Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Berdirinya Muay Thai di Thailand

Kata Muay berasal dari bahasa Sansekerta "mavya" ("tinju bela diri") dan Thai
berasal dari kata "Tai" ("suku Thai"). Muay Thai disebut sebagai "Seni Delapan Tungkai"
atau "Ilmu Delapan Tungkai" karena tehniknya sangat sarat menggunakan pukulan,
tendangan, siku dan serangan lutut, sehingga penggunaan delapan "titik kontak", yang
berbeda dengan tehnik "dua poin" (tinju) di tinju gaya Barat dan "empat poin" (tangan
dan kaki) yang digunakan dalam seni bela diri yang berorientasi olahraga. Seorang
praktisi Muay Thai dikenal sebagai nak Muay , sedangkan praktisi Barat, kulit putih atau
non-Asia Tenggara kadang-kadang disebut nak Muay farang, yang berarti "Petinju
Asing".

Muay Thai atau Tinju Siam merupakan ilmu beladiri sofistikated yang wujud lebih
daripada 2000 tahun lampau akibar konflik dan peperangan. Seni tempur bangsa Siam
ini berkembang sejak beberapa dekad yang lalu dan menjadi sukan gelanggang yang
utama di Thailand. Seni yang diadaptasi daripada kemahiran berperang tentera Thai ini
menjadi seni beladiri kepada semua rakyat baik lelaki mahupun perempuan dan menjadi
sebahagian daripada warisan kebudayaan masyarakat Siam. Tiada ilmu tempur yang
bersifat spiritual sepertinya yang mana kanak-kanak di Thailand sejak kecil lagi diajar
salah satu cabang kickboxing yang paling berbahaya di dunia. Muay Thai adalah suatu
seni yang bersiratan dengan pelbagai jenis beladiri utama. Teknik-tekniknya hampir
sama dengan Pradal Serey Kemboja, Lethwei Burma, Kali Filpina, Jun Fan dan Pencak
Silat. Maksud sebenar Muay Thai ialah tinju bebas.

Sejarah awal kewujudan Muay Thai tidak dapat dipastikan tetapi sejarah
perkembangannya banyak dikaji oleh sarjana. Apabila Burma menyerang ibu negara
Thai kektika itu, Ayutthaya, kebanyakan dokumen sejarah hilang bersama laporan
perkembangan Muay Thai. Sejarah yang diketahui kini adalah daripada rekod peristiwa
kerajaan Lanna di Chiang Mai. Namun, terdapat dua teori utama tentang sejarah
asalnya.

Teori pertama menyatakan bahawa Muay Thai diwujudkan oleh penduduk Thai
yang berhijrah dari daerah Yunan di selatan China ke kawasan baru yang dikenali
sebagai Thailand. Mereka menubuhkan pasukan tentera untuk mempertahankan
kawasan mereka daripada diceroboh dan secara tidak langsung memperkembangkan
suatu sistem peperangan yang dikenali sebagai Krabi Krabong (ilmu senjata tradisional)
dan Muay Chao Chur yang akhirnya dikenali sebagai Muay Thai.

Teori kedua pula menyatakan bahawa penduduk Siam sudah menetap di


Thailand sejak sekian lama lagi di bawah empayar Angkor dan pengaruh seni beladiri
Bokator telah diubahsuai dan dinamakan Muay Boran yang akhirnya menjadi Muay
Thai. Berdasarkan rekod kuno, ahli sejarah menyatakan bahawa Muay Boran digunakan
dalam peperangan dengan Burma, China dan Vietnam. Bahan rujukan awal bertarikh
1411 menyatakan bahawa gaya pertempuran tanpa senjata (Muay Boran) merupakan
penentu utama kekuasaan raja Thai.

Sejarah kehebatan Muay Thai sering dikaitkan dengan kepahlawan Nai Khanom
Tom semasa peperangan Burma-Siam. Pada 1763, Raja Ung Wa menaiki takhta
kerajaan Burma. Matlamat pertama baginda ialah menumpaskan negeri-negeri yang
bertelingkah dengan empayarnya. Dua tahun selepas itu, baginda menghantar 200,000
bala tentera menyerang Siam. Angkatan Burma menyerang dan memusnahkan bandar
diraja Ayutthaya. Thailand yang ketika itu dikenali sebagai Siam tidak pernah diceroboh
oleh mana-mana kuasa sepanjang sejarahnya. Bagaimanapun, kelemahan dalam
pemerintahan menyebabkan kerajaannya runtuh. Selepas menang perang pada 1774,
Raja Ung Wa menganjurkan perayaan selama tujuh hari tujuh malam. Raja
mengarahkan supaya diadakan pertarungan antara tahanan perang dengan pahlawan
terbaik baginda. Tom telah ditawarkan kebebasan untuk dirinya seandainya dapat
menewaskan pahlawan maharaja ini. Tom terpaksa berjuang demi maruah bangsa
Saim dan juga dirinya. Sebelum pertarungan dimulakan, tangan mereka dibalut dengan
tali hem. Tiada peraturan perlawanan dan semua kawasan tubuh ialah sasaran.
Tom mempersembahkan tarian tradisional yang dipanggil Ram Muay terlebih
dahulu. Selepas pertarungan dimulakan, Tom terus menyiku lawannya menyebabkan
lawannya tumbang namun belum diikitiraf sebagai juara. Rakyat Burma yang menonton
perlawanan itu fikir bahawa tarian tadi mempunyai sihir dan mahu pertarungan
diteruskan. Tom terpaksa berdepan dengan lebih ramai pahlawan Burma dan
menewaskan mereka dengan teknik yang sama. Tanpa naluri nelas kasihan, Tom
menewaskan satu persatu pahlawan terbaik maharaja Burma. Raja Ung Wa kagum
dengan kebolehan Tom menewaskan 12 pahlawan terbaik Burma dan baginda memberi
hadiah berserta seorang hamba perempuan untuk dijadikan isteri kerana kehebatannya
itu. Baginda mengatakan orang Thai kecil tetapi sangat berbahaya. Sejarah kehebatan
Nai Khanom Tom itu dicatatkan dalam buku teks sekolah dan lagenda Thai itu kini
dikenali oleh setiap kanak-kanak di Thailand. Sebagai memperingati tarikh Nai Khanom
Tom menewaskan pahlawan Burma itu, kerajaan Thailand menetapkan bahawa 17 Mac
sebagai Hari Muay Thai Kebangsaan.

Raja Prachao Sua – The Tiger King merupakan salah seorang penggerak sukan
ini. Baginda begitu meminati Muay Thai dan sering menyamar sebagai rakyat biasa
untuk bertarung di kampung-kampung dan mengalahkan juara tempatan. Baginda
bukan sahaja aktif dalam sukan ini malah memperkenalkan kelengkapan untuk
digunakan semasa bertarung. Pada awal pemerintahannya, tangan peninju dibalut
dengan ekor kuda. Selepas beberapa ketika, ekor kuda digantikan dengan kain kapas
atau tali rami yang dipintal. Bagi pertarungan khusus dan dengan persetujuan peninju,
serpihan kaca dilekatkan dengan gam pada ikatan tangan. Semasa pemerintahannya
juga, negara Siam berada dalam keadaan aman. Raja Prachao Sua mengarahkan
tenteranya supaya berlatih Muay Thai bagi mengisi masa lapang mereka.

Semasa pemerintahan Raja Rama V, kebanyakan pertandingan dianjurkan pihak


istana. Peninju diberikan ganjaran pangkat dalam tentera oleh raja sekiranya menang.
Semasa pemerintahan Rama VI pula, beberapa perubahan berlaku. Antaranya
pengenalan gelanggang yang dikelilingi oleh tali dan penggunaan jam. Sebelum ini,
masa perlawanan ditentukan dengan menggunakan tempurung kelapa yang ditebuk dan
dimasukkan ke dalam air. Apabila tempurung kelapa tenggelam, dram akan dibunyikan
menandakan perlawanan tamat.

Muay Thai moden mula wujud pada tahun 1930-an apabila glove kulit
diperkenalkan. Pusingan perlawanan dan kelas berat badan juga mula diseragamkan.
Perubahan zaman menjadikan Muay Thai berubah dalam pelbagai bentuk. Muay Thai
bukan lagi ilmu bertempur tentera Siam tetapi menjadi ilmu beladiri untuk semua.
Namun tradisi pertarungan masih diteruskan dan Muay Thai terbukti sebagai sukan
gelanggang paling menarik dan salah satu beladiri paling efektif di dunia. Dalam
pertandingan K-1, Vale Tudo, Pride dan UFC, Muay Thai mendominasi setiap
pertarungan dalam gelanggang.

Pada hari ini, pelbagai jenis beladiri memantapkan lagi teknik dan taktik
bertempur mereka dengan gaya Muay Thai. Ia juga menjadi sistem tempur tanpa
senjata pasukan elit Navy SEALs, CIA, Komando Beret Hijau dan Agensi Perkhidmatan
Rahsia (pengawal peribadi presiden) di Amerika Syarikat. Keberkesannya dalam
pertempuran sebenar dengan pergerakan minimum menjadikan Muay Thai sebagai
senjata utama bagi Dynamic Entry Person dalam pasukan SWAT. Pada 1964, pakar
beladiri Karate telah meminjam lalu mengubahsuai dan menggelarnya 'Kickboxing'.

DAFTAR PUSTAKA :

- http://muaythaikediri.blogspot.com/2011/02/sejarah-singkat-muay-thai.html
- Christoph Delp, Muay Thai: Advanced Thai Kickboxing Techniques, Frog Books,
2004.
- Christoph Delp, Muay Thai Basics: Introductory Thai Boxing Techniques, Blue
Snake Books, 2005.

Anda mungkin juga menyukai