Anda di halaman 1dari 15

MANUAL

PENGGUNA
SISTEM
PENDAFTARAN BARU PENGGUNA

Langkah-Langkah Pendaftaran Pengguna Baru Sistem Majlis Daerah Besut:-

1. User perlu menekan link “Daftar Disini” seperti yang dibulatkan di rajah dibawah.

Rajah 1: Halaman Log Masuk Sistem

Keterangan lain:
• Jika pengguna terlupa kata laluan akaun yang didaftar, pengguna perlu memilih “Set Semua Kata
Laluan”.

• Pengguna boleh menyemak kelulusan pengguna Sistem selepas mendaftar akaun baru. Kelulusan
pengguna akan dibuat oleh Bahagian Teknologi Maklumat.
2. User perlu mengisi segala maklumat yang diberikan seperti rajah dibawah dan selepas membuat
pengisian user perlu menekan butang “Daftar Akaun”.

Rajah 2: Halaman Daftar Pengguna Baru

Keterangan Tambahan:
➢ Pada bahagian kata laluan, user perlu mengikut syarat/kriteria yang dipaparkan

➢ Selepas membuat pendaftaran pengguna baru akan mendapat mesej seperti gambar dibawah
dan sila tunggu pihak Bahagian Teknologi Maklumat untuk membuat kelulusan.
3. Selepas user berjaya diluluskan sebagai pengguna Sistem, dan user perlu memasukan kad
pengenalan dan kata laluan di Halaman Log Masuk Pengguna (Sila Rujuk Rajah 1). Selepas menekan
butang “Log Masuk” pengguna akan tuju ke halaman seperti rajah dibawah:-

Rajah 3: Halaman Utama Sistem Bahagian Teknologi Maklumat

Keterangan Tambahan:

➢ Di dalam rajah diatas, terdapat 3 bahagian iaitu (Ink&Toner), (Aset) dan (Barangan Stor).

➢ Ink&Toner
▪ Di dalam bahagian Ink&Toner, Pengguna boleh membuat permohonan
Ink&Toner dengan memilih “Permohonan Ink&Toner”.

▪ Di dalam bahagian “Sejarah Permohonan Ink&Toner”, Pengguna boleh


melihat permohonan yang dibuat dan status permohonan sama ada
diluluskan atau ditolak.

➢ Aset
▪ Di dalam bahagian Aset, Pengguna boleh membuat permohonan
peminjaman aset yang seperti Laptop untuk kegunaan program, pejabat
dan etc. dengan memilih “Permohonan Laptop”.

▪ Di dalam bahagian “Sejarah Permohonan Laptop”, Pengguna boleh melihat


permohonan yang dibuat dan status permohonan sama ada diluluskan
atau ditolak.

➢ Barangan Stor
▪ Di dalam bahagian Barangan Stor, Pengguna boleh membuat permohonan
Barangan Stor seperti (Alat Tulis), (Perkakasan Pejabat), (Barangan
Elektronik) dan (Makanan) dengan memilih “Permohonan Barangan Stor”.

▪ Di dalam bahagian “Sejarah Permohonan Barangan Stor”, Pengguna boleh


melihat permohonan yang dibuat dan status permohonan sama ada
diluluskan atau ditolak.
Permohonan Ink&Toner

Rajah 4: Permohonan Ink&Toner

Keterangan:

➢ Jika pengguna memilih “Permohonan Ink&Toner” untuk membuat permohonan, akan


keluar pengisian maklumat mengenai Nama Ink/Toner dan Kuantiti.

➢ Pemohon perlu memilih jenis Ink&Toner pada bahagian kotak yang bertulis “Sila Pilih” dan
akan keluar paparan senarai semua nama Ink&Toner yang telah dimasukkan oleh pihak
Bahagian Teknologi Maklumat. Seperti Rajah di bawah:

Rajah 5: Pemilihan Ink&Toner

➢ Selepas pemohon memilih Ink&Toner, perlu mengisi kuantiti yang ingin dipohon dan
menekan butang “Hantar Permohonan”.

➢ Selepas menekan butang “Hantar Permohonan”, Sistem akan mengeluarkan paparan seprti
dibawah:-
Rajah 6: Contoh Status Permohonan

Keterangan:

➢ Pemohon dapat melihat status permohonan Ink&Toner selepas menekan butang “Hantar
Permohonan” pada bahagian “Permohonan Ink&Toner”.

➢ Pada bahagian “Status” tertulis permohonan dalam “Menunggu” yang bermaksud permohonan
telah dihantar kepada Pihak Bahagian Teknologi Maklumat untuk kelulusan.

➢ Butang “Cancel@Batal” untuk membatalkan permohonan yang dibuat dan status akan bertukar
menjadi “Permintaan Telah Dibatalkan” seperti mana gambar dibawah:

Rajah 7: Contoh Permohonan ‘Dibatalkan’

➢ Jika permohonan telah diluluskan oleh pihak Bahagian Teknologi Maklumat akan keluar paparan
seperti dibawah, seperti mana Status “Menunggu” akan bertukar menjadi “Diluluskan” dan pada
bahagian “Mesej” akan memaparkan kuantiti yang diluluskan oleh pihak pelulus untuk memberikan
kuantiti sebanyak yang diminta ataupon tidak sama kuantiti yang diminta.

Rajah 8: Contoh Permohonan Diluluskan


➢ Pemohon perlu hadir ke Bahagian Teknologi Maklumat untuk mengambil Ink&Toner yang telah
dipohon melalui sistem.

➢ Selepas sahaja Ink&Toner yang telah dipohon sudah diambil, perlu menekan butang “Diterima” dan
“Status” akan bertukar menjadi “Diterima” seperti mana rajah dibawah:-

Rajah 9: Contoh Permohonan Diluluskan

➢ Selepas status bertukar menjadi “Diterima” pemohonon boleh melihat borang permohonan dengan
menekan butang “Lihat” pada bahagian “View@Lihat” dan selepas menekan butang “Lihat” akan
memaparkan seperti gambar di bawah:

Rajah 10: Borang Kew-Ps 8

➢ Pemohon perlu menekan butang “Print” untuk membuat salinan permohonan dan perlu mengisi
“TandaTangan” dan mengecop pada bahagian berkenaan dan serah kepada Pihak yang telah
meluluskan permohonan yang telah dibuat pada bahagin “Pegawai Pelulus”.

➢ Pemohon perlu membuat sedemikian selepas sahaja “Status” permohonan yang dibuat sekiranya
“Diluluskan” dan perlu menekan butang “Diterima” dan perlu serah kepada Pegawai yang telah
diluluskan permohonan untuk mengambil permohonan Ink&Toner yang telah dibuat.
PERMOHONAN
PINJAMAN ASET
Permohonan Aset

Rajah 11: Halaman Utama Permohonan Laptop

Keterangan pada rajah 11:-

➢ Paparan Rajah 11 menunjukkan apabila pemohon memilih “Permohonan Laptop” dan akan
mempaparkan pengisian maklumat yang perlu diisi oleh pemohon untuk membuat Perminjaman
barangan aset seperti Laptop.

➢ Pemohon perlu mengisi maklumat yang diberikan seperti “Keterangan Aset” dimana pemohon
boleh memilih jenis laptop yang ingin meminjam, memasukan Tarikh yang ingin meminjam dan
Tarikh yang ingin dipulangkan aset, memasukkan tujuan pinjaman dan tempat yang ingin
digunakan untuk meminjam aset.

➢ Pemohon perlu memuat naik “Dokument” atas tujuan pinjaman laptop dan selepas mengisi segala
maklumat pemohon perlu menekan butang “Hantar Permohonan”.
➢ Paparan seperti ini akan keluar selepas sahaja permohonan aset berjaya dibuat:-

Rajah 12: Paparan Permohonan Berjaya

➢ Selepas sahaja permohonan berjaya dibuat, paparan dibawah akan keluar.

Rajah 13: Paparan Sejarah Permohonan Aet


➢ Sebaik sahaja permohonan diluluskan, pemohon perlu menekan butang “Diterima” dan tekan
butang “View” untuk melihat borang permohonan aset. Rujuk Rajah 13 butang yang perlu ditekan
dan permohon perlu print dan serahkan borang tersebut kepada pihak Bahagian Teknologi
Maklumat.

Rajah 13: Paparan Permohonan Berstatus “Diterima”

Rajah 14: Borang permohonan Pinjaman Aset


➢ Pemohon perlu memilih butang (Return@Pulang) untuk membuat pemulangan aset dan memilih
nama “Admin” untuk diberikan dan “Status” bertukar menjadi “Returned@Dipulangkan” seperti
Rajah 16

Rajah 15: Senarai Nama Admin

Rajah 16: Contoh Status Dipulangkan


PERMOHONAN
BARANGAN STOR
➢ Rajah 17 memaparkan borang permohonan barang apabila pengguna memilih
untuk membuat permohonan barangan stor.

Rajah 17: Borang Permohonan Barang

Keterangan Tambahan:

➢ Pemohon perlu memilih “Kategori” dahulu, didalam kategori terdapat 4 jenis iaitu
(Alat Tulis), (Perkakasan Pejabat), (Barangan Elektronik) dan (Makanan).

➢ Selepas memilih kategori, pemohon perlu memilih nama barang. Nama barang
akan memaparkan senarai barang yang telah dimasukkan di setiap kategori.
Sebagai contoh, di dalam kategori (Alat Tulis) dan di dalam “Nama Barang” akan
memaparkan senarai barang (Alat Tulis) dan pemohon boleh memilih serta
memasukkan kuantiti yang diingini.

➢ Pemohon perlu menekan butang “+” seperti rajah 18 dibawah, dan akan
memaparkan senarai barang yang ingin diminta seperti rajah 19.

Rajah 18: Butang untuk menambah barang dalam senarai


Rajah 19: Senarai barang yang dipilih

➢ Selepas itu, pemohon boleh menekan butang “Hantar Permohonan” dan


permintaan barang boleh dilihat di dalam “Sejarah Permintaan Barangan Stor”
seperti rajah di bawah.

Rajah 20: Sejarah Permohonan Barang

➢ Sila tunggu permintaan diproses dan sekiranya permintaan telah diluluskan,


pemohon perlu menekan butang “Lihat” dan print borang permohonan tersebut
dan serahkan kepada pihak Stor.

Anda mungkin juga menyukai