Anda di halaman 1dari 48

Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

TAJUK:
Kawan-Kawan....
PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH
Rasulullah SAW tidak
Assalamualaikum berhijrah selagi belum mendapat izin dari Allah.
w.b.t
Kebanyakan kita hari
Terima kasih Tuan ini kurang
Pengerusi mengamalkan
Majlis, barisan panelkebiasaan meminta
hakim yang arif lagi
izin terlebih, dahulu
bijaksana sebelum
guru-guru melakukan sesuatu
serta rakan-rakan sekalian.perkara. Oleh sebab
itulah banyak kejadian buruk berlaku dalam kalangan anak muda
Hijrah
hari iniitu pengorbanan,
kerana terlalu berani melakukan sesuatu tanpa restu ayah
Hijrah itu perjuangan, Nasyid
bonda terlebih dahulu.
Hijrah itu persaudaraan, Contohnya seperti kejadian malang berlaku
Hijrah
ke atasmembentuk perpaduan.
seorang penuntut UITM yang ditemui mati dikelar oleh
seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya sendiri di Pulau
PinangKaum
baru-baru ini. Mekah
muslimin Jadi, mendapat
kita sebagai anak dan
tentangan pelajar
dan perlu
penyeksaan
membiasakan diri untuk
yang amat hebat meminta
dari kaum izin danMekah.
kafir Quraisy restu dari ibu bapa
Mereka disiksadan
dan
guru-guru sebelum
dihina, malah melakukan
ada yang sesuatu
dibunuh keranaagar segala
Islam. perbuatan
Oleh kerana kita
keadaan
itu mendapat
yang restu dan keberkatan
begitu mencabar, Allah SWT.oleh Rasulullah supaya
mereka diarahkan
berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin
Rakan-rakan .....,
Mekah ke Madinah.
Hijrah bukanlah berlaku secara tidak sengaja tetapi segala-galanya
Pada waktu
telah dirancang itu, Rasulullah
dengan rapi dan masih lagi berada
teliti. Sebab di Mekah
itulah perjalanan
menunggu
Baginda perintah
bersama Allah
Saidina supaya
Abu berhijrah.
Bakar tetap Saidina
berjalan Abulancar
dengan Bakar
sentiasa meminta
walaupun izin untuk Baginda
banyak rintangan. berhijrah tahu
terlebih dahulu
orang kafir daripada
Quraisy
baginda tetapi
sedang dilarang oleh
mengepung bagindabaginda.
rumah kerana Allah telah memilihnya
Baginda telah
untuk menjadi peneman
memerintahkan Saidina kepada Baginda.
Ali tidur di tempat baginda untuk
mengelirukan mereka. Waktu itu Allah telah menghalang
Firman AllahMusyrikin
pandangan dalam Surah
yangAl-Anfal:
mengepungAyat 75
baginda. Akhirnya baginda

dapat 
meloloskan diri dari kepungan.
Baginda juga tidak terus ke

Madinah, 
sebaliknya bersembunyi dahulu di Gua Thur selama

beberapa 
hari. Maka dengan perancangan yang teliti disertakan
dengan dari
pertolongan   
Allah, terselamatlah baginda dari
Maksudnya:
ancaman kaum“Dan orang-orang
musyrikin QuraisyYang beriman
seperti firmansesudah itu, kemudian
Allah dalam....
mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah
mereka dari golongan kamu.”

1
    
  
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah
   MTQ2015
     

Ertinya : “Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu


selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar
taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu
solat di dalamnya.”

Setelah 10 hari berada di Quba', baginda meneruskan


perjalanan menuju ke Madinah. Apabila tiba di Madinah, baginda
disambut dengan penuh kegembiraan. Setiap keluarga mahu
Rasulullah singgah di rumah mereka tapi akhirnya unta Rasulullah
berhenti di tempat jemuran kurma dihadapan rumah Abu Ayub Al-
Anshari dan jemuran itu kepunyaan dua anak yatim. Baginda terus
membeli tanah tersebut dari wali kedua anak yatim tersebut dan
mendirikan masjid di atas tanah tersebut dan dikenali sebagai
Masjid Nabawi.

Begitulah kawan-kawan,
Walau di mana jua baginda berada, pasti baginda akan
mendirikan masjid sebagai pusat penyebaran Islam. Berbeza
dengan kita pada hari ini, walaupun masjid dibina dengan
banyaknya, namun masih ramai umat Islam yang tidak solat. Kajian
yang dilakukan oleh Ikatan Muslimin Malaysia mendapti sebanyak
70 peratus Remaja Islam Malaysia tidak solat lima waktu. Oleh yang
demikian, marilah sama-sama kita menyokong program imarah
surau yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian
Pendidikan Malaysia agar surau dan masjid kita kembali berfungsi
seperti yang dihajati oleh Rasulullah SAW.

2
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Kawan-kawan...
Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah dan
mengambil beberapa langkah positif untuk menyatukan
pendudknya. Perkara utama ialah dengan mempersaudarakan
kaum Muhajirin dengan Ansar. Allah juga dengan jelas memuji
kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas penyatuan yang dijalinkan
dengan cinta kasih sesama mereka. Firman Allah dalam surah Al-
Hasyr: Ayat 9.
  
  
   
...
Maksudnya: “Dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri
(Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang
Yang berhijrah ke negeri mereka.”

Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Baginda


mengatur kedudukan kaum Muhajirin yang fakir kerana mereka
perlu membina kehidupan di tempat yang baru. Kemudian
baginda juga membuat penyatuan dengan kaum Yahudi atas
dasar yang tertulis antara Muhajirin dengan Ansar.

Kawan-Kawan...
Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah
melupakan soal persaudaraan. Dengan saudara sendiri
adakalanya tidak mengenali antara satu sama lain apatah lagi
dengan saudara seagama. Kebanyakan kita pada hari ini lebih
mementingkan diri sendiri. Laporan akhbar baru-baru ini benar-
benar mengejutkan kita. Dalam kejadian di Petaling jaya,

3
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Seorang adik sanggup melanggar dan menetak sehingga mati


abangnya sendiri hanya kerana berebut hak milik sebuah lori.
Sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat menghormati dan
tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu sama lain
supaya wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.
Contohilah semangat persaudaraan sesama Islam yang ditunjukkan
oleh golongan muhajirin dan ansar.
Kisah Hijrah sarat pengajaran
Menyuntik semangat untuk berjuang
Pelihara agama eratkan perpaduan
Islam disanjung maruah dijulang.

Sekian wa billahi tawfiq wal hidayah assalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

SOALAN:
1. Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperolehi daripada
peristiwa Hijrah Rasulullah SAW.
2. Nyatakan dua kesan buruk yang akan berlaku sekiranya ada
perasaan dengki dalam diri kita.
3. Nyatakan dua kebaikan yang akan kita perolehi sekiranya
sentiasa merancang dalam melakukan sesuatu kerja.
4. Nyatakan dua keburukan yang mungkin akan berlaku
sekiranya kita melakukan sesuatu tanpa meminta kebenaran
kedua ibu bapa.

4
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

TAJUK :
UNTA MUKJIZAT

TEKS

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Terima kasih pengacara majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana
serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Lafaz Bismillah awal bicara


Moga diberkati Yang Maha Esa ( pantun )
Unta Mukjizat tajuk cerita
Sebagai pedoman kita bersama

Hadirin sekalian,

Kaum Tsamud penyembah berhala,


Tidak percaya pada Yang Esa, (pantun)
Usaha Nabi Saleh sedaya upaya,
Agar Umatnya tidak terleka.

Maka bermulalah dakwah Nabi Saleh a.s kepada kaumnya supaya


segera meninggalkan penyembahan berhala-berhala itu dan
kembali beriman kepada Allah yang Maha Kuasa.

5
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Nabi Saleh berkata kepada kaumnya :

    


    

“Wahai kaumku! sembahlah Allah, tiada Tuhan bagimu selain Dia "
(Potongan ayat 61 : Surah Hud)

Namun begitu, mereka terus lalai dengan kemewahan yang


dikecapi sehinggakan seruan Nabi Saleh a.s tidak diendahkan.
Bahkan sanggup melemparkan kata-kata “Kalau engkau boleh
mendatangkan mukjizat, maka engkau benar-benar seorang Nabi.
Kalau tidak, engkau adalah seorang pembohong”.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Janganlah kita mempersendakan Nabi sepertimana yang dilakukan


oleh wartawan akhbar Charlie Hebdo yang mencetuskan
kontroversi baru-baru ini dengan menyiarkan karikatur Nabi
Muhammad s.a.w. Tindakan mereka telah menyebabkan
berlakunya serangan bom ke atas premis akhbar tersebut.

Kawan-kawan,

Allah swt telah memperkenankan doa Nabi Saleh a.s dengan


mengirimkan seekor unta betina. Firman Allah swt :

   


   
    
  
 

6
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Maksudnya: "Hai kaumku, inilah unta betina dari Allah sebagai


mukjizat (yang menunjukkan kebenaran) untukmu, sebab itu
biarkanlah dia, makan di bumi Allah, dan janganlah kamu
mengganggunya dengan gangguan apa pun yang akan
menyebabkan kamu ditimpa azab yang dekat."

(Potongan ayat 64 : Surah Hud)

Ya Kawan-kawan,

Kemukjizatan unta Nabi Saleh a.s amat terserlah, kehadirannya


membuatkan unta-unta lain beralah. Begitulah agungnya
kekuasaan Allah. Pemilik unta yang lain merasa resah, unta Nabi
Saleh dianggap gagah. Rasa dengki dan irihati berbaur marah.

Kawan-kawan dan hadirin sekalian,

Sesungguhnya sifat dengki itu membawa kemusnahan. Jika melihat


ke dalam masyarakat kita sekarang, betapa banyaknya kes yang
disebabkan oleh sifat hasad dengki dan cemburu. Contohnya,
kejadian ngeri yang dilakukan oleh penyimbah asid upahan ke atas
seorang peniaga emas di Pasir Mas Kelantan baru-baru ini jelas
menunjukkan betapa dahsyatnya kesan sifat hasad dengki yang
melampau.

Hadirin sekalian,

Kaum Tsamud mengatur rancangan,


Unta Nabi Saleh jadi sasaran,
Wanita cantik sebagai ganjaran, (SYAIR)
Unta dibunuh tanpa kasihan.

7
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Unta dibunuh kejam sekali,


Pesanan nabi tidak dipeduli. (Pantun)

Kawan-kawan,
Membunuh itu besar dosanya. Saya berasa khuatir dengan
keadaan masyarakat hari ini yang telah hilang pertimbangan nilai
kemanusiaan sehingga sanggup membunuh seperti kejadian yang
berlaku ke atas siswi UITM Permatang Pauh Pulau Pinang,
Norsyuhada Johari baru-baru ini. Semua ini berlaku kerana tipisnya
iman di dalam dada.

Hadirin sekalian,
Pembunuhan kejam unta tersebut amatlah mengejutkan Nabi Saleh
a.s

Nabi bersedih melihat kaumnya,


Berani persenda kuasa Yang Esa,
Tiga hari tempoh mereka, ( Syair )
Bertaubat atau ditimpa bala.

Firman Allah dalam Surah An-Naml: Ayat 46:


  
  
“Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah
supaya kamu diberi rahmat."

Nasihat Nabi dipandang sepi,


Mereka ingin membunuh Nabi. (PANTUN)

8
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Ya kawan-kawan,
Ketika pemuda kaum Tsamud sedang bersembunyi untuk
membunuh nabi, tiba-tiba...

Batu besar menghempap kepala,


Matilah mereka sebagai penderhaka,
Nabi Saleh sihat sejahtera,
Namun kaumnya bertukar rupa.
Hari pertama hingga ketiga,
Kulit yang cantik bertukar warna,
Kuning, merah dan hitam wajah mereka,
Hari keempat ditimpa bencana. (Sajak)

Ya kawan-kawan….
Ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Selagi hayat masih di badan,
eloklah bertaubat dan mohon keampunan. Janganlah menjadi
Seperti Kaum Tsamud, walau peringatan diberi berturut-turut,
mereka tetap enggan mengikut. Remaja muslim hari ini pun tidak
kurang degilnya. Mereka asyik berfoya-foya. Kononnya musibah tak
akan menimpa. Jiwa sentiasa terasa muda. Contohilah perjuangan
Ahmad Amar pemuda Malaysia yang berjasa. Walaupun masih
muda belia, sanggup berjauhan meninggalkan keluarga, ke bumi
Turki menyebarkan agama, sehingga syahid dalam perjalanan
dakwahnya.

Sekian, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

9
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Soalan Spontan:

1. Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperolehi daripada kisah Unta Mukjizat
yang disampaikan tadi.

2. Nyatakan dua dosa besar yang telah dinyatakan dalam kisah yang diceritakan
tadi.

3. Nyatakan dua kebaikan yang akan diperolehi sekiranya kita segera bertaubat.

4. Nasihat dan teguran yang baik perlu diterima dengan hati terbuka. Apakah
keburukan yang akan menimpa mereka yang tidak mendengar nasihat dan
teguran yang baik.

10
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

TAJUK :
KISAH PEMBUNUHAN PERTAMA DI DUNIA

TEKS

Terima kasih pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa serta para hadirin sekalian.

Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang


bertajuk “Pembunuhan Pertama Di Dunia”, yakni kisah anak-anak
Nabi Adam a.s.

Nabi Adam Nabi Pertama


Hidup bersama Siti Hawa,
Marilah bersama dengar cerita,
Cerita berguna untuk semua. ( pantun )

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Nabi Adam a.s. merupakan manusia pertama yang diciptakan oleh


Allah s.w.t. Baginda serta isterinya, Siti Hawa telah dikurniakan 2
pasang kembar. Setiap sepasang adalah lelaki dan perempuan.

Setelah anak-anaknya mencapai usia remaja dan akil baligh,


maka timbullah nafsu berahi dan syahwat sejajar dengan fitrah
yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Maka Nabi Adam mahu
mengahwinkan Qabil dengan adik Habil yang bernama Lubuda
dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.

11
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Firman Allah Surah Al-Isra’ ayat 32

   


Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina,”

Kawan-Kawan….

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu beberapa orang


gadis bertudung dilihat dipeluk dan dicium oleh artis k-pop tanpa
rasa segan silu. Alangkah sedihnya, gadis melayu Islam bertudung
sanggup mencemar dan menggadaikan maruah dek kerana
taksub dengan hiburan.

Kapal Anjiman belayar lesu,


Nampak dari kuala Acheh,
Rosak iman kerana nafsu,
Rosak hati kerana kekasih. ( pantun )

Sidang hadirin yang saya sayangi sekalian,

Rancangan Nabi Adam itu mendapat bantahan dari Qabil. Ini


kerana tidak mahu dijodohkan dengan Lubuda disebabkan rupa
parasnya yang tidak menarik. Dia ingin berkahwin dengan Iqlima,
seorang gadis yang cantik.

“Iqlima adik saya ayah”,kata Qabil dengan suara yang tinggi.

“saya berhak mengahwininya”,katanya lagi.

Menurut syariat Nabi Adam pada masa itu,tidak boleh dijodohkan


dengan saudara sekembar. Oleh itu, Nabi Adam cuba meyakinkan
Qabil supaya menerima perintah Allah itu.

12
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Para hadirin yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama doakan semoga rakyat Malaysia tetap


bersatu seperti mana yang ditunjukkan semasa kita menghadapi
situasi sulit kehilangan MH370, MH17 dan serangan ke atas Lahad
Datu. Cinta kita tetap kepada Negara Malaysia. Ini kerana, semua
manusia adalah bersaudara.

Kerana Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 10

  


Maksudnya:

“Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara.”

Disebabkan kedegilan Qabil, Nabi Adam meminta Qabil dan Habil


mempersembahkan korban kepada Allah. Korban siapa yang
diterima oleh Allah, maka orang itulah yang berhak berkahwin
dengan Iqlima.

Habil dan Qabil menerima baik jalan penyelesaian yang


ditawarkan oleh ayahnya. Habil kembali dengan kambing yang
dipilih dari ternakannya yang paling baik dan sihat sedangkan Qabil
datang dengan sekarung gandum, hasil cucuk tanamannya yang
rosak dan busuk.

Dengan disaksikan oleh seluruh keluarga Nabi Adam a.s,


maka terlihatlah api besar yang turun dari langit menyambar
ternakan Habil tanpa menyentuh sedikit pun gandum Qabil.

13
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Wahai hadirin sekalian, ini menunjukkan bahawa, korban Habil


diterima dan korban Qabil ditolak.

Firman Allah,

  


Maksudnya:

“Maka dirikan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah”


Surah Al Khauthar ayat 2

Ya hadirin,

Pengorbanan sukarelawan yang banyak membantu mangsa banjir


yang melanda di beberapa buah negeri baru-baru ini seharusnya
kita contohi. Begitu besar pengorbanan yang mereka hulurkan
dalam memelihara kebajikan sesama insan.

Sejak peristiwa itu, Qabil mula menaruh dendam terhadap


Habil. Nabi Adam pula terus menasihati dan mengingatkan Qabil
bahawa itu adalah ketentuan Allah. Namun segala nasihat Nabi
Adam seperti mencurah air didaun keladi.

Rasa amarah terpahat didada,

Bila korbannya tidak diterima

Hilangnya iman dendam bertahta,

Hasutan Iblis terus bergema. ( syair )

14
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Sewaktu Habil sedang tidur, Qabil telah membunuh Habil


dengan memukul kepala Habil dengan batu sehingga mati. Inilah
pembunuhan pertama dalam sejarah manusia di dunia.

Firman Allah,

 
    

“Dan janganlah kamu membunuh jiwa seseorang manusia Yang


diharamkan oleh Allah membunuhnya”

Surah Al-Isra’ ayat 33

Hadirin yang dihormati,

Texas Oktober 2014, Sebuah mahkamah disini telah diberitahu


di mana seorang remaja belasan tahun membunuh ibunya dengan
tukul besi dan kemudian memperkosa mayat mangsa atas alasan
bosan dengan hidupnya dan tidak suka bergaul. Oleh itu, kita
hendaklah sentiasa mendekati diri kita dengan Allah bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Nauzubillahiminzaliq,

Sayangi kawan, sayangi teman,

Dikala suka, dikala duka,

Sesal dahulu pendapatan,

Sesal kemudian tidak berguna. ( pantun )

15
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Setelah jenazah Habil mula membusuk, Qabil merasa


kebingungan. Lalu dengan izin dan kuasa Allah, maka
dipertunjukkan kepada Qabil seekor burung gagak yang sedang
mengali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu ia menolak seekor
gagak lain yang sudah mati ke dalam lubang tadi dan menutupi
kembali dengan tanah. Qabil berfikir didalam hati kenapa dia
tedak dapat berbuat seperti burung gagak untuk menguburkan
mayat saudaranya.

Firman Allah,

   


“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam”

Surah Al-Isra’ ayat 70

Nabi Adam a.s sangat kesal di atas sikap dan perbuatan


Qabil yang kejam itu, semata-mata mengikut hawa nafsu dan
bisikan syaitan yang menyesatkan. Menghadapi musibah itu, Nabi
Adam a.s hanya berserah kepada Allah s.w.t dan menerimanya
sebagai takdir dan kehendakNya .

Sahabat-sahabat sekalian,

Kisah teladan tersemat di hati,


Iman dan taqwa perisai diri,
Hiasi diri jagalah peribadi,
Buat bekalan di akhirat nanti. ( pantun )

Sekian, Wabilllahitaufiq walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

16
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

SOALAN-SOALAN SPONTAN

1. Berapa orangkah anak Nabi Adam sebutkan namanya?

Jawapan
- 2 pasang anak kembar
- Qabil dan Iqlima , Habil dan Lubuda

2. Apakah yang dijadikan oleh Qabil sebagai korban?

- Sekarung gandum yang rosak dan busuk

3. Sebutkan dua sifat yang mahmudah dan dua sifat mazmumah


dalam cerita Kesah Pembunuhan pertama didunia.

Mahmudah
- Sabar - Baik hati

Mazmumah

- Sombong - Pendendam

4. Mengapakah Qabil membunuh Habil?

- Iri hati kerana korbannya ditolak dan tidak dapat berkahwin


dengan adiknya Iqlima.

5. Bagaimanakah cara kita untuk mendekatkan diri kepada Allah?

- Jawapan yang sesuai.

17
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

TAJUK :
SITI AMINAH BONDA RASULULLAH

TEKS

Bismillahirrahmanirrahim….

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia, guru-guru, rakan-rakan serta
hadirin hadirat yang dihormati sekalian..

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…Salam Satu


Malaysia, salam ukhwah dan salam fisabilillah..

Sungguh indah kisah sejarah,


Sirah Nabi dari al-Quran,
Siti Aminah bonda Rasulullah,
Mari bersama jadikan teladan. ( Pantun )

Ibu Rasulullah bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin
Zuhrah. Beliau adalah bunga Kaum Quraisy. Seorang anak yatim
piatu yang diasuh dan dijaga oleh bapa saudaranya, Wahab bin
Abdul Manaf bin Zuhrah yang sangat dihormati, disegani kerana
menjadi tempat rujukan dalam pelbagai masalah.

Bunga Quraisy kembang berseri,

Di sebalik tembok mekar mewangi,

Menebar harum ke pelusuk negeri;

Membuat teruna dibuai mimpi. ( syair/lagu )

18
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah ibu Muhammad


iaitu. “Masa kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia, dan asal
keturunannya pun paling baik. Terlindung dari pergaulan bebas
sehingga sukar untuk dapat mengetahui dengan jelas
penampilannya atau gambaran fizikalnya.

Ini bertepatan dengan firman Allah swt dalam Surah Al-Ahzab ayat
59 :

  


 
 
  
 

Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak


perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar).”

Kawan-kawan ,

Kita sebagai wanita Muslimah perlu memelihara diri dan akhlak


terpuji walau di mana kita berada, sepertimana Aminah
memelihara dirinya agar kita sentiasa dipandang mulia.

Janganlah menjadi gadis bertudung yang merelakan dirinya


dipeluk dan dicium oleh penyanyi k-pop berkumpulan B1A4
sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh Negara
baru-baru ini. Masya’ Allah….

Hadirin yang dihormati sekalian,

Siti Aminah…
Wanita suci berhati mulia,
Wanita pilihan Allah Ta’ala,
Walau ke mana Abdullah Mengembara,
Namun Aminah tetap di mata. ( pantun )

19
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Bersatulah Aminah bersama Abdullah. Pemuda tampan, budiman


dan gagah. Pasangan bahagia dirahmati Allah. Hamilnya Aminah
zuriat yang berkah. Mengandungkan rasul pemimpin ummah.

Hadirin dan rakan rakan sekalian……

Perkahwinan yang sah merupakan syariat yang dituntut dalam Islam


demi memelihara nasab dan keturunan yang mulia:

Firman Allah Ta’ala dalam Surah An-Nur: Ayat 32

  


  
   

“dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan)


dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-
hamba kamu, lelaki dan perempuan.”

Oleh itu, janganlah kita melibatkan diri dalam aktiviti pergaulan


bebas yang boleh mengundang perbuatan keji seperti rogol dan
zina. Peningkatan statistik kelahiran anak luar nikah yang dilaporkan
oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat amat membimbangkan
kita.

Hadirin sekalian,

Aminah adalah seorang ibu bertuah kerana terpilih


mengandungkan zuriat yang akan menjadi pembimbing umat akhir
zaman. Setelah cukup Sembilan bulan dalam kandungan, akhirnya
Aminah selamat melahirkan Nabi Muhammad s.a.w yang disambut
dengan penuh kegembiraan. Nabi Muhammad ditatang bagai
minyak yang penuh. Aminah tidak pernah jemu mengasuh
walaupun tanpa suami disisi. Aminah tidak pernah mengeluh
lantaran kasih dan sayang ibu kepada anak tercinta.
Sesungguhnya, kasih ibu ibarat lautan tak bertepi. Sanggup derita
dan berkorban nyawa asalkan anaknya hidup bahagia.

20
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

21
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Lantaran itu lah setiap anak diperintahkan untuk berbuat baik


kepada ibu bapanya. Firman Allah Subhanahu wata’ala dalam
Surah al-Ahqaf ayat 15 :

.... ‫يم‬
ِ ‫الر ِج‬
َّ ‫ان‬
ِ ‫ط‬ َّ ‫أَعُوذُ بِاهللِ ِم َن ال‬
َ ‫ش ْي‬
  
 

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu


bapanya..”

Kasihnya ibu..
Membawa ke syurga…
Kasihnya saudara masa berada,
Berkorban nyawa tanda kasihnya,
Berkorban raga rela binasa…. ( lagu )

Berita yang terpampang di dada akhbar, “Anak derhaka sanggup


meninggalkan ibu demi mengikut kekasihnya”. Berita ini amat
menyayat hati kita.

Kawan-kawan….
Sayangilah kedua ibu bapa kita kerana sesungguhnya redha Allah
bagi seseorang anak itu terletak kepada keredhaan kedua ibu
bapanya.

Hadirin sekalian,

Pada suatu hari di kala usia Muhammad s.a.w mencecah 6 Tahun,


segalanya bagaikan terhenti. Keadaan sunyi dan sepi. Muhammad
s.a.w bertanya berkali-kali mengapa jasad bondanya kaku seperti
mati. Rombongan yang ada menitiskan air mata, melihat anak kecil
yang belum mengerti apa-apa. Ditinggalkan bonda buat selama-
lamanya.

22
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Firman Allah s.w.t :

.... ‫يم‬
ِ ‫الر ِج‬
َّ ‫ان‬
ِ ‫ط‬ َّ ‫أَعُوذُ بِاهللِ ِم َن ال‬
َ ‫ش ْي‬
    

Maksudnya : “Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati”

( Surah Ali Imran : ayat 185 )

Ya Kawan-kawan…

Sesungguhnya kematian itu adalah pasti tanpa mengenal usia,


masa dan tempatnya. Oleh yang demikian, perbanyakkanlah amal
untuk dijadikan bekal kerana kita tidak tahu bilakah tibanya ajal
kita. Lihatlah sahaja kejadian yang menimpa sebuah keluarga yang
sedang bergembira untuk pulang berhari raya dari Belanda menuju
Malaysia telah terkorban dalam nahas MH17 yang
menggemparkan dunia.

Demikian kisah tentang Aminah,


Yang termaktub indah dalam sejarah,
Semoga kita menjadi tabah,
Seperti tabah anaknya Rasulullah. (Pantun)

Sekian. Wabillahitaufiq Walhidayah. Assalammualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

23
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Soalan spontan

1. Siapakah nama ibu Rasulullah s.a.w ?


2. Dimanakah tempat kelahiran Rasulullah SAW?
3. Sebagai seorang anak, bagaimanakah anda menunjukkan
kasih sayang terhadap ibu ?
4. Berikan pengajaran daripada cerita Aminah Bonda
Rasulullah.
5. Sebutkan sifat yang boleh dicontohi daripada kisah tersebut.

24
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

TAJUK :
ISRAK MIKRAJ

TEKS

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


Lafaz bismillah pembuka bicara,

Salam ukhwah hadirin sekalian,

Isra’ dan mi’raj judul cerita,

27 Rejab 11 kenabian. (Pantun)

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru serta
hadirin yang dihormati sekalian.

Rasulullah amat berduka

Abu Talib dan Khadijah telah tiada

Di Mekah dihina ke Taif dicerca

Itulah tahun berdukacita (Syair)

Lantas Allah menghiburkan baginda dengan peristiwa isra’ dan mi’raj. Isra’
ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari masjidil Haram ke masjidil
Aqsa di Palestin pada waktu malam. Mi’raj pula ialah perjalanan dari
Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.

25
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Firman Allah;

  


   
  
… 

Maksudnya;

“Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu


malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa… “

(Surah al-Isra’, ayat 10)

Ya kawan-kawan,

Sesungguhnya apa yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa


pada hari ini merupakan satu percubaan Zionis yang amat kejam.
Adalah menjadi satu kewajipan kepada kita untuk bangun
menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, serta
mempertahan masjid Al-Aqsa dan Palestin umumnya. Hulurkan
bantuan, ringankan beban.

Kawan-kawan,

Sebelum nabi memulakan perjalanan, Malaikat Jibrail dan Mikail


membelah dada baginda. Dikeluarkan hati baginda dan dibuang
“alaqah. Kemudian dicuci dengan air zam-zam dan dimasukkan hikmah
lalu dijahit semula dan ditulis “Khatimun Nubuwwah”.

Seperti firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat 40;

    


   
   
Maksudnya;

”Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara


kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. ”

26
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Buraq diutus jadi tunggangan

Sepantas kilat sejauh pandangan

Jibrail dan Mikail iringi junjungan

Penghormatan ini amat menakjubkan (Boria)

Ya kawan-kawan,

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pencipta. Walaupun


betapa canggihnya ciptaan manusia, masih tidak dapat menandingi
kekuasaan Allah seperti baru-baru ini kita digemparkan dengan
kehilangan sebuah pesawat MH370 yang sehingga kini tidak diketahui di
mana lokasinya walaupun segala kepakaran teknologi telah digunapakai.

Kawan-kawan,

Semasa isra’, pelbagai balasan baik dan buruk diperlihatkan kepada rasul
junjungan.

Harum semerbak kubur Masyitah,

Ganjaran mulia pertahankan akidah,

Petani menanam terus berbuah,

Tafsiran berjihad fisabilillah. (Gurindam)

Memecahkan kepala amat mengerikan,

Akibat tinggalkan solat difardukan,

Daging yang busuk menjadi makanan,

Orang berzina dihukum sedemikian. (Gurindam)

27
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Seperti firman Allah dalam Surah Al-A’raf, ayat 36;

 

 
  

Maksudnya;

“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan


menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni
neraka”.

Ya kawan-kawan,

Jauhilah perbuatan yang keji kerana ia dibenci Allah. Gejala zina dan seks
bebas yang berleluasa perlu dihindari. Ingatlah, azab dan siksaan Allah
amat pedih sekali.

Kawan-kawan,

Semasa Mi’raj pula…

7 lapisan langit nabi lewati,

Rasul-rasul terdahulu baginda temui,

Indahnya syurga tidak terperi,

Begitu agung kuasa Ilahi. (Nasyid)

Perintah agung Allah berikan,

Ibadah solat jadi kewajipan. (Pantun)

28
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Firman Allah;

  



Surah Toha ayat 14, yang bermaksud:

"Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.”

Ya kawan-kawan,

Solat itu tiang agama. Kem Bestari Solat yang dijalankan melalui Program
j-QAF merupakan satu usaha yang murni. Maka, tunaikanlah solat dengan
sempurna.

Kawan-kawan,

Setelah mendapat perintah solat,

Turunlah nabi penuh semangat. (Pantun)

Begitulah kawan-kawan, kisah Isra’ dan Mi’raj nabi junjungan kita Nabi
Muhammad s.a.w.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah. Wassalamualaikum wbh.

29
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Soalan spontan:

1. Rasulullah telah kehilangan dua orang yang amat dikasihinya.


Lantas Allah pun menghiburkan baginda dengan peristiwa isra’ dan
mi’raj. Apakah erti isra’ dan mi’raj?

2. Banyak pengajaran yang didapati daripada peristiwa isra’ dan


mi’raj.
Nyatakan 2 pengajaran daripada peristiwa isra’ dan mi’raj tersebut.

3. Solat adalah tiang agama. Solat amat penting dalam kehidupan


kita. Sebutkan 2 faedah menunaikan solat.

4. Kita mesti mengamalkan sifat yang mulia dalam kehidupan kita.


Hindarkan diri daripada perbuatan yang keji. Bagaimanakah cara
anda menghindarkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar?

5. Kita hendaklah menunaikan solat lima waktu sehari semalam.


Bagaimanakah cara untuk mengatasi rasa malas untuk solat?

Cadangan Jawapan:

1. Isra’ bermaksud perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil


Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin pada waktu malam

Mi’raj pula ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil


Aqsa ke Sidratul Muntaha

2. a) Solat adalah tiang agama


b) Allah Maha berkuasa ke atas kita semua

3. a) Solat adalah penghapus dosa


b) Solat dapat mendisipilinkan kita

4. a) menunaikan solat
b) memohon doa daripada Allah s.w.t

5. Jangan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan


mengantuk.

30
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

TAJUK :
TONGKAT MUKJIZAT

TEKS

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana guru-guru serta rakan rakan sekalian
Assalamualaikum wrbt…
Lafaz bismillah pembuka bicara,
ucapan salam buat semua,
tongkat mukjizat Nabi Musa dijadikan cerita,
Sebagai pedoman kita semua.. (pantun)

Hadirin sekalian,
Nabi Musa adalah putera kepada Imran bin Yashar bin Qaahits
yang dilahirkan pada zaman pemerintahan Raja Firaun yang
terkenal dengan sifat kejamnya membunuh semua bayi lelaki
lantaran takut kehilangan kuasanya, tetapi dengan kuasa Allah
Nabi Musa selamat di bawah naungan Firaun sendiri..subhanallah..

Firaun menindas penduduk Mesir,


rakyat dibunuh sewenang wenangnya
dirampas segala harta yang ada
mengaku tuhan yang mesti dipuja (Nasyid: Rasulullah)

Kesombongan manusia terbit daripada sedikit kenikmatan yang


dipinjamkan oleh Allah S.W.t, saksikanlah keangkuhan kuasa besar
sesetengah Negara barat yang sering memporak perandakan dan
menindas Negara Islam demi kepuasan diri. Oleh itu, Sikap
sombong dan angkuh dengan kelebihan yang ada perlu dijauhi
bagi mengelakkan kita bersifat zalim.

31
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,


Lantaran peristiwa pembunuhan seorang pengikut Firaun tanpa
sengaja, Nabi Musa telah menjadi buruan Firaun selama 10 tahun.
Akhirnya Allah telah memerintahkan Nabi Musa pulang ke Mesir
untuk mengadap Raja firaun durjana. Firman Allah dalam surah
Toha Ayat 42:
  
   
 
Yang Bermaksud:
“Pergilah, Engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat
pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai
dalam menyebut serta mengingati daku”.

Ya Kawan-kawan
Berdakwah adalah tanggungjawab semua samada pemimpin
ataupun individu. Peranan media elektronik seperti TV Al-Hijrah
banyak menyiarkan rancangan berunsur dakwah dapat mendidik
jiwa para penonton. Kita seharusnya berani untuk menyampaikan
segala suruhan dan mengajak untuk menjauhi larangan Allah.

Hadirin sekalian nabi Musa seterusnya berdakwah kepada firaun,


tetapi sebaliknya …

Firaun sombong tidak terperi


Baginda Nabi sedih sekali
Firaun mencabar tunjukkan bukti
Andainya musa seorang nabi… (Nasyid: Sepohon Kayu)

32
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Bila baginda mula dicabar


Tongkat dilempar bertukar ular
Tangan ditunjuk cahaya bersinar
Namun Firaun tetaplah ingkar…. ( nasyid : sepohon kayu )

Firman Allah dalam surah Asyura ayat 34:

   


   

Maksudnya:

Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum Yang ada dikelilingnya:


"Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir Yang mahir.

Seterusnya kawan-kawan...
Pertandingan 72 orang tukang sihir dengan nabi Musa telah
dijalankan, tali-tali yang dilemparkan oleh ahli sihir bertukar menjadi
ular, tetapi dengan izin Allah S.w.t tongkat Nabi Musa telah bertukar
menjadi ular yang paling besar lalu menelan semua ular kepunyaan
ahli sihir. Firaun tersentak hairan, tukang sihir sujud beriman, Firaun
mula hilang pertimbangan, semua tukang sihir dipotong kaki dan
tangan, Perintah firaun dengan kemarahan. Tukang sihir pasrah
kepada Tuhan, seperti firman Allah dalam surah Toha ayat 70:

  


  
Yang bermaksud:
Ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami
beriman kepada Tuhan Yang mengutus Nabi Harun dan Nabi
Musa".

33
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Lihatlah kawan-kawan,
Sesungguhnya Keyakinan dan kekuatan iman terhadap Allah boleh
mengatasi segala ancaman yang dihadapi.
Contohnya, Keberanian puak Hamas untuk menentang rejim Israel
baru-baru ini adalah kerana keyakinan mereka terhadap
pertolongan dan perlindungan Allah S.w.t sangat tinggi dalam diri
mereka.

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,


Pengikut nabi Musa semakin bertambah, Firaun semakin marah, dan
bertindak membunuh anak-anak Bani Israel dan berhasrat agar
generasi bani Israel terkubur selamanya, lantaran peristiwa itu, bumi
mesir dilanda kemarau, Firaun bersama pengikutnya menemui Nabi
Musa seraya mencabar Nabi Musa agar menurunkan hujan dan
akan beriman kepada Allah sekiranya Nabi Musa mampu
melakukannya.
Nabi musa menggunakan mukjizat yang telah dikurniakan
Allah kepadanya untuk menurunkan hujan Namun setelah hujan
turun mereka tetap enggan beriman. Pelbagai musibah diturunkan
Allah seperti kemarau, banjir besar, diikuti pula serangan belalang,
kutu dan katak, secara berperingkat dan berasingan.

Wahai kawan-kawan,
Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita kematian
seorang pelajar uitm akibat dikelar oleh teman lelakinya.
Nau’zubillah.. Oleh itu, Kita hendaklah menjauhi kemungkaran, bagi
mengelakkan keruntuhan akhlak akibat tidak mengikut apa yang
terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

34
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Kedegilan Firaun cetuskan derita,


Ke Baitulmaqdis Bani Israel berkelana,
Laut merah terbelah dua,
Dek kerana Tongkat Mukjizat Nabi Musa,
Hanya yang beriman Allah pelihara,
Firaun tenggelam bersama pengikutnya.. (sajak)

Firman Allah surah al-Qasas ayat 40:

 
   
   
 
Maksud ayat:
“Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta
Kami humbankan mereka ke Dalam laut; maka perhatikanlah Bagaimana
buruknya kesudahan orang-orang Yang zalim.”

Begitulah kawan-kawan...
Allah membalas setiap kejahatan yang kita lakukan seperti mana
yang telah terbukti seorang penjenayah yang telah terlibat dengan
kes rogol dan bunuh murid sekolah rendah baru-baru ini telah
dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun berserta 24 kali sebatan.
Ingatlah..Setiap amalan akan dihitung dan diberi ganjaran yang
setimpal.

Demikianlah kawan2..
Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan… sekian
Wabillahitaufi wahiyah wassalmualaikum w.r.t

35
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Contoh Soalan Spontan

1. Berikan pengajaran yang terdapat dalam cerita yang telah


anda sampaikan tadi.
2. Senaraikan contoh peristiwa akibat keruntuhan akhlak di
kalangan muda mudi dewasa ini.
3. Berdasarkan kisah di atas, bagaimana anda mengatasi
pemimpin yang bersikap zalim.
4. Nyatakan contoh program dakwah yang disiarkan di kaca tv
yang anda tahu.

Cadangan Jawapan:

1. Pengajaran yang terdapat dalam cerita yang telah anda


sampaikan tadi.
a) Sikap sombong dan angkuh dengan kelebihan yang ada
perlu dijauhi bagi mengelakkan kita bersifat zalim.
b) berani untuk menyampaikan segala suruhan dan
mengajak untuk menjauhi larangan Allah.

2. Contoh peristiwa akibat keruntuhan akhlak di kalangan muda


mudi dewasa ini:
a) Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan
b) Berjudi, kaki botol dan menagih dadah
c) Pembuangan bayi secara berleluasa

3. Cara mengatasi pemimpin yang bersikap zalim:


a) Sabar dan sentiasa memohon pertolongan daripada Allah
b) Mempamerkan contoh tauladan yang baik di hadapan
mereka

4. Contoh program dakwah yang disiarkan di kaca tv yang saya


tahu:
a) Program adik-adikku
b) Pencetus umah
c) Cinta Ilmu
d) Kalau ada Jodoh ustaz Kazim Elias
e) Al Kuliyyah

36
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

TAJUK :
DUGAAN NABI YUSUF

TEKS

Termaktublah sudah dalam Al-Quran,

25 utusan Allah,

Mereka menyeru kepada insan,

Tiada Tuhan selain Allah. [ nasyid ]

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Dugaan Nabi Yusuf jadi pilihan,

Kisahnya sayu menyentuh perasaan,

Sila lah kawan sila lah rakan,

Izinkan saya untuk perdengarkan. [ pantun ]

Rakan-rakan,

Nabi Yusuf a.s ialah putera ke 7 Nabi Yakub,

Tampan perkasa luhur budinya ,

Dikasihi ayahanda dicemburui saudara-saudaranya,

Akibat hasutan syaitan , mereka merencana

Ke dalam perigi Nabi Yusuf dicampaknya.

37
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Lalu…..

Mereka melumurkan baju baginda dengan darah palsu.

Firman Allah swt ;

......‫الر ِج ِيم‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫أَعُوذُ ِباهللِ ِم َن ال‬
ِ ‫ش ْي َط‬
  ,
  
   
 

“Mereka berkata: "Wahai ayah kami, Sesungguhnya kami pergi


berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-
barang kami, lalu dia dimakan serigala”.

( Surah Yusuf : ayat 17 )

Kawan-kawan,

Begitulah sifat manusia sejak zaman Nabi Adam lagi yang sentiasa
memiliki sifat hasad dengki dengan orang yang mendapat
kenikmatan daripada Alllah swt, semoga Allah swt melindungi kita
daripada sifat yang keji ini.

Sekumpulan pedagang yang lalu mencari air terjumpa Nabi Yusuf


a.s, disorok baginda bersama barang dagangan….. sampai di
Mesir.

Dijual Nabi Yusuf sebagai hamba,

Al-Aziz tertarik lalu membelinya,

Alangkah gembiranya hati Zulaikha,

Nabi Yusuf dipelihara dengan sempurna. [ syair]

38
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Suatu hari, ketika suaminya tiada di rumah, Zulaikha menutup


semua pintu dan cuba menggoda Nabi Yusuf a.s. Baginda
menolak dan cuba melarikan diri ke pintu. Shreek!!!... terkoyak
belakang baju baginda kerana ditarik oleh Zulaikha. Tiba-tiba,
muncullah suaminya. Zulaikha terkejut, lalu menuduh Nabi Yusuf
ingin memperkosanya. Namun, baju yang koyak menjadi bukti,
kejadian ini sebenarnya angkara siapa.

Firman Allah swt :

......‫يم‬
ِ ‫الر ِج‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫أَعُوذُ ِباهللِ ِمنَ ال‬
ِ ‫ش ْي َط‬
    
  

“Wahai Yusuf! Lupakanlah ini dan (isteriku) mohonlah ampunan atas


dosamu”.

( Surah Yusuf : ayat 29 )

Ya kawan-kawan,

Kini terdapat program realiti TV Imam Muda, Da’ie, Pencetus


Ummah dan Ustazah Pilihan yang memaparkan personaliti soleh
dan solehah yang boleh dijadikan contoh tauladan. Elakkanlah diri
dari terjebak dalam kancah kemaksiatan.

39
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Kawan-kawan,

Serata Mesir tersebar cerita,

Isteri pembesar menggoda hambanya,

Lalu dijemput wanita ke sebuah majlis,

Diberi pisau untuk memotong,

Lalu perintah Zulaikha,

“keluarlah kau di hadapan mereka”

Terpotonglah jari

Ternganga mulut

Kagumi ketampanan sambil berkata,”Ini bukan manusia melainkan


malaikat yang mulia.”

Lalu, Nabi Yusuf a.s bermunajat kepada Allah swt supaya diberi
perlindungan. Firman Allah swt :

......‫يم‬
ِ ‫الر ِج‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫أَعُوذُ بِاهللِ ِمنَ ال‬
ِ ‫ش ْي َط‬
    
   

“Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih Aku sukai daripada


memenuhi ajakan mereka kepadaku”.

( Surah Yusuf : ayat 33 )

Hasrat tersebut termakbul, Nabi Yusuf a.s dipenjara agar suasana


menjadi tenang dan tiada fitnah.

40
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Kawan-kawan,

Sejak kebelakangan ini, perbuatan memfitnah yang disebarkan


melalui sistem maklumat ringkas atau sms, video, facebook, blog
dan sebagainya semakin berleluasa. Hal ini telah menimbulkan
pelbagai pertelingkahan yang akhirnya membawa kepada kes
mahkamah.

Justeru itu, hanya keimanan sahajalah yang dapat menghalang


keinginan dan godaan nafsu.

Bertahun-tahun Nabi Yusuf dipenjara,


Akhirnya dipanggil mengadap sang raja,
Disiasat semula segala punca,
Akhirnya kebenaran terserlah jua.

Firman Allah swt dalam Surah Yusuf, ayat 51 :

......‫يم‬
ِ ‫الر ِج‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫أَعُوذُ ِباهللِ ِمنَ ال‬
ِ ‫ش ْي َط‬
   
   

“Aku telah menggodanya terhadap diriku. Sesungguhnya dia dari


kalangan orang-orang yang benar”.

Lalu Nabi Yusuf a.s dibebaskan semula.

Akhirnya..

Kebenaran pasti terserlah, seperti kisah Henry James dari Amerika


yg dibebaskan baru-baru ini kerana terbukti tidak bersalah dari
tuduhan membunuh walaupun telah dipenjara selama 30 tahun.
Sesungguhnya Allah swt berpihak kepada yang benar.

Sekian wabillahi taufiq walhidayah wassalmu’alaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

41
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

SOALAN SPONTAN

1. Mengapa saudara-saudara Nabi Yusuf a.s mencampakkannya


ke dalam perigi buta?

2. Siapakah yang menjumpai Nabi Yusuf a.s?

3. Sekiranya anda ditimpa musibah seperti yang menimpa Nabi


Yusuf a.s, apakah tindakan yang patut anda lakukan?

4. Berdasarkan cerita tadi, apakah pengajaran yang anda


perolehi?

5. Sebutkan sifat-sifat yang perlu kita hindarkan berdasarkan


cerita tersebut.

42
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

TAJUK :
SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL

TEKS

Assalammualaikum w.b.t…

Terima kasih pengacara majlis. Yang dihormati barisan panel hakim


yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia, seterusnya
rakan-rakan seperjuangan yang mulia.

Ucapan indah zikir bertali,

Penyejuk hati pendamai jiwa,

Kisah Siti Hajar Ibu Mithali,

Marilah kawan dengarkan bersama. (Pantun)

Siti Hajar isteri kedua,

Pasangan pilihan Siti Sarah,

Hidup bermadu aman sentosa,

Menjadi catatan di dalam sirah. ( Pantun )

Hadirin sekalian,

Syariat Nabi Ibrahim a.s membenarkan umatnya berpoligami dan


begitu juga dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah
s.w.t dalam Surah Surah An-Nisa’ Ayat 3 :

    


  
  

43
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Maksudnya: “maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu


berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau
empat.”

Hadirin sekalian,

Pada hari ini ramai lelaki Muslim di Malaysia yang berpoligami tetapi
tidak bahagia gara-gara tidak berlaku adil terhadap isteri mereka.
Ini semua disebabkan mereka berpoligami kerana nafsu semata-
mata bukannya untuk membela wanita. Akhirnya poligami turut
menjadi faktor penyumbang kepada perceraian di Malaysia
sepertimana yang dilaporkan oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia sebanyak 20,529 kes perceraian telah berlaku di Malaysia
pada tahun 2007. Oleh yang demikian, sebelum berhasrat untuk
beristeri dua atau tiga penuhkan dulu ilmu di dada.

Setelah sah Siti Sarah menjadi isterinya, Nabi Ibrahim a.s pun
berdoa. Firman Allah s.w.t ;

     

Maksudnya : “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang


anak) yang soleh”.

( Surah As-Saffat : ayat 100 )

Maka, doa Nabi Ibrahim pun diperkenankan dan lahirlah Nabi Ismail
dari Siti Hajar yang dikasihi. Kelahiran Nabi Ismail amat dicemburui
oleh Siti Sarah.

44
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Ya kawan-kawan,

Anak-anak adalah anugerah terindah dan amanah dari Allah.


Didiklah mereka agar menjadi anak yang soleh dan solehah, kerana
doa mereka pastinya akan sampai kepada ibu bapanya walaupun
berada di alam barzakh. Oleh itu, janganlah dipersiakan zuriat yang
dikurniakan bersama amanah.

Kita tidak mahu melihat kes pembuangan bayi terus meningkat


sepertimana yang dilaporkan oleh Harian Metro bahawa terdapat
396 kes pembuangan bayi dicatatkan dari tahun 2005 hingga tahun
2010.

Nabi Ibrahim berdukacita,

kepada Ilahi diserah segala,

Rukun dan damai sudah tiada,

Kerana cemburu isteri pertama .

Ditinggalkan Hajar serta bayinya,

Di gurun gersang tiada sesiapa,

Walaupun sedih ditelan jua,

Pergilah Ibrahim sambil berdoa… ( Nasyid Sepohon kayu )

Firman Allah ;

   


    

Maksudnya : “Ya Tuhan kami , sesungguhnya aku telah


menempatkan sebahagian daripada keturunanku di lembah yang
tidak mempunyai tanam-tanaman”.

( Surah Ibrahim : ayat 37 )

45
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Kawan-kawan,

Lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan.


Begitulah jua kehidupan kita. Pasti ada musibah menimpa, dan di
saat dugaan datang melanda, contohilah ketabahan Siti Hajar dan
suaminya. Ujian dihadapi dengan pasrah. Kepada Allah tawakal
diserah. Janganlah sekali-kali kita mengikut jejak langkah, mereka
yang sesat dan terpesong akidah.

Membunuh diri dianggap penyudah akibat kecekalan dan


harapan yang musnah. Hari ini kita dapat melihat dan mendengar
betapa ramai mereka yang membunuh kerana tidak sanggup
berdepan musibah. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan
bahawa membunuh diri merupakan faktor kedua tertinggi kematian
di Malaysia.

Kawan-kawan dan hadirin sekalian,

Dahsyatnya amanah suami tercinta. Siti Hajar ditinggalkan bersama


anaknya. Di tanah gersang tanpa manusia. Hanya kasih dan cinta
penguat jiwa. Berkat kesabaran Siti Hajar dan anaknya, berlakulah
mukjizat yang luar biasa. Air mengalir dari bekas hentakan kaki
anaknya sebagai pertolongan Yang Maha Kuasa kepada
hambanya yang sedang dahaga. Bermula detik itu bumi yang
kontang tidak berpenghuni menjadi tarikan untuk dikunjungi.

Firman Allah s.w.t ;

   


 

Maksudnya : “Maka jadikanlah hati sebahagian manusia


cenderung kepada mereka”.

( Surah Ibrahim : ayat 37 )

46
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

Kawan-kawan,

Sesungguhnya Allah tidak akan mempersiakan ikhtiar hambanya. Di


mana ada kemahuan, pasti ada jalan. Di sebalik kepayahan, pasti
ada kesenangan. Contohilah kegigihan Pengasas Kosmetik D’herbs
yang berasal dari keluarga yang susah akhirnya menjadi jutawan
terkenal kerana kegigihan dan ketabahannya dalam mengubah
kehidupan.

Kawan-kawan,

Demikianlah indah sebuah kisah,

pengorbanan ibu bernama Siti Hajar,

berjuanglah dengan hati yang tabah,

dalam kehidupan sebagai pelajar.

Sekian,wabillahitaufik walhidayah. Assalamu’alaikum wbt.

47
Contoh Teks ‫ برخريتا قصة درفد القرءان‬Sekolah Rendah MTQ2015

SOALAN SPONTAN

1. Setiap manusia dilahirkan oleh seorang ibu. Nyatakan


pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.
- Antara pengorbanan ibu terhadap anaknya ialah,
mengandungkan, melahirkan, menjaga dan mendidik anak.

2. Kita diwajibkan untuk menghormati ibu bapa kita. Nyatakan cara


untuk membalas jasa ibu kita.
- Antara cara untuk membalas jasa ibu kita ialah dengan
menghormatinya, menjaganya, mendoakannya dan
menyayanginya.

3. Berdasarkan kisah tersebut, nyatakan sebab Siti Hajar dan Nabi


Ismail ditinggalkan di tengah padang pasir.
- Yang pertama, disebabkan isteri Nabi Ibrahim yang pertama
cemburu akan kehadiran Nabi Ismail,
- Yang kedua, atas perintah Allah bagi mengelakkan keruntuhan
rumah tangga Nabi Ibrahim.

4. Apakah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh Nabi Ibrahim


sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t?
- Berpisah dengan isteri dan anaknya
- Terpaksa menyembelih anaknya sendiri

5. Sebagai manusia, kita tidak akan lari dari ujian Allah s.w.t.
Sekiranya anda ditimpa musibah, nyatakan cara untuk
menghadapinya.
- Bersabar,redha, berdoa dan berusaha tanpa putus asa
dengan rahmat Allah.

48

Anda mungkin juga menyukai