Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan

oleh Portugis pada tahun 1511. Sultan Mahmud dan para pengikutnya telah berundur ke kawasan

pedalaman, kemudian berundur ke Ulu Muar dan seterusnya ke Pahang. Setelah setahun berada

di Pahang, baginda belayar ke Bintan dan mendirikan sebuah pengkalan di situ dan menetap

selama 12 tahun. Sultan Mahmud dan pengikutnya beralih pula ke Kampar kerana serangan

Portugis dan mangkat pada tahun 1528. Setelah Sultan Mahmud mangkat, baginda digantikan

dengan puteranya Raja Ali.1 Kesultanan Johor diasaskan oleh warisan Kesultanan Melayu

Melaka, justeru kerajaan ini banyak mewarisi sistem dan bentuk pentadbirannya. 2

Walaubagaimanapun, kerajaan ini telah mengalami tahap evolusi, transformasinya yang

tersendiri dan berhadapan dengan lima fasa yang berbeza untuk mencapai era kegemilangan

kerajaan tersebut.

Jika dibincangkan mengenai evolusi dan transformasi yang berlaku di Johor, terdapat

beberapa faktor yang menyumbang kepada keadaan ini. Antaranya ialah kedudukan Johor yang

strategik dan kemudahan yang disediakan di pelabuhan Johor. Bagi faktor kedudukan Johor yang

strategik, dapat dilihat dengan jelas kedudukan pelabuhan di sepanjang Sungai Johor terletak di

tengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat. Kedudukannya yang strategik ini

membolehkan Johor mengawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur.3 Selain itu, Sungai

Johor merupakan tempat pertembungan angin monsun dan terlindung daripada angin kencang.

1
Raja Ali adalah putera Mahmud Syah dengan Tun Fatimah. Sebelum Mahmud Syah mangkat, Raja Ali telah
diangkat sebagai Sultan Muda dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah ( A. Samad Ahmad (ed) : 1986:274).
2
Lisa Yip Shukye, Jais Bin Abdul Hamid(1969). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdb Bhd, Hlmn 44.
3
Ibid, Hlmn 46.

1
Justeru, kerajaan Johor telah mengeksploitasikan kedudukannya yang strategi dengan memaju

dan memperkukuhkan kedaulatan dan kekuatan wilayahnya.

Oleh yang demikian, berikut adalah huraiaan bagaimana sejarah kerajaan Johor telah

melalui sejarah yang amat berbeza sekali dengan kerajaan Melayu yang lain dimana keunikannya

amat terserlah. Penulisan ini akan membincangkan beberapa fasa perkembangan dan perubahan

kerajaan Johor secara beransur-ansur iaitu bermula dengan sejarah awal pra 1530, seterusnya

fasa kedua dari tahun 1530 sehingga 1640, fasa ketiga dari tahun 1641 sehingga tahun 1699, fasa

keempat dari tahun 1700 sehingga 1720, dan fasa kelima dari tahun 1784.

2.0 EVOLUSI DAN TRANSFORMASI JOHOR MENGIKUT TAHAP

2.1 FASA PERTAMA ( PRA 1530 )

` Fasa pertama ini membincangkan mengenai pembentukkan sejarah awal kerajaan Johor.

Menurut Sejarah Melayu, Johor pada mulanya dikenali sebagai Klang-Kio atau Genggayu. Telah

diceritakan bahawa setelah kerajaan “ Gangga Nagara” atau Perak berjaya dikalahkan oleh Raja

Suran, beliau bersama angkatan tenteranya dari tanah India telah meneruskan misi serangan ke

sebuah kerajaan taklukan Siam di hulu sungai Johor yang bernama “ Klang-Kio” atau

“Genggayu”.4 Klang- kio dalam bahasa Siam beerti Kota Permata dan raja yang memerintah

yang memiliki kuasa dan wilayah yang luas serta kesemua kerajaan di Timur tunduk dibawah

kuasanya. Sejarah awal Johor juga dikenali sebagai Ujong Medini atau Ujong Tanah iaitu

willayah yang meliputi selatan semenanjung Tanah Melayu termasuklah Johor, Muar, Pahang

4
Buyung Adil (1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka,. Hlmn 1.

2
dan Temasik. Selain itu, kerajaan awal Johor juga dikenali sebagai Wurawari yang bermaksud “

air yang jernih” dalam bahasa Jawa lama.

Merujuk kepada perkembangan sejarah awal Johor dapat dilihat bahawa penempatan

awal kerajaan Johor adalah lebih tertumpu di bahagian lembangan dan persisiran sungai,

terutamanya di bahagian timur Johor. Buktinya, Klang-kio terletak berhampiran dengan Hulu

Sungai Johor dan bukti kedua ialah ‘Sayong’ yang merupakan sebuah nama tempat yang terletak

berhampiran dengan Sungai Johor. Hal ini kerana banyak penempatan dan perkembangan sejarah

awal Johor banyak berpusat di bahagian timur Johor iaitu di sepanjang Sungai Johor yang

memiliki muara yang dalam dan luas. Pusat pentadbiran kerajaan Johor sentiasa berubah-ubah di

sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau-Lingga sebagai muslihat bagi mengelirukan musuh.

Kesultanan Johor juga dikenali sebagai “Kesultanan Johor-Riau-Lingga”.5 Selain itu, dapat

dilihat penempatan awal sejarah Johor di selatan iaitu di Pulau Tumasik dan sepanjang sungai

Johor.

2.2 FASA KEDUA (1530 – 1640 )

Dalam fasa kedua pula akan menerangkan penubuhan dan pemerkasaan kerajaan Johor

selam 110 tahun. Pada umumnya, tarikh 1530 telah dijadikan rujukan oleh sejarawan sebagai

tarikh pengasasan kerajaan Johor kerana sejarah awal Johor sebelum tahun 1530 masih kabur

dan belum diselidiki dengan sempurna. Oleh yang demikian, sejarawan telah berpakat

mengatakan tahun 1530 merupakan tahun pengasasan kerajaan Johor.

5
http://lesungpatriotik.blogspot.com/2012/05/pengasasan-kerajaan-johor.html

3
Merujuk kepada sejarah kerajaan Johor, selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka

(1511), Sultan Mahmud Shah (1511-1528) telah berundur ke pedalaman dan akhirnya membuat

kediaman di Bentan.6 Disitu baginda telah menyusun strategi dan tenteranya untuk menyerang

Portugis dan menawan semula Melaka. Sehingga tahun 1528, beberapa siri serangan telah dibuat

oleh Sultan Melaka tetapi usaha tersebut gagal kerana tidak dapat menebusi Kota A Farmosa.7

Setelah baginda mangkat di Kampar, Sultan Alauddin Riayat Syah , putera Sultan Mahmud pula

yang meneruskan usaha ayahandanya untuk menawan Melaka dengan menubuhkan kerajaan

Johor. Dalam jangka masa 110 tahun tersebut, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kerajaan

Johor dalam proses pengukuhan sesebuah kerajaan.

Pada awal pemerintahan dan penguasaan kerajaan Johor, Sultan Alauddin Riayat Syah

menerima pelbagai saingan sehingga mewujudkan perang yang dinamakan perang segi tiga iaitu

perang antara Johor, Portugis di Melaka dan kerajaan Acheh di Sumatera. Tujuan peperangan ini

adalah untuk merebut penguasaan perdagangan di Selat Melaka dan peperangan ini berlarutan

selama 100 tahun (1536–1636).8 Portugis yang sememangnya musuh tradisi sejak zaman

kejatuhan empayar Melaka menganggap penubuhan kerajaan Johor adalah sebagai satu ancaman

baru. Portugis dikatakan telah melanggar Johor lapan kali iaitu pada tahun 1518, 1521, 1523,

1524, 1526, 1535, 1536 dan 1587. Sementara Acheh pula melanggar Johor sebanyak enam kali.

Cabaran awal dari tahun 1530 hingga 1660 memang mencabar Johor dalam menewaskan

percobaan-percobaan yang cuba memusnahkannya. Oleh itu, sejarawan L.Y. Andaya dan

Muhammad Yusof Hasyim berpendapat bahawa tempoh awal yang terdapat banyaknya siri

peperangan ini sebagai satu tempoh yang mengekalkan kewujudan Johor di Alam Melayu.

6
Leonard Y. Andaya (1987). Kerajaan Johor 1641-1728. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlmn 28.
7
Ibid. Hlmn 31.
8
http://mysejarahcoursenotes.blogspot.com/2010/07/perang-tiga-segi.html

4
2.3 FASA KETIGA (1641-1699)

Pada fasa ini merupakan titik permulaan kegemilangan Johor dalam perkembangan

sesebuah kerajaan yang berdaulat. Pada awal abad ke-17, transformasi telah berlaku dalam

perimbangan kuasa di dunia Melayu terutamanya di Selat Melaka. Perubahan tersebut

dipengaruhi oleh kedatangan kuasa Belanda dan penubuhan Syarikat Hindia Timur atau VOC.

Syarikat Hindia Timur Belanda atau lebih dikenali sebagai V.O.C. (Vereenigde Oostindische

Compagnie) ditubuhkan oleh pedagang Belanda untuk menguasai perdagangan bijih timah.9

Pada masa yang sama, kelemahan kerajaan Acheh juga menjadi pemangkin kepada perubahan

besar masa depan dan kejayaan Johor. Pada tahun 1641, kerajaan Johor hanya terdiri daripada

Sungai Kelang, Sungai Penagi (Kuala Linggi), Sungai Siak, Sungai Kampal, Bengkalis,

Ungaran, Pulau-pulau Karimun, Bulang, Bentan, Lingga dan pulau-pulau sekeliling, Pulau

Singapura, Rio Farmosa ( Sungai Batu Pahat) dan Muar.10

Kedatangan kuasa Eropah yang lain ke Melaka telah menyebabkan Portugis terpaksa

berhadapan dengan cabaran baru iaitu kemunculan kekuatan pedagang Belanda yang telah

menubuhkan Syarikat Hindia Timur. Seawal tahun 1606, VOC dan Johor telah membuat

perjanjian kerjasama.11 Kesempatan ini telah diambil sepenuhnya oleh kerajaan Johor dimana

pada fasa ini kerajaan Johor telah melalui proses transformasi dari segi politik, ekonomi dan

sosial. Kerajaan Johor telah mengambil inisiatif dengan menandatangani perjanjian dengan kuasa

Barat iaitu Belanda dimana akhirnya telah mewujudkan suasana baru di Selat Melaka.

9
Lisa Yip Shukye, Jais Bin Abdul Hamid(1969). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdb Bhd, Hlmn 52.
10
Buyong Adil(1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlmn 49.
11
Lisa Yip Shukye, Jais Bin Abdul Hamid(1969). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdb Bhd, Hlmn 52.

5
Selain itu, Johor merupakan sebuah kerajaan yang unik kerana ianya terikat bukan sahaja

dengan sejarah dunia Melayu tetapi turut berhubung kait dengan sejarah global terutamanya

dengan dunia di sebelah Timur dan Barat. Kedudukan geografi yang strategik kerajaan Johor

yang terletak di persimpangan pelayaran utama dunia antara Timur dan Barat telah

menjadikannya penting dan menguasai sepenuhnya kedudukan geopolitik tersebut. Kedudukan

geogarfi yang strategik ini telah dieksploitasi sepenuhnya oleh orang melayu yang tinggal di

semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Sumatera sehingga bermulanya peradaban Melayu yang

berteraskan kepada dunia maritime. Oleh yang demikian, kehadiran Belanda yang bermatlamat

sesiapa sahaja yang berjaya menguasai dan mengawal Selat tersebut, merekalah yang dapat

menguasai sepenuhnya kekayaan dagangan yang melaluinya dan matlamat tersebut menjadi

nyata.

Pada tahun 1602, ikatan diplomasi antara Johor-Belanda telah termeterai dengan

kedatangan Admiral Jacob Heemaker ke istana Johor di Batu Sawar. Matlamat diplomasi ini

adalah bertujuan untuk menghalau Portugis dari Melaka, menghalang monopoli Portugis dalam

perlombongan bijih timah dan perdagangan kain kapas India dan kemunculan VOC pada masa

itu telah menjadi pemangkin kepada transformasi positif Johor. Persahabatan ini membolehkan

Johor mendapat perlindungan keselamatan daripada Belanda.12 VOC juga telah menyalurkan

dana melalui karyawan Belanda dari bandar-bandar terkenal di sana untuk membantu

mempertingkatkan ekonomi Johor.

Kesan daripada ikatan Belanda-Johor ini ialah Johor kembali menjadi pusat pentadbiran

dan ekonomi yang berkembang dengan peningkatan perdagangan yang dijalankan. Kekayaan

yang diperoleh daripada perdagangan antarabangsa meningkatkan lagi kewibawaan pemimpin-

12
ibid, hlmn 47

6
pemimpin Johor dan memperkukuhkan unsur-unsur politik yang menjamin kedudukan beraja.

Raja juga amat disegani oleh rakyat kerana baginda mempunyai pengaruh dan kuasa untuk

merestui semua kegiatan ekonomi. Selain itu, pemimpin-pemimpin yang lain juga dihormati

kerana kewibawaan pemerintahan mereka yang banyak membantu membina perkembangan

negeri Johor sebagai sebuah kerajaan yang disegani oleh masyarakat luar.

Kemunculan Belanda di Johor menjadikan kawasan di Selat Melaka menjadi kawasan

yang penting bagi pertumbuhan perdagangan Intra Asia diantara Barat dan Timur dimana

kerajaan Johor di Riau menjadi pemangkinnya. Bukti adalah pada tahun 1661, catatan sejarah

orang Belanda telah mengatakan bahwa saudagar-saudagar China telah datang membawa kain-

kain ke pasar perniagaan di negeri Johor iaitu kain buatan Inggeris yang didatangkan di bandar

surat dan dari bandar-bandar di pantai Koromandel.13 Perkembangan Johor juga dipengaruhi oleh

perkahwinan semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah pada tahun 1644 dimana

perkahwinan tersebut merapatkan lagi hubungan diplomatik kedua-dua negeri tersebut.

Seterusnya, mereka berkongsi pengalaman mengenai perdagangan di negara masing-masing.

Persahabatan yang akrab ini berkekalan hingga tahun 1784. Namun, kerjasama tersebut

telah musnah apabila dinodai oleh cita-cita sempit Raja Haji dimana beliau merasakan beliau

memiliki kekuatan untuk mengalahkan Belanda. Raja Haji melancarkan perang terhadap Belanda

hanya disebabkan satu peristiwa kecil iaitu peristiwa rampasan kapal Betsey. Tindakan beliau

tersebut bukan sahaja telah menghancurkan kerjasama yang sedia terjalin tetapi juga pelabuhan

Riau yang menjadi nadi ekonomi kerajaan Johor.

13
Buyong Adil(1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlmn 73.

7
Hakikatnya, persahabatan antara Belanda dan Johor banyak menguntungkan Johor

dimana pelabuhan Riau dimajukan menjadi pusat pedagangan utama di Asia Tenggara yang telah

mencabar Melaka dan Bataria. Persahabatan ini juga telah memberi peluang kepada para

pegawai dan orang kaya untuk berdagang tanpa disekat oleh Belanda di Selat Melaka seterusnya

melonjakkan semula ekonomi kerajaan Johor dan menjadi pelabuhan Riau bertambah pesat dan

disinggahi oleh para pedagang dari Eropah, India, China dan juga dari dunia Melayu tanpa

dilarang oleh Belanda.

2.4 FASA KEEMPAT (1700 – 1720 )

Apabila memasuki abad ke-18, kerajaan Johor telah mengalami era cabaran dalam

sejarah tranformasinya. Peristiwa pembunuhan sultan terakhir dari keturunan Melaka oleh Megat

Seri Rama pada tahun 1699 telah memusnahkan usaha pengukuhan yang telah diperkukuhkan

oleh Laksamana Paduka Raja suatu ketika dahulu musnah. Kemangkatan Sultan Mahmud I tanpa

meninggalkan sebarang zuriat daripada keturunan sultan Melayu Melaka untuk memerintah

negeri Johor, bertukar ke tangan raja-raja berketurunan bendahara.14 Kesan daripada peristiwa

itu, Bendahara Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil

Riayat Syah IV. Dengan itu, berakhirlah zuriat kesultanan Melaka di Johor.15

Walaubagaimanapun. konflik ini menimbulkan konflik selama 20 tahun dimana jurai

kesultanan diputuskan dan digantikan dengan jurai Bendahara. Kesannya, berlaku tuntutan harta

14
Haji Buyong Bin Adil (1980). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlmn 92.
15
Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Hlmn 334.

8
dan kemudiannya berlaku perang saudara yang membawa kepada penglibatan pihak luar dan

pentadbiran politik Johor.

Selain itu, dapat dilihat keadaan Johor yang tidak tenteram impak daripada perlantikan

Tun Abdul Jalil sebagai sultan. Perlantikan seorang yang bukan daripada keturunan Bukit

Seguntang Mahameru ( Palembang) sebagai sultan itu telah ditentang oleh Orang Laut. 16 Orang

Laut dan masyarakat tidak dapat menerima beliau kerana pada ketika itu mereka menganggap

adalah satu perkara yang mustahil untuk seorang “berdarah merah” menjadi sultan sedangkan

semua keturunan Diraja adalah berketurunan darah putih. Jika ditinjau dari sudut akibat, keadaan

politik yang amat genting ini telah menimbulkan perasaan saling benci membenci dan iri hati

dalam kalangan masyarakat.17

Selain itu, akibat daripada perlantikan ini juga, kerajaan Johor kehilangan ketaatan orang

laut yang selama ini menjadi tonggak keselamatan kerajaan Johor sejak zaman Srivijaya lagi.

Hubungan erat Orang Laut dengan raja Melaka wujud sejak zaman Srivijaya, Palembang antara

abad ke-7 hingga abad ke-11 dan disambung pada abad ke-14 selepas anak raja menubuhkan

kerajaan Melaka.18 Orang Laut merajuk dan membawa diri dan secara terbuka rela meletakkan

diri dibawah pemerintahan Palembang daripada memberikan taat setia kepada seorang

penderhaka.19 Mereka menolak pertuanan baru dan menganggap sultan baru tidak berdaulat. Hal

ini memberi impak yang teruk terhadap keselamatan dan kemakmuran kerjaan Johor

terutamanya kepada perdagangan perkapalan. Malah, Johor juga terdedah kepada ancaman

musuh dan lanun selepas Orang Laut meninggalkan Johor. Keadaan ini memberi laluan kepada

16
Ibid, Hlmn 334.
17
Leonard Y. Andaya (1987). Kerajaan Johor 1641-1728. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlmn 265.
18
Abdul Latif Abdul Bakar (1984). Sejarah di Selat Melaka. Selangor : United Selangor Press Sdn Bhd, Hlmn 75.
19
Leonard Y. Andaya (1987). Kerajaan Johor 1641-1728. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlmn 253.

9
perpecahan kuasa dan menggugat keutuhan kuasa pusat, perpaduan anggota masyarakat menjadi

longgar dan menyebabkan kemasukan pengaruh Siak dan Bugis ke dalam institusi politik dan

masyarakat di Johor-Riau.

Kemasukan Siak bermula apabila seorang raja Siak muncul dan mengaku bahawa dia

ialah putera Sultan Mahmud yang dibunuh pada tahun 1699 dan mengisytiharkan dirinya sebagai

perwaris yang berhak ke atas takhta Johor. Raja Kecil merupakan ketua orang Minangkabau di

Siak.20 Kekacauan dan serangan-serangan yang dilakukan oleh Raja Kecil mendorong kepada

keadaan huru hara dalam kerajaan Johor. Antara tahun 1718 hingga 1721 takhta kerajaan Johor

telah dirampas oleh Raja Kecil dan mengangkat dirinya sebagai sultan Johor dengan gelaran

Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Namun demikian Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil

Riayat Syah IV(1699-1718) berjaya merampas semula takhta kerajaan Johor dengan bantuan

opu-opu Bugis iaitu Daeng Perani, Daeng Marewah, Daeng Kemasi, Daeng Kemboja dan Daeng

Menambun pada tahun 1722.21 Dengan kejayaan tersebut, Raja Sulaiman dilantik menjadi sultan

Johor dengan gelaran Sultan Badrul Alam Syah yang merupakan sultan yang ke-13 dan Daeng

Marewah sebagai Yamtuan Muda. Yamtuan Muda sebenarnya lebih berkuasa daripada Sultan. 22

Maka, bermulalah pengaruh Bugis dalam kerajaan Johor-Riau.

20
Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Hlmn 337.
21
Lisa Yip Shukye, Jais Bin Abdul Hamid(1969). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdb Bhd, Hlmn 44.
22
Ibid, Hlmn 45.

10
2.5 FASA KELIMA (1720 – 1784)

Fasa kelima ini merupakan era kegemilangan Johor dimana dalam fasa ini akan

membincangkan tentang kesan kemasukan pengaruh luar iaitu pengaruh Bugis kepada

transformasi perkembangan kerajaan Johor.

Kemasukan Orang Bugis ke Johor banyak menjayakan pembangunan negeri Johor.

Orang Bugis yang menetap di Johor telah memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang

termasuklah pentadbiran, perdagangan dan ketenteraan.23 Kehadiran Bugis telah mewujudkan

dua kuasa dalam pentadbiran Johor iaitu kuasa Melayu dan kuasa Bugis. Bugis telah

memperkenalkan jawatan Yang Dipertuan Muda ke dalam pentadbiran Johor dimana bidang

kuasanya melebihi kuasa Sultan. Melalui jawatan tersebut, Bugis meyerap sepenuhnya kuasa ke

dalam pentadbiran kerajaan. Begitu juga dengan pengenalan adat tiga hujung yang menyerapkan

kuasa Bugis ke dalam istana dan masyarakat Melayu.

Kesan kemasukan Bugis turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi kerajaan Johor.

Kekuatan perdagangan yang telah berjaya dibina oleh orang Melayu kini diperkukuhkan lagi

dengan kehadiran Bugis. Pedagang Bugis terkenal dengan kepandaiannya berdagang

menyelusuri perairan Laut Sulu, Laut Cina Selatam, Laut Jawa dan juga Selat Melaka telah

menghasilkan medan perdagangan dan jaringan perdagangan yang amat menguntungkan sekali.

Selain itu, Bugis juga mahir dalam urusan perniagaan. Semasa Daeng Chelak ditabalkan sebagai

Yamtuan Muda Riau III, beliau mengambil inisiatif dengan menggalakkan rakyat Johor

menguasahakan tanaman gambir24 yang pada ketika itu mempunyai nilai permintaan yang tinggi.

23
Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Hlmn 339.
24
Raja Haji Ahmad, Raja Ali Haji (1982). Tuhfat Al-nafis. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti, Hlmn 60.

11
Perkembangan ekonomi Johor ini berjaya menjadikan Johor sebagai tumpuan saudagar-saudagar

dari luar datang untuk berniaga. Tumpuan ekonomi saudagar dari luar telah menambahkan lagi

hasil kutipan cukai iaitu hasil daripada eksport dan import di pelabuhan Johor. Perkembangan ini

membolehkan Sultan Sulaiman membeli dan menambah kelengkapan pertahanan Johor dari

ancaman musuh sama ada dari luar mahupun dalam Johor.

Justeru, penglibatan Bugis dalam politik Johor berjaya menjadikan Johor sebagai

pelabuhan yang terkenal dan setanding dengan pelabuhan lain. Demikianlah transformasi yang

berlaku dalam erea kegemilangan Johor dari aspek politik dan ekonomi.

3.0 KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa Johor telah mengalami proses evolusi dan transformasi yang

sangat panjang. Kerajaan Johor telah berkembang secara berperingkat hingga kurun ke-18.

Transformasi yang berlaku secara total ini telah membawa kepada perubahan perkembangan dari

aspek politik, ekonomi dan sosial dalam kerajaan Johor. Corak transformasi Johor ini juga dapat

dilihat bersifat turun naik berdasarkan kepada lima fasa yang berbeza dimana setiap fasa

mempunyai peristiwa-peristiwa yang tertentu. Secara keseluruhannya, kerajaan Johor boleh

dikatakan sebagai sebuah kerajaan Melayu yang tertua dalam perkembangan sejarah Melayu.

12
BIBLIOGRAFI

A. Samad Ahmad (1985). Kerajaan Johor – Riau. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Latif Abdul Bakar (1984). Sejarah di Selat Melaka. Selangor : United Selangor Press Sdn

Bhd.

Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Buyong Adil(1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Haji Buyong Bin Adil (1980). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Leonard Y. Andaya (1987). Kerajaan Johor 1641-1728. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan

Pustaka

Lisa Yip Shukye, Jais Bin Abdul Hamid(1969). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad

Ke-20. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdb Bhd.

Muhammad Yusof Hasyim ( 1998). Pensejarahan Malaysia Nusantara. Kuala Lumpur : Teks

Publishing Sdn Bhd.

Mohd Amirullah Bin Abdul Rahman (2005). Kerajaan Johor-Riau Dalam Peradaban Melayu.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Siti Hasmah Binti Mohd Darus, Hanisah Binti Ismail, Norhasanah Binti Mohd Yusop, Zuraini

Binti Abu Talib (2012). Mata Pelajaran Sejarah. Diperoleh pada November 20 2013

daripada http://lesungpatriotik.blogspot.com/2012/05/pengasasan-kerajaan-johor.html

13

Anda mungkin juga menyukai