Anda di halaman 1dari 1

PARAJURIT MUDA PEWARIS LEGASI TENTERA DARAT

SINOPSIS

Tentera darat merupakan banteng pertahanan yang utama bg sesebuah negara.


Tanpa banteng pertahanan negara ini sudah pasti musuh mudah meloloskan diri
dan menawan negara. Dalam mempertahankan negara, barisan tentera negara
perlu mempunyai elemen-elemen kepahlawanan seperti kesepaduan, perjuangan,
kesetiaan, integriti dan tanggungjawab dalam diri agar dapat membenteng negara
dari ancaman musuh. Warisan seterusnya yang menyambung legasi tentera darat
adalah parajurit muda yang dilatih untuk memiliki keperibadian ketenteraan,
pengetahuan asas ketenteraan, pembinaan kekuatan dan ketahanan fizikal serta
mental sebelum di serap ke pelbagai kor dalam Tentera darat.

Antara usaha untuk memperkasakan Parajurit Muda adalah dengan menjiwai


kepribadian tentera melalui modul latihan yang boleh ditambah baik dari semasa ke
semasa. modul tersebut juga memberi penekanan terhadap pembinaan kekuatan
dan ketahanan fizikal serta mental, pembinaan asas kemahiran ketenteraan meliputi
ilmu medan perang, pengendalian senjata, membaca peta atau navigasi dan
kemahiran asas lain.
Selain itu penekanan perlu diberikan dari aspek sahsiah dengan menampilkan profil
ketenteraan yang baik agar keterampilan ditunjukkan dapat membuatkan organisasi
Tentera Darat sentiasa bangga dan megah. Mereka perlu mengekalkan disiplin pada
tahap tertinggi dan mempunyai nilai-nilai kehidupan, ketenteraan dan kerohanian
yang baik di samping mempunyai karakter dan sikap yang positif

Oleh yang demukian, prakarsa yang utuh dan mampan perlu digembleng oleh
Kementerian Pertahanan dan Tentera Darat khususnya untuk memastikan Parajurit
muda ini mampu menjadi legasi yang berwibawa dan membawa imej yang unggul
sekaligus membawa nama negara sebagai sebuah kuasa tentera yang hebat
dimata dunia.

Anda mungkin juga menyukai