Anda di halaman 1dari 8

PEPERIKSAAN AKHIR

MODAL PEMBANGUNAN JIWA INSAN


(PUJI)
SEMESTER 1 2017
GIATMARA GAYA

NAMA PELATIH : ______________________________________________________


NO.PENUNTUT : ______________________________________________________
KOD KURSUS : ______________________________________________________

MARKAH : /50

1. Antara berikut, yang manakah BUKAN prinsip Rukun Negara?

a. Kepercayaan kepada Tuhan


b. Kemakmuran dan keamanan
c. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
d. Kesopanan dan kesusilaan

2. Manusia diamanahkan supaya :


I. Menjaga hubungan yang baik sesama manusia
II. Menjaga hubungan baik dengan penghuni alam yang lain
III. Menjaga hubungan baik dengan alam sekitar
IV. Membuang sisa toksik ke dalam sungai dan mencemarkan sungai

Yang manakah yang BENAR di atas?


a. I,III dan IV
b. II,III dan IV
c. III,IV dan I
d. I,II dan III

3. Antara berikut yang manakah kesan NEGATIF daripada hubungan yang tidak baik sesama
manusia?

a. Hidup dalam suasana yang harmoni tanpa peperangan


b. Hidup saling membantu sesama manusia
c. Berleluasa jenayah dan kehidupan tidak aman
d. Penderaan kanak-kanak tidak berlaku

4. Nyatakan nilai yang perlu ada pada diri seseorang untuk mengelakkan diri daripada terlibat
dengan rasuah?

a. Rajin, Toleransi, Berdikari


b. Bersih, Cekap, Amanah
c. Cuai, Leka, Malas
d. Disiplin, Berani, Rajin

1
5. Yang manakah merupakan warna Jalur Gemilang?

a. Putih, Indigo, Hijau, Jingga


b. Merah, Putih, Biru, Kuning
c. Merah, Hijau, Kelabu, Cokelat
d. Hitam, Kuning, Biru, Putih

6. Kita perlu mensyukuri nikmat kesihatan badan yang dikurniakan oleh _________.

a. Ibu bapa
b. Tuhan
c. Rakan
d. Guru

7. Kebersihan fizikal bermaksud kebersihan dan kekemasan ________.

a. Mental
b. Kelas
c. Padang
d. Diri

8. Perbuatan _________ adalah contoh perbuatan menjaga maruah diri yang digalakkan oleh
agama.

a. Beradab sopan
b. Meninggi diri
c. Berlagak sombong
d. Menipu

9. Mereka yang mengamalkan nilai ______ sentiasa beradab sopan dan menggunakan bahasa
yang sopan dalam pergaulan mereka.

a. Kasih sayang
b. Rajin
c. Bertimbang rasa
d. Hemah tinggi

10. Berikut merupakan kebaikan amalan jujur dalam kehidupan kecuali

a. Dipercayai oleh rakan dan masyarakat sekeliling


b. Dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah
c. Dapat membantu orang tua dengan ikhlas
d. Dipandang mulia oleh masyarakat

11. Rakyat Malaysia yang baik hati telah _________ bantuan kewangan kepada mangsa Tsunami
di Acheh.

a. Menghulurkan
b. Mengambil
c. Berkongsi
d. Menggunakan

2
12. Kita hendaklah ______ di atas jasa dan pengorbanan bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj.

a. Bertimbang rasa
b. Mengenang budi
c. Berterima kasih
d. Berkongsi cerita

13. Seorang bapa yang baik tidak akan ______ kasih sayang kepada anak-anaknya.

a. Memberikan
b. Membeza-bezakan
c. Menghulurkan
d. Memberitahu

14. Pemimpin yang ______ sentiasa mengambil berat akan kesusahan dan masalah yang
dihadapi oleh rakyat.

a. Berfikiran terbuka
b. Jujur
c. Amanah
d. Prihatin

15. Kita boleh mengamalkan nilai semangat bermasyarakat dengan mengamalkan nilai-nilai
murni dibawah kecuali:

a. Memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah


b. Hidup bertolak ansur antara satu sama lain
c. Tidak mengambil tahu perihal jiran tetangga
d. Saling bantu-membantu

16. Antara berikut, yang manakah BUKAN masalah gejala sosial yang melanda negara kita?

a. Vandalisme
b. Meniru
c. Gengsterisme
d. Buli

17. Antara tindakan berikut, yang manakah BOLEH diambil bagi memastikan perkara diatas
tidak berlaku.

a. Mengitar semula bahan buangan


b. Membela ikan di dalam sungai
c. Membuang botol plastik di dalam sungai
d. Membina kilang berdekatan dengan sungai

18. Berikut adalah beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang mengalami kepupusan KECUALI:

a. Pokok bakau
b. Pokok limau
c. Periuk kera
d. Pokok palma

3
19. Apakah konsep asas Moral?

a. Konsep moral, etika dan akhlak


b. Benar, baik dan patut
c. Peraturan Moral, adat, agama dan undang-undang
d. Semua di atas

20. Antara perlakuan di bawah,yang manakah menunjukkan sikap pemimpin yang


bertanggungjawab kepada negara?

a. Mempertahankan rahsia negara dari pihak luar


b. Memberitahu maklumat sulit kepada negara lain
c. Mendedahkan rahsia negara kepada pihak luar
d. Memburuk-burukkan nama negara

21. Seseorang yang ingin bercuti ke luar negara hendaklah mempunyai ______ terlebih dahulu.

a. Sijil lahir
b. Kad pengenalan
c. Pasport antarabangsa
d. Lesen memandu

22. Antara berikut, yang manakah kebaikan mengekalkan perpaduan kaum?


I. Masyarakat mementingkan diri masing-masing
II. Dapat hidup aman dan damai
III. Mengelakkan ancaman luar
IV. Keharmonian negara

a. I,II dan III


b. II,III dan IV
c. I,II dan IV
d. I,II,III dan IV

23. Yang manakah merupakan Atlet Negara?

a. Datuk Aznil Haji Nawawi


b. Datuk Siti Nurhaliza
c. Datuk Nicol Ann David
d. Datuk Seri Khairy Jamaludin

24. Berikut merupakan BEKAS Perdana Menteri Malaysia KECUALI :

a. Tun Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad


b. Tun Dato' Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
c. Tunku Abdul Razak Putra Al Haj
d. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

25. Siapakah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah?

a. YB Dato Sri Ibrahim Sabri


b. YB Dato Sri Shafie Afdal
c. YB Dato Sri Ismail Sabri
d. YB Dato Sri Hassan Malek

4
26. Apakah bunga kebangsaan Malaysia?

a. Bunga Raflesia
b. Bunga Cempaka
c. Bunga Raya
d. Bunga Melati

27. Sungai Terpanjang di Malaysia?

a. Sungai Kinabatangan
b. Sungai Pahang
c. Sungai Padas
d. Sungai Rajang

28. Negeri yang manakah TIDAK mempunyai Tuan Yang Terutama (TYT)?

a. Sabah
b. Sarawak
c. Pulau Pinang
d. Johor Bahru

29. Berikut merupakan gunung yang terdapat di Malaysia, KECUALI:

a. Gunung Kinabalu
b. Gunung Tahan
c. Gunung Alap
d. Gunung Merapi

30. Negeri yang mempunyai Sultan adalah seperti dibawah, KECUALI:

a. Johor Bahru
b. Kelantan
c. Melaka
d. Perak

31. Berikut merupakan tanaman utama Malaysia, KECUALI:

a. Padi
b. Kelapa Sawit
c. Getah
d. Kopi

32. Hari Malaysia disambut pada :

a. 1 Januari
b. 31 Ogos
c. 16 September
d. 11 November

33. Negeri yang mempunyai tempat pemeliharaan dan pemuliharaan Penyu ialah

a. Pahang
b. Selangor
c. Terengganu
d. Sarawak

5
34. Nyatakan haiwan yang terdapat pada Jata Malaysia

a. Kijang
b. Gajah
c. Badak Sumbu
d. Harimau

35. Tasik buatan yang terbesar di Malaysia ialah

a. Tasik Bera
b. Tasik Cini
c. Tasik Kenyir
d. Tasik Hanyir

36. Selat berikut memisahkan Negara Malaysia dengan Singapura


a. Selat Melaka
b. Selat China Selatan
c. Selat Sulu
d. Selat Tebrau

37. Laut berikut merupakan laut yang mengelillingi Malaysia, KECUALI:


a. Laut Sulu
b. Laut China Selatan
c. Lautan Hindi
d. Lautan Pasifik

38. Pulau ini pernah tersenarai di dalam “7 Wonders Of The World”.


a. Pulau Mantanani
b. Pulau Sipadan
c. Pulau Batu Putih
d. Pulau Gaya

39. Berikut merupakan bahan yang boleh dikitar semula, KECUALI:


a. Kertas
b. Tin Aluminium
c. Polistrin
d. Botol Plastik

40. Yang manakah BENAR?


a. Selangor Darul Naim
b. Johor Darul Takzim
c. Pahang Darul Ehsan
d. Kelantan Darul Ridzuan

41. Malaysia berjiran dengan Negara berikut, KECUALI;

a. Brunei
b. Thailand
c. Singapura
d. Arab Saudi

6
42. Berapa peratuskah cukai GST yang dikenakan di Malaysia?

a. 5%
b. 6%
c. 10%
d. 7%

43. Berikut merupakan cara untuk memperolehi modal sebelum memulakan perniagaan,
KECUALI

a. Bantuan keluarga
b. Pinjaman dari Institusi Kewangan Berlesen
c. Tabungan sendiri
d. Merompak

44. Bilakah negeri Sabah menyambut Hari Kaamatan?

a. 1 dan 2 Jun
b. 30 dan 31 Mei
c. 30 dan 31 Januari
d. 1 dan 2 Januari

45. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?

a. Tun Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad


b. Tun Dato' Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
c. Tunku Abdul Razak Putra Al Haj
d. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

46. Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia. Gunung apakah yang tertinggi di
Malaysia?

a. Gunung Tahan
b. Gunung Alap
c. Gunung Ledang
d. Gunung Kinabalu

47. Terdapat berapa buah Wilayah Persekutuan di Malaysia?

a. 2
b. 3
c. 4
d. 5

48. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali:

a. menjana sinergi multisektor


b. berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
c. membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
d. memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan Sosial.

7
49. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan yang
merupakan satu inisiatif pihak LPPKN.Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur
Sejahtera LPPKN ialah

I pengurusan menopaus.
II saringan kanser reproduktif.
III ujian makmal yang komprehensif.
IV perkhidmatan perancang keluarga.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

50. Siapakah nama Agong Malaysia yang telah ditabalkan pada 24 April 2017?

a. Sultan Mahmud Syah IV


b. Sultan Ibrahim V
c. Sultan Muhammad V
d. Sultan Muhamadia VI

-SOALAN TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai