Anda di halaman 1dari 22

Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.

01 Page 1 of 22

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK


KURSUS
(PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)

SUBJEK DLC 2252- SISTEM BEKALAN TANPA GANGGUAN (UPS)

BAB 01-SISTEM BATERI

TAJUK SISTEM BATERI

DAPAT MENGENALI JENIS-JENIS DAN CARA KENDALIAN


OBJEKTIF
SISTEM BATERI SUPAYA DAPAT MENGENDALIKANNYA
PENCAPAIAN PIAWAI
MENGIKUT KAEDAH YANG BETUL DAN SELAMAT

TAJUK

Memberi pendedahan tentang Kegunaan, jenis-jenis dan cara


TUJUAN kendalian sistem bateri yang biasa digunakan serta bahaya-
bahaya kepada nyawa dan harta benda

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 2 of 22

1. PENGENALAN

Bateri adalah dua atau lebih sel disambung secara siri dan bateri juga adalah salah
satu sumber arus terus tulin yang juga sumber tenaga yang tidak banyak
mencemarkan udara. Tenaga dihasilkan dengan tindak balas kimia ke atas plat.
Jangka hayat bateri tertakluk kepada jenisnya dan ada diantaranya sehingga
menjangkau 25 tahun.

a. BINAAN SEL VOLT ASAS

Rajah di bawah menunjukkan satu sel volt asas yang mengandung kepingan logam,
satu diperbuat daripada kuprum dan satu lagi diperbuat daripada zink.
Kedua-dua kepingan atau plat logam yang berlainan jenis diletakkan dalam satu bekas
yang mengandungi larutan cecair asid sulfurik.

Kepingan plat
Kepingan zink
Plat
Kuprum

Larutan cair
Bekas Asid
Sulfurik

Binaan sel Utama ( Primer )

Jika satu litar luar seperti ditunjukkan dalam rajah dibawah disambungkan di antara
kedua-dua plat logam tadi, arus akan mengalir dari plat kuprum ke plat zink. Ini dapat
ditunjukkan melalui pergerakan jarum meter volt. Larutan cecair asid sulfurik di dalam
bekas akan bertindak sebagai elektrolit yang membenarkan pengaliran arus.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 3 of 22

Meter Volt
V

Kepinga Kepingan Kepingan Kepingan


n plat Plat Kuprum Plat Zink Plat
zink Kuprum

Larutan cair
Bekas Asid Sulfurik

Sel Volt Asas

2. Fungsi dan bahagian-bahagian Sel Volt Asas.

i) Plat Logam – terdiri daripada kuprum dan zink. Plat kuprum bertindak sebagai
kutub positif sementara plat zink bertindak sebagai kutub negative
ii) Elektrolit – bagi menghasilkan tindakan kimia apabila dua logam yang berlainan
jenis dicelupkan ke dalamnya. Elektrolit yang digunakan dalam sel volt asas ialah
larutan cecair asid sulfurik.
iii) Bekas – diperbuat daripada kaca atau bahan-bahan yang tahan tindakan asid
yang digunakan sebagai elektrolit.

3. BINAAN BATERI
Bateri dibina dalam kebok yang berisi plat, pemisah, elektrolit dan tiang pengalir. Ia
dibina sebegitu agar menepati spesifikasi, lasak dan tahan lama. Rekabentuk binaan
setiap jenis bateri adalah berlainan dan mempunyai pengenalannya sendiri.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 4 of 22

Bahagian-Bahagian dalam bateri Alkali Nikel Kadmium :

a. Fungsi Bahagian-Bahagian dalam bateri Alkali Nikel Kadmium :


Plat- Bahan aktif bagi Plat positif terdiri daripada nikel hidroksida dan bahan-bahan yang
lain, manakala bahan aktif bagi plat negative ialah oksida-oksida kadmium dan besi.
Elektrolit-Terdiri daripada Larutan kalium hidrat di dalam air suling dengan ketumpatan
bandingan 1.19. Ketumpatan bandingan adalah tetap semasa proses mengecas dan
mendiscas.
Bahan aktif yang ditekan menjadi blok-blok diletakkan di antara kepingan-kepingan keluli
yang ditebuk menjadi lubang-lubang halus yang dipaterikan di sepanjang pinggir-
pinggirnya, dipotong mengikut saiz dan diletakkan di dalam sebuah rangka keluli kimplan.
Tiap-tiap kepingan terpisah secara mekanik dengan kepingan-kepingan yang
bersebelahan.

b. Fungsi Bahagian-Bahagian dalam Bateri Asid Plumbum :


Kepingan Plumbum – Terbahagi kepada dua iaitu Plumbum Peroxide ( Pb O 2 ) bertindak
sebagai plat positif dan plumbum tulen dalam bentuk span / poros ( Pb ) sebagai plat
Negatif dan ianya bertindakbalas dengan larutan Asid Sulfurik cair ( asid sulfurik dan air –
H2SO4 )

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 5 of 22

Vent Plug

Plat Negatif

Pembahagi
Plat Positif

Bekas Plastik

Bateri Asid Plumbum

Bahagian-Bahagian dalam Bateri Asid Plumbum


Asid sulfurik dan air bertindak sebagai elektrolit bagi bateri. Tindakbalasnya dengan
kepingan plumbum akan menghasilkan pengaliran arus. Specific Gravity bagi elektrolit ini
mestilah antara 1.21.
Bekas adalah untuk menampung elektrolit dan kepingan Plumbum serta memberi
perlindungan mekanik bagi bahagian dalam. Bekas ini kebiasaannya diperbuat daripada
getah volkanised, ceramic, kaca atau mould plastic.
Bahagian-bahagian lain adalah seperti separator, connecting bar, terminal post, vent plug
atau filler caps dan lain-lain.

4. Tindak balas kimia dalam Bateri Asid Plumbum

Tindak balas kimia hanya berlaku di dalam satu bateri asid plumbum sekiranya ada arus
elektrik yang dialirkan melaluinya. Tindakan kimia yang berlaku ini akan menghasilkan
arus elektrik daripada bateri tersebut. Ini adalah sebabnya mengapa perlu dicaskan satu
bateri sebelum kita boleh menggunakannya. Perlulah diingat setelah bateri ini
membekalkan arus elektrik dalam satu jangka masa yang tertentu ianya akan berada
dalam keadaan luput cas.
Untuk menggunakan bateri ini perlulah mengecaskannya semula dengan satu sumber
luar. Kesemuanya terdapat tiga keadaan, iaitu mengecas, membuang cas ( nyahcas )
dan mengecas semula yang berlaku semasa hendak menggunakan satu bateri asid
plumbum secara berterusan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 6 of 22

Persamaan tindak balas kimia keseluruhannya yang berlaku di dalam satu bateri asid-
plumbum adalah :-

2PbSO 4 + 2H2O 2PbO 2 + Pb + 2H 2SO4


( Plat positif ) ( Plat negative ) ( Elektrolit )

Persamaan untuk menunjukkan tindakan mengecas dibaca dari kiri ke kanan, sementara
bagi tindakan nyahcas dibaca dari kanan ke kiri.

5. PENENTUAN SAIZ BATERI.


Pemilihan bateri yang sesuai amat perlu bagi satu satu sistem agar bateri dapat
digunakan dengan optimum.
Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa mensaiz bateri :
a. Butir terperinci beban
b. Jumlah beban bersambung
c. Keupayaan Ampere -Jam (AH) bateri
d. Pengecas yang sesuai .

2. JENIS-JENIS BATERI DAN PENGGUNAAN.

Bateri terdiri dari dua jenis:-

1. Sel kering – banyak digunakan dalam penggunaan domestik. Beberapa jenama


terkenal telah menggunakan nikel kadmium untuk bateri jenis ini dimana ia lebih
tahan lama serta ringan dan boleh dicaj semula sebanyak 1000 kali.

2. Sel basah – Terdiri daripada sel sekunder. Digunakan untuk tugas berat. Dikenali
sebagai sel basah kerana sel jenis ini menggunakan tindak balas cecair kimia
dalam menghasilkan sumber arus terus.

3. SEL KERING / SEL PRIMER

Satu cara di mana tenaga elektrik boleh dijanakan ialah dengan menggunakan tindakan
di antara logam-logam & elektrolit-elektrolit. Elektrolit ialah suatu cecair yang akan
terurai apabila tenaga elektrik dialirkan melaluinya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 7 of 22

Bahagian yang penting bagi sel primer yang biasa ialah suatu elektrod zink, yang
direndam dalam suatu cecair mengkonduksi ( elektrolit ) yang berkeupayaan untuk
bertindak dengan zink, dan satu lagi elektrod lain yang terdiri daripada kuprum, karbon
atau platinum, yang juga direndamkan di dalam elektrolit. Perbezaan keupayaan akan
wujud yang mana elektrod kuprum atau karbon adalah positif berbanding dengan zink.
Jika kedua-dua elektrod tersebut disambungkan dengan seutas dawai atau litar di luar
sel tersebut , arus akan mengalir dari kuprum atau karbon melalui litar luar ke zink dan
melalui sel dari zink ke kuprum. Di dalam sel primer, tenaga kimia hilang dan tenaga
elektrik dihasilkan.

4. JENIS-JENIS SEL KERING / SEL PRIMER


a) Sel Leclanche
i) Sel Leclanche Basah
ii) Sel Leclanche Kering

b) Sel Zink Udara


c) Sel Merkuri

a) i. Sel Leclanche Basah


Terdiri daripada sebuah balang kaca yang mengandungi larutan salammoniak
( ammonium klorida) yang tepu, dengan satu rod zink sebagai kutub negatif dan plat
karbon sebagai kutub positif. Sambungan dawai biasanya dibuat kepada zink dan
terminal loyang dipasang kepada plat karbon. Campuran mangan dioksida dan serbuk
karbon ditekan disekeliling karbon tersebut dan keseluruhan bahagian ini diletakkan di
dalam sebuah pot tanah yang telap yang membolehkan larutan meresap masuk ke
dalamnya. Serbuk karbon akan memberikan kekonduksian yang lebih besar.
D.g.e bagi sel Leclanche ialah di antara 1.5V hingga 1.6V. Rintangan dalamnya pula
bagi saiz yang biasa ialah kira-kira 1 
Contoh penggunaan ialah di dalam pemasangan loceng dan telefon.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 8 of 22

- IF
Rod Zink + IF

Plat Karbon

Pot Telap

MnO2 dan
Karbon

Larutan tepu SALAMMONIAK

BINAAN SEL LECLANCHE BASAH

Tindakan Sel Leclanche Basah:


Apabila litar luar terbuka, sedikit sahaja atau tidak ada langsung tindakan kimia yang
berlaku. Apabila litar luar tertutup, salammoniak akan bertindak ke atas zink,
membentuk zink klorida, ammonia dan hydrogen. Hidrogen yang muncul di plat karbon
dengan cepat dilitupi oleh gelembung-gelembung hydrogen atau dikutubkan.
Penyahkutub iaitu mangan dioksida menurunkan hidrogen kepada air, tetapi pada
kadar yang lebih perlahan daripada ianya dihasilkan. Dengan ini, d.g.e lama kelamaan
akan menjadi kurang dan habis. Jika litar dibuka, penyahkutub terus bertindak
sehingga kesemua hidrogen diturunkan dan d.g.e. kembali kepada keadaaan normal.

ii. Sel Leclanche Kering


Sel Leclanche kering adalah berbentuk padu dan bebas dari meresap. Plat
positifnya(+ve) ialah rod karbon, dikelilingi oleh campuran mangan dioksida dan
karbon. Di sekeliling bahan ini, terdapat pula satu adunan basah yang terdiri daripada
kapur Paris, tepung dan zink klorida. Bekas luar ialah zink dan bertindak sebagai plat
negative(-ve). Keseluruhannya pula dibaluti oleh kadbod dan bahagian atasnya
diisikan dengan pasir atau bahan-bahan penebat yang lain dan seterusnya dilitupi
dengan sebatian materi. Satu lubang juga disediakan.Tindakan sel ini adalah sama
seperti sel basah. D.g.e adalah 1.6V semasa baru. Ia jatuh dengan cepat ke 1.5V dan
kekal pada voltan ini sehingga sel ini hampir habis digunakan. Apabila d.g.e kira-kira

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 9 of 22

1V, sel ini tidak boleh digunakan . Rintangan dalamnya adalah rendah iaitu antara 0.1 
hingga 0.3
+ IF -IF
Lubang

BAHAN
MATERI
BEKAS
ZINK

ADUNAN
BASAH

PENYAHKUTUB
ROD
KARBON

BEKAS
KADBOD

BINAAN SEL LECLANCHE KERING

b) Sel Zink-Udara
Terdiri daripada sebuah anod zink yang telap dalam bentuk plat yang diisikan
dengan suatu elektrolit, dan dua katod udara yang nipis di kedua-dua sisi anod
tersebut. Anod yang diperbuat daripada bahan dan bentuk seperti ini supaya ianya dapat
mengambil udara dan menggunakan kandungan oksigennya sebagai punca tenaga.
Sel ini mempunyai voltan litar terbuka sebesar 1.4V dan mempunyai penghasilan
tenaga beberapa kali lebih besar daripada apa yang dihasilkan oleh sel Leclanche atau
sel-sel lain yang serupa. Ia boleh dicaskan semula dengan menggantikan anod yang
sudah habis terpakai.
Sel ini dihasilkan dengan tujuan ketenteraan , pengembaraan dasar laut dan di
angkasa. Dalam hal-hal yang disebut kemudian itu, dimana tidak terdapat udara bebas ,
oksigen dibekalkan kepada sel secara terus.

c) Sel Merkuri
Dihasilkan dalam bentuk yang kecil sebagai punca kuasa untuk kegunaan dalam alat-
alat pembantu pendengaran, jam tangan, jam dinding, fotografi dan lain-lain.
Bentuk asasnya terdiri daripada satu bekas keluli termateri luar sebagai elektrod positif
dan satu silinder yang terdiri daripada serbuk zink yang dimampatkan yang terletak di
bahagian tengah sel. Ia merupakan elektrod negatif. Elektrod negatif ini dikelilingi pula

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 10 of 22

oleh elektrolit kalium hidroksida ( alkali ) dan campuran penyahkutub yang terdiri
daripada
mangan dioksida dan karbon yang ditekan sehingga berbentuk silinder.
Voltan nominal ialah kira-kira 1.35V. Selepas susutan voltan awal yang kecil, voltan
output
adalah tetap sehingga hampir ke akhir hayat di mana susutan voltan adalah sangat
cepat.

5. RINTANGAN DALAM SATU SEL

Setiap sel mempunyai rintangan elektrik yang terdiri daripada rintangan plat-plat positif
dan negatif dan juga rintangan elektrolit. Ini dipanggil ‘rintangan dalam sel’. Rintangan
akan berubah mengikut jenis sel dan juga mengikut dimensinya .Penambahan saiz plat-
plat atau pengurangan jarak di antara mereka akan menurunkan rintangan dalam.
Rintangan dalam akan memberi kesan ke atas beza keupayaan sel; apabila sel sedang
membekalkan arus elektrik.
D.g.e , E sesuatu sel ialah voltan keseluruhan yang dijanakan oleh sel dan diukur
dengan sel berada dalam litar terbuka. Pengujian dibuat dengan sebuah voltmeter
rintangan tinggi supaya arus yang melalui voltmeter tersebut boleh diabaikan.
Apabila sel membekalkan arus kepada suatu litar luar maka arus I yang mengalir di
dalam litar luar tersebut akan mengalir melalui sel itu sendiri. Arus ini menimbulkan satu
susutan voltan Ir di dalam sel. Beza keupayaan V sel ini adalah d.g.e ditolak dengan
susutan voltan dalam.

Katakan I ialah arus yang mengalir dan r ialah rintangan dalam.


Maka, V = E - Ir

Dapat diperhatikan bahawa semakin besar arus yang mengalir melalui sel dan juga
dalam litar luar, semakin besarlah susutan voltan dalam dan dengan itu semakin kecil
beza keupayaan untuk kegunaan di dalam litar luar.

Contoh:

1. Sebuah sel Leclanche basah, dengan d.g.e nya 1.5V, dan rintangan dalamnya 1 Ω,
membekalkan arus kepada loceng elektrik lejang tunggal berintangan 5 
Kira
 arus
yang
seragam di dalam litar dan beza keupayaan sel tersebut.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 11 of 22

Penyelesaian:
Rintangan total dalam litar = R + r = 5+1 = 6 ohm #
Oleh itu, arus yang mengalir dalam litar, I = d.g.e
rintangan total
= 1.56 = 0.25 Amp #
6
Beza Keupayaan => E – Ir = 1.5 – ( 1 x 0.25 ) = 1.25 V #

Semak pengiraan. Di dalam litar luar , V = IR ,


Oleh itu, V = 0.25 x 5 = 1.25 V.#
Catatan: r – adalah rintangan dalam
R- adalah rintangan beban ( loceng elektrik )

2. Satu sel yang mempunyai d.g.e 2 V dan rintangan dalamnya1/5 ohm telah
disambungkan kepada satu rintangan luar 2 ohm. Kira arus elektrik yang mengalir di
dalam litar itu.
* D.g.e ( E ) adalah daya penolakan sesuatu sel dan ini termasuklah daya yang menolak
arus elektrik melalui rintangannya sendiri. Jika arus elektrik dalam litar ialah 1 ampere,
arus ini mengalir melalui rintangan dalam r dan juga rintangan luar R.
Jumlah rintangan litar = R+r
Arus elektrik dalam litar = I
Voltan dalam litar = E
Dengan menggunakan Hukum Ohm pada litar ini,
E = I ( R + r ),
Iaitu, 2 = I ( 2 + 1 ),
5
2 = I ( 11 ),
5
I = 10 = 0.909 Ampere.
11

3. Satu sel kering yang mempunyai d.g.e 1.5V mengalirkan arus 0.1 ampere melalui satu
rintangan 1.2 ohm. Berapakah rintangan dalamnya?

Penyelesaian:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 12 of 22

Katalah rintangan dalam r ohm,


Seperti contoh I ,
E = I ( R + r ),
R+r = E
I
Iaitu , 1.2 + r = 1.5
0.1
r = 15 – 1.2 = 13.8 ohm.

5. SEL SEKUNDER / SEL BASAH


Digunakan untuk penyimpanan tenaga. Apabila arus terus dan voltan yang sesuai
dikenakan kepada sel tersebut, tenaga elektrik yang digunakan akan menyebabkan
berlakunya perubahan kimia di dalam sel tersebut dan tenaga kimia akan disimpan.
Tindakan kimia ini adalah berbalik dan tenaga kimia yang tersimpan boleh dibebaskan
sebagai arus elektrik.

Terdapat dua jenis Bateri Sel Basah dalam pasaran:

a) Bateri Nikel Kadmium – direka & dikilang untuk 4 jenis kegunaan :


i) Untuk tujuan am yang tahan dengan beban terus menerus selama 3 jam atau
lebih seperti bekalan kepada pencahayaan kecemasan, pensuisan pelantik,
penggera kebakaran dan bekalan tunggu sedia.
ii) Untuk prestasi sederhana berbeban terus-menerus selama ½ hingga 2 jam
seperti bekalan kepada pencahayaan kecemasan, tugas-tugas luar pantai,
telekomunikasi dan lokomotif elektrik.
iii) Untuk prestasi tinggi dimana terus-menerus selama kurang dari ½ jam seperti
Bekalan Kuasa tanpa gangguan ( UPS ), pemulaan injin, penutupan suis dan
electromagnet.
iv) Untuk penggunaan berkala dimana bateri berkeadaan caj dan nyahcaj seperti
pencahayaan dalam lokomotif, system lokomotif, tugas-tugas luar pantai dan
solar.
Jangka hayat bateri ini boleh mencapai 25 tahun dengan penyenggaraan berjadual tetap.

b) Bateri Asid Plumbum – direka dan dikilang untuk 4 jenis.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 13 of 22

i) Plante yang berjangka hayat 20 hingga 25 tahun dan biasa digunakan di stesen
janaelektrik, penutupan suis, pencahayaan keselamatan, bekalan kuasa tanpa
gangguan ( UPS ), dan pemulaan injin.
ii) Tubular berjangka hayat 15 tahun dan biasa digunakan pada sistem
telekomunikasi, stesen janaelektrik dan lokomotif.
iii) Plat rata ( flat plate ) berjangka hayat selama 10 tahun dan digunakan pada suis
pelantik . penutupan, pencahayaan keselamatan , bekalan kuasa tanpa gangguan
( UPS ) dan PABX (Public Automatic Branch Exchange ).
Jenis kedap yang berjangka hayat selama 10 tahun dan biasa digunakan untuk sistem
telekomunikasi, bekalan kuasa tanpa gangguan ( UPS ), pemulaan injin, suis pelantik /
penutupan, pertolongan di laut, penggera kebakaran, panel pengesan gas dan sebagainya

7. CIRI-CIRI TEKNIKAL BAGI BATERI.

Asid Plumbum Nikel Kadmium


Voltan namaan 2.0 V 1.2 V
Voltan Apong 2.16 - 2.25 V 1.4 - 1.5 V
Voltan Galak 2.4 - 2.7 V 1.53 - 1.7 V
Kecekapan Ampere Jam 90 % 75 - 80 %
Kadar Caj maksimum 14 % C10 33 % C5

8. PERBEZAAN SEL PRIMER DENGAN SEL SEKUNDER

Di dalam bateri primer, arus elektrik dikerluarkan hasil dari peribahan kimia yang tidak
berbalik dan yang berlaku di antara berbagai bahagian anak bateri. Bateri ini tidak boleh
dibalikkan kepada keadaan asalnya selepas digunakan dengan mengecas atau
memasukkan arus terus ke dalamnya.

Di dalam bateri sekunder, tindakan kimia dapat dilakukan dengan mengalirkan arus
elektrik ke dalamnya. Kemudian barulah arus elektrik dapat diperolehi darinya. Bateri ini
akan luput cas selepas digunakan tetapi boleh digunakan lagi dengan mengecaskannya
semula dari satu sumber luar.

9. Kebaikan dan Keburukan Sel


Sel utama mempunyai kebaikan serta keburukannya seperti:-
Kebaikan Keburukan
a) Senang dibawa a) Tidak dapat digunakan terlalu lama
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 14 of 22

b) Harganya murah b) Kuasanya terhad


c) Tahan getaran / lasak

Sel sekunder mempunyai kebaikan serta keburukannya seperti :-


Kebaikan Keburukan
a) Boleh dicas semula a) Harga mahal
b) Tahan lama b) Perlu dibuat penyenggaraan
c) Kuasanya tidak terhad.

B. SAMBUNGAN BATERI

Bateri boleh disambung secara siri atau selari bergantung kepada keperluan
penggunaannya.

2. SAMBUNGAN SECARA SIRI.

Penyambungan secara siri akan memberikan nilai voltan yang tinggi. Biasanya satu sel
akan mengeluarkan bezaupaya sebanyak 2V dan di dalam bateri terdapat 2 atau lebih
sel. Jika bateri tersebut mengandungi 6 sel, bermakna bateri itu akan menghasilkan 12V.

+ve O O -ve
+ - + - + - + -

+ve o o -ve

Rajah : Penyambungan bateri secara siri

Penyambungan bateri selalunya dibuat dengan penghubung padu yang disambung


antara terminal. Penghubung padu ini biasanya akan disalut dengan penebat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 15 of 22

Bahagian negative (-ve) bateri pertama disambungkan kepada positive (+ve) bateri
kedua, bahagian negative (-ve) kedua pula disambung kepada positive (+ve) bateri
ketiga dan seterusnya.
Biasanya dawai PVC akan digunakan bagi menyambungkan positive (+ve ) bateri
pertama dan negative (-ve) bateri terakhir ke beban manakala penyambungan bateri
antara rak dibawah dan di atas juga menggunakan dawai PVC.

Soalan :
1. Sebuah sel dengan d.g.e 1.5V dan rintangan dalam 0.2 ohm disambungkan kepada
satu litar yang berintangan 20 ohm.

Kira :
a) Arus yang mengalir di dalam litar
b) Arus di dalam litar jika dibekalkan daripada sepuluh buah sel yang
disambung secara siri.

Penyelesaian :

a) Arus = d.g.e total = E = 1.5 = 1.5 = 0.074 Amp


rintangan total R+r 20 + 0.2 20.2

b) I = nE = 10 x 1.5 = 15 = 0.682 Amp


R + nr 20 + ( 10 x 0.2 ) 22

2. Empat buah sel, tiap-tiap satunya dengan d.g.e 1.4 V dan rintangan dalam 1 ohm
disambungkan secara siri kepada satu litar dengan rintangan 0.4 ohm. Sebuah sel
telah disambungkan dalam arah yang songsang. Kirakan arus di dalam litar.

Sel
disongsangkan
0.4 ohm

Penyelesaian :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 16 of 22

D.g.e total di dalam litar = ( 3 – 1 ) 1.4 = 2.8 V


Rintangan dalam bagi 4 sel secara siri = 4 ohm
Rintangan total di dalam litar = 4 + 0.4 = 4.4 ohm

Arus (I) = 2.8 = 0.636 Amp


4.4

3. SAMBUNGAN SECARA SELARI


Apabila beberapa buah sel / bateri dismbungkan secara selari, kesemua terminal positif
(+ve) di antara satu sama lain ke satu titik sepunya dan terminal negative ( -ve) juga
mempunyai simpang sepunya. Kedua-dua sambungan sepunya ini menjadi terminal-
terminal positive (+ve) dan negative (-ve) bagi bateri tersebut. Nilai d.g.e bagi bateri
ialah d.g.e dari sebuah sel sahaja. Paduan ini adalah setara dengan sebuah sel yang
besar di mana plat-platnya bertambah luas. Rintangan dalamnya turun berkadaran
dengan bilangan sel. Bateri di bawah keadaan yang sesuai berkebolehan meninggikan
arus.
Kenaikan arus yang sebenar bergantung kepada nisbah rintangan dalam total terhadap
rintangan luar. Jika rintangan dalam totalnya adalah kecil berbanding kepada rintangan
luar, maka sambungan selari tidak bermakna. Sebaliknya jika rintangan dalam totalnya
adalah besar berbanding rintangan luar, sambungan selari akan memberikan kenaikan
arus yang memuaskan.

.
+ve -ve
. .

Rajah : Sambungan bateri secara selari .

Contoh Soalan 1 :

1. Enam buah sel, tiap-tiap satunya dengan d.g.e 1.5 V, dan rintangan dalam 0.3
ohm,disambungkan secara selari untuk membekalkan arus kepada satu litar dengan
rintangan 20 ohm.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 17 of 22

Kira :

a) Arus di dalam litar luar.


b) Arus jika sebuah sel sahaja digunakan, yang lima buah lagi diputuskan sambungan.

Penyelesaian:

a) D.g.e total = 1.5 V


Rintangan dalam total = 0.3 = 0.05 ohm
6
Rintangan total = 20 + 0.05 = 20.05 ohm

I (amp) = E (Voltage )
R ( Resistance )

= 1.5 = 0.075 Amp


20.05

b) Arus , I = E = 1.5 = 0.074 Amp


R 20.3

2. Sepuluh buah sel , setiap satunya dengan d.g.e 1.5 volt, dan rintangan dalam 1.2
ohm, disambungkan secara selari untuk membekalkan arus kepada satu litar
dengan rintangan 0.4 ohm.

Kira :
a) Arus di dalam litar
b) Arus jika hanya sebuah sel sahaja digunakan.

Penyelesaian:

a) D.g.e total = 1.5 V


Rintangan dalam total = 1.2 = 0.12 ohm
10
Rintangan total = 0.4 + 0.12 = 0.52 ohm

I = E = 1.5 = 2.88 Amp

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 18 of 22

R 0.52
b) Arus ( I ) = 1.5 = 1.5 = 0.94 Amp
0.4 + 1.2 1.6

4. KEUPAYAAN DAN KECEKAPAN BATERI

Keupayaan bateri Asid - Plumbum bergantung kepada bilangan plat, saiz dan
ketumpatan elektrolit bateri tersebut. Jumlah tenaga yang boleh dihasilkan oleh sesuatu
bateri juga bergantung kepada beberapa perubahan seperti kadar nyahcas, suhu dan
jangka hayat bateri tersebut.

Cara yang biasa digunakan bagi menentukan kadar keupayaan bateri ialah keupayaan
ampere-jam. Keupayaan ampere-jam merupakan hasil darab masa yang diambil ketika
nyahcas dengan arus nyahcas. Contohnya, satu bateri 120 Ampere-jam (Ampere–hour)
pada kadar 10 jam akan menghasilkan arus sebanyak 12A selama 10 jam tanpa henti.

Kecekapan bateri biasanya diberikan dalam dua cara iaitu:-

a) Kecekapan ampere-jam (Ampere-hour)


b) Kecekapan watt-jam ( watt hour )

Kecekapan ampere-jam atau watt-jam merupakan nisbah di antara semasa nyahcas


dengan mengecas, iaitu;

Kecekapan = ampere-jam semasa nyahcas x 100%


Ampere-jam ampere-jam semasa mengecas

Kecekapan = watt-jam semasa nyahcas x 100%


Watt-jam watt-jam semasa mengecas

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 19 of 22

Kecekapan watt-jam adalah lebih rendah daripada kecekapan ampere-jam. Ini adalah
disebabkan purata beza upaya semasa nyahcas adalah lebih rendah daripada purata
beza upaya semasa mengecas.
* Kecekapan watt-jam untuk sel yang baik ialah kira-kira 66 peratus.
* Kecekapan ampere-jam (Ah) akumulator di bawah keadaan biasa ialah dari 75 hingga
80 peratus, manakala kecekapan watt-jam ialah dari 60 hingga 65 peratus. Nilai-nilai
ini lebih rendah sedikit daripada nilai-nilai untuk bateri jenis asid plumbum.

C. SISTEM MENGECAS

Penerus atau penjana AT diperlukan untuk mengecas sebuah bateri. Bateri dicas dengan
memaksa arus mengalir melaluinya pada arus bertentangan dengan operasi
bateri biasa.
Sistem mengecas bagi bateri terbahagi kepada 2 iaitu ;
a) Sistem Pengecas Voltan Tetap
b) Sistem Pengecas Arus Tetap

a) Sistem Pengecas Voltan Tetap


Voltan dilaras melebihi voltan penuh sel dan dibekalkan sehingga tamat mengecas. Arus
mengecas bergantung kepada perbezaan voltan yang digunakan untuk mengecas dengan
jumlah voltan pada sel-sel yang terdapat dalam bateri tersebut.

I = V–E atau I = V–E


Rs Rb
Dimana;
I = Arus mengecas
V = Voltan mengecas
E = Jumlah voltan dari tiap-tiap sel dalam bateri
Rs = Nilai rintangan sel
Rb = Nilai rintangan bateri.

Dari persamaan di atas, rumusan yang dapat dibuat ialah apabila voltan bateri rendah,
arus mengecas akan tinggi dan nilai arus semakin berkurangan semasa process
mengecas.
Rajah di bawah menunjukkan litar sambungan pengecas bateri dengan bateri yang dicas
cara voltan malar.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 20 of 22

Litar penerus

Pengubah R
V

A
R dilaraskan bagi
voltan tetap

Mengecas bateri cara Voltan Tetap

b) Sistem Pengecas Arus Tetap


Mengecas bateri dengan cara ini biasanya dilakaukan dengan mengawal arus semasa
mengecas. Arus mengecas dikekalkan pada satu nilai yang sesuai dengan sel-sel yang
terdapat dalam bateri tersebut. Arus dikawal dengan perintang boleh ubah sesiri dengan
salah satu punca keluaran pengecas bateri pada nilai Voltan tetap. Nilai arus dikira

I = V/R

Dimana; V = Voltan merintangi perintang bolehubah


R = Rintangan dari perintang boleh ubah.

Litar penerus

Pengubah V

R
A

R dilaraskan bagi
menetapkan arus

Mengecas Bateri cara Arus Tetap

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 21 of 22

Dalam sistem ini, arus adalah tetap, sama ada dengan menyesuaikan rintangan di dalam
litar mengecas atau dengan meninggikan voltan mengecas dengan menggunakan kawalan
perintang boleh ubah .

Asid Sulfurik ( H2SO4 ) terbentuk semasa proses mengecas dan bercampur dengan
elektrolit. Oleh itu ketumpatan elektrolit akan naik semasa mengecas dan selepas selesai
mengecas, nilainya haruslah 1.21 untuk sel simpanan dan 1.24 untuk sel mudahalih yang
kecil. Dengan elektrolit yang bercampur dengan betul, ketumpatan merupakan satu
penunjuk tentang keadaan cas sesuatu sel. Pengujian tentang ketumpatan diambil dengan
menggunakan hydrometer semasa proses mengecas. Warna plat-plat juga merupakan
satu penunjuk tentang keadaan cas. Plat positif haruslah berwarna coklat dan plat negative
berwarna kelabu-perak.

Proses Mengecas dan Nyahcas Bateri Asid Plumbum

Semasa proses mengecas, air yang dicampurkan dengan asid sulfurik diuraikan menjadi
hydrogen dan oksigen. Hidrogen dan oksigen yang terhasil akan bertumpu di sekeliling
kedua-dua plat. Apabila dalam keadaan bercas penuh, bahan aktif di plat positif ialah
plumbum peroksida ( PbO 2 ) sementara dibahagian plat negative ialah plumbum ( Pb ).
Ketumpatan asid sulfurik ( H2SO4) berbanding dengan air akan meningkat. Rajah di bawah
menunjukkan keadaan satu bateri asid plumbum sedang dicas oleh satu sumber elektrik
dari luar.
Hidrometer
- ve
Pengecas bateri
+ ve - ve

+ ve

Klip bateri

Bateri
Pengecas bateri

A
Mengecas Bateri

Semasa proses nyahcas, satu pengalir disambungkan di antara kepingan plat positif
dengan plat negatif. Arus akan mengalir dari punca positif ke punca negatif bateri tersebut.
Kepingan plumbum pada plat negatif akan bertindak balas dengan asid sulfurik dan
bertukar menjadi plumbum sulfat ( PbSO 4) berwarna putih. Pada plat positif, kepingan
bertindakBeban ( Alat-alat
plumbum peroksida akan juga dengan
elektrik; spt lampu,asid sulfuric untuk menghasilkan
- ve
motor elektrik dll
plumbum sulfat dan air. Disebabkan asid sulfurik semakin dicairkan semasa melalui proses
+ + ve -
ve ve
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----- Klip
DLC 2252 Bate Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )
ri Beb bateri
an
A
Kod Kertas IKBN.DLC 2252.KP.01 Page 22 of 22

ini, maka katumpatannya akan berkurangan sementara ketumpatan air pula akan
meningkat. Ini akan mengurangkan keupayaan bateri tersebut untuk menghasilkan arus.
Rajah di bawah menunjukkan proses nyahcas.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
DLC 2252 Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan 2015( Versi 1 )

Anda mungkin juga menyukai