Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSR DAERAH SUBIS

UNTUK TAHUN 2018.

Pengumuman Perhatian kepada hadirin sekalian, sila berada di tempat masing-masing


kerana majlis perasmian akan bermula sebentar sahaja lagi.
(Sebelum majlis
bermula, sebelum Mengumumkan ketibaan
VIP sampai) _________________________________________dengan diiringi Pengerusi
Kejohanan En. Ahmad Zaini B. Abdul Rani,

Pengerusi Majlis Guru besar Daerah Subis, En. Andara B. Salleh, pegawai-
pegawai PPD Subis, guru besar-guru besar serta Pegawai-pegawai kejohanan
VIP sampai naik ke pentas.

Lagu Negaraku Hadirin sekalian,

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu “NEGARAKU” dan “IBU PERTIWIKU”,


hadirin dijemput berdiri.

Hadirin dijemput duduk.

Pembukaan/Aluan Yang Berbahagia,

____________________________________________________

___________________________________________________

____________________________________________________

Yang Berusaha

En. Ahmad Zaini bin Abdul Rani

(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Keluru Tengah, Merangkap Pengerusi


Kejohanan Balapan dan padang MSSR Daerah Subis 2018)

Yang Berusaha

En. Andara B Salleh

(Pengerusi Majlis Guru Besar daerah Subis)


Ketua-ketua Unit PPD Subis,

Guru Besar-Guru Besar Daerah Subis,

Pengerusi Teknik Kejohanan,

Pegawai-Pegawai Kejohanan,

Ketua-ketua kontijen,

Guru-guru pengiring,

Para atlit, dan seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi.

Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam


menjulang Sarawak.

Lenggang bertapak seni memandang

Silat sendeng menyusun jari

Salam Sembah selamat datang

Sudi Tuan ke majlis kami.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN


BALAPAN DAN PADANG MSSR DAERAH SUBIS TAHUN 2018.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah


rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis
Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan & Padang MSSR Peringkat Daerah
Subis untuk tahun 2018.

Kata-kata aluan Untuk maklumat hadirin sekalian, pada tahun ini, Zon Sibuti telah diberi
mc mandat untuk merealisasikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSR Daerah
Subis bagi tahun 2018.
Kami berharap semua atlit dan ketua-ketua kontijen dapat bertanding dengan
penuh semangat kesukanan serta akur dengan peraturan-peraturan yang
termaktub yang telah ditetapkan.

Bacaan doa Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi menambah keberkatan majlis, mari samasama kita menadah tangan


mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Hilmi bin Md
Yusuf. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Persembahan Hadirin sekalian, majlis kita pada hari ini dimulakan dengan Persembahan
Senamrobik Senamrobik yang akan diketuai oleh Sekolah Kebangsaan Bekenu.

Para dihadirin dijemput untuk turut serta dalam acara ini.

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

Ucapan Pengerusi Anak muda mengalun qasidah

Tiada kekok tampil ke depan

Pembuka kata berlalu sudah

Mari kita mendengar ucapan

Majlis menjemput Yang Berusaha, En. Ahmad Zaini bin Abdul Rani; Guru
Besar SK Keluru Tengah merangkap Pengurus Kejohanan Balapan & Padang
MSSR peringkat Daerah Subis 2018 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad Zaini bin Abdul Rani di atas
ucapan tadi .
Ucapan Perasmi Hadiri sekalian,

Saat yang ditunggu telah pon tiba,

Ucapan perasmian mengisi agenda,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


____________________________________________menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan & Padang MSSR Peringkat
Daerah Subis tahun 2018. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan oleh


______________________________________________sebentar tadi.

Tanda simbolik Hadirin sekalian,

Sebagai tanda simbolik perasmian kejohanan balapan dan padang MSSR


Daerah Subis tahun 2018, dijemput

En. En. Ahmad Zaini bin Abdul Rani dan

En. Andara bin Salleh bagi mengiringi

__________________________________________________

Untuk memalu gong sebagai tanda simbolik perasmian.

_________________________________________________________

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih atas upacara


gimik perasmian oleh __________________________________________
sebentar tadi.

Ikrar Kejohanan Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar Kejohanan yang akan diketuai oleh
________________ . dipersilakan.

Terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.


Menaikkan Majlis diteruskan lagi pada pagi ini dengan upacara menaikkan bendera
bendera kejohanan yang akan disempurnakan oleh

__________________________________________

Demikian upacara menaikkan bendera kejohanan. Terima kasih di ucapkan.

Penyampaian Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Ahmad
Cenderamata Zaini bin Abdul Rani menyampaikan cenderamata kepada
_______________________________________________________________.

Ucapan Terima Terima kasih di ucapkan kepada Yang berusaha En. Ahmad Zaini bin Abdul
Kasih Rani yang sudi menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata
sebentar tadi.

Undangan Jamuan Seterusnya majlis mempersilakan sekali lagi En. Ahmad Zaini bin Abdul Rani
menjemput dan mengiringi ______________________________ serta
jemputan kehormat untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Penutup Dengan berakhirnya upacara penyampaian cendermata itu tadi, maka dengan
rasminya bermulalah acara Kejohanan Balapan dan Padang MSSR Daerah
Subis tahun 2018.

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai