Anda di halaman 1dari 4

KISAH KEANGKUHAN RAJA NAMRUD

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih tuan pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa dan
seterusnya hadirin hadirat sekalian.
Tajuk cerita saya pada hari ini ialah kisah keangkuhan Raja Namrud.

Hayatilah cerita saya,


Nabi Ibrahim menentang Raja Namrud.

Kawan-kawan sekalian,
Nabi Ibrahim a.s adalah putera kepada Azar iaitu Tarikh bin Sam bin Nuh, yang dilahirkan
dalam kerajaan Babylon. Pada ketika itu, kerajaan Babylon diperintah oleh seorang raja
yang sangat zalim bernama Namrud. Dia merupakan seorang raja yang memiliki
pemerintahan yang masyhur.

Raja Namrud sangatlah angkuh


Menganggap diri sebagai tuhan
Nabi Ibrahim dihina dicaci
Diburu ke sana jua ke mari. (Nasyid Sepohon Kayu)

Sejak kecil lagi Nabi Ibrahim telah mendapat petunjuk daripada Allah swt. Baginda musykil
dengan aqidah anutan ayahandanya yang menyembah berhala. Baginda terfikir mungkin
ada kuasa lain yang menjadikan alam ini.

‫الر ِج ِيم‬
َّ ‫ان‬
ِ ‫ط‬ َّ ‫أَعُوذُ بِاهللِ مِ نَ ال‬
َ ‫ش ْي‬
      
“Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu...” (Surah Al-Mulk ayat 15)

Ya kawan-kawan,
Dalam segala hal yang kita lakukan, kita mesti bijak berfikir. Lantaran, pemikiran yang
bijaklah menyebabkan ipar kepada Tony Blair memeluk Islam lewat tahun 2010.

Dewasanya Ibrahim menjadi rasul


Mengajar manusia menyembah Yang Esa

1
Marahnya Namrud rasa terpukul
Menyerah kalah bukan prinsipnya. (Pantun)

Namrud dan Ibrahim ke arena debat


Dalam mencari kebenaran Ilahi
Namun Namrud sering terjerat
Oleh tikaman hujahnya sendiri. (Pantun)

Ya kawan-kawan,
Namrud mendakwa dirinya berkuasa menghidup dan mematikan manusia. Dia membawa
dua orang banduan di hadapan Nabi Ibrahim. Seorang dibunuhnya, sementara yang
seorang lagi dibiarkan hidup.

Lalu, Nabi Ibrahim mencabar Namrud dengan kuasa yang ada padanya supaya menjadikan
matahari terbit dari sebelah barat. Marahnya Namrud dengan cabaran Nabi Ibrahim kerana
perkara tersebut amat mustahil baginya.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 258,


‫الر ِج ِيم‬
َّ ‫ان‬
ِ ‫ط‬ َّ ‫أَعُوذُ ِباهللِ مِ نَ ال‬
َ ‫ش ْي‬

Nabi Ibrahim berkata : “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka
terbitkanlah ia dari barat.”

Ya kawan-kawan,
Berhikmahlahdalam menyampaikan dakwah. Pelbagai cara boleh kita gunakan seperti
melalui blog dan laman sosial di internet.

Kaum Namrud asyik berpesta


Peluang Ibrahim kini menjelma
Semua berhala dipenggal kepala
Tinggallah yang besar bersama senjata (Pantun)

Hadirin hadirat sekalian,


Keberanian Nabi Ibrahim memusnahkan berhala tersebut telah mendatangkan kemarahan
Raja Namrud.

2
Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya ayat 60,
‫الر ِج ِيم‬
َّ ‫ان‬
ِ ‫ط‬ َّ ‫أَعُوذُ ِباهللِ مِ نَ ال‬
َ ‫ش ْي‬

Mereka berkata, “Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela (berhala-berhala
ini), namanya Ibrahim.”
Ya kawan-kawan,
Kita haruslah mencontohi keberanian Nabi Ibrahim dalam menegakkan Islam. Cabaran di
era globalisasi ini menuntut kita agar sentiasa bersiap sedia menghadapi anasir luar yang
ingin menghancurkan Islam. Contohnya pergerakan zionis yang dipelopori oleh Israel.

Hadirin hadirat sekalian,


Raja Namrud bertekad untuk menghapuskan Nabi Ibrahim. Beliau mengarahkan Nabi
Ibrahim dibakar hidup - hidup di kawasan lapang.

Atas kuasa Yang Maha Esa


Api yang panas sejuk terasa
Terkejut kaumnya menyaksikan peristiwa
Nabi Ibrahim terselamat akhirnya (Pantun)

Ya kawan-kawan,
Kita hendaklah percaya bahawa setiap Nabi dikurniakan mukjizat oleh Allah swt dalam
membuktikan kerasulannya.

Hadirin hadirat sekalian,


Namrud berasa sangat marah lalu mengarahkan Nabi Ibrahim ditangkap dan dibunuh.
Namun, Allah telah mengirimkan tentera nyamuk untuk menghapuskan tentera Namrud.
Akhirnya Namrud mati diserang seekor nyamuk sebagai balasan kepada kekejaman dan
kezalimannya.

Benarlah Allah itu Maha Berkuasa. Hanya seekor nyamuk kecil dapat menewaskan Raja
Namrud yang gagah perkasa. Lihat sahaja pada masa kini. Negara yang besar dilemahkan
oleh kuasa kecil seperti wabak denggi yang telah membunuh ramai nyawa di negara kita.

‫الر ِج ِيم‬
َّ ‫ان‬
ِ ‫ط‬ َّ ‫أَعُوذُ ِباهللِ مِ نَ ال‬
َ ‫ش ْي‬
“Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah)
adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Surah Luqman ayat 13)

3
Hanya Allah yang wajib disembah
Ajaran Nabi jangan disanggah
Abadikan diri kepada Allah
Semoga hidup mendapat barakah. (Pantun)

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalammu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai