Anda di halaman 1dari 9

BAB III

METADOLOGI

3.1 Pengenalan

Perbincangan dalam bab ini mengfokuskan tentang kaedah penyelidikan yang digunakan

dalam kajian ini. Metodologi merupakan panduan pelaksanaan sesuatu kajian. Metodologi

kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan

dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Pemilihan

metodologi yang tepat dan relevan akan mempengaruhi kejayaan sesuatu kajian. Menurut

Wiersma (2000), penyelidikan merupakan satu proses untuk meneroka, mengumpul,

menganalisis dan menterjemahkan maklumat yang diperoleh bagi menjawab persoalan

kajian yang dihasilkan oleh penyelidik. Metodologi kajian merupakan satu panduan bagi

menyempurnakan setiap proses dan prosedur kajian dengan tepat.

Chua Yan Piaw (2006) menyatakan bahawa metodologi kajian memberi

penjelasan mengenai prosedur pengumpulan data, persampelan, penganalisisan data dan

instrumentasi kajian. Ia akan membantu penyelidik mengumpul dan menganalisis data

dengan lebih tepat dan mudah supaya dapatan kajian diterima dan mudah difahami serta

dijadikan panduan oleh semua pihak. Metodologi kajian harus direka dengan tepat dan

didokumentasikan dengan teliti untuk mengelakkan unsur bias dalam dapatan kajian. Bagi

melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah melibatkan

pemilihan reka bentuk kajian, pemilihan sampel kajian, instrumen kajian, prosedur

pengumpulan data, kajian rintis dan kaedah penganalisisan data. Berdasarkan objektif
kajian, kajian ini mengfokuskan mengenai tahap kekuatan mental mempengaruhi

pencapaian akademik atlet ragbi IPGKIK.

3.2 Reka bentuk Kajian

Dalam pelaksanaan suatu kajian, reka bentuk merupakan aspek perancangan yang perlu

diberi perhatian utama. Reka bentuk kajian adalah kerangka yang diguna oleh sesebuah

kajian bagi mengutip dan menganalisis data (Bryman 2008). Reka bentuk kajian berfungsi

untuk menukar persoalan kajian kepada penjelasan yang melibatkan komponen tujuan,

teori, persoalan kajian, kaedah kajian dan persampelan (Robson 2011). Creswell (2009)

memberi pandangan bahawa reka bentuk kajian adalah rancangan untuk menjalankan

kajian yang melibatkan interaksi antara falsafah kajian, strategi penyelidikan dan kaedah

kajian.

Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk

tinjauan menggunakan kaedah soal selidik untuk mengkaji hubungan antara kekuatan

mental dengan prestasi akademik atlet ragbi IPGKIK. Pengumpulan data adalah

berdasarkan kajian soal selidik daripada atlet ragbi IPGKIK.

3.1 Jadual Reka Bentuk Kajian

Reka Bentuk Data Kaedah Responden Analisis data


Kajian pengumpulan

 Deskriptif
Tinjauan Soal selidik Atlet ragbi IPGKIK

 Inferensi
3.3 Persampelan

Menurut Gay dan Airasian (2003), populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu

kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Penetapan sasaran populasi

dan teknik penetapan persampelan merupakan langkah penting dalam proses

perbincangan penyelidikan. Sampel kajian merupakan responden-responden kajian yang

dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Gay dan Airasian (2003) menjelaskan bahawa

pemilihan sampel yang mewakili ciri-ciri populasi kajian akan meningkatkan kesahan dan

kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan. Menurut Fraenkel dan Wallen (2006), populasi

ialah kumpulan sasaran penyelidik supaya sesuatu dapatan kajian dapat diaplikasikan.

Jika jumlah populasi adalah kecil, penyelidik boleh menggunakan keseluruhan ahli

sebagai sampel dan penyelidikan tersebut adalah sebuah kajian kes (Mohamad Najib

Abdul Ghafar 1999). Seramai 36 orang atlet ragbi IPGKIK telah dipilih untuk dijadikan

responden dalam kajian ini. Jumlah sampel yang dipilih adalah mengikut jadual

persampelan oleh Krejcie dan Morgan (1970).

3.4 Instrumen Kajian

Borang soal selidik kekuatan mental merupakan instrumen utama bagi kajian ini.

Kandungan soal selidik kajian ini adalah mengenai tahap kekuatan mental dalam kalangan

atlet ragbi IPGKIK. Teknik soal selidik digunakan dalam kajian ini kerana ia mudah ditadbir,

penyediaan soalan yang mudah dan subjek dapat memberi jawapan terus tanpa melalui

temu bual. Soal selidik kekuatan mental, Mental Toughness Questionnaire (MTQ48)

daripada Clough et al. (2002) yang merangkumi empat konstruk iaitu keyakinan diri

(confidence), komitmen (commitment), cabaran (challenge) dan kawalan diri (self-control)


adalah dirujuk bagi mengkaji hubungan kekuatan mental dan prestasi akademik

khususnya dalam kalangan atlet ragbi di IPGKIK. Malah kaedah ini membantu subjek

untuk memberi jawapan tanpa rasa tertekan. Soalan soal selidik terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu soalan maklumat diri subjek, prestasi akademik dan soal selidik kekuatan

mental. Soal selidik kekuatan mental, Mental Toughness Questionnaire (MTQ48) yang

terdiri daripada 48 soalan telah diubah suai dan dirintis serta disahkan

kebolehpercayaannya kepada 20 soalan yang merangkumi lima item bagi setiap kriteria

iaitu keyakinan, komitmen, cabaran dan kawalan diri. Setiap konstruk merangkumi lima

soalan yang berkaitan kekuatan mental.

Bahagian A

Bahagian A dibina untuk mengenal pasti latar belakang atlet yang merangkumi jantina,

umur, status perkahwinan (bujang, berkahwin atau lain-lain), bangsa (Melayu, Cina atau

India).

Bahagian B

Bahagian B ditadbir bagi mengenal pasti pencapaian akademik atlet ragbi IPGKIK

khususnya yang merangkumi taraf pendidikan dan CGPA terkumpul atlet.

Bahagian C

Bahagian C ditadbir untuk mengenal pasti kekuatan mental atlet berdasarkan skala Likert

5-point. Subjek kajian membuat pilihan jawapan dengan membulatkan nombor 1 (sangat

tidak bersetuju) hingga 5 (sangat bersetuju) mengikut kelebihan mereka berdasarkan

empat konstruk iaitu keyakinan diri (confidence), komitmen (commitment), cabaran

(challenge) dan kawalan diri (self-control). Kriteria ini adalah berdasarkan soal selidik
kekuatan mental (MTQ48) yang ditetapkan oleh Clough et al. (2002) yang mana

mempunyai ciri-ciri penting dalam menguji tahap kekuatan mental.

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan soal selidik kekuatan mental, Mental Toughness

Questionnaire (MTQ48) daripada Clough et al. (2002) yang merangkumi empat konstruk

iaitu keyakinan diri (confidence), komitmen (commitment), cabaran (challenge) dan

kawalan diri (self-control) adalah dirujuk bagi mengkaji hubungan kekuatan mental dan

prestasi akademik khususnya dalam kalangan atlet ragbi di IPGKIK. Kajian lepas

menunjukkan lebih 2000 atlet telah melengkapkan soal selidik MTQ48 berdasarkan

penilaian ciri-ciri psikometrik yang telah dibenarkan (Clough et al. 2002; Horsburgh,

Schermer, Veselka & Vernon 2009). Secara keseluruhannya, cronbach alpha bagi MTQ48

dilaporkan sebagai 0.9 ke atas (Nicholls et al. 2009) dan ciri-ciri psikometrik memuaskan.

Soal selidik kekuatan mental, Mental Toughness Questionnaire (MTQ48) yang terdiri

daripada 48 soalan telah diubah suai dan dirintis serta disahkan kebolehpercayaannya

kepada 20 soalan yang merangkumi lima item soalan bagi setiap kriteria iaitu keyakinan,

komitmen, cabaran dan kawalan diri. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa nilai alpha

Cronbach adalah 0.921. Ini menunjukkan kebolehpercayaan instrumen adalah sangat baik

berdasarkan jadual interpretasi skor alpha Cronbach oleh Bond dan Fox, 2007.

3.6 Kajian Rintis

Sebelum menjalankan sesuatu kajian, penyelidik telah menjalankan sebuah kajian rintis

bagi menilai keberkesanan item dalam soalan soal selidik yang telah dibina. Menurut
Fraenkel dan Wallen (2006), kajian rintis ialah kajian percubaan yang dibuat secara

kecilan dengan tujuan mengenal pasti kelemahan instrumen kajian dan tatacara kajian.

Kajian rintis sangat berguna untuk mengurangkan kekeliruan terhadap format dan

perkataan yang digunakan dalam soal selidik (Sakaran 2003). Sebelum pengumpulan

data sebenar dijalankan, satu kajian rintis telah dijalankan bagi memastikan kesesuaian

kandungan soal selidik. Oleh kerana instrumen soal selidik telah diubah suai daripada soal

selidik yang asal, satu ujian rintis telah ditadbir oleh penyelidik untuk menguji kefahaman

responden terhadap item-item yang dikemukakan dan memastikan kesahan serta

kebolehpercayaan instrumen berkenaan. Dapatan kajian rintis tersebut menunjukkan

bahawa nilai alpha Cronbach adalah 0.921. Ini menunjukkan kebolehpercayaan instrumen

adalah sangat baik berdasarkan jadual interpretasi skor alpha Cronbach oleh Bond dan

Fox, 2007.

3.7 Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data adalah berdasarkan soal selidik yang diedarkan kepada atlet ragbi

IPGKIK. Sebelum mendapatkan maklumat kajian ini, penyelidik telah mendapat

kebenaran dari jurulatih dan pengurus pasukan ragbi IPGKIK bagi menjalankan kajian dan

mengedarkan soal selidik kepada pemain. Dengan kelulusan jurulatih dan pengurus

pasukan yang dipilih, pengkaji dengan kerjasama pengurus pasukan ragbi IPGKIK

menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengedarkan borang soal selidik kepada atlet bagi

mengelakkan gangguan semasa latihan diadakan. Responden dikehendaki menjawab

soal selidik pada masa tersebut dan menyerahkan semula setelah selesai menjawab.

Ketika mengedarkan borang soal selidik, pengkaji menerangkan serba ringkas kepada

responden tujuan kajian ini dijalankan dan cara untuk menjawab soal selidik tersebut.
Tiada had masa yang diberikan untuk menjawab kesemua soalan tersebut. Pengkaji

memberi peluang kepada responden untuk melontarkan segala pertanyaan jika mereka

kurang pasti atau tidak memahami soalan-soalan yang terdapat dalam borang soal selidik

tersebut bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Maklumat yang diperoleh dikumpul dan

dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23 serta pengkaji membuat kesimpulan

berdasarkan hasil data yang telah di analisa.

3.8 Prosedur Penganalisisan Data

Data yang dipungut melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan bantuan

komputer. Perisian komputer yang digunakan dalam kajian ini ialah SPSS For Windows

versi 23.0. Program ini dipilih kerana dapat memudahkan proses penganalisisan data,

mampu memanipulasi data bagi bilangan responden yang banyak dan data yang dianalisis

akan menjadi lebih tepat. Analisis dijalankan menggunakan nilai min bagi mengenal pasti

tahap prestasi akademik atlet ragbi dan tahap kekuatan mental atlet ragbi. Untuk tujuan

tersebut, pengkaji menggunakan interpretasi skor min yang telah digunakan oleh Nunnaly

dan Bernstein (1994) seperti dalam jadual 3.2:

Jadual 3.2 Interpretasi Skor

Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 – 2.00 Rendah


2.01 – 3.00 Sederhana rendah
3.01 – 4.00 Sederhana tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi

Sumber: Nunnaly & Bernstein (1994)


Kemudiannya, ujian korelasi Pearson telah digunakan bagi mengenalpasti

hubungan kekuatan mental dengan prestasi akademik. Bagi mentafsirkan kekuatan

hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji, pengkaji menggunakan cadangan Joseph

et al., (1997) iaitu bawah 0.10 (lemah); 0.10-0.30 (sederhana) dan 0.30 ke atas (kuat).

Dalam pada itu, tanda pada pekali korelasi itu boleh jadi bertanda positif (+) atau negatif

(-). Jika pekali korelasi bernilai positif bermaksud hubungan satu pemboleh ubah adalah

berkadar terus dengan satu pemboleh ubah yang lain. Sebaliknya, jika pekali korelasi

bernilai negatif, bermakna bahawa hubungan antara dua pemboleh ubah adalah berkadar

songsang (Azizi, Shahrin, Jamaludin, Yusof & Abdul Rahim, 2009). Arah yang songsang

berlaku apabila pertambahan nilai pada sesuatu pemboleh ubah berkait dengan

pengurangan nilai pada pemboleh ubah yang lain.

Jadual 3.3 Analisis statistik yang digunakan mengikut persoalan kajian

Persoalan Kajian Bentuk statistik Analisis Statistik

Tahap Prestasi Akademik Deskriptif Kekerapan dan peratusan


(CGPA terkumpul)

Tahap Kekuatan Mental Deskriptif


Kekerapan dan peratusan

Hubungan Kekuatan Mental dengan


Inferensi Kolerasi Pearson
Prestasi Akademik

3.9 Rumusan

Secara umumnya, bab ini telah menerangkan metadologi dan prosedur yang digunakan

dalam kajian. Kajian ini akan memberikan maklumat yang dikehendaki dan
bersesuaianberdasarkan persoalan dan objektif kajian yang telah dibina. Bab ini juga

merangkumi penerangan tentang populasi dan tempat kajian dilakukan, cara pemilihan

dan jumlah sampel, istrumen kajian, tatacara pengukuran pembolehubah iaitu prosedur

pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.

Anda mungkin juga menyukai