Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM SOLAT BERJEMAAH

PERINGKAT SEKOLAH 2019

1. Pendahuluan.

Program ini merupakan program sepanjang tahun sebagai salah satu


usaha untuk menyemarakkan penghayatan Islam dalam kalangan
pelajar . Program ini
bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang menghayati kepentingan
solat berjemaah dan mengamalkan sunnah Rasulullah . Mudah-
mudahan program ini dapat memantapkan dan mengukuhkan
sahsiah pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Burong.

2. Falsafah Pendidikan Islam.

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan


ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-
Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran ,keperibadian dan
pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggung
jawab untuk membangunkan diri, masyarakat ,alam sekitar dan negara
ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

3. Objektif

3.1 Melahirkan warga SK Sungai Burong yang mahu mengerjakan solat


fardu secara berjemaah secara tidak langsung dapat membentuk
akhlak mahmudah seperti istiqamah melakukan kebaikan .

3.2 Melahirkan warga SK Sungai Burong yang menghayati ajaran Islam


dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda antaranya solat berjemaah

3.3 Melahirkan warga SK Sungai Burong yang sentiasa berdisiplin


seperti menepati masa dan akur dengan peraturan sekolah .

3.4 Melahirkan warga SK Sungai Burong yang sentiasa mematuhi


arahan ketua disamping mewujudkan sifat bekerjasama

3.5 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal


ibadat demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang
dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi.

3.6 Mendedahkan para pelajar dengan sifat-sifat kepimpinan dan


pengurusan yang baik.

4. Tarikh

Sepanjang Tahun

5. Sasaran
Semua warga Islam Sekolah Kebangsaan Sungai Burong

6. AJK Pelaksana

JAWATANKUASA PROGRAM SOLAT BERJEMAAH PERINGKAT SK


SUNGAI BURONG

TAHUN 2019

Pengerusi

Naib Pengerusi 1

Naib Pengerusi 2

Naib Pengerusi 3

Naib Pengerusi 4

Penyelaras

Setiausaha

Penyelaras Program

AJK Ustzh Suriani Hasim

Pn.Shera Abd. Razak

Ustazah Misnah bt Juraimi

Ustz.Siti Khadijah bt Ahmad

En. Amirul Izham bt. Abu Seman

7. Penutup.

Diharapkan program ini akan mendapat kerjasama yang


sepenuhnya daripada semua pihak yang terlibat demi
memastikan kecemerlangan pelajar dalam pembentukan syahsiah
dan keterampilan diri.. Seterusnya dapat menghayati
Bulan Ramadhan sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan di
samping mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah.Semoga
insan muslim,mukmin dan muttaqin dapat dilahirkan.

Disediakan Oleh, Disahkan oleh,


(USTAZAH MAIMUNAH BT. ISHAK ) ( ASLINA BT
YOB )
Penyelaras Program, Pengetua
Sek. Men. Keb. Derma. Sek.Men. Keb. Derma
Kangar Perlis. Kangar Perlis

Anda mungkin juga menyukai