Anda di halaman 1dari 31

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PARAS 7, BLOK J Tel : 03-2586900
PUSAT BANDAR DAMANSARA Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR Laman Web : http://www.moe.gov.my

KP(BS) 8591/Jld.XVIII (14)


27 November 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/2002 :


PELAKSANAAN PENDIDIKAN WAJIB DI PERINGKAT RENDAH 2003

Surat pekeliling ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tatacara pelaksanaan pendidikan
wajib di peringkat sekolah rendah 2003..

2. Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dengan memasukkan satu seksyen baru, iaitu
Seksyen 29A yang menetapkan kuasa Menteri untuk mewajibkan pendidikan rendah di
negara ini. Seksyen 29A (2) juga menjelaskan bahawa setiap ibu bapa yang merupakan
warganegara Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai
umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa
anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus
menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.

3. Kementerian Pendidikan menetapkan untuk melaksanakan pendidikan wajib di


peringkat rendah berkuat kuasa pada 1 Januari 2003.

4. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan buku Garis Panduan Pelaksanaan


Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah 2003 untuk diguna pakai sebagai panduan Y.Bhg.
Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam melaksanakan pendidikan wajib di peringkat rendah yang
bermula pada Januari 2003. Buku ini mengandungi perkara-perkara berikut :

4.1 Mekanisme permohonan penempatan, pengesahan penempatan dan


pendaftaran murid Tahun 1;

4.2 Mekanisme penyiasatan murid cicir;

4.3 Risalah atau ’pamplet’ untuk hebahan pendidikan wajib; dan

4.4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002.

5. Bagi melicinkan pelaksanaan tersebut, khususnya dalam penyiasatan murid cicir,


Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 136 telah memperuntukkan pemberian kuasa
untuk menyiasat seperti berikut :-

”Pada menjalankan kuasa di bawah subseksyen 136 (1) Akta Pendidikan 1996 (Akta
550), Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru memberi kuasa kepada Pendaftar Sekolah
dan Guru, Pegawai Pendidikan di daerah dan kawasan, guru besar, pengetua, guru
penolong kanan (HEM), dan guru bimbingan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
untuk menyiasat apa-apa perlakuan suatu kesalahan di bawah seksyen 29A Akta
Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002,
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
tertakluk kepada apa-apa garis panduan dan arahan yang dikeluarkanoleh Ketua
Pendaftar dari semasa ke semasa mulai 1 Januari 2003. (Rujuk Lampiran 1).

6. Kerjasama daripada Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon supaya memberi


perhatian khusus terhadap kanak-kanak yang didapati tercicir dan mengambil tindakan
sewajarnya bagi kes-kes berikut :-

6.1 Murid-murid yang telah mengesahkan penempatan tetapi tidak hadir mendaftar di
sekolah yang telah diluluskan selepas empat belas (14) hari dari hari pertama
persekolahan tahun berkenaan;

6.2 Aduan/laporan mengenai murid cicir yang diterima daripada orang awam; dan

6.3 Kes murid cicir yang ada dalam pengetahuan Sekolah/Pejabat Pendidikan
Daerah/Pejabat Pendidikan Bahagian/Jabatan Pendidikan Negeri.

7. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di
bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Merangkap
Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru

s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia

11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J Tel : 03-2586900
PUSAT BANDAR DAMANSARA Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR Laman Web : http://www.moe.gov.my

Lampiran 1

AKTA PENDIDIKAN 1996

PEMBERIAN KUASA DI BAWAH SEKSYEN 136

Pada menjalankan kuasa di bawah subseksyen 136 (1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),
Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru memberi kuasa kepada Pendaftar Sekolah dan Guru,
Pegawai Pendidikan di daerah dan kawasan, guru besar, pengetua, guru penolong kanan
(HEM), dan guru bimbingan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan untuk menyiasat apa-
apa perlakuan suatu kesalahan di bawah seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 dan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002, tertakluk kepada apa-apa garis
panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa, mulai
1 Januari 2003.

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT


Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru

No. Fail : KP(BS)8591/JldXVIII (14)

Tarikh : 27 November 2002

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN PENDIDIKAN WAJIB
DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2003

PERMOHONAN PENEMPATAN, PENGESAHAN &


PENDAFTARAN MURID KE TAHUN 1,
PENYIASATAN MURID CICIR DAN HEBAHAN
PENDIDIKAN WAJIB

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PENDIDIKAN (PINDAAN)

Pindaan Seksyen 29

6. Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan ”kebangsaan atau


sekolah jenis kebangsaan” dengan perkataan ”kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan atau
sekolah sekolah swasta”.

Seksyen baru 29A

7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29 seksyen yang berikut :

Pendidikan 29A (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,
Rendah Wajib menetapkan pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib.

(2) Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia


yang tinggal di Malaysis hendaklah memastikan bahawa jika anaknya
telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari
dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid
di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah
rrendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.

(3) Menteri boleh, jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid
atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid
daripada kehendak supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara
mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan,
dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan
pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-
syarat itu.

(4) Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

(5) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan


peruntukan seksyen ini.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
P.U. (B) 350 – 351 1274

Bil/ Nama dan Alamaat/ Nombor Pendaftaran


No. Name and Address Registration Number

43. Encik Zulkifly bin Hussin 00104


Sek. Men. Keb. Padang Tembak
Jalan Semarak
54100 Kuala Lumpur

44. Encik Choong Kee Pin 00105


32, Jalan Saru
Taman Bukit Mentakab
28400 Mentakab
Pahang Darul Makmur

Bertarikh 24 Oktober 2002

Dated 24 October 2002


[KP(BPPDP)/604/022(1); PN(U²)592/II]

NOR AMNI BINTI YUSOFF


Pendaftar Kaunselor
Registrar of Counsellors

P.U. (B) 351.


AKTA PENDIDIKAN (PINDAAN) 2002

PENETAPAN TARIKH PERMULAAN KUAT KUASA

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 1(2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002
[Akta A1152], Menteri menetapkan 1 Januari 2003 sebagai tarikh Akta itu hendaklah mula berkuat
kuasa.

Bertarikh 8 November 2002


[KP(BPPDP)/604/022(1); PN(U²)2260]

TAN SRI DATO’ SERI MUSA BIN MOHAMAD


Menteri Pendidikan

EDUCATION (AMENDMENT) ACT 2002

APPOINTMENT OF DATE OF COMING INTO OPERATION

IN exercise of the powers conferred by subsection 1(2) of the Education (Amendment) 2002 [Act
A1152], the Minister appoints 1 January 2003 as the date the Act shall come into operation.

Dated 8 November 2002


[KP(BPPDP)/604/022(1); PN(U²)2260]

TAN SRI DATO’ SERI MUSA BIN MOHAMAD


Minister of Education

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
4281 P.U. (A) 459

P.U. (A) 459


AKTA PENDIDIKAN 1996

PERINTAH PENDIDIKAN (PENDIDIKAN WAJIB) 2002

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 29A(1) Akta Pendidikan 1996 [Akta 550],
Menteri membuat perintah yang berikut :

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002.

(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2003.

Pendidikan Wajib

2. Pendidikan rrendah adalah ditetapkan menjadi pendidikan wajib.

Dibuat 8 November 2002


[KP(BPPDP)/604/022(2); PN(U²)569/V]

TAN SRI DATO’ SERI MUSA BIN MOHAMAD


Menteri Pendidikan

EDUCATION ACT 1996

EDUCATION (COMPULSORY EDUCATION) ORDER 2002

IN exercise of the powers conferred by subsection 29A(1) of the Education Act 1996 [Act 550], the
Minister makes the following order :

Citation and commencement

1. (1) This order may be cited as the Education (Compulsory Education) Order 2002.

(2) This Order comes into operation on 1 January 2003.

Compulsory education

2. Primary education is prescribed to be compulsory education.

Made 8 November 2002


[KP(BPPDP)/604/022(2); PN(U²)569/V]

TAN SRI DATO’ SERI MUSA BIN MOHAMAD


Minister of Education

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
P.U. (A) 460 4282

P.U. (A) 460

AKTA PENDIDIKAN 1996

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN WAJIB) 2002

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 29A(1) Akta Pendidikan 1996 [Akta 550],
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib)


2002.

(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2003.

Tafsiran

2. Dalam Peraturan-Peraturan ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

“guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang
dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seseorang yang dilantik oleh lembaga pengelola suatu
sekolah swasta, untuk bertanggungjawab bagi pentadbiran atau pengurusan sesuatu sekolah;

“murid cicir” ertinya seseorang yang tidak mengikuti pendidikan wajib di sekolah atau murid
yang tidak hadir di sekolah selama suatu tempoh yang melebihi tiga hari berturut-turut tetapi tidak
termasuk murid yang tidak hadir di sekolah kerana ponteng, masalah kesihatan atau telah
dikecualikan oleh Menteri di bawah sukseksyen 29A(3) daripada mengikut pendidikan wajib.

Murid Cicir

3. (1) jika suatu aduan mengenai murid cicir diterima daripada mana-mana pihak -

(a) guru besar atau pengetua sekolah kerajaan atau, sekolah bantuan kerajaan hendaklah
mengambil tindakan mengikut garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua
Pendaftar dari semasa ke semasa; dan

(b) guru besar atau pengetua sekolah swasta hendaklah mengemukakan laporan kepada
Pegawai Pendidikan di daerah atau kawasan masing-masing, atau Pendaftar.

(2) Pendaftar, Pegawai Pendidikan di daerah atau kawasan itu, guru besar atau pengetua boleh
melawat dan memberikan nasihat, serta memberikan apa-apa bantuan yang perlu kepada ibu bapa
seseorang murid cicir dan murid cicir itu bagi memastikan murid itu mengikuti pendidikan wajib.

(3) Pendaftar, Pengawai Pendidikan di daerah atau kawasan itu, guru besar atau pengetua
boleh mengarahkan supaya ibu bapa seseorang murid cicir memberikan penjelasan secara bertulis
mengenai kegagalan mereka untuk memastikan bahawa anak mereka mengikuti pendidikan wajib.

(4) Pendaftar hendaklah, apabila berpuas hati bahawa seseorang murid cicir tidak mengikuti
pendidikan wajib tanpa apa-apa sebab yang munasabah, mengeluarkan arahan bertulis keapda ibu
bapa murid itu supaya memastikan anak mereka mengikut pendidikan wajib.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
(5) Ibu bapa itu hendaklah setelah menerima arahan bertulis daripada Pendaftar, memastikan
arahan itu dipatuhi.

Dibuat 8 November 2002


[KP(BPPDP)/604/022(3); PN(U²)569/V]

TAN SRI DATO’ SERI MUSA BIN MOHAMAD


Menteri Pendidikan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
MEKANISME
PENYIASATAN MURID CICIR

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
CARTA ALIRAN
PERGERAKAN LAPORAN ADUAN MURID CICIR

ADUAN

KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA

JABATAN PELAJARAN
NEGERI

PPD/PPG
LUAR
TADAHAN

PPD/PPG

SEKOLAH
LUAR
TADAHAN

SEKOLAH

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
CARTA ALIRAN PROSES PENYIASATAN MURID CICIR

Aktiviti Pelaksanaan Tindakan


MULA
Menerima aduan murid cicir • Membuat siasatana terhadap
(termasuk kes murid cicir kes
• Menyediakan laporan murid cicir
SEKOLAH yang ada dalam
• Mewujudkan **JPMC Sekolah,
pengetahuan) dan jika perlu
menjalankan siasatan.

Guru Besar menyelesaikan • Menyalurkan bantuan


kes berkaitan di peringkat pendiddikan
• Menyediakan khidmat
* Kes sekolah kaunseling
Khas • Memanjangkan kes khas (kes
perlu bantuan tabung
kemiskinan murid tidak mahu
mendaftar) ke KPM dan salinan
laporan ke JPN/PPD/PPG untuk
tindakan
Tidak

Menerima salinan • Mengambil tindakan untuk bantu


PPD/PPG menyelesaikan kes, seperti
aduan/laporan dari sekolah
contoh menempatkan murid di
asrama pusat
• Mewujudkan JPMC
Daerah/Gabungan, jika perlu

Tidak

Menerima salinan aduan • Mengambil tindakan untuk bantu


JPN menyelesaikan kes, seperti
dari sekolah/PPD/PPG
contoh permohonan kanak-
kanak yang tiada sijil kelahiran
Ya • Mewujudkan JPMC Negeri,
jika perlu

Tidak
Menerima aduan/laporan • Menyalurkan bantuan kewangan
KPM dari sekolah • Mengemukakan kertas
penyiasatan dan bukti-bukti
kepada PUU untuk mengambil
tindakan undang-undang
• Mewujudkan JPMC KPM, jika
SELESAI perlu

Nota :

1. * Kes Khas meliputi kes yang menentukan bantuan


tabung kemiskinan/murid yang tidak mahu mendaftar.

2. **JPMC adalah Jawatankuasa Penyiasatan Murid


Cicir.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PROSES KERJA PERMOHONAN PENEMPATAN LEWAT TAHUN 1
(TINDAKAN SEKOLAH/PPD/PPG/JPN)

UNIT DOKUMEN YANG


PROSES KERJA TINDAKAN
BERKAITAN DIPERLUKAN

1. Menerima aduan dan Sekolah Guru Besar / Surat aduan murid


menjalankan siasatan Pengetua / cicir
terhadap kes murid cicir GPK HEM /
(termasuk kes murid cicir yang Guru Surat akuan
ada dalam pengetahuan). Bimbingan penerimaan aduan
murid cicir.

2. Guru Besar menyelesaikan Sekolah Guru Besar / Laporan murid cicir


semua kes berkaitan di Pengetua
peringkat sekolah (*Kes Khas *Kes Khas adalah
hendaklah terus dipanjangkan kes murid cicir yang
ke KPM untuk tindakan dan memerlukan
salinan ke JPN/PPD/PPG). bantuan tabung
kemiskinan/murid
yang tidak mahu
mendaftar.

3. Menerima salinan laporan PPD/PPG PPD/PPG Laporan murid cicir


murid cicir dari sekolah dan
mengambil tindakan untuk
penyelesaian kes, jika
berkaitan. (contoh :
Penempatan murid di asrama
pusat).

4. Menerima salinan laporan JPN Pendaftar Laporan murid cicir


murid cicir dari
sekolah/PPD/PPG dan
mengambil tindakan untuk
menyelesaikan kes, jika
berkaitan.

5. Menerima aduan/laporan dari KPM Bahagian Laporan murid cicir.


sekolah dan menyelesaikan Sekolah
kes berkaitan. (contoh : Kertas siasatan.
Tabung kemiskinan). Penasihat
Undang-undang Bukti-bukti
berkaitan murid
cicir.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
A. JAWATANKUASA PENYIASATAN MURID CICIR (JPMC)
PERINGKAT SEKOLAH (JIKA PERLU)

1. Guru Besar hendaklah menubuhkan JPMC di peringkat sekolah, (jika perlu) sekiranya
kes murid cicir berkenaan tidak dapat diselesaikan oleh Guru Besar.

2. JPMC Sekolah hendaklah terdiri daripada :


2.1 Guru Besar sebagai Pengerusi
2.2 Guru Penolong Kanan 1 sebagai Naib Pengerusi
2.3 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebagai Setiausaha
2.4 Wakil guru-guru sekolah (termasuk Guru Bimbingan dan Guru Pemulihan).

3. JPMC Sekolah adalah bertanggungjawab untuk :


3.1 Menerima aduan/maklumat tentang murid cicir melalui Borang Aduan PMC 01/02
daripada :
3.1.1 Daftar atau senarai murid yang dikenalpasti cicir daripada sekolah;
3.1.2 Laporan orang awam yang melapor ke sekolah;
3.1.3 Laporan yang dipanjangkan ke sekolah oleh JPN/PPD/PPG; dan
3.1.4 Kes murid cicir yang ada dalam pengetahuan sekolah.
3.2 Mengeluarkan akuan penerimaan aduan PMC 01/02-A bagi perkara 3.1.2 dan
3.1.3 di atas.
3.3 Memanjangkan Borang Aduan PMC 01/02 bagi murid di luar kawasan tadahan
sekolah kepada Pejabat Pelajaran Daerah/Pejabat Pelajaran Gabungan.
3.4 Membuat siasatan ke atas murid cicir dan menyediakan laporan murid cicir
dengan menggunakan format laporan Siasatan Murid Cicir PMC 02/02 bersekali
dengan Borang Aduan PMC 01/02.
3.5 Mengadakan mesyuarat JPMC Sekolah untuk menerima, membincang dan
membuat keputusan ke atas laporan siasatan.
3.6 Melaksanakan kepujtusan mesyuarat JPMC Sekolah :
3.6.1 Murid cicir mendaftar di sekolah (kes cicir diselesaikan); atau
3.6.2 Menyediakan laporan dan memanjangkan laporan kepada JPMC Daerah
bagi kes murid cicir yang tidak dapat diselesaikan.
3.6.3 Memanjangkan ’Kes Khas’ terus ke Kementerian Pelajaran untuk tindakan
segera. Kes khas adalah kes yang meliputi kes murid cicir yang
memerlukan bantuan tabung kemiskinan/murid yang tidak mahu
mendaftar.
3.7 Mengagihkan sumber bantuan dan sokongan bagi perkara 3.6.1 yang berada di
bawah kawalan sekolah meliputi :
3.7.1 Yuran sekolah, buku teks, rancangan makanan tambahan sekolah,
asrama, pengecualian yuran makan;
3.7.2 Khidmat kaunseling kepada murid dan ibu bapa;
3.7.3 Khidmat guru pemulihan; dan
3.7.4 Bantuan dan sokongan lain yang boleh didapatkan oleh JPMC sekolah
daripada agensi atau badan lain seperti PIBG, JHEOA, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Jawatankuasa Kampung, Yayasan Negeri dan lain-lain.
3.8 Ibu bapa atau penjaga yang tidak berpuas hati dengan keputusan JPMC sekolah
boleh membuat rayuan kepada JPMC Negeri.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
B. JAWATANKUASA PENYIASATAN MURID CICIR (JPMC)
PERINGKAT DAERAH/GABUNGAN (JIKA PERLU)

1. PPD/PPG hendaklah menubuhkan JPMC di peringkat daerah/gabungan.

2. JPMC Daerah/Gabungan hendaklah terdiri daripada :


2.1 PPD/PPG (Penolong Pendaftar) sebagai Pengerusi.
2.2 Penolong PPD/PPG Pengurusan Sekolah sebagai Naib Pengerusi 1.
2.3 Penolong PPD/PPG Pengurusan Kemanusiaan sebagai Setiausaha.
2.4 Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah)
2.5 Guru Besar yang berkaitan.
2.6 Pegawai-pegawai pendidikan yang berkaitan.

3. JPMC PPD/PPG adalah bertanggungjawab untuk :


3.1 Menerima aduan/maklumat tentang murid cicir melalui Borang Aduan PMC 01/02
daripada :
3.1.1 Daftar atau senarai murid yang dikenalpasti cicir di kawasan PPD/PPG
tersebut;
3.1.2 Laporan orang awam yang melapor ke PPD/PPG; dan
3.1.3 Laporan yang dipanjangkan ke PPD/PPG oleh Sekolah/JPN.
3.2 Mengeluarkan akuan penerimaan aduan PMC 01/02-A bagi perkara 3.1.2
3.3 Memproses maklumat murid cicir yang diterima, memanjangkan maklumat murid
cicir di luar tadahan PPD/PPG kepada JPN dan memanjangkan maklumat murid
cicir ke sekolah dalam tadahan PPD/PPG.
3.4 Memanjangkan Borang Aduan PMC 01/02 bagi :
3.4.1 Murid di dalam kawasan tadahan PPD/PPG kepada sekolah berkenaan.
3.4.2 Murid di luar kawasan tadahan PPD/PPG kepada Jabatan Pelajaran
Negeri.
3.5 Mengeluarkan Surat Arahan Siasatan PMC 03/02 kepada guru besar untuk
membuat penyiasatan ke atas murid cicir di kawasan tadahan sekolah berkenaan,
jika perlu.
3.6 Mengeluarkan Surat Arahan Penyiasatan Murid Cicir PMC 03/02 kepada pegawai
penyiasat untuk membuat penyiasatan ke atas murid cicir, jika perlu.
3.7 Membuat siasatan ke atas murid cicir dan menyediakan laporan siasatan murid
cicir dengan menggunakan format Laporan Siasatan Murid Cicir PMC 02/02
bersekali dengan Borang Aduan PMC 01/02, jika perlu.
3.8 Mengadakan mesyuarat JPMC PPD/PPG untuk menerima, membincang dan
membuat keputusan ke atas laporan siasatan yang dipanjangkan oleh sekolah
atau yang dijalankan sendiri oleh Jawatankuasa.
3.9 Melaksanakan keputusan mesyuarat JPMC PPD/PPG.
3.9.1 Murid cicir mendaftar di sekolah (kes keciciran diselesaikan) atau
3.9.2 Menyediakan laporan dan memanjangkan laporan kepada JPMC Negeri
bagi kes murid cicir yang tidak dapat diselesaikan.
3.10 Mengagihkan sumber bantuan dan sokongan bagi perkara 3.9.1 yang berada di
bawah kawalan daerah/gabungan yang meliputi :
3.10.1 Buku teks, rancangan makanan tambahan sekolah, asrama, pengecualian
yuran makan;
3.10.2 Khidmat kaunseling kepada murid dan ibu bapa;
3.10.3 Khidmat guru pemulihan; dan
3.10.4 Bantuan dan sokongan lain yang boleh didapatkan oleh JPMC
Daerah/Gabungan daripada agensi atau badan lain seperti PIBG, JHEOA,
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jawatankuasa Kampung, Yayasan Negeri
dan lain-lain.
3.11 Memantau perjalanan JPMC Sekolah.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
C. JAWATANKUASA PENYIASATAN MURID CICIR (JPMC)
PERINGKAT NEGERI (JIKA PERLU)

1. Pengarah Pelajaran Negeri (Pendaftar Sekolah dan Guru) hendaklah menubuhkan


JPMC di peringkat Negeri.

2. JPMC Negeri hendaklah terdiri daripada :


2.1 Pengarah Pelajaran Negeri (Pendaftar Sekolah dan Guru) sebagai Pengerusi.
2.2 Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri sebagai Timbalan Pengerusi.
2.3 Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan sebagai Naib Pengerusi 1.
2.4 Ketua Sektor Pengurusan Sekolah sebagai Naib Pengerusi 2.
2.5 Ketua Unit HEM sebagai Setiausaha.
2.6 Ketua Unit Sekolah Rendah, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Ketua
Unit Pendidikan Khas.

3. JPMC Negeri adalah bertanggungjawab untuk :


3.1 Menerima aduan/maklumat tentang murid cicir melalui Borang Aduan PMC 01/02
daripada :
3.1.1 Daftar murid cicir JPN berkenaan;
3.1.2 Laporan orang awam yang melapor ke JPN;
3.1.3 Maklumat daripada media massa dan orang awam; dan
3.1.4 Laporan yang dipanjangkan kepada JPN oleh KPM/PPD/PPG/Sekolah.
3.2 Mengeluarkan Akuan Penerimaan Aduan PMC 01/02-A perkara 3.1.2.
3.3 Memproses maklumat murid cicir yang diterima, memanjangkan maklumat murid
cicir di luar tadahan kepada KPM dan memanjangkan maklumat murid cicir dalam
tadahan JPN ke PPD/PPG berkenaan.
3.4 Memanjangkan Borang Aduan PMC 01/02 bagi :
3.4.1 Murid di dalam kawasan tadahan JPN ke PPD/PPG berkenaan; dan
3.4.2 Murid di luar kawasan tadahan JPN kepada JPN berkenaan.
3.5 Membuat siasatan ke atas murid cicir dan menyediakan laporan siasatan mruid
cicir dengan menggunakan format Laporan Siasatan Murid Cicir PMC 02/02
bersekali dengan Borang Aduan PMC 01/02, jika perlu.
3.6 Mengadakan mesyuarat JPMC Negeri untuk menerima, membincang dan
membuat keputusan ke atas laporan siasatan yang dipanjangkan oleh PPD/PPG
atau siasatan yang dijalankan sendiri oleh Jawatankuasa dan rayuan yang
dipanjangkan oleh sekolah/PPD/PPG.
3.7 Melaksanakan keputusan mesyuarat JPMC Negeri :
3.7.1 Murid cicir mendaftar di sekolah (kes cicir diselesaikan); atau
3.7.2 Menyediakan laporan dan memanjangkan laporan kepada Urus Setia
Murid Cicir KPM bagi kes murid cicir yang tidak dapat diselesaikan.
3.8 Keputusan JPMC Negeri ke atas mana-mana kes rayuan adalah muktamad.
3.9 Mengagihkan sumber bantuan dan sokongan bagi perkara 3.7.1 yang berada di
bawah kawalan JPN yang meliputi :
3.9.1 Pemberian bantuan makanan tambahan, pakaian sekolah, biasiswa,
kemudahan asram, buku teks, pengangkutan, kaunseling, pengasuh,
tukang masak, pemulihan dan lain-lain kepada murid;
3.9.2 Merujuk kepada Jabatan Kesihatan untuk mendapatkan khidmat
pemeriksaan, rawatan dan khidmat kesihatan lain;
3.9.3 Merujuk untuk mendapatkan khidmat bantuan daripada agensi-agensi
kerajaan lain yang termasuklah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Baitulmal Negeri,
Yayasan Negeri, Yayasan Pembangunan Rakyat Miskin; dan
3.10 Memantau perjalanan JPMC Sekolah/PPD/PPG.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
D. URUS SETIA PENYIASATAN MURID CICIR (USPMC)
PERINGKAT KPM (JIKA PERLU)

1. TKPPM Jabatan Sekolah hendaklah menubuhkan Urus Setia Murid Cicir di peringkat
KPM.

2. Urus Setia hendaklah terdiri daripada :


2.1 TKPPM Jabatan Sekolah sebagai Pengerusi.
2.2 Pengarah Bahagian Sekolah sebagai Timbalan Pengerusi.
2.3 Unit Rendah, Bahagian Sekolah sebagai Urus Setia/Setiausaha.

3. Urus Setia adalah bertanggungjawab untuk :


3.1 Merancang dan menyelaraskan tindakan pelaksanaan pendidikan wajib di
peringkat rendah.
3.2 Menerima maklumat tentang murid cicir daripada :
3.2.1 Daftar murid cicir sekolah/PPD/PPG/JPN; dan
3.2.2 Laporan yang dipanjangkan ke KPM oleh sekolah/PPD/PPG/JPN.
3.3 Mengeluarkan Akuan Penerimaan Aduan PMC 01/02-A perkara 3.2.2
3.4 Memproses maklumat murid cicir yang diterima.
3.5 Memanjangkan maklumat murid cicir kepada JPN/PPD/PPG/Sekolah berkenaan.
3.6 Mengadakan mesyuarat untuk menerima, membincangkan dan membuat
keputusan ke atas laporan keciciran.
3.7 Melaporkan pelaksanaan pendidikan wajib di peringkat rendah kepada Mesyuarat
Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996.
3.8 Melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Akta
Pendidikan 1996 berkaitan pelaksanaan pendidikan wajib di peringkat rendah.
3.9 Merancang dan melaksanakan pendidikan wajib di peringkat rendah termasuk
menguruskan perkara-perkara berikut :
3.9.1 Sumber bantuan dan sokongan;
3.9.2 Penguatkuasaan;
3.9.3 Pemantauan; dan
3.9.4 Hal-hal lain yang berkaitan.

SENARAI DOKUMEN BAGI PROSES PENYIASATAN MURID CICIR

1. Borang Aduan Murid Cicir – PMC 01/02 (Sekolah)

2. Borang Perakuan Penerima Aduan Laporan Murid Cicir – PMC 01/02-A (Sekolah)

3. Format Laporan Penyiasatan Murid Cicir – PMC 02/02 (Sekolah)

4. Surat Penyiasatan Murid Cicir Sekolah/PPD/PPG/JPN - PMC 03/02

5. Surat Tunjuk Sebab Mengapa Anak Tidak Didaftarkan

6. Surat Arahan Mendaftar Tahun 1

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PMC 01/02

Borang Aduan Murid Cicir

Nama Kana-kanak : ..............................................................................................................

Alamat Rumah : ..............................................................................................................

..............................................................................................................

Sebab-sebab keciciran (Sila tandakan √ di dalam kotak berkenaan).

Sakit

Kemiskinan

Terbiar

Lain-lain (sila nyatakan)

.............................................................................................

.......................................................... .........................................
(Tandatangan Pelapor) Tarikh

Nama : ..........................................................................................................................

Alamat : ..........................................................................................................................

Telefon : ..........................................................................................................................

Sila kembalikan borang ini kepada Guru Besar atau Pegawai Pelajaran Daerah atau
Pegawai Pelajaran Gabungan atau Jabatan Pelajaran Negeri

Pengesahan penerimaan aduan :

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa aduan ini telah diterima dan akan diambil
tindakan.

Sekian. Terima kasih.

Nama : ..........................................................................................................................

Jawatan : ..........................................................................................................................

Cop Pejabat : ..........................................................................................................................

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PMC 01/02-A

Sekolah/PPD/PPG/Jabatan

Ruj. :
Tarikh :

...........................................................................

...........................................................................

...........................................................................

Tuan,

PERAKUAN PENERIMA ADUAN LAPORAN MURID CICIR


(Nama Kanak-kanak ...................................................................................................)

Adalah diperakukan kami telah menerima aduan di atas pada ................................................


...................................................... (rujukan dan tarikh).

2. Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan telah mengambil


maklum dan akan diambil tindakan susulan.

3. Penghargaan dan terima kasih kerana keprihatinan kepada pendidikan wajib.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.........................................
(Tandatangan dan nama)
GB/PPD/PPG/JPN

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PMC 02/02

Format Laporan Penyiasat Murid Cicir

A. Makluman Pegawai Penyiasat

1. Nama : ......................................................................................

2. Jawatan : ......................................................................................

3. No. Kad Pengenalan : ......................................................................................

4. Surat Kuasa : ......................................................................................

5. Rujukan Pelantikan : ......................................................................................

B. Makluman Kanak-Kanak

1. Nama : ......................................................................................

2. Jantina : ......................................................................................

3. Bangsa : ......................................................................................

4. Tarikh Lahir : ......................................................................................

5. No. Sijil Lahir : ......................................................................................

6. Nama Sekolah Terakhir : ......................................................................................

7. Kewarganegaraan : ......................................................................................

8. Tahun Terakhir Persekolah : 1 2 3 4 5 6 Tahun .............................................

9. Tarikh Berhenti Sekolah : ......................................................................................

C. Jenis Keciciran Murid (Sila tandakan √ pada kotak yang berkenaan)

Murid yang berdaftar dan mengesah untuk bersekolah Tahun 1 tapi tidak
melapor diri ke sekolah dalam tempoh 14 hari persekolahan.

Murid yang berdaftar tetapi tidak mengesahkan pendaftarannya untuk


bersekolah di Tahun 1 tetapi tidak melapor ke sekolah dalam tempoh 14
hari persekolahan.

Murid yang berdaftar, mengesah untuk bersekolah, melapor ke sekolah


dan tidak hadir secara berterusan/berturut-turut untuk masa selama 14
hari persekolahan tanpa apa-apa sebab munasabah.

Murid yang tidak berdaftar, tidak mengesah untuk bersekolah dan tidak
melapor ke sekolah.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
D. Makluman Ibu Bapa/Penjaga

: Bapa Ibu Penjaga

1. Nama :

2. Jantina :

3. No. Kad Pengenalan :

4. Kewarganegaraan :

5. Alamat :

6. Pekerjaan :

7. Pendapatan Sebulan :

8. Tanggungan : ..................... orang

Nama Sekolah / Hubungan dengan


Bil. Nama Anak Umur
Institusi Ibu Bapa / Penjaga

9. Taraf pendidikan ibu bapa / penjaga : ................................................................

E. Sebab-sebab Keciciran

a. Jarak rumah dengan sekolah terdekat

b. Masalah pengangkutan

c. Kesihatan dan orang kurang upaya ibu bapa/penjaga atau kanak-kanak

d. Surat akuan doktor (jika ada)

e. Kemiskinan

f. Keselamatan/Ancaman

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
g. Sijil lahir

h. Sikap

i. Dan lain-lain (sila nyatakan) : ................................................................................

................................................................................................................................

F. Ulasan dan Cadangan

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

.......................
(Tandatangan)

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PMC 03/02
Logo
Sekolah/PPD/PPG/Jabatan

Ruj. :
Tarikh :

Encik/Puan,

...........................................................................

...........................................................................

...........................................................................

Tuan,

Penyiasatan Murid Cicir

Dengan hormatnya saya merujuk surat pemberian kuasa di bawah seksyen 136 oleh Ketua
Pendaftar Sekolah dan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. .........................................
bertarikh ......................................... dan surat aduan ..............................................................
Encik ................................................................................... bertarikh .....................................
berkaitan dengan perkara di atas.

2. Sehubungan itu, tuan/puan dipohon untuk menyiasat kes murid cicir seperti mana yang
telah dinyatakan oleh pengadu. Borang Aduan PMC 01/02 dilampirkan.

3. Dengan ini, tuan/puan dikehendaki menjalankan tugas siasatan berpandukan kepada


Format Borang Penyiasatan Murid Cicir PMC 02/02.

4. Kerjasama dan bantuan tuan amat kami harapkan dan hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.........................................
(Tandatangan dan nama)
GB/PPD/PPG/Pendafatar

s.k. PPD/PPG/JPN

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Logo
Sekolah

Ruj. :
Tarikh :

...........................................................................

...........................................................................

...........................................................................

Tuan/Puan,

Anak Tidak Didaftarkan Sebagai Murid Di Sekolah Rendah


Dalam Tahun Persekolahan ......................................

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Akta Pendidikan (Pindaan) Seksyen baru 29A subseksyen 2 menjelaskan iaitu :

(2) Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia
hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada
hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan
sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah
rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.

3. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa sehingga sekarang tuan/puan


didapati masih belum mendaftarkan anak tuan/puan yang bernama .......................................
untuk belajar di sekolah rendah. Oleh itu, tuan/puan diminta supaya memberikan sebab-
sebab mengapa tuan/puan gagal berbuat demikian agar pihak kami dapat membantu
menyelesaikan masalah tersebut.

4. Sila jawab surat ini dalam tempoh 14 hari untuk tindakan kami selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.........................................
(Tandatangan dan nama)
Guru Besar

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Logo
Pendaftar

Ruj. :
Tarikh :

Encik/Puan,

...........................................................................

...........................................................................

...........................................................................

Tuan,

Arahan Mendaftar Murid Tahun Satu Tahun ......................................................


Nama Kanak-Kanak : ....................................................................
Tarikh Lahir : ....................................................................
No. Sijil Kelahiran : ....................................................................

Dengan hormatnya saya merujuk mengenai perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penyiasatan


Murid Cicir (JPMC) *Sekolah/PPD/PPG/JPN/KPM telah mengkaji laporan penyiasatan murid
cicir seperti di atas dan memutuskan bahawa anak tuan yang bernama .................................
adalah wajib bersekolah pada tahun persekolahan .................................... berdasarkan
kepada Akta Pendidikan (Pindaan) Seksyen 29A.

3. Oleh itu, tuan/puan diarah supaya mendaftarkan anak tuan/puan di sekolah


............................................................................................... dalam tempoh 14 hari dari tarikh
surat ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.........................................
(Tandatangan dan nama)
Pendaftar

* Potong yang tidak berkenaan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
KANDUNGAN RISALAH HEBAHAN
PELAKSANAAN PENDIDIKAN WAJIB

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
1. Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah

Pendidikan wajib di peringkat rendah adalah satu undang-undang yang menghendaki


setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia yang mempunyai
anak mencapai umur enam tahun pada hari pertama tahun persekolahan semasa,
mendaftarkannya di sekolah rendah dan terus menjadi murid di sekolah rendah di
sepanjang tempoh pendidikan rendah.

2. Tempoh Pendidikan wajib

Tempoh pendididkan wajib adalah selama tempoh pendidikan rendah, iaitu selama
enam tahun.

3. Tarikh Pelaksanaan Pendidikan Wajib

Pendidikan wajib akan dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003 yang meliputi
murid Tahun 1.

4. Kanak-Kanak Yang Terlibat

• Kanak-kanak yang terlibat adalah mereka yang dilahirkan antara 2 Januari 1996
hingga 1 Januari 1997.

• Kanak-kanak yang tercicir tetapi tidak terlibat dengan Pendidikan Wajib hendaklah
dibantu supaya mereka dapat bersekolah.

5. Proses Pendaftaran Seseorang Kanak-Kanak Untuk Bersekolah di Sekolah


Rendah

Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Gabungan,


Pejabat Pelajaran Daerah serta sekolah membuat pengumuman tentang pendaftaran
anak-anak ke sekolah rendah dengan cara berikut :

• Permohonan Penempatan

Ibu bapa adalah di antara membuat permohonan penempatan bagi anaknya untuk
belajar di Tahun 1 di sekolah rendah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya.
Permohonan penempatan ini boleh dibuat di sepanjang bulan Mac.

• Pengesahan Penempatan ke Tahun 1

Ibu bapa dinasihatkan membuat pengesahan penempatan ke Tahun 1 di sekolah


rendah di mana anaknya akan ditempatkan apabila menerima maklumat
berkenaan yang akan disampaikan oleh sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah
atau Pejabat Pelajaran Gabungan atau Jabatan Pelajaran Negeri sepanjang bulan
Ogos.

Penempatan seseorang kanak-kanak ke sesebuah sekolah tidak semestinya sama


dengan yang dipohon semasa membuat permohonan penempatan. Atas sebab-
sebab yang tidak dapat dielakkan permohonan ke sesuatu sekolah boleh ditolak.

• Rayuan

Ibu bapa boleh membuat rayuan mengenai penempatan sekolah anaknya kepada
sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat Pelajaran Gabungan atau
Jabatan Pelajaran Negeri. Sebarang keputusan yang telah dibuat hasil daripada
rayuan adalah muktamad.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Ibu bapa yang telah berpindah ke tempat tinggal yang baru hendaklah
memberitahu sekolah tentang alamat barunya dan memohon supaya anaknya
ditempatkan di sekolah baru mengikut alamatnya yang terkini.

• Pendaftaran Hari Pertama Persekolahan

Ibu bapa hendaklah membawa anaknya untuk berdaftar pada hari pertama
persekolahan dengan membayar yuran-yuran yang dikenakan oleh sekolah
berdasarkan kepada amaun yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Pertukaran Sekolah Sebelum Pendaftaran Hari Pertama Persekolahan

Ibu bapa yang telah membuat pendaftaran awal dan/atau telah mengesahkan
penerimaan penempatan ke sekolah rendah tetapi berpindah ke tempat baru sama
ada dalam daerah yang sama atau dalam negeri lain hendaklah memaklumkan
kepada sekolah lama terlebih dahulu sebelum memohon untuk membuat
pendaftaran baru ke sekolah di tempat tinggalnya yang baru.

6. Penalti

Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib adalah


merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang. Jika disabitkan dengan
kesalahan ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau
dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

7. Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai pendidikan wajib ini boleh dirujuk kepada sekolah
yang berhampiran, Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan, Jabatan Pelajaran Negeri
dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai