Peraturan Am Kejohanan (Rendah &menengah) 2019
Peraturan Am Kejohanan (Rendah &menengah) 2019
PERATURAN AM KEJOHANAN
(MENENGAH DAN RENDAH)
1
PERATURAN AM KEJOHANAN
2019
1. Undang-undang Permainan
1.1. Undang –undang permainan Antarabangsa yang berkuat kuasa semasa seperti peraturan-peraturan am
Pertandingan MSSD dan MSSM akan menjadi undang-undang dan peraturan rasmi pertandingan ini(IHF
2005)
2.1. Pertandingan berpasukan daerah-daerah dalam MSSD Petaling Perdana berumur 12 dan 18 tahun tahun
ke bawah (Lelaki dan Perempuan).
2
3. Kelayakan.
3.1 Peserta-peserta.
3.2 Pegawai-pegawai.
3.2.1 Pegawai-pegawai mestilah terdiri daripada guru-guru sahaja. Bekas pelajar dan jurulatih bukan
guru tidak dibenarkan berada di bangku simpanan semasa perlawanan sedang berlangsung.
4.1 Had umur peserta bagi permainan MSSD adalah seperti berikut:
5. Pendaftaran Pemain.
Seri - 1 mata.
Kalah - 0 mata.
6.1.2 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang akan ditentukan
mengikut cara berikut:
a) Pasukan yang memperoleh perbezaan gol terbanyak dikira pemenang.
b) Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang.
c) Jika masih seri, pasukan yang kurang kena jaringan gol dikira pemenang.
d) Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
pemenang.
e) Jika masih seri lagi, undian akan dijalankan (3 kali balingan wang syiling)
3
6.2.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas separuh masa, langkah-
langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya.
a) Perlawanan masa tambahan (3/3) minit akan dijalankan setelah berehat satu minit.
b) Selepas tiga minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar
tempat dan perlawanan diteruskan tiga minit lagi.
c) Jika keputusan masih seri, sistem balingan 7 meter akan dijalankan.
d) Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang jelas
atau keadaan-keadaan lain, maka undian hendaklah dijalankan (3 kali balingan wang
syiling)
a) Tiap-tiap pasukan akan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang-seli
dengan 5 orang pemain.
b) Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan dengan 2 balingan secara
berselang-seli
c) Jika masih seri 1 balingan 7 meter akan diteruskan dengan undian lambungan syiling bagi
menentukan pembaling/penjaga gol dengan sistem ‘Sudden Death’.
d) Referi akan memutuskan gol di mana balingan 7 meter akan diadakan.
e) Referi hendaklah mengadakan undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan
dahulu.
f) Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan lawan
mestilah berada di luar garisan balingan percuma.
g) Semua pemain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.
h) Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter diadakan.
7. Pakaian.
7.1 Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian jersi seragam. Penjaga gol hendaklah memakai jersi
yang berlainan warna daripada pemain sepasukannya dan pemain-pemain pasukan lawannya.
7.2 Pemain-pemain hendaklah memakai nombor di bahagian belakang (20 cm tinggi) dan hadapan (10 cm
tinggi) pada jersinya. Nombor yang dibenarkan 1 hingga 99 sahaja.
7.3 Semua pemain mestilah memakai stoking/sarung kaki dan kasut sukan atau boot yang tidak kurang
daripada 13 stud yang tingginya tidak melebihi 12mm. Kasut berpaku spike atau boot yang mempunyai
stud aluminium tidak dibenarkan sama sekali.
4
8. Gelanggang permainan.
8.1 Tiap-tiap gelanggang hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar kawasan permainan
dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari
garisan gol.
8.2 Tiap-tiap gelanggang hendaklah disediakan satu kawasan larangan yang berukuran 8 meter dari garisan
tengah (kiri dan kanan) 1.5 dari kawasan tepi mengelilingi kawasan penggantian.
8.3 Kemudahan / ukuran yang sedia ada di gelanggang yang disediakan adalah diangap sah digunakan
walaupun tidak menepati spesifikasi IHF.
9. Bola spesifikasi.
9.1 Pasukan perempuan dan lelaki 12 tahun ke bawah – saiz bola 1 (IHF).
10. Kelewatan.
10.1 Semua pasukan dikehendaki melaporkan diri dan bersedia 15 minit sebelum perlawanan. Hanya 10 minit
akan diberi kepada pasukan yang lewat. Selepas itu pasukan lawannya akan diberikan kemenangan
percuma dengan 2 mata dan jaringan 3-0.
11.1 Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan
dijalankan.
11.2 Jika sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja semasa pertandingan sedang
dijalankan, semua keputusan permainan yang telah dicatat pada peringkat awal akan dibatalkan.
Pasukan tersebut tidak akan dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan
diambil ke atas pasukan berkenaan.
12.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau hukuman singkir dalam
satu pasukan, akan digantung satu perlawanan berikutnya.
12.2 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau hukuman singkir kali kedua
ia tidak dibenarkan bermain kali atau berada di kawasan gelanggang permainan di mana pasukannya
bermain sehingga Juri Rayuan membuat keputusan.
12.3 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal ia tidak dibenarkan bermain
atau berada di kawasan gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan yang
melibatkan pasukannya sepanjang pertandingan tersebut.
5
13. Referi.
13.1 Pihak Pengelola hendaklah berusaha mendapatkan pengadil yang bertauliah dari daerah-daerah yang
mengambil bahagian atau merujuk kepada Pengerusi Teknik & Pembangunan Bola Baling MSSS
Selangor.
13.2 Jika seorang referi atau kedua-duanya gagal tiba dalam masa yang dijadualkan, maka pihak pengelola
hendaklah melantik referi yang berkelayakan dan berpengalaman dengan persetujuan kedua-dua
pengurus pasukan.
13.3 Semua keputusan referi berdasarkan pemerhatiannya semasa sesuatu perlawanan adalah muktamad.
14. Bantahan.
14.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pegawai pasukan hendaklah diserahkan kepada setiausaha
pengelola atau wakilnya tidak lewat dari 30 minit selepas tamat perlawanan tersebut.
14.2 Bantahan hendaklah dibuat menggunakan borang yang disediakan berserta bayaran sebanyak
RM200.00 (Dua ratus ringgit). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak berjaya.
15.1 Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada lima orang (minimum) atau tujuh orang (maksimum) yang
terdiri daripada:
16.1 Semua pasukan yang menyertai pertandingan hendaklah hadir di Majlis Penyampaian Hadiah yang
diaturkan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
16.2 Jika terdapat pasukan yang tidak memberikan kerjasama, pihak pengelola hendaklah memaklumkan
kepada urus setia agar tindakan dapat diambil terhadap pengurus pasukan tersebut.
17. Keselamatan.
17.1 Pihak jawatankuasa pengelola akan mengambil langkah-langkah keselamatan tertentu untuk
mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak di ingini sepanjang masa pertandingan.
17.2 Sebarang kecederaan, kerosakan atau kehilangan harta benda semasa pertandingan adalah
tanggungjawab sendiri. Pegawai pasukan adalah diingatkan agar menasihati para pemain agar sentiasa
menyimpan barang berharga di tempat yang difikirkan selamat. Walau bagaimanapun, beberapa
persediaan akan dibuat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kemalangan atau kehilangan.
6
18. Pemilihan Pemain Mewakili Daerah ke MSSS
18.2 Pasukan/pemain yang menjadi johan dalam kejohanan MSSD tidak semestinya terpilih secara automatik
mewakili pasukan MSSD Petaling Perdana.
18.3 Pemain yang dipilih adalah memenuhi keperluan kesesuaian dan strategi pasukan.
19.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan Am MSSS/MSSM dan Pertandingan Bola Baling
MSSD Petaling Perdana 2018 akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan
keputusan tersebut adalah muktamad.
Disediakan Oleh,
Jawatankuasa Teknikal
Bola Baling Rendah dan Menengah
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana (2019)