Anda di halaman 1dari 12

MANUAL PENGGUNA

RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN (RUMAWIP)


EDISI 1/2016
KEMASKINI: 1 NOVEMBER 2016
1.0 PENGENALAN

Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) merupakan sebuah entiti kerajaan dibawah


Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan
atas talian bagi Pendaftaran Rumah Wilayah Persekutuan bagi memperkasa proses penyampaian
maklumat dan perkhidmatan.

Pengguna utama bagi portal ini adalah terdiri daripada orang awam yang diguna pakai oleh Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan (PL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan juga
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bagi kerja-kerja pemantauan dan pelaporan seperti yang
dinyatakan di atas.

Paparan utama portal RUMAWIP boleh dilihat pada rajah 1.0.

Rajah 1.0
2.0 PENDAFTARAN PERMOHONAN

Pendaftaran pengguna adalah penting bagi memastikan pengurusan maklumat pengguna dapat
diseleras dengan mantap serta berkesan. Bagi memastikan tahap keberkesanan dalam proses
pendaftaran permohonan ini berkesan, satu laman pendataran telah dibangun bagi memudahkan
pengguna mendaftar.

Proses pendaftaran permohonan boleh dirujuk seperti dinyatakan dibawah.

Rajah 1.1
2.1 Klik pada menu pendaftaran seperti ditunjukkan dalam garisan berwarna merah.
2.2 Selepas menekan butang pendaftaran, laman semakan kelayakan akan dipaparkan dan
pemohon dipohon untuk membaca Garis Panduan Permohonan Rumah Wilayah
Persekutuan (RUMAWIP) serta perlu membuat pengesahan kendiri sebelum pemohon
layak untuk mendaftar. Paparan proses kelayakan kendiri boleh dilihat di rajah 1.2.

rajah 1.2

2.3 Pemohon wajib memenuhi segala syarat mandatori yang disediakan oleh pihak urusetia.

2.4 Pemohon dipohon menekan butang Saya Layak seperti di tunjukkan dalam rajah 1.2
sebelum pemohon dibenarkan untuk mengisi borang pendaftaran akaun.

2.5 Laman Pendaftaran Akaun akan dipaparkan sebaik sahaja pemohon menekan butang
Saya Layak dan pemohon wajib mambaca syarat-syarat lain yang terkandung dalam
halaman tersebut.

2.6 Pemohon perlu mengesahkan persetujuan syarat sebelum membolehkan pemohon


membuat pendaftaran. Rajah 1.3 menunjukan cara pengesahan yang perlu dibuat
sebelum mendaftar.

Rajah 1.3

2.7 Selepas membuat pengesahan, pemohon dikehendaki mengisi semua maklumat sebelum
menekan butang daftar.
2.8 Sekiranya pendaftaran berjaya. Pemohon perlu membuka emel untuk mengaktifkan akaun.
Pemohon wajib untuk mengaktif akaun dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang
masalah kelak.

3.0 LOG MASUK

Setelah akaun diaktifkan, pemohon boleh mengakses akaun dengan menekan pautan log masuk
seperti dipaparkan dalam rajah 1.4.

rajah 1.4
3.1 Selepas pemohon menekan butang log masuk, satu paparan log masuk akan dipaparkan
dan pemohon perlu memasukkan No Kad Pengenalan (MyKad) dan kata laluan sebelum
menekan butang log masuk. Paparan log masuk boleh dilihat pada rajah 1.5

rajah 1.6

3.2 Selepas memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang sah. Pemohon dipohon
untuk menekan butang log masuk untuk membolehkan pemohon dapat mengakses profil
urusetia.
4.0 PROFIL PEMOHON

Profil pemohon merupakan laman utama yang dikhaskan oleh pemohon yang berdaftar. Profil
pemohon memaparkan semua maklumat pemohon termasuk maklumat akaun, profil pemohon dan
projek. Paparan profil pemohon dipaparkan dalam rajah 1.7.

rajah 1.7

Melalui halaman profil ini, pemohon mempunyai kebolehan dalam menukar kata laluan atau
emel yang mana pemohon hanya perlu menekan butang Pinda seperti dipaparkan dalam rajah 1.7.
5.0 KEMASKINI PROFIL

Pengemaskinian profil amatlah penting dan merupakan syarat mandatori sebelum pemohon
memilih projek. Oleh yang demikian, pemohon dipohon mengemaskini profil kemaskini bagi
memudahkan proses permohonan projek.

Proses pengemaskian boleh dilihat seperti dalam rajah 1.8 yang mana pemohon perlu menekan
butang profil pemohon untuk mengemaskini profil.

rajah 1.8

Selepas menekan pautan profil pemohon, satu paparan borang kemaskini akan dipaparkan dan
pemohon perlu mengisi semua medan wajib untuk melayakkan pemohon memohon projek. Paparan
borang kemaskini boleh dirujuk pada gambar rajah 1.9

rajah 1.9

Selepas pemohon mengemaskini semua medan yang wajib diisi, pemohon perlu membuat pengesahan telebih dahulu
sebelum melayakkan untuk memohon projek. Rajah 1.10 menunjukkan paparan pengesahan yang perlu disahkan oleh
pemohon sebelum menekan butang Hantar Maklumat Profil.

rajah 1.10
Selepas pemohon menekan butang Hantar Maklumat Profil, satu paparan pop-up akan dipaparkan di
mana pemohon dikehendaki membuat pengesahan sekali lagi. Rajah 1.11 menunjukkan paparan pop-
up bagi pemohon perlu membuat pengesahan. Pemohon perlu menekan setuju jika semua maklumat
yang dikemaksini benar atau tidak untuk meminda kembali.

Rajah 1.11

6.0 PERMOHONAN PROJEK

Setiap pemohon secara dasar hanya boleh memohon sebanyak tiga (3) projek sahaja dan untuk
melayakkan pemohon untuk memohon projek ini ia harus mengemaskini profil terlebih dahulu
memandangkan ia pra syarat kepada pemohonan projek. Pautan permohonan boleh dilihat di
rajah 1.12.

Rajah 1.12

Pemohon perlu menekan pautan Permohonan yang terdapat pada laman rasmi profil untuk memohon
projek. Paparan senarai projek boleh dilihat pada rajah 1.13.

rajah 1.13
Pemohon boleh memilih projek berdasarkan Wilayah Persekutuan masing-masing. Sekiranya pemohon
berpuasa hati dengan projek yang ingin dipohon, pemohon boleh terus menekan pautan Lihat
Terperinci untuk mendapatkan gambaran lebih jelas berhubung maklumat projek. Paparan maklumat
projek boleh dilihat di rajah 1.14.

Rajah 1.14

Laman maklumat projek ini memaparkan semua info berhubung projek termasuklah lokasi, jenis
kediaman, alamat pemaju dan lain-lain. Sekiranya pemohon bersetuju untuk memohon projek tersebut,
pemohon hanya perlu menekan butang Mohon Projek Ini. Paparan Pop-up akan dipaparkan dan
pemohon perlu mengesahkan terlebih dahulu sebelum proses pemilihan projek berjaya. Paparan
pengesahan boleh dilihat pada rajah 1.15 dan pemohon perlu menekan Setuju jika berpuas hati atau
Tidak Setuju jika sebaliknya.

Rajah 1.15

Setelah pemohon telah bersetuju, butang Mohon Projek Ini akan bertukar kepada Telah Dipohon.
Dan pemohon perlu menekan pautan Laman Utama untuk melihat projek yang telah dipohon.Paparan
senarai projek yang sudah telah dipohon boleh dilihat pada rajah 1.16.

Rajah 1.16
Selepas permohonan projek dibuat, pemohon perlu menghantar dokumen sokongan untuk melayakkan
permohonan projek diproses oleh pihak Urusetia. Oleh yang demikian, pemohon pelru menekan Lihat
Permohonan untuk melihat senarai semak yang perlu dihantar kepada pihak Urusetia. Rajah 1.17
menunjukkan butang lihat permohonan yang perlu ditekan oleh pemohon sebaik sahaja permohonan
dibuat dan rajah 1.18 paparan senarai semak yang perlu dihantar oleh Urusetia.

Rajah 1.17

Rajah 1.18

Permohon diwajibkan menghantar dokumen sokongan seperti termaktub dalam senarai semak yang disediakan oleh
Urusetia. Permohonan pemilikan rumah hanya akan diproses sebaik sahaja dokumen sokongan berada di tangan pihak
Urusetia.
7.0 LOG KELUAR

Jika pemohon ingin kembali ke laman utama sistem, pemohon boleh klik pada menu Keluar. Rajah
1.19 memaparkan pautan log keluar. Adalah dimaklumkan bahawa, pemohon yang mendaftar akaun
dan telah memohon projek diwajibkan untuk menjawap Soal Selidik dari pihak Urusetia sebaik sahaja
pautan log keluar ditekan. Walaubagiamanapun, soal selidik ini hanya dipaparkan sekali sahaja namun
ia tertakluk kepada pihak Urusetia.

Rajah 1.19

Anda mungkin juga menyukai