Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

i. Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15
Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada
masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap
tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.

ii. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud
menitik atau menulis titik-titik lilin. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis,
mewarna atau menitik.

iii. Keindahan reka corak dan penggunaan kain batik turut berkembang mengikut
peredaran zaman dan cita rasa pembeli.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

i. Bermula pada kurun ke-15, dibawa dari kepulauan Indonesia.

ii. Bermula di negeri Kelantan dan Terengganu dan hanya dijalankan secara kecil-
kecilan. Tetapi kini batik diusahakan secara tradisional.

iii. Mula dicipta pada tahun 1911 oleh Haji Che Su b. Ishak

iv. Pewarna yang digunakan diperbuat daripada buah, kayu arang dan kulit kayu

JENIS-JENIS BATIK

A. Batik cop / terap

B. Batik lukis / canting

C. Batik skrin

Kewujudan batik pada kurun ke-


15
A. BATIK COP / TERAP

i. Teknik pembuatan yang terawal.

ii. Pada asalnya blok diperbuat daripada kayu setelah mengalami perkembangan kini
blok batik dihasilkan daripada besi atau tembaga mengikut corak motif tertentu.

iii. Kebiasaannya bermotifkan tumbuh-tumbuhan.


iv. Proses membatik batik blok adalah proses mengecap bahagian corak timbul pada
permukaan blok yang berlilin cair ke atas permukaan kain. Fungsi lilin adalah untuk
menghasilkan kesan corak pada permukaan kain setelah diwarnakan kerana pewarna
tidak dapat menembusi bahagian kain yang berlilin

Langkah-langkah:

a. Memateri kepingan logam

b. Melekatkan kepingan logam ke atas blok (sarang batik)

c. Mencelupkan permukaan sarang batik ke dalam cairan lilin .

d. Mengecapkan lilin ke atas kain.

BAHAGIAN BATIK BLOK

PROSES MEMBUAT BATIK BLOK

Memateri Blok Menerap lilin di


kepingan logam atas kain
Proses mewarna Proses merebus, bagi Batik Blok yang
menanggalkan kesan siap dihasilkan
lilin

B. BATIK LUKIS /CANTING

i. Rekaannya eksklusif kerana hanya satu rekaan corak sahaja yang direka.

ii. Teknik dan proses

a. Kain ditegangkan pada pemidang kayu

b. Motif dan corak dilakarkan dengan pensel di atas permukaan kain

c. Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair

d. Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan melakarkan corak pada kain

e. Berus digunakan untuk untuk menyapu warna mengikut gubahan warna yang
telah ditetapkan

f. Kain yang telah siap diwarnakan dibiarkan kering

g. Kain direndam atau disapu dengan sodium silikat selama 8 – 12 jam untuk
mematikan warna

h. Kain direbus dalam campuran air dan debu soda

i. Kain dicuci, dibilas kemudian dijemur ditempat redup atau digosok sehingga
kering
Memperagakan
baju batik

proses
membatik

canting lilin mencanting mewarna

merebus membilas batik baju batik

C. BATIK IKAT CELUP / BATIK PELANGI

i. Batik dihasilkan tanpa penggunaan lilin, tidak begitu sukar kerana dihasilkan dengan
menggunakan teknik ikat dan celup.

ii. Diikat beberapa kali dengan tali untuk menghalang penyerapan warna.

iii. Perkembangan dari segi sejarah Batik Ikat Celup tidak dapat diketahui bila mula
wujud, namun dari kesan awal perjumpaan motif ikat celup bentuk bulatan kecil dan
garisan dengan warna-warna terang seperti merah, kuning, biru dan hijau telah mula
diperkenalkan dizaman Pra-Colombia sekitar 500 - 800 Masihi. sebenarnya ada yang
menyatakan sejak zaman purba lagi tenik ini digunakan untuk mewarnakan pakaian

KAEDAH DAN TEKNIK

Pelbagai kaedah digunakan bagi menimbulkan corak menarik yang spontan dapat dilakukan
oleh pereka tektil, namun eksplorer atau eksperimen sangat sesuai bagi menentukan cara
ikatan dan lipatan untuk mendapatkan corak. paling penting empat (4) perkara untuk
memastikan corak spontan itu dapat dihasilkan:

dye Cara lipatan Jenis lipatan

mewarna bantuan bahan Proses batik


lain pelangi

ikat dan celup hasil karya lipat


dan celup

Anda mungkin juga menyukai