Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera
Salam Negaraku Malaysia
Salam sehati sejiwa
Salam Melaka Maju Fasa 2
Salam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Mendidik Daripada Hati Dgn
Penuh Intergreti

Yang Berusaha tetamu jemputan kita pada hari ini daripada En Mohd
Sharom B Mohd Shariff Pen PPD ( Pengurusan Kemanusiaan ) drp PPD
Melaka Tengah.
Yang dihormati Pengerusi PIBG SK St Francis, Pn Madelina Kwah, Wakil
LPS En Wee _____________, Guru Penolong Kanan HEM En Johnny
Khoo, Guru Penolong Kanan Koku, En Faizal B Otthman, Para pendidik SK
St Francis dan yang saya kasihi murid SK St Francis.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt dengan limpah


kurnianya dapat kita semua berkumpul dan meraikan sambutan Majlis Hari
Raya Peringkat Sekolah buat pertama kalinya. Di sini saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG, Pn Madelina serta
barisan AJK PIBG yang begitu komited dalam merancang dan membantu
sekolah bagi merealisasikan sambutan Hari Raya peringkat sekolah.

Letih berjalan di tengah pekan,


Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,


Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Terima kasih daun keladi,


kerana sudi menolong kami,
kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang memberi sumbangan seperti
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

Terima kasih kami ucapkan.

Para hadirin yang dihormati dan murid-murid,


Objektif utama pihak sekolah dan PIBG melaksanakan program sebegini
adalah untuk memperkenalkan kepada para pelajar sekalian kepelbagaian
kaum di Malaysia dan perayaan yang di sambut oleh sesuatu etnik. Atau
yg lebih tepat dan terperinici kita sebut sebagai Pepaduan Kaum.
Perpaduan kaum adalah di mana semua kaum di negara ini saling
bekerjasama, hormat-menghormati antara satu sama lain dalam
membangunkan negara seterusnya menjadikan negara Malaysia gemilang
dan terbilang.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah
kepada PIBG dan semua guru dalam menjayakan sambutan Hari Raya
Peringkat Sekolah pada kali ini.
Tangan dihulur maaf dipinta
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Selamat Hari raya Adilfitri
Maaf Zahir dan Batin.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai