Anda di halaman 1dari 7

Laporan Program Guru Penyayang

Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, telah merancang program Guru Penyayang setelah menerima
dokumen dari Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu. Seperti Ybhg Dato, KPPM menekankan Konsep
Guru Penyayang antara cirri-ciri guru adalah guru yang menjaga kebajikan murid, mengambil
tahu tentang pembelajaran murid sedar tentang kepentingan pembentukan modal Insan
seterusnya membentuk pemimpin masa hadapan. Hubungan guru dengan murid perlulah
diwujudkan dengan mesra, saling menghormati.

Slogan Guru Penyayang telah dijadikan Tema untuk guru-guru disiplin Sekolah Tinggi Kota
Kinabalu sepanjang Minggu Disiplin (26 hingga 30 Mac 2012). Antara sebab utama slogan ini
dipilih adalah guru sekolah ini mementingkan kebajikan murid, mengambil berat tentang
pembentukan sahsiah murid. Jika disiplin murid meningkat, mencapai sifat masalah disiplin,
pengajaran dan pembelajaran sekolah akan mudah difokus. Peningkatan akademik menjadi
tumpuan utama, disamping kelakuan dan pelakuan murid yang menyenangkan dan mematuhi
arahan guru.

Sekolah telah telah merancang perancangan taktikal pada akhir tahun 2011. Pada dasarnya, guru penyayang bukan
sesuatu yang baru di sekolah ini. Namun begitu pengedaran kertas kerja secara eksprisit telah dilaksanakan pada
bulan Februari 2012. Sekolah telah menyelitkan aktiviti Guru Penyayang dalam aktiviti yang memang diamalkan di
sekolah ini. Antara program yang dijalankan adalah seperti berikut :-

1. Pengetua dan guru disiplin sekolah yang berada di pintu utama sekolah setiap pagi untuk menyambut
murid.
2. Penolong kanan sekolah yang mengamalkan pentadbiran & pengurusan terbuka, sentiasa bersedia untuk
menyelesaikan masalah murid.
3. Guru Tingkatan yang menyambut kehadiran murid dalam kelasnya setiap pagi (6.50 hingga 700 pagi).
4. Guru Disiplin yang menyambut murid semasa rehat di kawasan kantin sekolah dan kawasan sekolah.
5. Guru kauseling yang sentiasa melapangkan dirinya untuk bertemu dengan murid yang perlukan bantuan
dan menghadapi masalah.
6. Guru-guru sekolah yang terlibat dalam Program Ai Xing sentiasa menghulurkan tangan untuk membantu
murid yang bermasalah dalam kehadiran, Program Profesionalisme untuk membantu murid yang
bermasalah dalam penyelesaian kerjarumah.

Program Guru Penyayang telah dilancarkan pada minggu Disiplin iaitu 26 Mac 2010 (Isnin) dengan slogan minggu
Disiplin Guru Penyayang, pennetu Disiplin batu asas kecemerlangan.
PROGRAM GURU PENYAYANG

AKTIVITI 1 : Pintu Utama Terbuka

BIL PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh : Sepanjang hari persekolahan

2. Masa : 6:45 pagi – 7.00 pagi

3. Bidang : Pengetua menyambut murid di Pintu Utama Sekolah

4. Aspek : Taklimat Ponteng sekolah

Taklimat Larang Keluar dari sekolah

5. Objektif : Memastikan semua murid masuk ke kawasan sekolah.

Tiada murid yang keluar dari kawasan sekolah dan ponteng


sekolah

6. Aktiviti : Menjaga supaya semua murid yang telah masuk ke kawasan


sekolah tidak keluar dari pintu utama sekolah

Memastikan tiada murid yang keluar dari kawasan sekolah dan


bersarapan di luar kawasan sekolah, merokok di kedai berdekatan
dan seterusnya ponteng sekolah.

7. Penilaian : Sukar dilaksanakan tanpa kerjasama dengan ibubapa

8. Rumusan : Ibubapa menggalakkan anak keluar dari sekolah dan bersarapan di


kedai berdekatan, sukar untuk sekolah mengambil langkah
pencegahan terhadap ponteng dan lari dari sekolah.
PROGRAM GURU PENYAYANG

AKTIVITI 2 : Pentadbiran Pintu Terbuka PK

BIL PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh : Sepanjang hari persekolahan

2. Masa : 2.10 hingga 4:30 pm

3. Bidang : Penolong kanan HEM mengamalkan pintu terbuka untuk


menerima semua aduan dan cadangan

4. Aspek : Perlaksanaan Disiplin sekolah

Perlaksanaan Kebajikan dan Kemudahan Murid

Penyediaan kemudahan asas sekolah

5. Objektif : Memastikan semua murid selesa dan rasa selamat datang ke


sekolah

Menyediakan satu tempat untuk murid mengadu dan mendapat


layanan yang sewajarnya.

6. Aktiviti : Memastikan semua murid dapat menyuarakan pandangannya

7. Penilaian : Mampu memperolehi maklum balas dari semua murid.

8. Rumusan : Ramai ibubapa yang mengunjungi. Kebanyakan ibubapa


memberikan komen yang menyebelahi anak masing-masing.
Kebanyakan ibubapa mencadangkan idea yang menyenangkan diri
mereka sendiri.
PROGRAM GURU PENYAYANG

AKTIVITI 3 : Guru Tingkatan – Kehadiran

BIL PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh : Sepanjang hari persekolahan

2. Masa : 6:55 pagi – 7.00 pagi

3. Bidang : Guru Tingkatan yang mengambil kehadiran kelas, berjumpa


dengan murid dalam kelas serta memaklumkan berita semasa
yang berlaku di sekolah.

4. Aspek : Keselesaan bilik darjah

Maklumat sekolah

5. Objektif : Memastikan semua murid hadir pada hari persekolahan.

Memastikan tiada murid yang ponteng.

Memastikan kebajikan murid dijaga.

6. Aktiviti : Memastikan kehadiran kelas mencapai 96%

Memastikan kelas selesa untuk P&P

Memastikan kemesraan kelas terjaga

Mewujudkan hubungan yang mesra antara murid dalam kelas

7. Penilaian : Sukar dilaksanakan tanpa kerjasama guru tingkatan

8. Rumusan : Kejayaan disiplin dan peningkatan peratus kehadiran murid hanya


akan tercapai jika guru tingkatan dapat mewujudkan hubungan
yang mesra, penuh kasih saying dengan murid dalam kelasnya.
PROGRAM GURU PENYAYANG

AKTIVITI 4 : Guru Displin

BIL PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh : Sepanjang hari persekolahan

2. Masa : 6:45 pagi – 5.00 pagi (tidak tentu)

3. Bidang : Keselamatan dan kesejahteraan murid

Disiplin Murid.

4. Aspek : Kesejahteraan sekolah- murid mematuhi peraturan sekolah.

Tidak ganggu pelaksanaan P&P sekolah

5. Objektif : Memastikan keadaan di sekolah sejahteraan dan selamat

6. Aktiviti : Menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa terhadap semua


kesalahan murid samada ringan, sederhana atau berat.

Melakukan penyiasatan dan penyelidikan untuk memastikan


punca dan asal kes disiplin

Menjalankan aktiviti pencegahan untuk mengelakkan kes disiplin


tidak berlaku, tidak tersebar dan tidak merebak

7. Penilaian : Dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan

8. Rumusan : Guru penyayang dapat dilaksanakan

Namun Ibubapa penyayang sukar ditemui dalam hal perjumpaan


ibubapa murid yang bermasalah disiplin.

Disiplin dan kelakuan murid yang bermasalah disiplin didapati


berhubung rapat dengan kelakuan ibubapa, ibuaba kumpualan ini
didapati menyebelahi anak, tidak berfikiran logic serta sentiasa
mencari alasan untuk menlindungi anak, sanggup menyalahi
sekolah demi melindungi anak mereka.
PROGRAM GURU PENYAYANG

AKTIVITI 5 : Guru Kauseling

BIL PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh : Sepanjang hari persekolahan

2. Masa : 6:45 pagi – 2.10 pagi Ikut waktu persekolahan

3. Bidang : Kauseling dan nasihat

4. Aspek : Taklimat Kemahitran

Taklimat moral dn motivasi

5. Objektif : Perjumpaan kauseling secara individu

Nasihat diberikan kepada murid yang bermasalah disiplin atau


masalah lain

Menasihat murid dalam membuat pilihan mereka

6. Aktiviti : Mengadakan taklimat akademik, kerjaya untuk murid

Mengadakan sesi kauseling individu atau kumpulan

Mengadakan program untuk pencegahan masalah disiplin sekolah

7. Penilaian : Dilaksanakan dengan baik

8. Rumusan : Membantu murid dalam membuat perubahan dan pemilihan yang


wajar.
PROGRAM GURU PENYAYANG

AKTIVITI 5 : Guru-guru lain

BIL PERKARA KETERANGAN

1. Tarikh : Sepanjang hari persekolahan

2. Masa : 6:45 pagi – 2:10 petang

3. Bidang : Pengajaran dan pembelajaran

4. Aspek : Mata pelajaran major dan minor

Ko-kurikulum- bidang masing masing

5. Objektif : Memastikan semua murid memperolehi minimum kompetensi


yang peerlu dikuasainya.

Memastikan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan yang


perlu dikuasai dalam pembelajaran ko-kurikulumnya

6. Aktiviti : Menyalurkan pengajaransecara formal dan tidak format serta nilai


murni melalui aktiviti P&P dan aktiviti ko-kurikulum

7. Penilaian : Pembentukan sahsiah murid

8. Rumusan :

Anda mungkin juga menyukai