Anda di halaman 1dari 16

PEMBELAJARAN ABAD KE 21

1) Human Graphing (Graf Manusia)


Murid bergerak mengikut kumpulan dan membentuk corak/ pattern tertentu
supaya topik mudah difahami.

2) Video Clips (Klip video)


Penggunaan klip video dengan berpandukan soalan-soalan yang disediakan.

3) Using large picture cards (gambar/foto besar)


Penggunaan gambar atau foto dalam PdP.

4) I See, I Think, I Wonder (Saya lihat, saya fikir &


saya bertanya) Dengan menggunakan gambar/
objek, murid diminta:
(a) senaraikan/bincang apa yang mereka lihat (see),
(b) fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan hidup seharian/ lain-
lain perkara (think)
(c) bertanya soalan-soalan yang berkaitan/relevan (wonder).

5) Recap Groups (mengulang/ mengingat semula)


Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan berkenaan apa
yang telah dipelajari sebelum itu.

6) Rocket Writing (Penulisan Pantas)


Jangka masa diberi (contohnya 3 atau 5 minit) untuk murid menulis apa yang
mereka tahu berkenaan dengan topik/soalan yang diberi.

7) Gallery Walk (Lawatan ke galeri)


Murid berjalan/bergerak sekeliling bilik/dewan untuk
(a) melihat,
(b) berfikir &
(c) berbincang dengan rakan-rakan sekumpulan berkenaan hasil kerja
rakan-rakan lain yang ditampal.

1
PEMBELAJARAN ABAD KE 21

8) Y Chart (Carta Y)
Tiga keping kertas ditampal dalam bentuk 'Y' dan pada se-tiap kertas ditulis
soalan yang berbeza untuk murid menulis jawapan mereka.

9) Time Capsules (Kapsul masa)


Guru mengambil hasil kerja/ pandangan setiap murid pada awal tahun
(contohnya) dan membuka kapsul itu beberapa bulan kemudian untuk murid
membaca semula apa yang mereka tulis.

10) Chain Link (Rangkaian)


Murid membuat 'rantai kertas' dimana pada setiap kertas ditulis idea/
maklumat yang berkaitan dengan topik yang dibentang.

11) Survey (Tinjauan)


Murid membuat tinjauan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci
bagi tujuan membuat analisis berkenaan topik/isu.

12) Shout Out (Laungan)


Murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat
dalam sesi sumbang-saran. Idea-idea mereka dicatat atas kertas atau
papan putih. Aktiviti seterusnya - susun semula idea-idea ni secara
sistematik.

13) Presentations (Persembahan)


• Persembahan murid dalam bentuk :
(a) lisan
(b) video
(c) powerpoint
(d) pameran
(e) nyanyian
(f) tarian

2
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
(g) lakonan
(h) Iain-Iain yang kreatif.
• Guru perlu membuat peniliaian dan memberi maklumbalas.

14) Learning Modalities (Gaya Pembelajaran)


Penggunaan gabungan pelbagai cara pembelajaran. Contohnya kinestatik
(pergerakan), visual dan/atau auditori (mendengar).PdP melibatkan
aktiviti-aktiviti mengikut kecenderungan murid (Multiple Intelligences):
1. Verbal-Linguistic
2. Logical-Mathematical
3. Visual-Spatial
4. Bodily-Kinesthetic
5. Musical-Rhythmic
6. Naturalist
7. Intrapersonal
8. Interpersonal

15) Quadrant Activity (Aktiviti Berempat)


1. Satu bulatan dilukis di tengah-tengah kertas yang besar. Di luar
bulatan, guru membahagikan kertas kepada 4 bahagian (satu bahagian
untuk satu murid).
2. Setiap murid menulis jawapan/ pandangan kepada soalan yang
diberi. 3 Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan
yang telah semua ahli kumpulan di dalam bulatan.

16) Indicator (Petunjuk)


Penggunaan dua warna untuk menunjukkan jawapan murid, contohnya:
(a) hijau - Ya / Setuju
(b) merah - Bukan / Tidak setuju

17) Build the biggest tower (Membina menara yang terbesar)


• Murid bekerja secara berkumpulan & kolaboratif

3
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
• Guru memberi bahan-bahan yang tertiad kepada setiap murid untuk
membina menara mereka secara kreatif
• Menara ini mencerminkan/ memaparkan refleksi/ pandangan mereka.
18) Chunking (Gabungan)
Menggunakan pengetahuan sedia ada murid yang digabungkan dengan
pembela-jaran baru untuk mempertingkatkan kefahaman mereka

19) Graphic Organiser (Pengurusan Grafik)


Bentuk grafik yang digunakan atau dicipta murid untuk menunjukkan
kefahaman mereka dan/atau maklumat/fakta berkaitan isu/tajuk yang
dibincang.

20) Skits (Sketsa)


Sketsa memberi peluang kepada murid untuk membuktikan kefahaman
mereka terhadap topik yang diberi.

21) Parachute Building (Membuat payung terjun)


Aktiviti inkuiri yang menggalakkan murid bekerjasama dan berkolaborasi.

22) Café (Kafe/Kedai Kopi)


Seperti di kafe, murid duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan
berbincang tentang soalan/isu yang diletakkan di atas alas meja (table
cloth).

23) IB Tree (Pokok IB)


Setiap murid diberi helaian yang mempunyai pokok IB dan mereka
mencatatkan perkem-bangan mereka secara individu tentang apa yang
dipelajari.

4
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
24) SWOT
Murid dikemukakan soalan/ situasi/isu untuk dibincangkan dan mereka
dikehendaki men-gisi borang yang mempunyai empat petak:
S: Strengths (Kekuatan)
W: Weaknesses (Kelemahan)
0: Obstacles (Halangan/Cabaran)
T: Thoughts (Soalan-soalan untuk tmdakan/kajian seterusnya).
25) Commercial (Iklan)
Satu cara untuk menyampaikan maklumat tentang tajuk/topik yang diberi.

26) Continuum (Penerusan)


Sama seperti graf atau carta, kaedah ini boleh digunakan untuk menunjukkan
kefahaman dan perkembangan pelajar da-lam sesuatu topik.

27) Checklist (Senarai semak)


Murid dikehendaki menanda item-item dalam senarai untuk menunjukkan
kef'ahaman mereka.

28) Anecdotal Notes (Nota anekdot)


Guru membuat catatan ringkas berdasarkan pemerhatian dan perbincangan
dengan pelajarnya. Nota-nota ringkas ini boleh dirujuk apabila membuat
laporan secara formal.

29) Bus Stop (Hentian Bas)


1. Soalan/topik diatas kertas ditampal di dinding di beberapa tempat dalam
kelas/dewan
2. Murid bergerak secara berkumpulan dari satu hentian ke hentian yang
lain sambil berbincang tentang soalan/topik berkenaan.
3. Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang
diperolehi.

5
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
30) Table Talkers (Perbincangan di Meja)
Kad-kad yang mengandungi topik/isu diletakkan di atas meja untuk
perbincangan kumpulan secara itsarr acau fcertulls.

31) Exit Card (Kad Keluar)


Untuk refleksi. Contoh yang lain:
1. Liaht Bulb (Mentol) - 'Apakah satu perkara baharu saya pela-jari hari ini?'
2. Bin. Brina. Baa -Bin (Bakul): 'Apa yang saya perlu hapuskan/keluarkan?'
Brina (Bawa): "Apa yang saya boleh bawa untuk/kongsi bersa-ma
kumpulan saya?'
3. Bag (Beg): 'Apa yang saya suka/bangga?'

32) Brainstorming (Sumbangsaran)


Cara yang amat baik untuk mendapat idea-idea bernas daripada murid.

33) Classification (Klasifikasi)


Menampal kata-kata kunci atau soalan di dinding di beberapa tempat Murid
dikehendaki berdiri di mana terdapat kata-kata atau soalan yang mereka
suka/setuju/faham.

34) What Matters (Apa yang penting)


Satu teknik menjawab soalan-soalan yang diberi - murid bergerak dan melihat
serta Cuba memahami atau memilih jawapan-jawapan yang sesuai yang
ditampal di sekitar mereka.

35) Personal Learning Experiences (Pengalaman peribadi)


Murid berkongsi pengalaman peribadi berkaitan isu/topik yang dibincang

36) Think - Pair -Share (Fikir - Pasangan -Kongsi)


1. Murid dikehendaki memikir-kan topik/soalan yang diberi secara individu.
2. Murid diminta berbincang dengan rakan/pasangan.

6
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
3. Mereka perlu berkongsi maklumat/hasil perbincangan dengan pasangan
lain/ kumpulan/kelas.
37) Diamond Ranking (Susunan Berlian)
• 9 keping kertas/kad disusun dalam bentuk berlian (1-2-3-2-1).
• Strategi ini digunakan untuk menentukan/menunjukkan susunan mengikut
kepentingan idea/isu/isi, pada pandangan murid.

38) Story Books (Buku Cerita)


Penggunaan buku-buku cerita untuk kanak-kanak dalam kelas murid yang
lebih dewasa dapat memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dan
membuat refleksi.

39) Party (Pesta)


Mewujudkan suasana berpesta' dan berbincang tentang topik/isu yang
disediakan atas kad-kad yang ditampal di sekeliling bilik/dewan atau diletak
di atas meja-meja atau di atas lantai.

40) Games (Permainan)


Permainan dijadikan strategi yang berkesan untuk refleksi/ perbincangan.

41) Learning Trios A-B-C (Tiga Serangkai A-B-C)


• Satu kaedah menguruskan perbincangan dalam kalangan murid:
1. Murid A bercakap, murid B & C dengar dan bertanya soalan.
2. Murid B bercakap, murid A & C dengar dan bertanya soalan.
3. Murid C bercakap, murid A & B dengar dan bertanya soalan
• Murid juga boleh membuat catatan bertulis hasil daripada perbincangan
mereka.

42) Sharing (Berkongsi)


Kumpulan disusun mengikut minat atau hasil pembelajaran yang sama.

7
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
43) Carousel (Karusel)
1. Soalan-soalan diletak/tampal di sekeliling bilik.
2. Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke soalan
yang lain, dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak.
3. Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan.
Murid diminta berbincang atau menulis jawa-pan mereka atas kertas.
4. Cara yang lain - murid duduk dalam kumpulan dan soalan-soalan diedarkan
mengikut pusingan jam. Setiap kumpulan mesti bincang & jawab semua
soalan.

44) Read and Highlight (Baca dan Tanda)


Satu strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan
dikehendaki mengenalpasti dan menanda kata-kata kunci atau ayat-ayat
penting/utama.

45) Question Builder (Pembina Soalan)


Guru memberi konsep dan bimbing pelajar supaya mereka membina
soalan-soalan yang membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut
tentang konsep yang diberi.

46) Puzzle it Out (Selesaikan)


• Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan
• Murid dikehendaki berbincang dan menyusun maklumat.

47) Cloze Procedures (Isikan tempat kosong)


Murid diberi helaian tugasan dimana mereka perlu mendengar dengan teliti
dan mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai/ tepat.

8
PEMBELAJARAN ABAD KE 21

48) KWL Chart (Carta KWL)


Carta diberi kepada murid sebelum PdP. Pelajar diminta mengisi ruangruang
seperti:
1. Know (What I know about / Apa yang saya tahu) -pengetahuan sedia
ada
2. Want (What I want to know more about / Apa yang saya ingin tahu lebih
lanjut?) -soalan-soalan murid
3. Learned (What I have learned / Apa yang saya telah pelajari) - penilaian
sumatif.

49) Rubrics (Rubrik)


Satu strategi untuk menilai pen-capaian pelajar contohnya persembahan
pelajar Murid akan diberitahu ciri-ciri yang terkandung dalam rubrik.

50) Iceberg (Bongkah ais/ Aisberg)


Satu strategi untuk mengumpul maklumat daripada murid berkenaan topik
yang diberi:
- Fakta asas / maklumat biasa berada di hujung aisberg.
- Maklumat yang lebih kom-pleks berada di paras bawah.

51) Timeline (Garisan Masa)


Strategi yang digunakan untuk mencatat maklumat murid atau topik - satu
bentuk klasifikasi atau ranking.
Dulu Sekarang Masa depan
I I I I

52) Dip (Cerun/Lurah)


Murid menanda rajah cerun/ lurah untuk menunjukkan tahap kefahaman
mereka berkenaan sesuatu topik.
o Inquire / \ Learn (Tanya) / \ (Belajar) o
Understand (Faham)

9
PEMBELAJARAN ABAD KE 21

53) GRASPS
Strategi ini digunakan untuk menilai persembahan atau hasil kerja pelajar.
Murid diberi borang GRASPS untuk diisi diperingkat awal projek mereka.
- Goal (Go/Target)
- Role (Peranan)
- Audience /hadnrr/^mbaca) -Situation (Situasi)
- Product, Performance & Purpose (Produk, Penyampaian & Tujuan) -
Standards & Criteria for Success (Ciri/ Kriteria kejayaan)

54) Quick Quiz (Kuiz Kilat)


Kuiz yang digunakan untuk menguji kefahaman murid tentang pengetahuan
sedia ada atau apa yang teiah mereka pelajari (awal / akhir PdP).

55) Artscape (Lakaran)


Guru memainkan muzik/lagu (jika mahu) dan murid diminta melakar/melukis
(menggunakan warna) di atas kertas kosong apa yang mereke suka, untuk
mencerminkan kefahaman mereka tentang apa yang dpdayari.

56) Dramatisation (Drama)


Persembahan murid dalam bentuk drama, iaitu hasil kerja pelajar secara
berkumpulan selepas membuat perb-incangan, perancangan dan latihan.

57) Mind Map (Peta Minda)


Satu strategi untuk memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan
kefahaman mereka tentang sesuatu topik yang diajar. Peta minda i-think
ada-lah satu contoh peta minda yang digalakkan.

10
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
58) Attitude Movement (Pergerakan mengikut Pendapat)
Guru menampal kenyataan-kenyataan berkaitan isu/topik yang telah
dibincang di sekelil-ing bilik/dewan dan murid diminta membaca setiap ken-
yataan dan berdiri/berkumpul di tempat kenyataan yang mereka setujui.
59) Constructivism (Konstruktivisme)
Strategi ini menggalakkan murid melalui proses pembela-jaran yang
bermakna dengan membina idea-idea baru. Proses ini melibatkan:
- Generate (Bina/Jana)
- Sort (Susun)
- Connect (Gabung/Hubung) -Elaborate (Hurai/Jelaskan)

60) Jigsaw Reading (Susun Suai)


Murid diberi keratan ayat/ perenggan dimana mereka dikehendaki menyusun
semula ayat-ayat/ perengan-perenggan mengikut kesesuaian
/idea/ jalan cerita/kronologi/dll.

61) Chart and Share (Catat & Kongsi)


Borang 'Chart and Share' diberi kepada murid dan mereka berbincang dan
mengisi borang serta berkongsi maklumat/idea dengan kumpulan yang lain.

62) Table Cloth (Alas Meja)


Guru menyediakan soalan di atas kertas yang besar yang diletakkan di atas
meja. Murid bergilir-gilir untuk menulis jawa-pan mereka di atas kertas itu.

63) Collaboration (Kolaborasi)


Murid diberi tugasan untuk membuat tugasan secara kumpulan dan
bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan lain untuk melengkapkan /
menyiapkan tugasan.

11
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
64) Stretch to Sketch (Lukis mengikut Kreativiti)
• Guru memberi arahan/ maklumat untuk membantu murid melukis (secara
individu) tetapi mereka juga dikehendaki menggunakan kreativiti
masingmasing untuk berbuat demikian.
• Hasil kerja murid ditampal dan guru akan member pengiktirafan/hadiah
kepada lukisan yang paling tepat/kreatif.

65) Drawing Posters (Melukis Poster)


Berdasarkan arahan/maklumat yang diberi, murid melukis poster secara
berkumpulan, tanpa menggunakan perkataan/ayat

66 ) Thumbs Up (Isyarat Tangan)


• Satu cara guru menilai murid apabila ditanya soalan, murid memberi isyarat
tangan seperti berikut:
• Thumbs up (bagus/ faham) -Thumbs middle (kurang faham/ kurang pasti)
Thumbs down (tidak faham)

67) Compass Points (Tanda Kompas)


• Selepas PdP, guru boleh mengedar borang untuk disi oleh murid secara
individu :
• Excited (Seronok) -Worrisome (Risau)
• Need to know (Ingin tahu) -Suggestions (Cadangan)

68) Exemplars (Contoh)


Guru menggunakan contoh-contoh yang baik dalam PdP untuk
mengukuhkan kefahaman murid.

69) Personal Action Plan (Pelan Tindakan Peribadi)


• Setiap murid dikehendaki mem-buat pelan tindakan peribadi berkenaan
pembelajaran mereka tentang topik/isu contohnya:
• Segera 1 bulan 6 bulan 1 tahun

12
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
71) Traffic Lights (Lampu Isyarat)
• Satu cara penilaian kendiri / diawal, semasa atau diakhir PdP. Tiga warna
digunakan:
• Green (Hijau - Saya yakin saya tahu)
• Yellow (Kuning - Rasa-rasanya saya tahu)
• Red (Merah - Saya tidak tahu)

72) "Post It" Notes (Nota Tampalan)


Murid diminta menulis catatan di atas sekeping kad/kertas dan tampalkan di
papan kenyataan selepas PdP.

73) Talk Partners (Pasangan Berbual)


Murid diberi peluang untuk berbual dan berbincang dengan pasangan/ rakan
tentang apa yang mereka telah pelajari.

74) Webs/Spider Diagrams (Rajah Sarang Labah-labah)


Strategi ini hampir sama dengan menyediakan peta minda. Murid digalakkan
mencatat idea mereka dalam bentuk yang kreatif

75) Make predictions (Membuat jangkaan/ andaian)


• Murid diminta membuat an-daian/jangkaan sebelum demo/ ujikaji dibuat.
• Setelah tamat demo/ujikaji, murid diminta berbincang samada andaian/
jangkaan mereka betul, salah atau kurang tepat.

76) Circle Time (Bulatan masa)


• Murid duduk dalam kumpulan secara bulatan sama ada di atas kerusi @
atas lantai.
• Guru menyediakan bola @ beg ka-cang Sesiapa yg memegang bola
tersebut, dikehendaki menyatakan pandangan tentang tajuk yg

13
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
dibincangkan dan pass bola tersebut kpd murid lain pula untuk memberi
giliran bercakap.

77) Envoys (Utusan)


• Setiap kumpulan diberi tugasan, Seorang utusan dipilih dari setiap
kumpulan untuk menerangkan hasil perbincangan tentang tajuk/isu
kepada kumpulan baru disamping mendapatkan pandangan dari kumpulan
baru tetang tajuk itu.
• Utusan kembali semula kpd kumpulan asal dgn menyatakan feed back
kumpulan lain itu.

78) Rainbow Groups (Kumpulan Pelangi)


• Murid berada dalam kumpulan. Tentukan tajuk yang berbeza bagi setiap
kumpulan untuk perb-incangan (home group).
• Seiepas berbincang, bina kumpulan baru (colour group) yang terdiri
daripada setiap ahli dari kumpulan asal.
• Murid akan menyatakan hasil perbincangan dari kumpulan asal kepada ahli
kumpulan baru secara bergilir.

79) Snowballing (Bola Salji)


• Guru menyatakan satu penyataan/soalan kepada semua murid.
• Setiap murid menghasilkan satu jawapan secara individu
• Kemudian, dia berkongsi ja-wapannya bersama pasangan. Jadikan dua
jawapan yang ada kepada satu jawapan yang dipersetujui bersama
Pasangan ini pula berkongsi jawapan dengan pasangan yang lain.
• Ulang proses yang sama. Cara ini boleh mensintesiskan 4 jawapan kepada
1 jawapan.

80) Rotating Stations (Stesen Berputar)


• Letakkan kumpulan kecil di setiap stesen. Mereka diberi masa 10 minit
untuk menjawab topik yg telah ditentukan disetiap stesen.

14
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
• Apabila masa tamat, kumpulan itu akan bergerak ke stesen seterusnya
sehinggalah semua kumpulan telah melalui semua stesen.
• Setiap kumpulan diberi pen warna yang berbeza untuk mencatat jawapan.

81) Hot Seating (Kerusi panas)


Seorang murid dipilih tampil di depan kelas. Dia bertindak untuk
menyatakan pandangan atau menjawab soalan daripada rakan-rakan
berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan.

82) Goldfish Bowl (Mangkuk Ikan emas)


• Sama seperti Hot Seating tetapi yang tampil ke depan ialah satu kumpulan
untuk menyatakan pandangan dan menjawab soalan.
• Murid lain boleh bertanya soalan kepada kumpulan ini.
83) Six Thinking Hats (6 Topi Pemikir)
Murid diminta menyatakan pandangan berdasarkan Thinking Hats yang telah
ditentukan.

84) Radio Phone-in (Radio Telefon)


• Guru @ murid bertindak sebagai penyampai radio 4 orang murid terdiri dari
pelbagai karektor berbincang tentang topik.
• Murid lain boleh mengemukakan soalan.

85) TV Chat Show (Bual TV)


Guru sebagai pengacara TV. Murid terdiri dari pelbagai karektor berbincang
tentang topik. Murid lain boleh mengemukakan soalan.

86) Freeze Frame (Rangka Beku)


Mulakan dalam bulatan. Murid bina freeze frame (rangka beku) berdasar
topik. Alih meja supaya ada ruang untuk bergerak. Kumpulan menunjukkan
rangka beku mereka kepada rakan lain untuk meneka apa yang rangka
beku yang dibina dan buat perbincangan.

15
PEMBELAJARAN ABAD KE 21
87) Free Discussion (Perbincangan Bebas)
Ini boleh dilakukan dengan kum-pulan-kumpulan yang lebih kecil. Oleh
kerana ianya tidak berstruktur, perbincangan ini memerlukan guru @ murid
yang berpengalaman sebagai pemudahcara.

88) 3 Steps Interview (3 Langkah Temubual)


Dua pasangan dalam satu kumpulan. (A&B) (C&D)
1. A menemu bual B, C menemubual D.
2. B menemu bual A, D menemubual C.
3. ABCD berkongsi pandan-gan tentang temubual mereka secara
berempat pula.

89) Listening Triad (Pendengaran Bertiga)


• 3 orang murid dalam satu kum-pulan. Seorang sbg penyoal, seorang yang
akan menjawab soalan dan seorang lagi seba-gai pencatat.
• Pencatat akan membuat lapo-ran selepas perbualan tersebut berakhir.
• Untuk pdp seterusnya, peranan seseorang itu akan bersilih ganti.

90) Distancing (Jarak)


• Gunakan cerita, drama , main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan)
murid dgn topik sensitif dan emosi. Contohnya, minta murid
membincangkan perasaan mereka tentang perkabungan.
• Guru boleh menggunakan drama daripada orang yang berkabung dan
kemudian minta murid untuk membincangkan bagaimana perasaan orang
sedang mengalami situasi itu.

16

Anda mungkin juga menyukai