Anda di halaman 1dari 23

BAHAGIAN 1

PENGENALAN DAN KONSEP KAJIAN TINDAKAN

1
PENGENALAN DAN KONSEP KAJIAN TINDAKAN

1. Jenis Penyelidikan Pendidikan

Secara umum bidang penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga jenis
utama berdasarkan kepada matlamat menjalankan penyelidikan tersebut.

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

PENYELIDIKAN PENYELIDIKAN PENYELIDIKAN


ASAS GUNAAN TINDAKAN

Penyelidikan Asas – Kajian yang dijalankan khusus bagi menghasilkan dapatan baru atau
teori.

Penyelidikan Gunaan – Kajian yang dijalankan bagi meneroka fenomena, mengenal pasti
masalah dan sebagainya bagi tujuan merancang strategi tindakan untuk penambahbaikan.

Penyelidikan Tindakan – Kajian yang dijalankan oleh individu atau kumpulan terhadap
masalah yang dihadapi oleh tindakan intenvensi bagi tujuan menyelesaikan masalah atau
meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran.

2. Rasional Guru Sebagai Penyelidik

Rasional untuk melibatkan guru sebagai penyelidik adalah untuk mengembangkan


kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri di samping memupuk keinginan mem-
perbaiki pengajaran pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid. Dengan cara
ini, guru mempunyai kesempatan membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih
baik.

2
Bagi melahirkan guru yang:

Bersikap Kritikal
(Critical Attitude)

Guru Reflektif dan menyelidik amalan


pengajaran
(Reflective practitioner and research into
teaching)
Guru
Sebagai
Penyelidik Bertanggungjawab/Akauntabiliti
(Accountability)

Menilai Kendiri
(Self-evaluative)

Peningkatan Profesionalisme Keguruan


(Improvement of Teacher’s profesionalism)

Sumber : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian


Pendidikan Malaysia

Kajian Tindakan dapat menyumbang kepada pembangunan profesionalisme keguruan.


Sikap kritikal, pengamal yang reflektif, sikap bertanggungjawab serta menilai kendiri
adalah asas kepada perkembangan profesionalisme keguruan. Ahli-ahli profesional ialah
bertanggungjawab ke atas tindakan mereka. Oleh itu melalui kajian dan menyemak
semula amalan secara berterusan, guru boleh membuat justifikasi terhadap amalan
mereka secara bertanggungjawab selepas melakukan refleksi kendiri dan penilaian
kendiri. Amalan ini akan menghasilkan guru yang betul-betul profesional. Melalui
amalan kajian tindakan guru akan berubah daripada teknokrat yang tidak kritikal kepda
guru dan penyelidik yang kritikal.

3
Apakah Kajian Tindakan

1. Definisi Kajian Tindakan

● Jamil Ahmad (2002)

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada secara
individu atau kolaboratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan atau
perubahan bagi tujuan untuk memperoleh dan meningkatkan amalan mereka sendiri
di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana
amalan itu dilakukan.

2. Konsep Kajian Tindakan

Dari segi konsep, kajian tindakan adalah

● Suatu bentuk perkembangan ikhtisas

● Lebih bersifat kualitatif

● Menekankan usaha kolaboratif

● Bersifat inkuiri reflektif kendiri

3. Latar Belakang dan Perkembangan Kajian Tindakan


Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama
Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan
selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam
komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting iaitu:
 Keputusan kumpulan
 Komitmen kepada peningkatan kerja.
Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan
usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan lagi mutu prestasi
kerja (Kemmis dan McTaggart:1988)

Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers
College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang
diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah.

Manakala John Elliot (1976) dan rakan-rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford
Teaching Project di United Kingdom sebagai pendekatan membantu guru
mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha
perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah.

4
Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai
alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis
dan McTaggart:1988).

4. Di Malaysia, kajian Tindakan mula berkembang sekitar 1990an

Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan (BPPDP/EPRD), telah memulakan inisiatif untuk membudayakan Kajian
Tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan di
bawah program yang dikenali sebagai 'Programme for Innovation, Excellence and
Research (PIER)'. Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada tahun dari 1993
sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada guru-guru
di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek Kajian
Tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya
dilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah: 1998).
Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP/EPRD telah mendapat peruntukan khas dari
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Program Kesedaran Sains
untuk membolehkan aktiviti Kajian Tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projek
Kajian Tindakan telah dijalankan oleh guru-guru Matematik dan Sains di seluruh
negara di bawah peruntukan ini. Manakala bagi kursus Kajian Tindakan, sebanyak 20
kursus telah dijalankan kepada guru-guru Matematik dan Sains selama 3 tahun ini
(Madzniyah: 2000).

Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan telah diadakan oleh
BPPDP/EPRD sebagai wahana untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, terutama
di kalangan guru untuk dikongsi bersama. Di samping itu, beberapa orang guru yang
terlibat diberi peluang membentangkan hasil Kajian Tindakan mereka (Prosiding
Seminar, BPPDP: 2000).
Selain daripada usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan
maktab-maktab perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam
membantu dan memberi sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji
dan menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Di antaranya ialah
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (Kim Phaik Lah: 1994)
dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Hanipah Hussin:1999).

5
Konsep Kajian Tindakan pertama kali diperkenalkan secara formal
Kepada seramai 41 orang. Pensyarah institut/maktab perguruan serta
Pegawai BPG
Pada 11 hingga 20 Disember 1998.
Oleh Prifesor Stephen Kemmis dari School of Education, Deakin
Univerity, Australia

Dalam tahun 1990an


Idea “guru sebagai penyelidik” telah menjadi sebahagian daripada
kandungan kursus-kursus program praperkhidmatan dan dalam
perkhidmatan di institut/maktab perguruan.

Dalam tahun 1993 hingga 1996,


BPPDP melaksanakan
“Program for Innovation Excellence and Research” (PIER)

Kini
Tindakan menjadi sebahagian mata pelajaran dalam komponen kursus
DPM di Institut/Maktab Perguruan
Kursus Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Di Universiti

5. Ciri-ciri Kajian Tindakan (Dalam Pendidikan)

6
a. Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui
perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

b. Dilakukan oleh guru atau pendidik dalam konteks tugas seharian atau dalam
konteks mata pelajaran dan kelas yang mereka ajar.

c. Fokus utama ialah ke atas amalan diri guru tersebut iaitu memahami dan memper-
baiki.

d. Dilakukan secara berkumpulan dan secara kolaboratif dengan membentuk


kumpulan-kumpulan guru yang bersifat kritis kendiri (self-critical) dan mem-
punyai komitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis mereka.

e. Dilakukan dalam situasi sebenar bilik darjah, bukan suasana kawalan.

f. Melibatkan tindakan praktis (intenvensi) bagi menyelesaikan masalah dan men-


gembangkan pengetahuan secara serentak. Pengkaji terlibat secara langsung
dalam usaha memperbaiki amalan pendidikan dan menambahkan kefahaman
terhadap amalan tersebut.

g. Melibatkan guru membina ‘teori-teori’ daripada pengalaman sebenar yang mereka


lalui.

h. Dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitar refleksi kendiri iaitu


tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi.

6. Tiga pra syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu projek kajian dikenali sebagai
kajian tindakan.

Projek tersebut membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu
tindakan strategik yang boleh diperbaiki.

a. Projek berjalan mengikut satu kitaran di mana setiap kitaran terdiri daripada urutan
aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan merenflek yang dilaksanakan secara
sistematik dan berhubungkait.

b. Projek itu dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti
tersebut dan beransur-ansur melibatkan projek-projek kajian tanpa kehilangan
kawalan ke atas proses penyelidikan.

c. Projek penyelidikan yang cuma mempunyai satu kitaran sahaja tidak boleh
dianggap penyelidikan tindakan, sebaliknya hanyalah sebagai satu projek
penyelesaian masalah.

7
7. Tujuan Kajian Tindakan

a. Membantu guru dalam menghadapi cabaran dan masalah.

b. Memberi peluang guru membuat sumbangan penting untuk mengukuhkan asas


pengetahuan profesion mereka.

c. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan


amalan-amalan profesional khususnya dalam menguji sendiri dan
memperkembangkan idea-idea baru mengenai amalan.

d. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat


refleksi.

e. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja


mereka.

f. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan-


amalan profesional.

g. Mendorong guru secara individu atau bersama membuat refleksi ke atas amalan
mereka.

8
BAHAGIAN 2

KITARAN KAJIAN TINDAKAN

9
KITARAN KAJIAN TINDAKAN

1. Langkah-langkah Kitaran Kajian Tindakan

Kajian Tindakan adalah satu penyelidikan yang sistematik dan reflektif. Menurut
Kemmis dan Mc Taggart (1988), kajian tindakan terdiri daripada empat fasa dalam
satu kitaran.

Kitaran kajian tindakan seperti pada Rajah 1 terdiri daripada:

a. Perancangan (Planning)
b. Tindakan (Acting)
c. Pemerhatian (Observing)
d. Refleksi (Reflecting)

Rajah 1 : Kitaran Kajian Tindakan – Perbaiki Kelemahan

Perbincangan
Perundingan
Penerokaan Peluang
Menilai kemungkinan
MENGENALPAST
I
MASALAH
Apa yang sedang
berlaku.
Idea umum.
Kenalpasti isu/
masalah/situasi

Refleksi Merancang

Pemerhatian
Tindakan

Menilai semula
perancangan

10
Langkah-langkah pelaksanaan kajian tindakan

Langkah 1: Mengenal Pasti Isu / Masalah / Situasi

Sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik seharusnya mengenal pasti isu


dalam persekitaran tempat kerja yang boleh menjejaskan keberkesanan prestasi.
Prosedur ini merangkumi proses refleksi, mengumpul maklumat, menganalisis
maklumat dan menentukan fokus kajian.

a. Refleksi

Proses refleksi melibatkan penyelidik menyemak, menilai semula, menentapkan


keperluan dan memikirkan perkara-perkara yang telah dilaksanakan dalam tugasnya.
Berikut adalah isu yang boleh difikirkan. Sebagai contoh:

Saya dapati murid saya kurang memahami.....

Daripada catatan refleksi, penyelidik akan cuba merumuskan isu yang akan dijadikan
fokus kajian dengan cara:

● Menetapkan keperluan

● Mengetahui keadaan yang sepatutnya wujud

● Menentukan matlamat-matlamat

i Input – Punca-punca
ii Pihak terlibat
iii Kaedah

● Mengukur Keperluan

b. Pengumpulan maklumat

Pengumpulan maklumat merupakan satu proses yang sistematik untuk membolehkan


penyelidik membuat pertimbangan dan seterusnya mengambil keputusan tentang fokus
kajian.

Maklumat boleh dikumpul melalui:

i. Pemerhatian (berstuktur, tak berstruktur)


ii. Temu bual
iii. Soal selidik
iv. Ujian dan latihan
v. Dokumen
vi. Jurnal

11
vii. Jurnal reflektif
viii. Diari

i. Pemerhatian

● Memerhati guru semasa pengajaran & pembelajaran

● Memerhati pelajar semasa pengajaran & pembelajaran

● Peristiwa

● Kelakuan

● Masa

● Matlamat

● Perasaan

● Objek

● Ruang

Pemerhatian boleh dilakukan dengan Dua cara iaitu :

i. Berstruktur

● Dalam pemerhatian berstruktur aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti


terlebih dahulu.

● Penyelidik memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti


yang telah dikenal pasti.

● Pemerhatian berstruktur dilakuakn dengan menggunakan senarai semak.

ii Pemerhatian tidak berstruktur

● Dilakukan tanpa berpandu kepada set aktiviti yang telah dikenal pasti.

● Tentukan fokus pemerhatian (seperti tingkah laku murid bahasa tubuh semasa
pengajaran & pembelajaran seorang murid atau sekumpulan pergerakan dalam bilik
darjah). Guru perlu tentukan tingkah laku yang ada kaitan dengan isu yang dikaji.

● Catatan fakta dan bukannya pendapat

12
● Interpretasi fakta boleh dilakukan semasa membuat refleksi

● Dalam catatan adakan ruang untuk mencatatkan masa bagi setiap aktiviti

Analisis pemerhatian:

i. Berstruktur
● Kirakan kekerapan dan peratusan
● Susunkan mengikut keutamaan (ranking)

ii Tidak Berstruktur
● Menyemak maklumat dengan terperinci
● Membaca semula catatan, pemerhatian, kemudian highlight, gariskan maklumat
penting yang terdapat dalam catatan itu.
● Menyemak maklumat semula
● Menentukan kategori maklumat yang digunakan untuk analisis
● Mencari tema untuk kategori itu

Hasil analisis pemerhatian

● Apakah implikasi daripada perkara yang diperhatikan

● Apakah andaian yang boleh dibuat (sebab dan kesan / cause and effect)?

● Sekiranya ada, apakah langkah yang boleh dirancang berdasarkan andaian tersebut.

ii. Temu Bual

Temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat yang melibatkan interaksi
sosial antara individu.

Jenis temu bual:

● Berstruktur
● Separa Berstruktur
● Tidak Berstruktur

Teknik temu bual:

● Wujudkan rapport
● Keadaan
● Pilih masa

13
● Catatkan temubual
● Ulangi soalan jika perlu
● Ulangi jawapan jika perlu
● Berikan masa untuk responden menjawab

Analisis data temubual

● Menyemak maklumat
● membaca semua catatan
● menyemak kategori maklumat
● Mencari tema untuk kategori
● Interpretasi dan kesimpulan

iii. Soal Selidik

Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai.

Panduan membina soal selidik:

● Jelas dan tidak mengelirukan


● Soalan mudah dijawab
● Bahasa yang digunakan mesti mudah difahami
● Soalan yang dikemukakan dapat mengumpul maklumat yang dikehendaki secepat
mungkin.
● Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soal selidik jangan terlalu lama.

Jenis Soalan:

● Soalan terbuka
● Soalan aneka pilihan
● Soalan dwi pilihan
● Soalan isi tempat kosong
● Soalan berbentuk tarbular
● Soalan berbentuk skala
● Soalan berbentuk pangkatan
● Soalan berbentuk senarai semak

● Soalan terbuka
Soalan jenis terbuka memberi peluang kepada responden untuk memilih bentuk dan
panjang jawapan yang hendak diberikan.

● Soalan aneka pilihan


Soalan aneka pilihan memerlukan penyelidik menyediakan beberapa jawapan yang
boleh dipilih oleh responden.

14
● Soalan dwi pilihan

Dalam soalan dwi pilihan hanya dua jawapan sahaja yang disediakan iaitu ‘YA atau
‘TIDAK’.

● Soalan isi tempat kosong

● Soalan berbentuk tarbular

Jawapan ditulis dalam ruang khas yang disediakan.


Apakah bahan pengajaran dan pembelajaran yang anda gunakan dalam pengajaran
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains dalam bulan Februari 2004.

Mata Pelajaran TVP CDRI KOMPUTER

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Matematik

Sains

● Soalan berbentuk skala

Jawapan diberikan mengikut skala yang disediakan.

5 4 3 2 1

SS S KS TS STS

5 SS = Sangat setuju
4 S = Setuju
3 KS = Kurang Setuju
2 TS = Tidak Setuju
1 STS = sangat Tidak Setuju

15
● Soalan berbentuk pangkatan

Soalan jenis ini memerlukan responden memberikan responden pangkatan.

Contoh: Susunkan bahan bentu mengajar yang anda gunakan berikut daripada yang
paling kerap diguna (1) kepada yang paling tidak kerap diguna (6).

1. Rancangan televisyen pendidikan


2. CDRI
3. Komputer
4. Buku

● Soalan berbentuk senarai semak

Responden hanya diminta menandakan pada mana-mana item yang berkenaan.

Contoh:

Saya menggunakan bahan bantu mengajar seperti mana yang ditandakan dalam
pengajaran pembelajaran.

1. Rancangan televisyen pendidikan


2. CDRI
3. Komputer
4. Buku

Nyatakan: __________________

Analisis data soal selidik: Soalan terbuka

- Menyemak maklumat dengan terperinci


- Membaca semua catatan, pemerhatian, kemudian highlight gariskan maklumat penting
yang terdapat dalam catatan itu.
- Menyemak maklumat semula
- Menentukan maklumat kategori yang digunakan untuk analisis
- Mencari tema untuk kategori itu
- Interpretasi dan kesimpulan

Analisis soalan lain

Analisis dibuat dengan mengira frekuensi, peratus dan nilai min.

16
iv. Ujian / Latihan

Ujian diberi untuk mengesan kefahaman responden terhadap sesuatu konsep/


pelajaran.

- Lisan
- Bertulis

Analisis ujian / latihan

- Mengira bilangan
- Mengira bilangan responden
- Melakukan analisis bilangan responden yang mencapai tahap minima
- Melakukan analisis bilangan responden yang boleh menjawab setiap soalan yang
dikemukakan.
- Mengenal pasti item yang susah dan senang

v. Dokumen

Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji
kepada guru kerana dokumen adalah sumber yang paling mudah diperolehi.

vi. Jurnal Reflektif

vii. Diari

c. Membuat analisis / penilaian

i. Takrif
ii Fungsi analisis data
iii Pendekatan
iv Analisis

17
j. Menentukan fokus kajian

Langkah 1 : Merancang Tindakan

a. Terdapat dua jenis perancangan:

● Perancangan untuk mengubah cara yang ada secara terperinci atau untuk masalah
tertentu yang diperoleh dalam suatu rancangan tanpa mengubah keseluruhan rancangan.

● Perancangan untuk mengantikan cara yang ada dengan cara yang lain.

b. Perkara-perkara yang patut terkandung dalam perancangan:

● Matlamat cadangan
● Sebab-sebab cadangan itu diambil
● Senarai tentang tugas
● Pernyataan cara-cara pemantauan
● Pernyataan penilaian sumatif dan sumatif
● Pernyataan keperluan yang lain
● Bersesuaian dengan teori-teori praktik

Langkah 2 : Perlaksanaan Tindakan

Langkah 3 : Pemerhatian

Terdiri daripada pemerhatian dan penilaian.

a. Beberapa cara pemantauan:

● Kendiri
● Rakan sejawat
● Pelajar-pelajar
● Bersama

b. Jenis penilaian

● Penilaian formatif
● Penilaian sumatif

18
c. Instrumen penilaian

Instrumen berikut boleh digunakan untuk mengumpul maklumat dalm proses


penilaian:

● Pemerhatian
● Temu bual
● Borang penilaian
● Ujian
● Soal selidik
● Senarai semak
● Jurnal reflektif
● Diari

d. Kepentingan penilaian dan kajian

● Mengukur keberkesanan proses kajian


● Menunjukkan bahagian yang perlu diperbaiki
● Menunjukkan kelemahan dalam arahan
● Mengukur pencapaian objektif kajian
● Sebagai panduan untuk kitaran kajian seterusnya.

Langkah 4 : Refleksi

a. Melakukan Refleksi

Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau
dipelajari tentang proses kerja dengan amalan kerjanya.

b. Definisi Refleksi

Refleksi merupakan satu aktiviti penting bagi seseorang individu mengingat kembali
pengalaman yang telah dilalui, memikir dan mempertimbangkan serta membuat
sesuatu pilihan.

c. Sikap yang perlu ada untuk menjadi seseorang yang mempunyai pemikiran
kreatif

● Fikiran terbuka (Open-mindedness)


● Kesungguhan atau sepenuh hati (Whole-heartness)
● Tanggungjawab intelek (Intellectual responsibility)

19
d. Tujuan refleksi

Tujuan refleksi adalah untuk membolehkan guru penyelidik:

● Mentafsirkan
● Menilaai kesesuaian sesuatu strategi kerja
● Menganalisis

e. Bila perlu melakuakn refleksi

i. Peringkat Sebelum Tindakan

● Membuat tinjauan atau analisis situasi serta menjelaskan isu, fenomena atau
masalah kerja
● Menentukan isu / bidang keperihatinan
● Menentukan fokus kajian / perubahan
● Menganalisis kefahaman semasa kendiri terhadap isu, fenomena atau masalah
kerja.

ii. Peringkat Selepas Tindakan

● Mensintesis perubahan dan peningkatan kendiri dalam amalan bekerja


● Menilai kembali kesan tindakan yang telah diambil serta kefahaman baru
● Menentukan apakah rumusan yang boleh dibuat
● Menentukan atau merancang tindakan susulan selanjutnya

f. Fokus refleksi

● Amalan / tingkahlaku kerja


● Hasil / akibat / kesan tindakan
● Kepercayaan / pegangan / andaian penyelidik
● kewajaran / kerasionalan tindakan

g. Hasil refleksi memberikan penyelidik:

● Kefahaman baru
● Kesedaran
● Keinsafan
● Perubahan persepsi
● Perubahan amalan
● Meningkatkan profesionalisme keguruan

20
RINGKASAN AKTIVITI DALAM KITARAN KAJIAN TINDAKAN

i. Mengenal pasti masalah/ isu


berkaitan dengan amalan kerja.
ii. Menentukan tujuan
iii. Merancang pelaksanaan kajian:-
● Mendapatkan pemuafakatan
untuk mewujudkan kerja
berpasukan.
● Mengutip dan menganalisis data
untuk memahami masalah
dengan terperinci.
iv. Membina aktiviti kerja berdasar-
kan analisis data.

1. MERANCANG

4. RIFLEKSI 2. BERTINDAK

Setelah aktiviti dilaksanakan dan data 1 Menjalankan aktiviti-aktiviti yang


dianalisis penyelidik membuat rumusan dirancang:
tentang kefahamannya terhadap amalan
kerja khususnya yang berkaiatan dengan i. Memaklumkan kepada
amalannya sendiri. responden tentang responden
Contoh: 4 2 tentang program melalui
“Aktiviti yang berkesan boleh dibina untuk kajian tindakan.
menangani sesuatu masalah sekiranya ii. Melaksanakan aktiviti-aktiviti
pengamal memahami punca sebenar yang yang telah dirancang.
menghalang proses kerja.

Apa yang telah dialami ini haruslah


digunakan dalam merancang aktiviti/kerja 3
seterusnya.

3. MEMERHATI

Pemerhatian secara langsung dilakukansemasa


menjalankan aktiviti-aktiviti diperingkat
TINDAKAN.
● Penyelidik mencatat perlakuan responden,
masalah/kekangan dan sebarang perlakuan
yang memberi kesan kepada amalan kerja.
● Responden mencatat/membuat komen/
menyatakan perasaan tentang amalan kerja
yang menimbulkan masalah, kekeliruan,
kebosanan, keseronokan dan lain-lain yang
menjejaskan kerja.
● Rakan sekerja mencatat perlakaun
responden dan pengkaji semasa aktiviti/
kerja berlangsung dan perkara lain yang
mempengaruhi proses kerja.

21
BAHAGIAN 3

PENULISAN KERTAS CADANGAN

22
PENULISAN KERTAS CADANGAN

Kertas cadangan ditulis untuk memberi garis panduan kepada penyelidik tentang apa
yang ingin dilaksanakan supaya objektif kajian tidak tersasar. Selain itu, anggaran
perbelanjaan dan skedul kajian perlu dilampirkan.

1. Nama dan alamat penuh organisasi


2. Nama atau Ahli-ahli Jawatan kuasa Penyelidik (kumpulan Penyelidik)
3. Tajuk kajian
4. Refleksi masalah
5. Fokus kajian
6. Objektif kajian (am dan khusus)
7. Kumpulan sasaran
8. Tindakan yang dicadangkan
9. Alatan/bahan kajian yang dicadangkan
10. Anggaran Kos Kajian
11. Skedul/Jadual Pelaksanaan Kajian

Perkara-perkara dalam penulisan kertas cadangan dihuraikan seperti berikut:

1. Nama dan alamat penuh organisasi

2. Nama dan Ahli-ahli Jawatankuasa Penyelidik (Kumpulan Penyelidik)

3. Tajuk Kajian

4. Refleksi Masalah

5. Fokus Kajian (Isu keperihatinan yang dikaji)

6. Objektif kajian (am dan khusus)

7. Kumpulan Sasaran

8. Tindakan yang dicadangkan

9. Alatan/Bahan kajian yang dicadangkan

10. Anggaran Kos Kajian

11. Skedul/jadual Pelaksanaan Kajian

23

Anda mungkin juga menyukai