Anda di halaman 1dari 2

Sketsa Merdeka: Ubi dan Beras

Pada suatu petang, ada seorang lelaki tua dan cucunya berada di serambi rumah.

Cucunya menegur.

(Pelakon atuk dan cucu hanya miming sahaja. Ada suara latar.)

Alia: Atuk, atuk baca apa tu?

Atuk: atuk tengah baca bukulah cu.

Alia: buku apa tok?

Atuk: buku tentang sejarah penjajahan Jepun.

Alia: Penjajahan tu apa tok?

Atuk: penjajahan tu ialah Negara kita ditadbir atau dikuasai oleh Negara lain.

Alia: oh. Macam tu. Kita kena jajah lagi ke tok?

Atuk: tak, kita kan dah lama merdeka…

Alia: atuk ceritalah sikit kisah Jepun tu. Alia nak dengar..

Atuk: Masa Jepun menjajah tu, Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu. Hidup masa

tu susah… anak-anak gadis selalu diganggu oleh tentera Jepun.

(2 orang askar Jepun sedang mengejar 2 anak gadis…berlaku kejar

mengejar..mereka meminta tolong)

Atuk: masa tu jugak orang melayu makan ubi kayu sahaja. Jarang dapat makan nasi.

Alia: kenapa tok?

Atuk: masa ni nak dapat beras susah. Beras banyak kena rampas dengan Jepun.

(Adegan masa ni Jepun merampas beras dari orang kampung)

Jepun: Bagi sama saya!

Perempuan melayu: Tolong tuan, ini untuk anak kami makan, tuan..mereka dah lama

tak makan..

Jepun: Mau potong kepara ka?

(selepas adegan ini, adegan mereka memasak ubi dengan beras)


Atuk: mereka juga masak nasi campur ubi..kadang-kadang, taka da beras langsung.

Makan ubi jer. Sedih sangat keadaan masa ni.

Alia: kalau macam tu, mesti masa ni semua orang kurus kan tok? Sebab tak makan

nasi.

Atuk: hahahhahaha. Entahlah cu. Ada juga yang gemuk. Tak semua kurus.

Ali: sedihnya tok. Kalau Alia, dah tentu Alia tak selera nak makan.

Atuk: haa! Kamu patut bersyukur tau sekarang kita dah merdeka. Dah tak da kena

makan ubi je masa makan tengahari.

Alia: yalah tok. Kalau tak merdeka, tentu kita kena makan ubi sampai sekarang kan

tok?

Atok: hmmmmmm. Mungkin…

Abel: Oleh itu kawan-kawan, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan

kemerdekaan yang kita nikmati sekarang.

Semua: Sayangilah Negaraku, Malaysia!

Anda mungkin juga menyukai