Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA, GURU PENYAYANG, JOM KE

SEKOLAH, DAN KELAS ABAD KE-21

Pada 6 Januari 2017 julung-julung kalinya satu majlis pelancaran 4 dalam 1 iaitu pelancaran
bulan bahasa, guru penyayang, jom ke sekolah, dan kels abad ke-21 telah diadakan di dewan
terbuka SMK Tenghilan Tuaran. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh pengetua sekolah SMK
Tenghilan dan telah diiringi oleh beberapa orang guru SMK Tenghilan dan seorang wakil dari
Polis Di Raja Malaysia (PDRM) iaitu Inspektor Alvin. Peti cadangan murid juga telah diserahkan
kepada pengetua sekolah. Majlis ini telah dikendalikan oleh Cikgu Evlyn dan beberapa pengawas
sekolah telah dilantik untuk membantu guru untuk mengurus majlis tersebut agar majlis pelancaran
berjalan dengan lancar. Majlis ini telahkan dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Sabah
Tanah Airku. Seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Omar Ibrahim dan diikuti dengan bacaan utusan
PDRM oleh Inspektor Alvin serta ucapan dari pengetua sekolah. Setelah selesai ucapan dari
pengetua sekolah majlis diteruskan dengan perasmian 4 pelancaran tersebut. Seterusnya bacaan
ikrar sekolah dan Rukun Negara dari wakil pegawas sekolah iaitu Adik Innocent Empat dan majlis
diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah.

Anda mungkin juga menyukai