Anda di halaman 1dari 11

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PENGENALAN KHIDMAT
MASYARAKATSEBAGAI SYARAT
GRADUAT SEKOLAH MENENGAH

1
1.0 LATAR BELAKANG
o Kejayaan sesebuah negara kini tidak lagi diukur mengikut dimensi
ekonomi dan pembangunan fizikal semata-mata, malah ia turut didukung
oleh pembangunan modal insan yang berkualiti. Menyedari hakikat ini,
usaha-usaha yang menjurus kepada meningkatkan keupayaan modal
insan menerusi penguasaan ilmu, pemupukan masyarakat berbudaya dan
pemantapan aspek moral serta nilai-nilai murni yang tinggi terus
dipergiatkan. Cadangan ini merupakan antara perancangan ke arah
memperkayakan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara
dalam menjayakan aspirasi Wawasan 2020.

o Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat,
termasuklah kemusnahan alam sekitar dan konflik senjata. Kejayaan
mengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan murid yang
mempunyai kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti
integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka
dalam membuat keputusan yang beretika. Pada masa yang sama,
pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi dengan
pembangunan warga yang global.

o Mereka akan meninggalkan alam persekolahan sebagai warga global


yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti
nasional yang kukuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam
kehidupan seharian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik
seperti dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan agama,
bangsa, keturunan dan etnik, amanah serta berintegrasi. Selain itu,
setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi
diri dan keluarga mereka, atau kepada komuniti yang lebih besar serta
negara.

o Berteraskan Konsep “Masyarakat Membina Sekolah, Sekolah Membina


Masyarakat” , maka pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat ini
merupakan pelengkap kepada Kurikulum Sekolah-Sekolah Malaysia
(KSSM) yang mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain
berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran
dalam bilik darjah, program yang dijalankan di luar bilik darjah juga
berperanan dalam membentuk perwatakan dan jati diri individu serta
memupuk semangat patriotisme dan perpaduan (seperti yang termaktub
dalam Akta Pendidikan 1996 yang menitikberatkan kokurikulum sebagai
ilmu yang wajib dipelajari oleh semua murid. Dalam ertikata lain, jika
bidang akademik (dalam bilik darjah) sebagai sumber mengarap ilmu,
kegiatan kokurikulum adalah makmal kepada murid-murid
mempraktikkan ilmu tersebut). Oleh itu, bagi sekolah menengah, elemen
khidmat masyarakat akan dijadikan salah satu prasyarat untuk kelulusan
graduan sekolah menengah.

o Cadangan perekayasaan program khidmat masyarakat menjurus kepada


pelengkap dalam pembentukan Modal Insan yang Cemerlang dan Mantap
dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara.

2
2.0 MATLAMAT

Program khidmat masyarakat menjurus kepada pelengkap dalam


pembentukan Modal Insan yang Cemerlang dan Mantap dalam
mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara.

3.0 OBJEKTIF

o Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang


yang diperolehi semasa PdP.

o Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan


dikalangan murid.

o Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti khidmat


masyarakat.

o Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea,


masalah, penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.

o Penyediaaan ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) bagi murid-


murid dan warga sekolah.

o Memenuhi objektif Plan Pembangunan Pendidikan ke arah transformasi


pendidikan yang dapat memenuhi aspirasi sistem dan aspirasi murid bagi
membentuk hala tuju yang jelas untuk menghasilkan modal insan yang
berkualiti.

o Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat


membentuk murid yang seimbang dari aspek jasmani ,emosi, rohani,
intelek dan sahsiah.

o Mengamalkan nilai perpaduan, kerjasama, bertolak ansur dan empati


melalui aktiviti pecah bendungan yang dijalankan.

3
4.0 TATACARA PELAKSANAAN

4.1 Kumpulan sasaran : Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima

4.2 Pemilihan aktiviti Program Khidmat Masyarakat yang akan dilaksanakan


adalah berdasarkan
4.2.1 Lokasi dan keadaan geografi setempat.
4.2.2 Kemampuan kewangan
4.2.3 Keselamatan & kebajikan
4.2.4 Keperluan logistik

4.3 Aktiviti-aktiviti kesukarelawan


4.3.1 Pengelolaan
4.3.2 Penglibatan
4.3.3 Kempen
4.3.4 Menderma / Mengutip derma

4.4 Kategori Khidmat Masyarakat yang dicadangkan


4.4.1 Kejiranan / Komuniti
Contoh :
a) Gotong-royong
b) Majlis Keraian
4.4.2 Alam Sekitar
Contoh :
a) Bumi Hijau
b) Kesihatan
c) Kebersihan
4.4.3 Bencana Alam
Contoh :
a) Banjir
b) Kebakaran
c) Tanah runtuh

4
4.4.4 Khidmat Jabatan / Agensi
Contoh :
a) Anti Dadah
b) Anti Ponteng
c) Motivasi / Bengkel / Seminar/ Kolokium
4.4.5 Kebudayaan & Kesenian / Integrasi
Contoh :
a) Pertukaran pelajar
b) Lawatan
c) Sukan & Rekreasi
d) Persembahan kesenian

5.0 KAEDAH PENILAIAN


5.1 Berasaskan sekolah
5.2 Keseragaman format Pentaksiran Aktiviti, Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) – memasukkan butiran perkara 4 dengan
penambahbaikan.
5.3 Tempoh masa pelaksanaan : 40 jam bersamaa 10 jam kredit dalam
tempoh lima tahun.

 Tingkatan Satu : 10 jam bersamaan 2.5 jam kredit


 Tingkatan Dua : 10 jam bersamaan 2.5 jam kredit
 Tingkatan Tiga : 10 jam bersamaan 2.5 jam kredit
 Tingkatan Empat : 10 jam bersamaan 2.5 jam kredit

5.4 Sekiranya murid masih tidak menyelesaikan 40 jam bersamaan 10 jam


kredit dalam tempoh 4 tahun, bakinya hendaklah dilaksanakan semasa
di Tingkatan Lima.

6.0 INSTRUMEN PENILAIAN (evident seperti berikut).


9.1 Rekod kehadiran / Penglibatan
9.2 Nama aktiviti
9.3 Ulasan Pencapaian / Hasil
9.4 Pengesahan / Perakuan
9.5 Contoh borang : Seperti di KhidMas 1, 2 dan 3.

5
7.0 PROSES PELAKSANAAN PROGRAM

Mula

Pengetua, Semua GPK, G8,


Mesyuarat JK Kokurikulum Penyelaras Sub Unit &
Ketua Guru Penasihat

GPK Kokurikulum, Guru


Cadangan & Penyelarasan
Penyelaras & Ketua
Aktiviti
Guru Penasihat

Persediaan Aktiviti Pengelola

Pelaksanaan Aktiviti Pengelola

Penilaian / Maklumbalas Pengelola

Tidak Objektif Ya
tercapai

Pelaporan +
Penambahbaikan Dokumentasi

SELESAI

*Pengelola – Sekolah (guru & murid) dan Agensi luar

6
8.0 PERANAN MURID

 Mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.

 Menghadiri sesi taklimat program pengenalan mengikut jadual yang telah


ditetapkan.

 Membuat pemilihan aktiviti yang hendak disertai.

 Melaksanakan aktiviti yang ditetapkan.

 Sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan yang


ditetapkan semasa menjalankan aktiviti.

 Memastikan peralatan/harta benda sekolah/agensi dikembalikan ke


tempat yang sepatutnya.

9.0 PERANAN GURU PENASIHAT

 Memastikan pelajar mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau


penjaga masing-masing sebelum menyertai program.

 Menentukan persediaan sebelum aktiviti dijalankan (logistik, lokasi,


kebenaran pihak berkaitan, urusan surat menyurat, kewangan,
makan minum, pengangkutan dan lain-lain).

 Menyampaikan taklimat program kepada murid-murid yang terlibat.

 Melantik ketua kumpulan dan membuat pengagihan tugas.

 Memantau pelaksanaan aktiviti murid.

 Memastikan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas


menjalankan aktiviti.

 Memastikan peralatan/harta benda sekolah dikembalikan ke


tempat yang sepatutnya.

 Merekod dan mendokumenkan penglibatan murid untuk pelaporan.

7
9.0 PERANAN PENGETUA

 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan aktiviti


khidmat masyarakat.
o Pelantikan Jawatankuasa dan pengagihan tugas
o Mengkaji dan meluluskan kertas kerja aktiviti.

 Memantau pelaksanaan aktiviti.

 Menyemak dan mengesahkan penilaian.

 Memastikan rekod dan laporan dibuat mengikut tempoh yang telah


ditetapkan.

 Memastikan peraturan-peraturan tertentu dipatuhi.

 Memastikan kebajikan dan keselamatan murid diberi keutamaan dalam


menjalankan aktiviti berkenaan.

 Merakamkan penghargaan kepada pihak luar yang menyumbangkan


bantuan khidmat terhadap pelaksanaan aktiviti.

10.0 MAKLUMBALAS PELAKSANAAN

Aktiviti pelaksanaan khidmat masyarakat murid boleh dibuat penambahbaikan hasil


daripada maklumbalas pihak yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti
berkenaan. Menggunakan borang khas maklumbalas yang disediakan.(seperti di
KhidMas 3)

8
KhidMas 1
BORANG PERAKUAN PENYERTAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Nama Aktiviti :.....................................................................

Tarikh :.....................................................................

Masa :.....................................................................

Tempat :.....................................................................

Bil. Nama Murid No. Kad Pengenalan Tingkatan

Ulasan pencapaian :
..................................................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................................................

Disediakan oleh Setiausaha : Disahkan oleh Ketua Guru Penasihat:

................................................. .....................................................
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

9
KhidMas 3

BORANG MAKLUMBALAS PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Nama Aktiviti :.....................................................................

Tarikh :.....................................................................

Masa :.....................................................................

Tempat :.....................................................................

Sila tandakan ( / ) dalam ruang yang berkenaan :

Bil. Perkara 1 2 3 4 5
1. Pengurusan aktiviti teratur
2. Peralatan yang disediakan mencukupi
3. Murid menunjukkan kerjasama.
4. Mengutamakan keselamatan murid
5. Mengeratkan perpaduan dalam kalangan
murid
6. Tempoh masa aktiviti bersesuaian
7. Lokasi aktiviti sesuai
8. Makanan yang disediakan mencukupi
9. Murid mendapat pengalaman
10. Meningkatkan kemahiran komunikasi
11. Membina jatidiri
12. Program ini perlu diteruskan

(1 – Sangat Tidak Setuju, 2 – Tidak Setuju, 3 – Kurang Setuju, 4 – Setuju, 5 –


Sangat Setuju)

Ulasan dan cadangan (Jika ada) :

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

10
KhidMas 2

BORANG PERAKUAN PENYERTAAN


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN AGENSI LUAR

SMK ...............................................................

Nama Aktiviti :.....................................................................

Peringkat Penganjuran :.....................................................................

Pengelola / Agensi :.....................................................................

Nama Penuh Pegawai :.....................................................................

No. Tel. Bimbit :....................................... No. Tel. Pej. :..........................

Tarikh :.....................................................................

Masa :.....................................................................

Tempat :.....................................................................

Senarai murid yang terlibat :

Bil. Nama Murid No. Kad Pengenalan Tingkatan

Ulasan pencapaian :
(sila tandakan / pada kotak berkenaan)

Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

Tandatangan : ............................................

Jawatan :.............................................

Tarikh : ............................................

11

Anda mungkin juga menyukai