Anda di halaman 1dari 15

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENGURUSAN MENANGANI KES HISTERIA

1. PENGENALAN

Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, kanak-kanak


dan remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada mengalami pelbagai
tekanan dan kecelaruan sehingga membawa kepada tekanan emosi (stres).
Kejadian Histeria yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah boleh
dikaitkan dengan tekanan emosi yang dialami oleh murid samaada di sekolah
atau di asrama

2. KONSEP

Persediaan awal Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria dari segi


tindakan sebelum, semasa dan selepas kes histeria berlaku akan dapat
membantu gejala ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Pelaksanaan awal
pendidikan Kesejahteraan Mental dapat mengatasi sebahagian kejadian histeria
yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dewasa ini.
Kesejahteraan Mental bermakna pendidikan pengurusan stres, keresahan dan
kemurungan dalam kalangan murid dan warga sekolah. Kesedaran untuk
mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mental
(tekanan perasaan berterusan, kemurungan dan masalah emosi) akan dapat
membentuk kesejahteraan murid. Oleh itu, memperkasakan pelajar menangani
stres, cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya
tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu sekolah menangani
gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan
kemurungan dalam kalangan murid.

1
3. DEFINISI OPERASIONAL

Histeria bermaksud seseorang yang terganggu fikirannya atau psikologinya yang


menjadikan seseorang itu stress, anzieti, murung, risau, susah hati, yang
menyebabkan mereka menjadi tidak sedar diri.

4. PUNCA

Antara faktor yang boleh menjurus murid mengalami kes hysteria adalah seperti
berikut;

4.1 Faktor keluarga: Tekanan di rumah akibat masalah keluarga, kewangan


(kemiskinan).
4.2 Faktor Sekolah: Tekanan di sekolah akibat masalah pembelajaran,
persekitaran sekolah yang tidak kondusif
4.3 Faktor Sosial : Tekanan perhubungan dengan rakan, pergaduhan,
percintaan.
4.4 Faktor individu: Konsep kendiri yang rendah, kurang kemahiran daya tindak
(coping skills) bagi mengatasi stress, anzieti dan kemurungan.

5. OBJEKTIF

Objektif Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria adalah sebagai


persediaan lebih awal dari segi tindakan bagi menangani sebelum, semasa dan
selepas kes histeria berlaku. Antara objektif ialah;

5.1 Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah tentang


menangani kes histeria di sekolah.
5.2 Menjadi panduan berhubung strategi pelaksanaan program perkembangan,
pencegahan dan pemulihan bagi kes histeria
5.3 Menjadi panduan pelan tindakan semasa berlaku kes hysteria
5.4 Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid serta
mengenalpasti tanda dan punca histeria berlaku.
5.5 Mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid dan melaksanakan
intervensi stres.
5.6 Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi, mental dan
histeria kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.

2
6. PANDUAN PENGURUSAN MENANGANI KES HISTERIA

Bagi menghadapi kes histeria, beberapa langkah perlu diambil sebagai


persediaan SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS kes histeria berlaku.
(LAMPIRAN1)

6.1 SEBELUM KES HISTERIA BERLAKU

6.1.1Saringan Minda Sihat

Program utama yang dilaksanakan bagi mengenalpasti kesihatan mental


murid
melalui Program Minda Sihat iaitu;
a. Saringan DASS dan Saringan Gaya Daya Tindak
b. Intervensi
c. Program Pengukuhan

6.1.2 Maklumat Pegawai Perhubungan

Menyediakan maklumat berkaitan pegawai perhubungan, nombor telefon,


dan dipaparkan ditempat yang mudah dibaca dan dikesan. Pegawai
perhubungan yang dicadangkan ialah;
a. Klinik Kesihatan
b. Balai Polis
c. Balai Bomba
d. Pertahanan Awam

6.2 SEMASA HISTERIA BERLAKU

6.2.1 Peranan Pentadbir/Guru

a. Guru berada dalam keadaan tenang.


b. Guru berperanan menenang dan memulihkan mangsa histeria
c. Mengasingkan mangsa kes histeria di tempat yang khas (Tidak
dicampurkan dengan murid yang sihat)
d. Berhubung dengan pihak luar seperti Klinik Kesihatan, Balai Polis,
Balai Bomba dan Pertahanan awam (mengikut keperluan)
e. Berhubung/ maklumkan kepada ibu bapa yang terlibat.

3
6.2.2 Peranan Murid

a. Murid berada dalam keadaan tenang


b. Asingkan murid yang sihat dengan murid yang mengalami histeria.
c. Asingkan murid yang baru mengalami tanda-tanda stress dengan
murid yang kuat histeria.
d. Tidak berkumpul atau menyaksikan mangsa yang sedang di rawat
histeria.
e. Murid dibenarkan mendapatkan rawatan atau bercuti dalam jangka
masa yag pendek.
f. Murid digalakkan datang segera semula belajar seperti biasa selepas
pulih.

6.2.3 Peranan Ibu Bapa

a. Ibu bapa berada dalam keadaan tenang


b. Beri peluang Guru/Perawat memulih dan menenangkan murid yang
mengalami histeria
c. Bawa balik anak ke rumah atau bercuti dalam jangka masa yang
pendek (Jika Perlu).
d. Bimbing anak-anak supaya sentiasa berada dalam keadaan tenang
dan tidak stres.
e. Segera menghantar anak belajar semula ke sekolah setelah pulih dari
kes histeria.

6.2.4 Peranan Agensi

Penglibatan agensi lain seperti Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba,
Pertahanan Awam.
a. Menyenaraikan talian perhubungan yang mudah dihubungi
b. Agensi segera memberikan bantuan kepakaran bagi membantu
mangsa kes histeria.
c. Psikitri (Klinik Kesihatan) memberikan bantuan psikologi
d. Polis, Bomba dan Pertahanan awam memberikan bantuan penyelamat
dan keselamatan (mengikut keperluan)

4
6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif

Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan


alternatif seperti kerohanian dan keagamaan juga boleh dilaksanakan
supaya mangsa kembali sihat.

6.3 SELEPAS HISTERIA BERLAKU

6.3.1 Merujuk murid yang terlibat kepada Guru Kaunseling bagi melaksanakan
program intervensi
6.3.2 Bagi kes yang kritikal, rujuk murid kepada psikitri sebagai sesi pemulihan
6.3.3 Menyediakan laporan (Bagi kes yang ramai, laporkan kepada PPD dan
JPN dengan mematuhi SOP 1:3:7)

7. PENUTUP

Pengetahuan mengurus stres dalam kalangan murid dilihat sebagai cara


untuk meningkatkan kebolehan daya tindak dalam menghadapi
permasalahan. Justeru , kemahiran mengurus stres wajar diketahui dan
dipelajari oleh murid untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif
di sekolah, Maka tidak secara langsung kes-kes histeria dapat ditanggani
secara lebih berkesan.

5
LAMPIRAN 1
PANDUAN PENGURUSAN MENANGANI KES HISTERIA
(SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS)

SEBELUM SEMASA SELEPAS


Langkah-langkah Tindakan Semasa Kes Histeria Tindakan Selepas Kes
Pencegahan Sebelum Kes Berlaku (Peranan guru, murid, ibu Histeria Berlaku
Histeria Berlaku bapa dan agensi)

i. Ceramah kesedaran i. Pihak sekolah


I. Guru/Pembantu dalam keadaan
mengekalkan memaklumkan kes
tenang.
kesejahteraan mental histeria kepada PPD
menggunakan II. Pastkan persekitaran selamat
dan JPN
pendekatan Program daripada benda-benda merbahaya.
Minda Sihat III. Tenangkan pesakit dan orang
ii. Memastikan sesi
ii. Melaksanakan Saringan sekeliling.
kaunseling diteruskan
DASS dan Gaya Daya IV. Kenalpasti dan rawat pesakit
sekurang-kurangnya
Tindak mengatasi stres. utama (pertama) dan pesakit yang
sekali seminggu.
iii. Membimbing murid lain.
kemahiran daya tindak V. Kumpulkan semua pesakit di suatu
ii. Sentiasa berhubung/
(coping skills) tempat untuk memudahkan
mendapatkan maklum
a. Kawal marah rawatan.
balas daripada ibu
b. Teknik relaksasi VI. Rujuk Pusat Kesihatan, Balai Polis,
c. Berfikir secara positif bapa, penjaga dan guru
d. Penyelesaian masalah Bomba dan Pertahanan Awam
tingkatan
e. Komunikasi terhampir untuk persediaan jika
interpersonal berkesan
f. Tegas diri (asertif) berlaku kemalangan. (mengikut
iii. Memastikan kebajikan
g. Kemahiran keibubapaan keperluan)
h. Katakan “TIDAK” kepada klien dijaga dan
perbuatan negatif VII. Hubungi ibu bapa yang terlibat
kerahsiaan klien
untuk memaklumkan kes histeria
terpelihara.
yang berlaku.
iv. Mengenal pasti klien
yang mempunyai tanda- .
tanda-tanda awal dan
perubahan tingkah laku,
perubahan emosi luar
biasa ataupun maklumat
daripada pihak ketiga.

6
LAMPIRAN 2

CARTA ALIR SEBELUM KES HISTERIA BERLAKU


(SARINGAN MINDA SIHAT)

MULA

Saringan 1
( minggu 1, Januari )

Intervensi
( minggu 1-4, Februari)

Saringan 2
Senarai nama murid rujukan ( minggu 1, Mac)

Klinik
Pelaporan
Kesihatan/
( minggu 2, Mac)
Hospital

TAMAT Murid sihat minda

7
LAMPIRAN 3

CARTA ALIR SEMASA KES HISTERIA BERLAKU

MULA

Asingkan Mangsa

Tenang dan Pulihkan


Mangsa

Berhubung Agensi
Rujuk Mangsa Yang Kritikal (Klinik, Balai Polis dll )
Ikut Keperluan
Klinik
Berhubung dengan Ibu
Kesihatan/
Bapa
Hospital

TAMAT Murid Sihat

8
LAMPIRAN 4

CARTA ALIR SELEPAS KES HISTERIA BERLAKU

MULA

Menyediakan Laporan

Rujuk Klien Kepada Guru


Kaunseling

Intervensi dan Sesi


Rujuk Mangsa Yang Kritikal Kaunseling

Klinik
Konsultasi dengan Ibu
Kesihatan/
Bapa
Hospital

TAMAT Murid Sihat

9
LAMPIRAN 5
KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM MINDA SIHAT
a. STRATEGI 1 : SEBARAN MAKLUMAT

STRATEGI AKTIVITI PERSONALIA MASA SASARAN INDIKATOR

1. Ceramah 1. Ceramah dan -GBKSM 1. Minggu pertama Semua 1.Semua sekolah


2. Taklimat taklimat: - Februari. murid melaksanakan
Perhimpunan Penceramah ceramah /
Dalam bilik - taklimat.
darjah Jemputan 2.Brosur dan
Perjumpaan -Pegawai Modul Minda
kokurikulum kesihatan Sihat KKM
daerah ada di sekolah

b. STRATEGI 2 : SARINGAN (Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam


kalangan murid).

STRATEGI AKTIVITI PERSONALIA MASA SASARAN INDIKATOR

1. Mengesan 1. Saringan DASS - GBKSM - Saringan 1 Semua 1. Setiap murid


gejala 2. Saringan Gaya - Guru (Januari) murid sekolah
awal stres Daya Tindak tingkatan - Saringan 2 tingkatan disaring 2 kali
3. Laporan (minggu 1, Mac) 2 dan 4 sepanjang
saringan - Laporan / rujukan persekolahan
saringan tingkatan 1-5.
(minggu2, Mac) 2. Laporan ke
KPM (format
disediakan)
3. Senarai murid
rujukan
kepada
pegawai
perubatan
(PKD)

10
c. STRATEGI 3 : INTERVENSI (Mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid
dan melaksanakan intervensi stress)

STRATEGI AKTIVITI PERSONALIA MASA SASARAN INDIKATOR


1. Ceramah 1. Kawal marah - GBKSM
1. Minggu kedua, Semua Semua sekolah
2. Taklimat 2. Teknik - Pencera- ketiga dan murid melaksanakan
3. Modul relaksasi mah PIBG
keempat aktiviti yang
4. Simulasi 3. Berfikir jemputan Februari. dinyatakan.
5. Main secara positif - Pegawai
peranan 4. Penyelesaian kesihatan
6. Sesi masalah daerah
kaunseling 5. Komunikasi
individu interpersonal
dan berkesan
kelompok 6. Tegas diri
7. Latihan (asertif)
dalam 7. Kemahiran
kumpulan keibubapaan
8. Sesi 8. Katakan
bimbingan “TIDAK”
individu kepada
dan perbuatan
kelompok. negatif
9. Sayangi
Nyawa
Hidupkan
Harapan

d. STRATEGI 4: PENGUKUHAN (Memastikan program minda sihat tersebar dalam kalangan


murid sekolah)

STRATEGI AKTIVITI PERSONALIA MASA SASARAN INDIKATOR

1. Pameran 1. Sudut minda - Pentadbir Sepanjang tahun Semua Setiap sekolah


2. Pertandi sihat - GBKSM persekolahan murid melaksanakan
ngan 2. Hari minda - Guru- sekurang-
3. Kuiz sihat guru kurangnya
4. Ceramah 3. Ceramah persatuan dalam 3 aktiviti
5. Taklimat 4. Duta minda - Guru yang dirancang
sihat kelas
5. 5 minit saja - Guru
6. Lawatan matapelaj
aran

11
LAMPIRAN 6

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN


PROGRAM MINDA SIHAT

MULA

Saringan 1
( minggu 2, Ogos )

Intervensi
( minggu 2-4, September)

Saringan 2
Senarai nama murid rujukan ( minggu 1, Oktober)

Klinik
Pelaporan
Kesihatan/
( minggu 2, Oktober)
Hospital

TAMAT Murid sihat minda

12
LAMPIRAN 7

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN SARINGAN


PROGRAM MINDA SIHAT

MULA

Saringan 1
( minggu 1, Januari )

Intervensi
( minggu 1-4, Februari)

Saringan 2
Senarai nama murid rujukan ( minggu 1, Mac)

Klinik
Pelaporan
Kesihatan/
( minggu 2, Mac)
Hospital

TAMAT Murid sihat minda


LAMPIRAN 8

CARTA ALIRAN TATACARA MURID BAGI KES GANGGUAN EMOSI

Mula

Berjumpa dengan orang yang


dipercayai.

Luahkan perasaan

Mengisi borang

Guru mengambil tindakan

Merujuk kes kepada guru


bimbingan dan kaunseling

Tamat
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERTAS MAKLUMAN

PANDUAN PENGURUSAN
MENANGANI KES HISTERIA

OLEH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

Anda mungkin juga menyukai