Anda di halaman 1dari 1

No.

Skema Jawapan

1(a)  Apabila salur darah terluka / pecah


 Otot licin dalam dinding salur darah akan mengecut bagi
mengurangkan kehilangan darah
 Gentian kolagen pada dinding salur darah terdedah menyebabkan
platlet berkumpul pada luka.
 Platlet yang berkumpul membentuk plak yang menutup luka
sementara.
 Platlet bergumpal dan menghasilkan trombokinase / tromboplastin
 Trombokinase menukarkan protrombin kepada thrombin
 Vitamin K perlu dalam pembentukan protrombin
 Dengan kehadiran ion kalsium
 Thrombin menukarkan fibrinogen kepada fibrin
 Fibrin membentuk jaringan untuk memerangkap eritrosit
 Membentuk darah beku bagi menghalang kehilangan darah
 Darah beku menjadi keras / keruping
Pernyataan 1
 Dalam usus kecil, hasil pencernaan lipid iaitu asid lemak dan
gliserol
 Akan menyerap masuk ke bahagian lakteal dalam vilus
 Lakteal bercantum membentuk salur limfa yang lebih besar
 Dan seterusnya memasuki sistem limfa
 Bendalir limfa yang membawa hasil pencernaan lipid seterusnya
akan memasuki duktus toraks
 Dari duktus toraks ia mengalir ke vena subklavikel dan seterusnya
memasuki sistem peredaran darah
 Oleh itu sistem limfa menjadi pelengkap kepada sistem peredaran
darah dalam mengangkut hasil pencernaan makanan.

Pernyataan 2
 (90%) bendalir tisu yang terbentuk akan meyerap ke dalam kapilari
darah semula.
 Kira-kira 10% lagi akan meresap ke dalam kapilari limfa untuk
membentuk bendalir limfa
 Dari kapilari limfa bendalir limfa akan mengalir ke salur limfa yang
lebih besar
 Dan akhirnya kembali ke sistem peredaran darah
 Melalui duktus toraks dan duktus limfa kanan ke vena subklavikel.
 Oleh itu sistem limpa merupakan pelengkap sistem peredaran
darah untuk memastikan kandungan darah dalam salur darah
sentiasa pada paras normal

Anda mungkin juga menyukai