guru mata pelajaran
Moral SJK(C) Chung Cheng untuk mengadakan mesyuarat rasmi. Dalam
mesyuarat tersebut, kami telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi
pelaksanaan pertandingan bercerita Pendidikan Moral.

PENASIHAT
EN. LOW CHING JUNG
( GURU BESAR SJK(C) CHUNG CHENG)

PENGERUSI
EN. TAN CHIN SYEN
( GPK SJK(C) CHUNG CHENG)

PENYELARAS
CIK. LIM MEOW LING
(PANITIAN PENDIDIKAN MORAL)

SETIAUSAHA
CIK. SEN XIAO JUN

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

PENGACARA MAJLIS
CIK. SEN XIAO JUN

AJK PA SISTEM
CIK. TAN LI RONG

AJK DOKUMENTASI
CIK. SIM CHEW YING

AJK FOTOGRAFI
EN. LIM HUAI JUN

AJK HADIAH
CIK. CHEONG KIM BENG

Dalam mesyuarat tersebut, kami juga telah mengadakan perbincangan


terhadap susun atur program iaitu cara pelaksanaan pertandingan bercerita
Pendidikan Moral. Tarikh, masa dan tempat juga ditetapkan melalui mesyuarat
tersebut. Setiausaha yang dilantik bertanggungjawab untuk mencatat perkara
yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Hasil daripada mesyuarat tersebut,
sebuah jawatankuasa khas bagi pertandingan bercerita Pendidikan Moral telah
ditubuhkan. Tarikh pelaksanaan pertandingan tersebut ditetapkan pada 1 Ogos
2017 (Selasa). Murid sasaran bagi pertandingan bercerita Pendidikan Moral juga
ditetap iaitu murid tahap 1 yang melibatkan murid Tahun 1, 2 dan 3 serta murid
tahap 2 yang melibatkan murid Tahun 4, 5 dan 6.

Penyelaras program ini iaitu Cik. Lim Meow Ling juga meminta semua guru
kelas memilih peserta bagi pertandingan bercerita Pendidikan Moral. Setiap kelas
diminta menghantar 5 orang peserta bagi pertandingan bercerita Pendidikan Moral.
Guru mata pelajaran Pendidikan Moral bertanggungjawab membantu peserta
dalam proses memilih dan melatih peserta. Penyelaras program ini juga
menjemput pengadil bagi pertandingan bercerita Pendidikan Moral yang terdiri
daripada guru mata pelajaran Pendidikan Moral.
2.0 Semasa
Pada 1 Ogos 2017 selasa, saya dan Cik. Sim Chew Ying telah membuat
persiapan tempat dan pemeriksaan alatan sebelum bermula aktiviti pertandingan
bercerita Pendidikan Moral. Kami telah menyediakan tempat duduk pengadil,
mikrofon bagi pengacara majlis dan peserta. Persiapan tempat dimulakan seawall
8 pagi. Guru mata pelajaran Pendidikan Moral membawa murid berkumpul di
dewan pada 8.30 pagi.

Rajah 1. Guru pelatih membuat persediaan ssebelum bermula pertandingan

Rajah 2. Penyelaras program mengadakan perbincangan dengan pengacara


majlis yang bertugas
Rajah 3. Murid berkumpul di dewan SJK(C) Chung Cheng

Penyelaras program menjemput pengadil untuk menghadiri pertandingan


bercerita Pendidikan Moral. Pengacara majlis memperkenalkan latar belakang
kepada murid sebelum bermulanya pertandingan.

Sesi Pertandingan Nama Pengadil


bercerita Pendidikan Moral
Sesi 1 : Tahun 1
Peserta tahap 1 En. Teo Thai Chong
8.50 – 9.50 pagi Cik. Tee Lee Inn
Cik. Tey Lin Pei (GPK HEM)

Tahun 2
Cik. Lim Meow Ling
En. Lim Huai Jun
Cik. Tey Lin Pei (GPK HEM)

Tahun 3
Cik. Lim Meow Ling
Cik. Tee Lee Inn
En. Lim Huai Jun

9.50 – 10.20 pagi : Rehat


Sesi 1 : : Tahun 4
Peserta tahap 2 Pn. Kay Ley Teng (GPK KOKURIKULUM)
10.20 – 11.20 pagi En. Tan Chin Syen (GPK 1)
Cik. Lim Meow Ling

Tahun 5
Cik. Lim Meow Ling
Cik. Tee Lee Inn
En. Lim Huai Jun

Tahun 6
Cik. Lim Meow Ling
Cik. Tee Lee Inn
En. Lim Huai Jun

Jadual 1. Jadual Bertugas Pengadil Bagi Pertandingan Bercerita Pendidikan Moral


Rajah 4. Pengadil memberi perhatian semasa murid menyampaikan cerita

Pertandingan bercerita Pendidikan Moral dilaksanakan dalam dua sesi iaitu


sesi 1 (8.50 – 9.50 pagi) dan sesi 2 (10.20 – 11.20 pagi). Setiap peserta diberi masa 10
minit dalam sesi bercerita. Pengadil menilai kriteria peserta dari segi intonasi, nada suara,
kandungan cerita dan gerak badan murid. Peserta menaik pentas dan menyampaikan
cerita yang disediakan semasa dipanggil oleh pengacara majlis.

Rajah 5. Peserta menyampaikan cerita dengan bersemangat


Rajah 6. Guru pelatih bertugas di dewan SJK(C) Chung Cheng semasa
pelaksanaan pertandingan bercerita moral

Selepas semua peserta menghabiskan cerita mereka, pengadil telah diberi masa
untuk mengira markah yang diperoleh oleh peserta. Kedudukan peserta ditentukan oleh
markah yang diperolehi dalam keempat-empat kriteria bagi pertandingan ini.

Pada 11.20 pagi, Pengadil mengumumkan pemenang bagi pertandingan bercerita


Pendidikan Moral. Sesi bergambar bersama pengadil dan penyelaras pertandingan
bercerita Pendidikan Morak dengan pemenang bagi tahap 1 dan tahap 2 diadakan.
Rajah 7. Gambar pemenang pertandingan bercerita moral tahap 1 bersama
dengan guru pelatih dan pengadil bertugas

Rajah 8. Gambar pemenang pertandingan bercerita moral tahap 2 bersama


dengan guru pelatih dan pengadil bertugas
Refleksi

Kekuatan aktiviti

Pertandingan cerita Pendidikan Moral dapat memupuk dan menyemai nilai murni
yang mulia di dalam jiwa murid. Semua peserta telah memberi komitmen yang
tinggi seperti menghadiri dewan mengikut masa. Murid juga menunjukkan disiplin
yang baik semasa menunggu giliran untuk menyampaikan cerita.

Kelemahan aktiviti

Piala bagi pertandingan ini belum sempat disiapkan dan piala akan disampaikan
kepada murid selepas pertandingan. Pemenang hanya mengambil gambar
bersama pengadil sebagai penghargaan.

Cadangan Penambahbaikan

Hadiah perlu disiapkan sebelum pelaksanaan aktiviti untuk memastikan


kelancaran program.

Kesimpulan

Pertandingan Cerita Pendidikan Moral telah dilaksanakan dengan berjaya dan lancar.
Panitia Pendidikan Moral berharap aktiviti yang berkaitan dengan Pendidikan Moral dapat
diperbanyakkan di sekolah rendah untuk memastikan peningkatan minat murid terhadap
penyemaian nilai murni.

Anda mungkin juga menyukai