Anda di halaman 1dari 4

LATIH TUBI BAHASA

Latihan 1

Petikan di bawah ini mempunyai beberapa kata yang salah penggunaan imbuhannya. Catatkan kata-kata
tersebut dan berikan imbuhan yang tepat. Anda hanya perlu mencatat kesalahan dan pembetulannya sahaja.

Peranan rakan sebaya dalam pembentukan keperibadian seseorang remaja tidak boleh memandang rendah.
Kajian-kajian yang telah dijalankan terbukti bahawa ada kalanya pengaruh rakan sebaya terhadap remaja
mengatasi pengaruh ibu bapa. Pengaruh ini memperoleh kekuatan penambah apabila ibu bapa gagal
memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Dalam keadaan seperti ini, seseorang
remaja akan mula menggantung pada rakan-rakan sebaya untuk mengisi kekosongan jiwa mereka. Malah,
mereka akan mula mengikut segala telunjuk rakan-rakan sebaya tersebut dalam usaha memenangkan hati
rakan-rakan.

[ 6 markah ]

Jawaban

(i) pembentukan -> membentuk

(ii) memandang -> dipandang

(iii) terbukti -> membuktikan

(iv) penambah -> bertambah

(v) menggantung -> bergantung

(vi) memenangkan -> memenangi

Latihan 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, senaraikan kata-kata majmuk yang terdapat
dalam petikan.

Pengerusi majlis memberitahu para hadirin bahawa perbincangan mereka pada hari itu akan menjurus kepada
masalah setinggan di sekitar pekan tersebut. Beliau meminta mereka memikirkan bagaimana masalah tersebut
boleh diselesaikan. Beliau menyatakan rasa dukacita beliau kerana masalah tersebut masih berterusan walhal
pelbagai tindakan telahpun diambil. Oleh itu, beliau menyeru kepada semua yang hadir agar memberikan
kerjasama untuk membanteras masalah itu.

[ 6 markah

Jawaban
(i) pengerusi majlis

(ii) dukacita
(iii) kerjasama

Latihan 3
Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata majmuk yang sesuai dan salin petikan tersebut semula.

Undang-undang mewajibkan setiap (1) Malaysia mempunyai kad pengenalan yang sah. Sudah menjadi (2)
ibu bapa untuk memastikan anak-anak yang menjangkau usia dua belas tahun mendapat kad pengenalan.
Kad pengenalan merupakan satu dokumen yang amat penting. Mereka yang kehilangan dokumen ini perlu
membuat laporan di (3) terdekat dan memohon dokumen yang baru. Memandangkan dokumen ini amat
penting untuk segala urusan memperoleh dokumen-dokumen lain seperti pasport perjalanan (4) , maka ada
sindiket yang mencuri dokumen ini. Sindiket ini dikatakan beroperasi di (5) Kuala Lumpur. Yang
menyedihkan ialah ada laporan yang mengatakan terdapat beberapa orang (6) kerajaan yang turut terlibat
dalam sindiket ini.

Jawaban
(i) warganegara

(ii) tanggungjawab
(iii) balai polis
(iv) antarabangsa
(v) ibu negara
(vi) kakitangan

Latihan 4

Petikan di bawah ini mempunyai beberapa kata majmuk tanpa imbuhan. Catatkan kata-kata tersebut
dan berikan imbuhan yang tepat.

Sikap sesetengah kakitangan kerajaan yang salah guna kedudukan mereka amat membimbangkan
masyarakat dan pihak kerajaan. Mereka sering campur aduk tugasan rasmi dengan pelbagai pegangan dan
ideologi politik mereka. Kerajaan mengharapkan mereka dapat satu padu rakyat negara ini tetapi sebaliknya
ada antara mereka yang pecah belah perpaduan rakyat. Ada juga dalam kalangan mereka yang putar belit
tujuan sesetengah dasar kerajaan demi kepentingan ideologi mereka. Selepas itu mereka jugalah yang
bersuara lantang mengatakan kerajaan anak tiri kakitangan kerajaan dan mengutamakan pihak swasta.

[ 6 markah ]

Jawaban
(i) salah guna -> menyalahgunakan
(ii) campur aduk -> mencampuradukkan
(iii) satu padu -> menyatupadukan
(iv) pecah belah -> memecahbelahkan
(v) putar belit -> memutarbelitkan
(vi) anak tiri -> menganaktirikan

Latihan 5

Petikan di bawah ini mempunyai beberapa kata yang seharusnya digandakan. Catatkan kata-kata
tersebut dan berikan gandaan yang sesuai.

Mak Limah berlari anak menuju ke rumah Tok Penghulu. Ketika itu Tok Penghulu sedang duduk di anjung
sambil menghisap paip. Beliau terkejut melihat Mak Limah yang bergegas memasuki pekarangan rumahnya.
Wanita itu nyaris terlanggar pasu bunga yang terletak di tepi pintu rumahnya. Nafasnya termengah. Apabila
dia mula bercakap suaranya putus. Menurut Mak Limah, suaminya yang sering sakit itu sudah tidak
sedarkan dirinya.

[ 6 markah ]

Jawaban
(i) berlari -> berlari-lari

(ii) duduk -> duduk-duduk


(iii) nyaris -> nyaris-nyaris
(iv) termengah -> termengah-mengah
(v) putus -> terputus-putus
(vi) sakit -> sakit-sakit

Latihan 6
Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata ganda yang sesuai. Anda boleh memberikan imbuhan
sekiranya perlu.

Anak-anak yang sedang (mandi) ……… di sungai itu lari (lintang)……… apabila mendengar bunyi
ngauman itu. Mereka bukannya tidak tahu siapa yang menghuni belantara di kawasan (bukit)……… itu.
Malah Samad yang (gemuk)……… itupun mampu mengheret tubuhnya pantas meninggalkan tempat itu.
Cuma Ramli sahaja yang masih (cari)……… cermin matanya. Keadaan yang begitu ceria bertukar menjadi
(huru)……… dalam sekelip mata.

[ 6 markah ]

Jawaban
(i) mandi -> bermandi-manda

(ii) lintang -> pintang-pukang


(iii) bukit -> nukit-bukau
(iv) gemuk -> gemuk-gedempol
(v) cari -> tercari-cari
(vi) huru -> huru-hara

Latihan 7
Petikan di bawah ini mempunyai beberapa kata ganda tanpa imbuhan. Catatkan kata-kata tersebut
dan berikan imbuhan yang tepat.

Selama ini mereka hidup kasih-kasih antara satu sama lain. Sifat bantu-bantu dalam kalangan mereka sering
dicemburui penduduk desa lain. Mereka juga tidak pernah menipu atau mencuri. Mereka sedar bahawa
pandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Hidup mereka berkisar di sekitar bendang
dan dusun mereka. Boleh-bolehnya mereka cuba berdikari dalam meneruskan kehidupan tanpa menyusahkan
sesiapa. Mereka juga tidak ada-ada cerita tentang orang lain. Pendek kata, mereka berpegang pada pepata,
“berbuat baik pada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.”

[ 6 markah ]

Jawaban
(i) kasih-kasih -> kasih -mengasihi

(ii) bantu-bantu -> bantu-membantu

(iii) pandai-pandai -> sepandai-pandai


(iv) boleh-bolehnya -> seboleh-bolehnya
(v) ada-ada -> mengada-adakan
(vi) pada-pada -> berpada-pada

Latihan 8

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Bandar yang mempunyai banyak bangunan sejarah itu sering dikunjungi pelancong.

(ii) Pelajar yang tidak minat membaca pasti akan tertinggal dalam banyak lapangan.

(iii) Hal yang diberitahu oleh bapa itu bukanlah sebuah perkara yang mengejutkan saya.
[ 6 markah ]

Jawaban

(i) Bandar yang banyak mempunyai bangunan bersejarah itu sering dikunjungi pelancong.

(ii) Pelajar yang tidak berminat membaca pasti akan ketinggalan dalam banyak lapangan.

(iii) Hal yang diberitahukan oleh bapa itu bukanlah satu perkara yang mengejutkan saya.

Anda mungkin juga menyukai