Anda di halaman 1dari 4

Fakta Kes

[1] Tertuduh, AMZ telah dituduh dengan pertuduhan di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah
Selangor 1995. Tertuduh pada 31 Januari 2009 jam lebih kurang 06.15 petang di dalam Hotel
Flamingo XXX, daerah Gombak dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati melakukan perbuatan
sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang perempuan bernama
NE. Tertuduh telah dibicarakan secara berasingan dengan tertuduh wanita dan tertuduh lelaki telah
mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Manakala tertuduh wanita telah mengaku salah dan
Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,500.00 atau dua (2) bulan penjara jika
gagal membayar denda dan tertuduh wanita dihukum penjara selama lima belas (15) hari. Di dalam
prosiding perbicaraan, pihak pendakwaan telah mengemukakan seramai tiga (3) orang saksi bagi
menyokong kes mereka iaitu SP-1 En. ATN, SP-2 En. SNS dan SP-3 En. FAT.

[2] Mahkamah telah memerintahkan Tertuduh membela diri terhadap pertuduhannya setelah
Mahkamah berpuashati pihak pendakwaan berjaya membuktikan adanya kes terhadap Tertuduh.
Kedua-dua Tertuduh telah memilih untuk membela diri dengan mengemukakan keterangan
bersumpah dari kandang saksi. Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan keterangan bersumpah
kedua-dua Tertuduh dan hujah kedua-dua pihak, Mahkamah telah mensabitkan bahawa Tertuduh
telah melakukan kesalahan sebagaimana dipertuduhkan. Mahkamah seterusnya telah
memerintahkan kedua-dua pihak mengemukan mitigasi dan hujahan balas sebelum Mahkamah
menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.
Penghujahan pihak-pihak terlibat

(a)TERTUDUH - Menyatakan bahawa keterangan SP1, SP2 dan SP3 adalah bercanggah di antara satu
sama lain berkaitan masa tangkapan dibuat dan juga di dalam kertas pertuduhan. Mahkamah
berpuashati pihak pendakwaan telah membuktikan sewajarnya berkaitan tarikh kejadian dan tempat
kejadian bahkan keterangan ketiga-tiga saksi pendakwa adalah sama dan konsisten kecuali berkaitan
masa tangkapan. Berhubung fakta masa yang dipertikaikan oleh Tertuduh, Mahkamah merujuk
semula kepada ketiga-tiga keterangan saksi pendakwaan sebagaimana di bawah:

PEMERIKSAAN BALAS SP 1 - Saya jumpa polis pukul 5 di IPK Selangor. Premis di Flamingo Ampang.
Anggaran saya waktu itu sampai lewat lebih daripada 1 jam. Dari IPK saya tak tahu nak bergerak ke
Ampang. Saya tahu ke tempat lokasi saja. Setuju saya sampai premis jam 6.30 petang. Saya tak ingat
nama polis yang bawa ke spa tersebut. Dalam lif ada tertera di nombor lif ada tertera nama tempat
disitu.

PEMERIKSAAN BALAS SP 2 - Cuma dia suruh kami ikut kenderaan dia. Setuju pengadu dalam kes ini
Inspektor Saat bin Bidin. Dari IPK Shah Alam, bergerak ke lokasi lebih kurang 1 jam lebih dan sampai
ke sana jam 6.15 petang, lebih kurang. Kami parking ditepi hotel dan bergerak ke tempat operasi
yang nak diserbu. Daripada parking ke kaunter lokasi lebih kurang 6.25 minit petang. Ya ketua operasi
ialah pihak Polis, Inspektor Saat Bidin.

PEMERIKSAAN BALAS SP 3 - Saya tak nampak papan tanda disana. Keluar lif, ke kanan untuk ke spa.
Sampai ke lokasi 6.15 dan naik ke atas tak lebih 5 minit tak kurang 1 minit. Lebih kurang 6.17 petang.
saya tak jumpa orang dikaunter, terus pergi dan anggota terus bawa ke tempat yang ada banyak bilik
anggota polis yang bawa Saat bin Bidin. Dilokasi ada lebih kurang 5 bilik termasuk bilik no 6.

Berdasarkan keseluruhan fakta yang dinyatakan oleh ketiga-tiga saksi pendakwaan, Mahkamah
bersetuju dengan hujahan tertuduh bahawa keterangan mereka berkaitan fakta masa tangkapan
adalah bercanggah dan tidak memenuhi masa yang dinyatakan di dalam Pertuduhan kes ini.
(b) TERTUDUH - menghujahkan bahawa pendakwaan telah gagal memenuhi elemen ini berdasarkan
alasan bahawa tiada satu pun keterangan yang menunjukkan perlakuan Tertuduh bersedia untuk
melakukan sebagaimana dakwaan. Bahkan tiada satu keterangan pun yang menyatakan saksi yang
melihat mana-mana anggota kemaluan Tertuduh yang menghampiri maksud tersebut. Berdasarkan
hujahan Tertuduh tersebut adalah jelas bahawa elemen utama bagi mensabitkan kesalahan ini
adalah elemen ”apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah”
sebagaimana dinyatakan di dalam undang-undang. Persoalannya, apakah elemen ini perlu dibuktikan
sehingga ke tahap sebagaimana dihujjahkan oleh Tertuduh? Pada pandangan Mahkamah, elemen
yang perlu dipenuhi itu tidaklah ke tahap sebagaimana dihujjahkan Tertuduh bahkan cukup sekadar
dengan hanya keterangan keadaan Tertuduh yang boleh difahami bahawa mereka bercadang atau
hendak melakukan persetubuhan.

Mahkamah merujuk kembali kepada semua keterangan saksi pendakwaan iaitu SP 1, SP 2 dan SP 3
berhubung fakta berkaitan perlakuan yang dikatakan sebagai persediaan melakukan persetubuhan
luar nikah sebagaimana berikut:-

PEMERIKSAAN UTAMA SP 1 - Apabila ketua operasi buka pintu, Ketua operasi masuk dan saya
mengikut belakang ketua, saya nampak sebuah bilik dengan suasana lampu yang malap tapi masih
boleh nampak bukan gelap gelita. Saya ada nampak orang dalam bilik Saya ada nampak seorang
lelaki dan perempuan berada di atas sebuah katil. Saiz katil anggaran sebesar katil bujang,untuk
seorang. Katil tersebut tak sama seperti katil yang diletak di rumah. Keadaan lelaki dan wanita
tersebut semasa saya nampak seingat saya keduanya tidak berpakaian dengan lengkap. Saya lihat
wanita itu sedang duduk di antara pusat ke peha lelaki tadi dan lelaki itu sedang berbaring. Saya lihat
wanita ini tak menutupi dadanya sehingga saya nampak payudaranya. Wanita tersebut sedang duduk
bertentangan dan mengadap antara satu sama lain dan bertentangan dengan pintu. Saya tak nampak
kemaluan wanita tetapi masa dia berlari ke bilik air saya nampak punggungnya. Keadaan lelaki
tersebut pula, lelaki itu tidak berbaju dan tidak berseluar, masa saya Nampak lelaki itu nak bangun
dan saya tertumpu kepada perempuan itu dan bila saya pandang semula lelaki itu, dia telah bertuala.

PEMERIKSAAN UTAMA SP 2 - Sewaktu saya menolak pintu tersebut, anggota lain berada di sebelah
saya. selain anggota saya, tiada lain. Anggota polis diluar saja. Saya yang masuk dahulu. Sewaktu saya
masuk, bilik dalam keadaan samarsamar tapi boleh dilihat dalam mata yang jelas. Samar-samar
bermaksud ada cahaya dari lampu. Lampu tersebut seperti didalam dewan ini bewarna oren samar-
samar seperti di hujung dinding dewan ini. Saya lihat seorang perempuan sedang membelakangkan
saya, menghadap ke sana, punggung dia menghadap ke arah saya. kedudukan katil dengan pintu,
buka pintu nampak katil. Katil lurus dan bukan melintang. Perempuan tersebut tidak berpakaian.
Masa saya buka pintu, saya melihat seorang perempuan sedang duduk di atas seorang lelaki. Waktu
itu saya pasti dia duduk di atas seorang lelaki. Lelaki tersebut sedang baring ke atas katil. Perempuan
tersebut duduk di antara pusat ke lutut lelaki tersebut. Semasa saya buka pintu, perempuan tersebut
tidak perasan kedatangan kami. Lelaki tersebut juga tidak perasan. Waktu itu mendengar suara
mengerang pihak perempuan. Waktu itu saya nampak badan dia menghenjut. Saya mendengar suara
mengerang seperti “ahh..ahh”. saya Nampak keadaan perempuan tersebut tidak bertudung dan
nampak rambut. Ya saya telah berkahwin dan tahu anggota badan. Saya buka pintu dan nampak
belakang badan perempuan tersebut daripada rambut hingga ke punggung, manakala lelaki,
bahagian kemaluan tidak kelihatan dan dada ke muka. Waktu buka pintu, nampak lutut pihak lelaki.
Setelah saya sendiri maklumkan dari JAIS pasangan tersebut kelam kabut dan bangun, perempuan
tersebut mengambil tuala dan berlari ke tandas bilik tersebut. Tuala waktu itu berada di tepi katil.
Sebelah kiri katil. Waktu dia ambil tuala, dia macam melompat dan turun katil, ambil tuala dan terus
lari. Sewaktu dia turun katil, kelihatan seluruh tubuh beliau, tidak berpakaian waktu itu. Saya nampak
seluruh dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tandas pada waktu itu, dibilik tersebut, dihujung
bilik. Dihujung katil sebelah depan. Buka pintu nampak katil kemudian bilik air. Waktu lompat, saya
nampak bahagian depan dan sewkatu lari saya nampak bahagian belakang. Nampak muka semasa
ambil tuala. Saya boleh cam lagi tertuduh perempuan. Pada waktu itu, tertuduh lelaki telah bangun
dan turun katil. Pada waktu bangun, beliau sempat tutup pakai tuala. Mungkin waktu itu, tuala
berhampiran dengan dia. Saya nampak dia tutup dengan cepat. Semasa beliau bangun, dah tertutup.
Tertutup dibahagian kemaluan. Tutup dari pusat hingga ke lutut. Selain daripada bahagian pusat dan
lutut, anggota lain tidak tertutup dan tidak berpakaian. Waktu tertuduh bangun, muka lelaki ini
menghadap saya. saya masih boleh ingat muka lelaki tersebut. Waktu itu cahaya samar-samar dan
saya boleh cam. Ya lelaki tersebut berada di dalam mahkamah ini berbaju purple. Ada dalam dewan
ini. (saksi membuat pengecaman terhadap tertuduh lelaki).

PEMERIKSAAN UTAMA SP 3 - Dengan cahaya lampu itu, membantu saya nampak ke dalam bilik itu.
Saya nampak seorang lelaki dan perempuan berada dalam bilik tersebut. Keadaan lelaki baring diatas
katil dan perempuan berdiri disebelah katil. Size katil single. Cukup memuatkan seorang saja. Katil tak
sama dengan size katil biasa. Bentuk katil tersebut lain daripada yang biasa. Katil tersebut digunakan
untuk mengurut. Pakaian lelaki hanya bertuala dan perempuan pun sama. Saya yakin mereka hanya
bertuala, berdasarkan penglihatan pertama saya nampak perempuan tersebut tiada baju yang
dipakai. Tiada baju yang dipakai sehingga menampakkan payudara perempuan tersebut. Kemudian
perempuan tersebut mengambil tuala menutupi tubuhnya. Selain daripada yang saya nampak
bahagian atas, tak nampak bahagian lain tubuh badan perempuan. Jelas saya nampak bahagian buah
dada. Kemudian perempuan tersebut ambil tuala dan pergi ke sebuah bilik untuk memakai baju dan
pakaian yang lengkap.

Anda mungkin juga menyukai