Doa Majlis Makan Malam

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

Doa Majlis Makan Malam

‫ والصالة والسالم على سيد األنام بلغ الرسالة ونصح األمة وكشف‬، ‫الحمد هلل الذي هدانا لهذا وماكنا لنهتدي لوال أن هدانا هللا‬
‫ الغمة‬.
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dan menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah Kebangsaan Chini 2 pada malam ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah ,
dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui
permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk
kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi
membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di persada arus perdana kecemerlangan
pendidikan negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para pendidik , kakitangan sekolah ini, agar
menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat kami yang
utama dan bersama .
Amin Ya Rabbal’alamin

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi
cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan
serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas
melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas
bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati .
Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara
daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار والحمد هلل رب العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai