Anda di halaman 1dari 4

DARI MEJA PTD

SALAM GAGAH SETIA,

1. Salam Khamis, Salam Kasih Sayang, Hari Selasa 22 Januari, saya telah
sembah mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfurlah, Timbalan Yang Di
Pertuan Agong di Istana Changkat Kuala Lumpur yang saya berkesempatan
menghadiahkan Baginda Tuanku senaskhah Kompilasi Khas DMPTD sempena
100 Hari Pemerintahan saya.

2. Minggu kelmarin pada hari Selasa 15 Januari, semasa sembah


mengadap Tuanku Sultan Selangor, saya juga telah menghadiahkan senaskhah
Kompilasi DMPTD kepada baginda Sultan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.
Apabila disembah maklum, kedua-dua baginda Sultan memahami hasrat dan
tujuan DMPTD diwujudkan disamping tertarik dengan pendekatan DMPTD yang
menggunakan teknologi selaras dengan kecenderungan generasi sekarang.
Dari riak badan dan tindakbalas, kedua-dua Baginda Tuanku, sependapat dan
mengangguk perkenan bila menyentuh matlamat utama DMPTD untuk
menyatupadukan Warga dengan berkompaskan Ikrar Kesatria, Rukun Negara
dan Wasiat Raja-Raja Melayu.

3. Syukur kerana selain Warga TD, perkongsian ilmu dan hikmah DMPTD
juga mendapat perhatian MENHAN, Timbalan MENHAN, PAT, KSU dan Ketua-
Ketua Perkhidmatan.

4. Hari ini DMPTD menyampaikan salam dari Kota Kinabalu. Kini giliran
Pemerintahan Medan Timur untuk dilawati. Kali ini khusus meninjau Warga
yang berkhidmat di Sabah. Banyak yang diperkatakan mengenai keadaan
Warga dan keluarga yang serba kekurangan dalam melaksanakan
tanggungjawab membantu pihak berkuasa kerajaan negeri ekoran Peristiwa
Lahad Datu. Mengapa keadaan ini berlaku?

1
5. Pertamanya tiada siapa menyangka peristiwa berdarah di Lahad Datu
pada 11 Februari 2013 akan tercetus. Aturgerak penempatan Warga TD
dilaksanakan setelah mengambilkira keperluan keselamatan ketika itu. Jelas,
tiada perancangan awal untuk menempatkan Warga TD di sekitar kawasan
tersebut. Sedia maklum setiap aturgerak TD perlu dibantu dengan dokongan
logistik yang menyeluruh. Semua perancangan dan aturgerak pula wajar
mempunyai organisasi yang sesuai, anggota yang terlatih, kelengkapan dan
peralatan sejajar dengan misi, peruntukan kewangan yang mencukupi dan
punca kuasa serta perundangan yang jelas. Inilah sebahagian cabaran-
cabaran di luar kawalan yang dihadapi oleh TD.

6. Keduanya, ketiadaan infrastruktur dan kemudahan asas yang ada di


sekitar kawasan penempatan Warga TD memberi cabaran kepada kerajaan
negeri dan kerajaan pusat untuk menyegerakan keperluan logistik TD. Alasan
demi alasan tidak akan membantu, justeru pendekatan ADAPTASI digunakan
sebaik mungkin untuk menghadapi situasi ini.

7. Walaupun serba kekurangan, jasa dan pengorbanan Warga terus


menyumbang ke arah keadaan yang stabil dan tenang di kawasan
tanggungjawab Pemerintahan Medan Timur. Keadaan ini membolehkan rakyat
meneruskan kehidupan dengan aman. Mudah-mudahan TUHAN
mempermudahkan usaha kita menangani perkara-perkara vital yang di dalam
kawalan TD. Kali ini DMPTD berbicara soal keluarga.

Jika kita sebut keluarga,


Kita sudah rasai keakraban kita semua,
Ibarat abang, adik dan kakak kita,
Ibu dan ayah kita,
Saudara-mara kita,
Kenapa jadi sebegini rupa?
Kerana dari awal kelahiran kita,
Kita sudah bersama,
Makan, minum, pakaian, sihat, sakit sentiasa bersama,

Jika berpisah apakah sama rasanya?


Atau sudah jauh sedikit hubungannya,
Atas faktor-faktor perubahan hidup kita,
Ini adalah sangat nyata,
Yang semua kita tidak boleh menolaknya,
Setelah dilahirkan…keluarga kita,
Adalah emak, bapa, adik, abang dan kakak kita,
Inilah keluarga yang utama,

2
Bila kita dah berumahtangga,
Mempunyai keluarga sendiri pula,
Keluarga ini pula yang utama,
Emak bapa, abang adik kakak dah jadi keluarga kedua,
Tidak mengapa kerana TUHAN yang aturkan untuk kita semua manusia,

Begitu juga dengan Tentera,


Ia ibarat keluarga yang kedua dalam hidup kita,
Sebab kita terjauh dari keluarga utama kita,
Tetapi tanggungjawab kita,
Amanah yang dipikul kita,
Sudah ibarat keluarga utama kita,
Sebab kita berada didalamnya,
Malah lebih berat dari yang utama
Sebab inilah tempat hidup dan mati kita,
Tempat kita mencari rezeki untuk beribadah dengan Yang Maha Berkuasa,
Maka wajiblah kita mengabdikan diri kita,
Keluarga kita,
Hidup dan mati kita,
Seluruh jiwa dan raga,
Dengan keluarga utama kita,
KELUARGA TENTERA,

Ingat!!! Keluarga Tentera,


TUHAN yang letakkan kita,
TUHAN tempatkan di dalamnya,
Jika TUHAN yang lakukan demikian rupa,
Takkan kita nak pandang remeh pula,
Takkan kita nak abaikannya,
Takkan nak buat sambil lewa,

Wajib bagi kita,


Untuk bina tembok keakraban kita bersama,
Untuk bina benteng yang kukuh sesama kita,
Tak kira asal usul kita,

Wajib bersama,
Susah senang, sakit demam jangan buat tak tahu pula,
Sering bertanya, sering berhubung sesama kita,
Tidak salah selagi tidak melanggar syariat agama,

3
Binalah benteng keluarga Tentera,
Kerana keluarga Tentera,
Adalah keluarga TUHAN sebenarnya,
Kita SATU KELUARGA!!!

GAGAH SETIA

PTD 27
Khamis 24Januari
Berjaya Dunia, Berjaya Akhirat

Anda mungkin juga menyukai