Anda di halaman 1dari 28

KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN

2019
PROSES MENULIS KARANGAN

KOMPONEN UTAMA KARANGAN


 Pendahuluan
 Isi
 Kesimpulan

GEJALA VANDALISME.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani gejala
vandalisme.

BINAAN PENDAHULUAN
BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1-AR Tema Marcapada gejala vandalisme yang berlaku di negara kita agak 14 p.p
berleluasa dan semakin sukar untuk dibanteras.
A2-AS1 Hal ini demikian kerana masyarakat pada hari ini semakin 18 p.p
[Mengapa?] bersikap kasar lantaran hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri
mereka.
A3-AC Menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam dan 20 p.p
[Contoh] memecahkan tong sampah adalah antara contoh kejadian
vandalisme yang dilakukan mereka tidak bertanggungjawab.
A4-AS2 Sekiranya fenomena ini semakin berleluasa dan tiada tindakan 20 p.p
[Kesan] tegas diambil, nescaya banyak lagi kemudahan awam yang
disediakan oleh kerajaan dimusnahkan.
A5-AA Oleh hal yang demikian, nasi menjadi bubur, pelbagai tindakan 19 p.p
Tugasan yang drastik dan berkesan perlu diambil bagi mengelakkan
negara terus menanggung kerugian.
91 p.p

SEMANGAT PATRIOTIK
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan remaja.

BINAAN PENDAHULUAN
BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1-AR Tema Dewasa ini golongan remaja dikatakan kurang berdaya saing 15 p.p
serta tidak mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
A2-AS1 Hal ini demikian kerana remaja acap kali dikaitkan dengan 21 p.p
[Mengapa? kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat
] merebak umpama virus epidemik.
A3-AC Remaja pada hari ini terlibat dengan pelbagai masalah sosial 21 p.p

1
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
Contoh yang membimbangkan seperti mencuri, menjadi samseng
jalanan serta terlibat dengan salah laku seksual.
A4-AS2 Sekiranya masalah ini gagal ditangani segera maka negara akan 20 p.p
[KESAN] menerima impaknya kerana remaja merupakan tonggak
kegemilangan negara pada masa hadapan.
A5-AA Oleh hal yang demikian, prakarsa yang pragmatik perlulah 23 p.p
Tugasan diambil demi memastikan semangat patriotik dalam kalangan
remaja tidak terpadam dan lenyap ditelan zaman kerana
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan
buruk padahnya.
101 p.p

FAEDAH-FAEDAH MELIBATKAN DIRI DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM.

BINAAN PENDAHULUAN
BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1-AR Kegiatan kokurikulum boleh dibahagikan kepada tiga kategori 17 p.p
Tema iaitu, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan
beruniform.
A2- AS1 Pada masa ini, kegiatan kokurikulum kembali diberikan 11 p.p
(LI) penekanan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
A3-AS2 Usaha ini amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak kerana 25 p.p
(PA) bertepatan dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi
melahirkan pelajar yang seimbang dalam bidang jasmani, emosi,
rohani, intelektual dan sosial ( JERIS ).
A4-AS3 Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan secara berkesan 14 p.p
(K/F ISU) membolehkan pelajar kita duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan pelajar di negara-negara maju. (Faedah)
A5-AA Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu menyokong usaha 22 p.p
Tugasan murni ini kerana pelajar akan mendapat pelbagai faedah melalui
penglibatan mereka dalam kegiatan kokurikulum.
89 p.p

BINAAN AYAT JUMLAH


PERKATAAN
A1-AR Kegiatan kokurikulum boleh dibahagikan kepada tiga kategori 17 p.p
Tema iaitu, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta
pasukan beruniform.
A2- AS1 Pada masa ini, kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah 13 p.p
(LI) kembali diberikan penekanan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia.
A3-AS2 Usaha ini amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak kerana 25 p.p
(PA) bertepatan dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bagi melahirkan pelajar yang seimbang dalam bidang jasmani,

2
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).
A4- AC Melalui bidang kokurikulum murid-murid mampu 17 p.p
[Contoh] mengharumkan nama mereka sama ada di peringkat sekolah,
daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.
A5-AS3 Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan secara berkesan 15 p.p
(K/F ISU) membolehkan pelajar kita duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan pelajar di negara-negara maju (Faedah)
A6-AA Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu menyokong usaha 22 p.p
Tugasan murni ini kerana pelajar akan mendapat pelbagai faedah
melalui penglibatan mereka dalam kegiatan kokurikulum.
110 p.p

USAHA MENINGKATKAN SEMANGAT KEJIRANAN

BINAAN PENDAHULUAN
BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1-AR Jiran ialah individu atau masyarakat yang tinggal 13 p.p
Tema berhampiran atau di sekeliling kawasan rumah kita .
A2-AS1 Akibat tidak lagi mengamalkan peribahasa ke bukit sama 15 p.p
(LI) didaki, ke lurah sama dituruni, masyarakat pada masa ini
dikatakan kurang mengamalkan semangat kejiranan.
A3-AS2 Dalam hal ini, pasak dan tunjang kepada kekuatan semangat 23 p.p
(PA) kejiranan perlulah diperkukuhkan kembali supaya kita boleh
sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.
A4-AS3 Terbukti bahawa melalui hubungan mesra yang terjalin antara 20 p.p
(K/FISU ) jiran, akan dapat membantu kita menghadapi pelbagai
kesulitan serta masalah yang mendatang. (Faedah)
A5-AA Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil 20 p.p
Tugasan untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk setempat bertepatan dengan cogan kata jiran
muafakat membawa berkat.
91p.p

BINAAN PENDAHULUAN
BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1-AR Jiran ialah individu atau masyarakat yang tinggal 13 p.p
Tema berhampiran atau di sekeliling kawasan rumah kita .
A2-AS1 Akibat tidak lagi mengamalkan peribahasa ke bukit sama 15 p.p
(LI) didaki, ke lurah sama dituruni, masyarakat pada masa ini
dikatakan kurang mengamalkan semangat kejiranan.
A3-AS2 Dalam hal ini, pasak dan tunjang kepada kekuatan semangat 23 p.p
(PA) kejiranan perlulah diperkukuhkan kembali supaya kita boleh
sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.

3
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
A4 – AC Sebagai contoh, masyarakat yang berjiran boleh melakukan 16 p.p
[ CONTOH] aktiviti gotong-royong, menguruskan kematian dan
melaksanakan Rukun Tetangga bagi mengawal keselamatan.
A5-AS3 Terbukti bahawa melalui hubungan mesra yang terjalin antara 20 p.p
(K/FISU ) jiran, akan dapat membantu kita menghadapi pelbagai
kesulitan serta masalah yang mendatang.
A6-AA Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil 20 p.p
Tugasan untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk setempat bertepatan dengan cogan kata jiran
muafakat membawa berkat.
107 p.p

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SIKAP MULIA PADA DIRI ANAK-ANAK

BINAAN PENDAHULUAN
BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1-AR Pada era globalisasi ini, kebanyakan negara di dunia 30 p.p
Tema termasuk tanah tumpah tercinta kita Malaysia,
bertungkus-lumus untuk melonjakkan kemajuan negara
agar mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara maju yang lain tanpa menafikan hak
warga tua.
A2-AS1 Namun begitu, pada masa yang sama, satu realiti yang 31 p.p
(LI) amat pahit untuk dikongsikan ialah warga tua semakin
dipinggirkan khususnya oleh golongan muda kerana
mereka dianggap sudah tua dan nyanyuk serta
menyusahkan.
A3-AS2 Kehidupan warga tua diibaratkan sebagai sebuah 34 p.p
(PA) pohon yang lebat buahnya di tepi jalan raya, dibaling
dengan butiran batu, tetapi tetap dibalas dengan
buahnya lantas warga tua merupakan golongan yang
perlu dihormati oleh generasi muda masa ini.
A4 – AC Sebagai contoh, golongan warga tua di negara-negara 22 p.p
[ CONTOH] maju telah mendapat hak dan pembelaan sewajarnya
sama ada oleh pihak kerajaan, swasta atau badan bukan
kerajaan (NGO).
A5-AS3 Tanpa warga tua, apalah yang ada pada generasi muda 17 p.p
(K/FISU ) kerana warga tua adalah tonggak kekuatan generasi
mendatang.
A6-AA Dalam konteks ini, ibu bapa menjadi elemen yang 18 p.p
TUGASAN mustahak dalam usaha memupuk sikap menghormati
warga tua dalam kalangan anak-anak.
A7- PT Persoalan yang berputar-putar dalam kotak fikiran kita 20 p.p

4
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
PENEGASAN ialah, apakah peranan ibu bapa untuk memupuk sikap
TUGASAN mulia ini dalam kalangan anak-anak?

1.0 MENULIS / MENGOLAH DAN MENGEMBANGKAN FAKTA DALAM KARANGAN (SATU


CADANGAN)

1.1 Setiap perenggan fakta hendaklah mengandungi 4 unsur utama;


1.1.1 Isi utama ( Ayat Utama/ Ayat Topik )
1.1.2 Huraian (Ayat Huraian)
1.1.3 Contoh (Ayat Contoh)
1.1.4 Kesimpulan (Ayat Penegas)

1.2 Secara lebih jelas KOMPONEN PERENGGAN ISI mengandungi 4 unsur berikut;

Isi Utama:
 Mesti menjawab tugasan yang
diberikan dalam soalan.
 Gunakan ayat mudah.

Huraian: Contoh:
 Pengembangan isi Bukti penyokong
berdasarkan isi kepada isi utama
utama. dalam bentuk:
 Boleh merangkumi  Data statistik
aspek persoalan:  Pendapat orang
o Bagaimana? yang sangat
o Mengapa?
4 unsur dikenali ramai
dan dihormati
 Menggunakan
 Penemuan atau
penanda wacana
yang sesuai. kajian sains.
 Gunakan kosa kata,
ungkapan atau frasa
menarik

Kesimpulan: (Ayat penegas)


 Penutup kepada perenggan
Menegaskan semula isi utama

5
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
( 5W 1H )

AT Menyatakan Idea Utama


AS (Ayat Sokongan) Apa / Mengapa / Siapa / Bila / Di mana (5W) dan Bagaimana (1H)
AC (Ayat Contoh) Contoh yang berkaitan dengan isi
Ayat Penegas Menyimpul dan menegaskan isi.

MANFAAT-MANFAAT MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

BINAAN PERENGGAN FAKTA


JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1 Ayat Topik? Faedah pertama melibatkan diri dalam kegiatan
(Ayat Topik) kokurikulum adalah dapat membentuk akhlak 17 p.p
dan sahsiah terpuji dalam diri pelajar.
A2- AS1 Apa Ahklak dan sahsiah terpuji merupakan ciri-ciri
(Apa?) akhlak / keperibadian mulia yang perlu ada dalam diri 14 p.p
sahsiah pelajar.
terpuji?
A3- AS2 Mengapa Hal ini demikian kerana melalui kegiatan
(Mengapa?) kokurikulum kokurikulum, pelajar lebih mudah dipupuk 23 p.p
penting? dengan sifat-sifat terpuji seperti
bertanggungjawab,bekerjasama serta
menanam semangat cinta akan negara.
A4- AS3 Bagaimana Dalam hal ini,guru-guru dan ahli jawatankuasa
(Bagaimana?) diterapkan? yang terlibat perlu menerapkan nilai-nilai murni 18 p.p
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
A5- AS4 Bilakah Melalui aktiviti sukan dan permainan, serta
(Bila?) masanya? perkhemahan unit beruniform para pelajar 15 p.p
perlu bekerjasama serta saling membantu.
A6 Ayat Sebagai contoh, aktiviti kembara di dalam hutan
(Ayat Contoh) Contoh. amat memerlukan sikap bekerjasama dan 22 p.p
bersatu hati untuk memastikan mereka dapat
menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.
A7 Ayat Tuntasnya, kegiatan kokurikulum mampu
(Ayat Penegas. membentuk akhlak dan sahsiah terpuji dalam 18 p.p
Penegas) diri pelajar sekiranya dilaksanakan dengan
sistematik dan berkesan.
123 p.p

USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

6
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019

BINAAN PERENGGAN FAKTA


JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1 Ayat Topik? Ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan
dalam memperkenal serta mempopularkan 16 p.p
permainan tradisional kepada generasi muda.
A2- AS1 Mengapa? Hal ini demikian kerana ibu bapa menjadi suri
teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. 14 p.p
A3- AS2 Bagaimana? Ibu bapa perlu mendedahkan permainan
tradisional kepada anak-anak sejak kecil bertepatan 21 p.p
dengan kata peribahasa melentur buluh biarlah
dari rebungnya, bertujuan memupuk minat akan
permainan tradisional.
A4- AS3 Bagaimana? Mereka boleh membelikan permainan tradisional
sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun 21 p.p
sebagai cenderamata kerana kecemerlangan anak-
anak dalam bidang akademik di sekolah.
A5- AS4 Bagaimana? Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan
permainan tradisional sempena Hari Keluarga yang 22 p.p
diadakan sama ada dilakukan dalam keluarga
sendiri atau bersama rakan-rakan sekerja.
A6 Ayat Contoh. Inisiatif ini akan memberikan peluang kepada
seluruh ahli keluarga untuk mencuba bermain 20 p.p
permainan tradisional seperti congkak, bermain
gasing dan layang-layang.
A7 Ayat Jelas bahawa melalui usaha yang dijalankan secara
Penegas. langsung mampu mempopularkan sesuatu 26 p.p
permainan tradisional malah dapat mengeratkan
lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak
kata peribahasa sambil menyelam minum air.
140 p.p

KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN

BINAAN PERENGGAN FAKTA


JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1 Ayat Topik? Sebagai mukadimah yang jelas lagi nyata, melalui 28 p.p
hidup berjiran kita dapat melibatkan diri dalam
aktiviti kemasyarakatan, tamsilnya, melalui aktiviti
gotong-royong, mengadakan kenduri-kendara,
pertemuan bulan komuniti setempat dan
sebagainya.
A2- AS1 Bagaimana ? Semasa aktiviti gotong-royong dijalankan, setiap 21 p.p
orang akan bekerjasama ibarat kata peribahasa
yang berat sama dipikul yang ringan sama

7
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
dijinjing supaya kerja yang dilakukan menjadi
mudah malahan cepat diselesaikan.
A3- AS2 Mengapa? Hal ini diperkukuhkan lagi oleh kata-kata bijak 22 p.p
pandai iaitu, muafakat membawa berkat.
Pertemuan bulan komuniti setempat yang
melibatkan semua kaum dapat mempertemukan
semua jiran.
A4- AS3 Bagaimana? Aktiviti ini memberikan peluang kepada kita untuk 23 p.p
berkenalan dengan jiran-jiran,bertegur sapa dan
berbual-bual dengan jiran supaya hubungan erat
sesama jiran dapat terjalin.
A5- AS4 Bagaimana? Melalui perjumpaan yang agak kerap juga kita 17 p.p
mampu merungkai masalah yang dihadapi bersama
di kawasan kejiranan yang didiami.
A7 Ayat Pendek kata, kita hendaklah hidup berjiran agar 23 p.p
Penegas. dapat menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan
yang berfaedah bukan sahaja pada diri kita malahan
kepada keseluruhan masyarakat.
413 p.p

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SIKAP MULIA ANAK-ANAK TERHADAP WARGA TUA

BINAAN PERENGGAN FAKTA


JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1 Ayat Topik? Seterusnya, fokus perbincangan saya berkaitan
peranan ibu bapa untuk memupuk sikap 28 p.p
menghormati warga tua dalam kalangan anak-
anak akan berkisar tentang penglibatan ibu bapa
dalam pelbagai aktiviti sukarela.
A2- AS1 Bagaimana ? Ibu bapa boleh membawa serta menggalakkan
anak-anak untuk menjadi sukarelawan di rumah- 21 p.p
rumah warga tua pada hujung minggu atau pada
musim cuti persekolahan.
A3- AS2 Contoh Melalui kerja-kerja sukarela yang dijalankan di sana,
mereka boleh membantu warga tua mengemas 30 p.p
tempat tidur, membasuhkan pakaian serta
menceriakan warga tua sambil berbual-bual atau
mengadakan pelbagai persembahan untuk
menghiburkan hati mereka.
A4- AS3 Mengapa Anak-anak yang sering menyertai aktiviti berfaedah
perlu? ini, akan dapat mengetahui kehidupan warga tua 24 p.p
dan lama-kelamaan, mereka akan menganggap
warga tua di sana sebagai ibu bapa angkat mereka.
A5- AS4 Bagaimana? Melalui aktiviti ini, perasaan kasih sayang antara
warga tua dengan generasi muda dapat disemai 24 p.p

8
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
dan dipupuk, justeru sikap menghormati warga tua
pasti akan semakin bercambah.
A7 Ayat Intihanya, ibu bapa perlu membawa anak-anak
Penegas. untuk menjadi sukarelawan di rumah warga tua 24 p.p
supaya sikap menghormati warga emas akan
menjadi kebiasaan kepada mereka umpama kata
peribahasa alah bias tegal biasa.
151 p.p

MENULIS PERENGGAN PENUTUP.

1.2.1 Teknik Perenggan Rumusan : Usaha-usaha mengatasi gejala vandalisme

BINAAN PENUTUP / KESIMPULAN


JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1 Ayat Rumusan Tuntasnya, gejala vandalisme perlu ditangani segera oleh
pihak berkuasa daripada terus berleluasa dan menjadi 16 p.p
tidak terkawal.
A2 Ayat Cadangan Satu jawatankuasa yang dianggotai oleh pelbagai pihak
hendaklah ditubuhkan bagi merancang dan mengambil 19 p.p
pendekatan berkesan bagi membanteras gejala tersebut.
A3 Ayat Harapan Kerjasama yang bersepadu dan berterusan penting agar
negara tidak terus menanggung kerugian dan imej negara 20 p.p
terus tercalar di mata pelancong-pelancong asing.
A4 Ayat Pendirian Sesungguhnya, tanpa kerajasama semua pihak nescaya 13 p.p
usaha yang dilakukan akan menjadi sia-sia umpama
mencurahkan garam ke laut.
68 p.p

1.3 Teknik Perenggan Ramalan : Usaha-usaha mempopularkan kembali permainan tradisional.

BINAAN PENUTUP / KESIMPULAN


JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1 RMLN 1 Kesimpulannya, sekiranya kita tidak berusaha bersungguh-
sungguh, berkemungkinan permainan tradisional akan 14 p.p
pupus ditelan arus kemodenan.
A2 RMLN 2 Jikalau keadaan ini terjadi, maka generasi muda akan datang
tidak lagi mengenali sekali gus mengetahui cara bermain 19 p.p
sesuatu permainan tradisional.
A3 RMLN 3 Apabila keadaan yang malang ini terjadi, segala-galanya
sudah terlewat dan mungkin kita tidak akan mampu untuk 30 p.p
menyelamatkan khazanah budaya yang sepatutnya dijaga
dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
A4 RMLN 4 Apabila keadaan malang ini semuanya telah terjadi, 22 p.p

9
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
tangisan air mata berdarah sekalipun tidak mampu merubah
kembali sesuatu kepada kejadian asal kerana terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
85 p.p

PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM

BINAAN PENUTUP / KESIMPULAN


JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1 RUMUSAN Konklusinya, demi mencapai visi kudsi Wawasan 2020,
Malaysia memerlukan generasi yang berkaliber, berwibawa 28 p.p
dan berintelek selari dengan modal insan yang memiliki
minda kelas pertama seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana
Menteri kita.
A2 CADANGAN Oleh itu, pandangan negatif sesetengah pihak bahawa
kegiatan kokurikulum tidak membawa kebaikan dan hanya
membuang masa haruslah dikikis segera. 19 p.p
A3 HARAPAN Perkara yang pasti ialah semua pihak yang telah
diamanahkan perlu berganding bahu,menggembleng tenaga 19 p.p
bagi menjayakan cita-cita murni ini.
A4 PENDIRIAN Sesungguhnya, amalan peribahasa sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada berguna haruslah
dihayati dan direnungi terutama oleh pelajar untuk
menghadapi kehidupan yang semakin mencabar. 17 p.p

83 p.p

CARA-CARA MENGHARGAI JASA DAN PENGORBANAN GURU

BINAAN PENUTUP / KESIMPULAN


JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1 RUMUSAN Konklusinya, guru merupakan arkitek yang melahirkan jutaan
bijak pandai dalam pelbagai bidang seperti yang pernah 23 p.p
diungkapkan oleh Sasterawan Negara, Usman Awang dalam
sajaknya bertajuk “Guru Oh Guru”.
A2 CADANGAN Oleh itu, tidak salah sekiranya masyarakat pada hari ini
memberikan pengiktirafan yang tinggi terhadap kerjaya guru 22 p.p
yang sentiasa menuntut komitmen yang tinggi.
A3 HARAPAN Dengan berbuat demikian, semua pihak tidak lagi bersikap
menuding jari terhadap para guru sekiranya anak-anak 25 p.p
mereka menghadapi masalah di sekolah malahan lebih
mudah untuk memberikan kerjasama.
A4 PENDIRIAN Kita percaya sekiranya tanpa jasa dan pengorbanan guru,
nescaya sukar untuk para pemimpin di peringkat nasional 27 p.p

10
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
melaksanakan visi dan misi bagi mencapai wawasan
negara maju pada tahun 2020 .
97 p.p

CONTOH PENUTUP

BINAAN PENUTUP / KESIMPULAN


JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH
PERKATAAN
A1 RUMUSAN Perbincangan saya tentang peranan ibu bapa untuk
memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan 45 p.p
anak-anak telahpun sampai ke penghujungnya. Lantaran
itu, sebagai akhir penghias bicara, suka saya menegaskan
bahawa ibu bapa merupakan tonggak keluarga, justeru
mereka perlulah menggalas tanggungjawab mendidik anak-
anak mereka dan melaksanakannya dengan sempurna.
A2 CADANGAN Oleh itu, kita haruslah menghormati warga emas ini sebagai
tanda penghargaan kepada mereka kerana mereka amat 24 p.p
bernilai kerana telah banyak menumpahkan jasa dan
pengorbanan.
A3 HARAPAN Marilah kita sama-sama berfikir, adakah kita ingin
dipinggirkan apabila sudah tua nanti kerana yang tua 19 p.p
dihormati, yang muda disayangi.
A4 PENDIRIAN Jika jawapan kita ialah tidak, marilah kita berusaha
bersungguh-sungguh untuk memupuk sikap menghormati 32 p.p
warga tua dalam kalangan generasi muda sebelum nasi
menjadi bubur dan jangan terhantuk barulah terngadah.
Melalui usaha murni ini,masyarakat penyayang di Malaysia
dapat dibentuk. Malaysia Boleh!
120 p.p

11
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan hidup berjiran.

Melibatkan diri
dengan aktiviti
kemasyarakatan

Menjaga
Memupuk keselamatan
semangat
HIDUP
bersama
perpaduan BERJIRAN

Memberikan
bantuan ketika
kecemasan

KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN

12
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019

Jiran merupakan kelompok manusia yang tinggal berhampiran dan dianggap rapat dengan kita.
Sementara itu, semangat kejiranan menjadi asas kepada pembentukan sesebuah tamadun, lantas ciri
masyarakat yang berkualiti ialah masyarakat yang hidup berjiran. Namun begitu, rata-rata anggota
masyarakat khususnya yang tinggal di kota metropolitan lebih suka bersikap individualistik seperti kata
peribahasa bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing. Semangat kejiranan didapati
semakin luntur di seluruh pelosok dunia,termasuklah di nusa tercinta kita, Malaysia. Berdasarkan data-
data yang sahih dan terkini, hampir enam puluh peratus penduduk di negara maju didapati kurang
mengetahui apa-apa tentang jiran mereka. Persoalan yang bermain-,main dalam kotak fikiran kita kini
ialah apakah kemaslahatan yang diperoleh melalui hidup berjiran?

Sebagai mukadimah yang jelas lagi nyata, melalui hidup berjiran kita dapat melibatkan diri
dalam aktiviti kemasyarakatan, tamsilnya, melalui aktiviti gotong-royong, mengadakan kenduri-kendara,
pertemuan bulan komuniti setempat dan sebagainya. Semasa aktiviti gotong-royong dijalankan, setiap
orang akan bekerjasama ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing
supaya kerja yang dilakukan menjadi mudah malahan cepat diselesaikan. Hal ini diperkukuhkan lagi
oleh kata-kata bijak pandai iaitu, muafakat membawa berkat. Pertemuan bulan komuniti setempat yang
melibatkan semua kaum dapat mempertemukan semua jiran. Aktiviti ini memberikan peluang kepada
kita untuk berkenalan dengan jiran-jiran,bertegur sapa dan berbual-bual dengan jiran supaya hubungan
erat sesama jiran dapat terjalin. Melalui perjumpaan yang agak kerap juga kita mampu merungkai
masalah yang dihadapi bersama di kawasan kejiranan yang didiami. Pendek kata, kita hendaklah hidup
berjiran agar dapat menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang berfaedah bukan sahaja pada diri
kita malahan kepada keseluruhan masyarakat.

Sementalahan itu, masyarakat yang hidup berjiran dapat menjaga keselamatan diri, anggota
keluarga dan orang di sekitar mereka. Keselamatan dalam kawasan tempat tinggal penting kerana
tanpanya kita berasa tidak selesa dan tidak bebas untuk bergerak. Keselamatan yang terjamin melalui
kerjasama penduduk setempat membolehkan kita melakukan pelbagai aktiviti seperti beriadah,
mengadakan kenduri kendara serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan lain. Program Rukun Tetangga yang
sinonim dengan semangat kejiranan misalnya, mula diperkenalkan pada tahun 1965 dan sehingga Mei
2006, sebanyak 3,228 Rukun Tetangga telah didirikan di seluruh negara. Selain Rukun Tetangga,
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) juga ditubuhkan. Melalui Rukun Tetangga dan
JKKK, skuad atau pasukan yang dianggotai oleh ketua keluarga dan belia ditugaskan untuk meronda di
sekitar kawasan kediaman khususnya pada waktu kritikal. Dalam hal ini, kita boleh bersama-sama jiran
memohon bantuan daripada wakil rakyat untuk mengupah pengawal keselamatan di tempat kediaman.
Melalui usaha yang dijalankan diharapkan, kes jenayah yang berlaku di kawasan perumahan dapat
dikurangkan sekali gus menjamin keselamatan bersama.

Hujah saya seterusnya berkisar tentang kemaslahatan hidup berjiran dapat membantu semasa
berlaku kecemasan khususnya pada masa yang benar-benar kritikal. Hal ini demikian kerana, individu
yang paling dekat atau hampIr dengan kita untuk mendapatkan bantuan segera ialah jiran. Bijak pandai
masyarakat Cina ada mengatakan bahawa, jiran ialah orang yang paling rapat dengan kita, bukannya
saudara mara atau kawan-kawan. Sebagai tamsilannya, apabila seseorang mengalami musibah seperti
sakit di rumah secara tiba-tiba khususnya warga tua yang tinggal berseorangan, jiran yang prihatin akan
segera mengejarkannya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Jika kita menghadapi masalah
kewangan semasa berlaku kecemasan, jiran akan menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan
beban kita. Jiran juga sentiasa memberikan sokongan moral kepada kita. Senario ini bertepatan dengan

13
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Situasi ini
tidaklah bermakna bahawa kaum keluarga tidak memainkan peranan dalam membantu kaum keluarga
yang ditimpa musibah, tetapi dengan kelebihan jarak yang dekat dan faktor masa yang terhad, jiran
sangat berperanan untuk membantu, ketika kita berada dalam kesusahan.

Sebagai cetusan idea yang terakhir, semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan
masyarakat yang hidup berjiran. Perpaduan kaum dapat dianalogikan sebagai denyutan nadi
berpanjangan yang perlu dijaga bagi memastikan hubungan masyarakat terus utuh dan negara terus
mampu memacu kegemilangannya. Dalam konteks ini, Malaysia sungguh unik kerana terdiri daripada
pelbagai kaum yang dapat hidup bersama-sama secara aman tanpa mengira warna kulit, agama, dan
kepercayaan. Keunikan masyarakat pelbagai kaum inilah yang perlu dipelihara kerana Malaysia hanya ada
satu dan tiada duanya. Sayangilah nusa tercinta ini dengan berpegang kepada kata peribahasa di mana
bumi dipijak di situ langit dijunjung. Melalui hidup berjiran, setiap kaum dapat memahami budaya, adat
resam dan pantang larang kaum lain. Di samping itu, amalan ziarah menziarahi semasa musim perayaan
membolehkan kita mengenali pakaian tradisional pelbagai kaum dan makanan tradisional sesuatu kaum
yang dihidangkan dapat dirasai. Secara tidak langsung, kita akan saling hormat menghormati dan
seterusnya memupuk perpaduan demi memacu negara ke arah kemajuan kerana peribahasa ada
mengatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sebagai penghias akhir bicara, jelaslah bahawa hidup berjiran amat vital dalam pembentukan
masyarakat sejahtera dan pembangunan negara yang mapan. Mengimbas kembali tentang peristiwa 13
Mei 1969, perselisihan antara kaum berlaku disebabkan oleh masyarakat yang tidak bersatu padu.
Peristiwa hitam yang berlaku itu akhirnya mencalitkan bekas hitam kepada sejarah negara lantas suasana
kehidupan masyarakat menjadi tidak aman dan harmoni. Oleh itu, bagi mengelakkan peristiwa hitam ini
berbuah dua kali, setiap pihak haruslah berusaha mencari formula yang efektif dan komprehensif bagi
mengelakkan semangat kejiranan terus terhakis dalam kalangan anak watan Malaysia. Peribahasa
Melayu ada menegaskan bahawa genggam bara api biarlah sampai jadi arang. Manifestasi tersebut
sengaja dipetik untuk menuntut kita berusaha sehinggalah mencapai metlamat. Dengan ini, slogan
“Jiran Sepakat Membawa Berkat” akan dapat terjemahkan dalam kehidupan langsung menyatu
masyarakat dalam kehidupan yang harmoni.

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SIKAP MULIA DALAM

14
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
KALANGAN ANAK-ANAK TERHADAP WARGA TUA

Pada era globalisasi ini, kebanyakan negara di dunia termasuk tanah tumpah tercinta kita
Malaysia, bertungkus-lumus untuk melonjakkan kemajuan negara agar mampu berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara maju yang lain tanpa menafikan hak warga tua. Namun begitu, pada
masa yang sama, satu realiti yang amat pahit untuk dikongsikan ialah warga tua semakin dipinggirkan
khususnya oleh golongan muda kerana mereka dianggap sudah tua dan nyanyuk serta menyusahkan.
Kehidupan warga tua diibaratkan sebagai sebuah pohon yang lebat buahnya di tepi jalan raya,
dibaling dengan butiran batu, tetapi tetap dibalas dengan buahnya lantas warga tua merupakan
golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda masa ini. Tanpa warga tua, apalah yang ada pada
generasi muda kerana warga tua adalah tonggak kekuatan generasi mendatang. Dalam konteks ini, ibu
bapa menjadi elemen yang mustahak dalam usaha memupuk sikap menghormati warga tua dalam
kalangan anak-anak. Persoalan yang berputar-putar dalam kotak fikiran kita ialah, apakah peranan ibu
bapa untuk memupuk sikap mulia ini dalam kalangan anak-anak?

Sebagai mukadimah dalam usaha menyelak tirai perbincangan bagi tajuk di atas, saya ingin
menyoroti,mengupas, langsung menghurai peranan ibu bapa sebagai suri teladan kepada anak-anak.
Ibu bapa haruslah menunjukkan sikap menghormati warga tua terutamanya ibu bapa mereka sendiri.
Sebagai tamsilannya, ibu bapa perlu berbicara dengan warga tua secara bersopan-santun, tidak
meninggikan suara apatah lagi menyinggung perasaan mereka. Tambahan lagi, ibu bapa haruslah
menjaga kehidupan dan keperluan warga tua, lebih-lebih lagi daripada aspek kesihatan. Perbuatan
menghantar ibu bapa ke rumah warga tua perlu dielakkan sekiranya kita mempunyai kemampuan dari
segi ekonomi. Amalan terpuji ibu bapa ini ditunjukkan kepada anak-anak dan sudah pastinya anak-anak
akan mengikut jejak langkah mereka kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga
dengan peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Apabila
anak-anak sudah dewasa, mereka akan menjaga ibu bapa dengan penuh kesabaran di samping
menghormati warga tua yang lain. Jelas bahawa peranan ibu bapa sebagai suri teladan memainkan
tugas penting bagi memupuk sikap menghormati anak-anak kepada warga tua.

Perbincangan dan huraian berkenaan topik yang dibincangkan di atas, tidak harus ada titik
noktahnya. Sebagai kesinambungan idea, saya akan berfokus kepada hujah bahawa ibu bapa
berperanan untuk mendidik anak-anak melalui ajaran agama dan nilai-nilai murni supaya mereka
menghormati warga emas ini. Akhir-akhir ini, semakin ramai pihak yang mula mengabaikan ajaran
agama kerana menganggapnya kurang penting dalam dunia yang moden ini. Pendidikan tidak formal
oleh ibu bapa kepada anak-anak hendaklah diberikan sejak anak-anak berumur setahun jagung lagi.
Nilai-nilai seperti menghormati warga tua, bersabar, berhemah tinggi dan seumpamanya perlu disuntik
kepada generasi muda. Ajaran agama Islam, misalnya, mengatakan bahawa perbuatan menghormati
dan menjaga warga tua merupakan perkara wajib dilakukan oleh setiap orang khususnya kepada ibu
tercinta kerana syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak mereka
supaya mendengar nasihat warga tua kerana mereka lebih berpengetahuan dan mempunyai pelbagai
pengalaman. Konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya amat penting dalam pendidikan dan
pembentukan sahsiah anak-anak.

15
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Manifestasi daripada peribahasa tersebut menjelaskan kepada kita bahawa kita mempunyai banyak
langkah yang boleh diambil jika bertekad untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh hal yang demikian,
peranan ibu bapa seterusnya adalah menggalakkan anak-anak menonton rancangan, filem
dokumentari drama yang bertema isu warga tua. Sebagaimana kita sedia maklum, media massa
mempunyai pengaruh yang hebat terhadap pemikiran orang lain. Jadi, ibu bapa sepatutnya meluangkan
masa untuk menonton rancangan tersebut supaya anak-anak mengetahui pengorbanan dan sumbangan
warga emas dan kepentingan menghormati mereka. Dalam konteks ini, ibu bapa juga dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan kerana perbuatan ini disamakan dengan peribahasa bagai menyelam minum
air. Ibu bapa turut menggalakkan anak-anak untuk bersikap murah hati menderma kepada warga tua
melalui program yang disiarkan dalam televisyen sebagai tanda menghormati warga tua. Slogan “Budi
Bahasa Budaya Kita” yang diuar-uarkan oleh media masssa kepada generasi muda akan diamalkan, dan
secara tidak langsung sikap hormat-menghormati warga emas dapat dipupuk.

Seterusnya, fokus perbincangan saya berkaitan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap
menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak akan berkisar tentang penglibatan ibu bapa
dalam pelbagai aktiviti sukarela. Ibu bapa boleh membawa serta menggalakkan anak-anak untuk
menjadi sukarelawan di rumah-rumah warga tua pada hujung minggu atau pada musim cuti
persekolahan. Melalui kerja-kerja sukarela yang dijalankan di sana, mereka boleh membantu warga tua
mengemas tempat tidur, membasuhkan pakaian serta menceriakan warga tua dengan berbual-bual atau
mengadakan pelbagai persembahan untuk menghiburkan hati mereka. Anak-anak yang sering menyertai
aktiviti berfaedah ini, akan dapat mengetahui kehidupan warga tua dan lama-kelamaan, mereka akan
menganggap warga tua di sana sebagai ibu bapa angkat mereka. Perasaan kasih sayang antara warga tua
dengan generasi muda dapat disemai dan dipupuk, justeru sikap menghormati warga tua pasti akan
semakin bercambah. Intihanya, ibu bapa perlu membawa anak-anak untuk menjadi sukarelawan di
rumah warga tua supaya sikap menghormati warga emas akan menjadi kebiasaan kepada mereka
umpama kata peribahasa alah bias tegal biasa.

Lontaran idea yang terakhir akan saya huraikan adalah peranan ibu bapa untuk menyediakan
bahan bacaan seperti majalah dan surat akhbar yang berkisar tentang kepentingan menghormati warga
tua kerana mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Dalam hal ini, ibu bapa bukan sahaja
menyediakan bahan bacaan, malahan juga membaca bersama-sama anak-anak. Bagi menyediakan
bahan bacaan yang mencukupi, ibu bapa hendaklah sentiasa membawa anak-anak mengunjugi kedai
buku, ekspo atau pameran buku. Sementalahan itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk membawa
anak-anak menyertai ceramah atau kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta,
tamsilnya Kempen Sayangilah Warga Emas. Sempena kempen yang dianjurkan, ibu bapa patut
menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan menulis esei, pertandingan syarahan dan sebagainya
supaya anak-anak dapat memahami konsep menghormati warga emas dan seterusnya mengamalkannya.
Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah melaksanakan strategi tersebut secara tekal dan berterusan dan
bukannya bersikap hangat-hangat tahi ayam.

16
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
Perbincangan saya tentang peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua
dalam kalangan anak-anak telahpun sampai ke penghujungnya. Lantaran itu, sebagai akhir penghias
bicara, suka saya menegaskan bahawa ibu bapa merupakan tonggak keluarga, justeru mereka perlulah
menggalas tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dan melaksanakannya dengan sempurna. Oleh
itu, kita haruslah menghormati warga emas ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana
mereka amat bernilai kerana telah banyak menumpahkan jasa dan pengorbanan. Marilah kita sama-
sama berfikir, adakah kita ingin dipinggirkan apabila sudah tua nanti? Jika jawapan kita ialah tidak,
marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam
kalangan generasi muda sebelum nasi menjadi bubur dan jangan terhantuk barulah terngadah. Melalui
usaha murni ini,masyarakat penyayang di Malaysia dapat dibentuk. Malaysia Boleh!

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-
kepentingan sungai kepada kehidupan manusia.

17
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019

Sumber protein
kepada manusia

Sumber Sumber
tenaga KEPENTINGAN pendapatan
elektrik SUNGAI

Sistem
perhubungan

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180
patah perkataan.

1. Remaja pada hari ini menghadapi pelbagai tekanan untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran.
.
Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk mengatasi tekanan tersebut.

2 Amalan menabung dalam kalangan anak-anak amat digalakkan kerana tabiat mendatangkan
pelbagai manfaat.

18
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
Jelaskan peranan ibu bapa dalam memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak.

3 Terdapat pelbagai tempat menarik yang berpotensi untuk menjadi kawasan pelancongan di
negara ini.

Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memajukan sesebuah
kawasan sebagai daya tarikan pelancong.

4 Bencana alam seperti tsunami, banjir dan kemarau yang berpanjangan telah menjadi isu
antarabangsa dan mendatangkan impak kepada masyarakat global.

Berikan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat global untuk mengatasi
masalah bencana alam.

5 Puisi Melayu tradisional seperti pantun syair, gurindam, dan seloka merupakan karya sastera
yang mengandungi banyak nilai murni .

Huraikan cara-cara untuk menarik minat golongan muda terhadap puisi Melayu tradisional.

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai
dilaksanakan di sekolah bersempena dengan Program Sekolah Penyayang.

19
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019

Menyambut
kehadiran pelajar
ke sekolah

Menganjurkan
program PROGRAM Mengadakan
mengindahkan majlis sambutan
kawasan sekolah SEKOLAH hari lahir
PENYAYANG

Mengadakan Program
Mentor-Mentee

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180
patah perkataan.

20
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
1. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) berperanan penting terhadap rakan-rakan di sekolah.

Huraikan peranan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah anda.

2.

Senyumku tak seghairah


Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu.

Namun kupunya hati


Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan.

Lirik lagu ‘Namun Kupunya Hati’ di atas antaranya menyentuh soal kekurangan yang terdapat
pada diri Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti menghadapi masalah penglihatan,pendengaran
dan pertuturan

Jelaskan tindakan pelbagai pihak untuk membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di.
negara kita.

3. Silat, silambam, dan taekwondo merupakan seni mempertahankan diri yang popular di negara
kita.

Tulis sebuah rencana tentang kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri kepada diri
seseorang.

4. Festival Kebudayaan dan Kesenian yang dianjurkan pada setiap tahun seperti Festival
Antarabangsa Kesenian Islam Terengganu, Festival Filem Antarabangsa Asia Pasifik dan Festival
Kesenian Kanak-Kanak Antarabangsa mendapat perhatian masyarakat di peringkat antarabangsa.

Tulis sebuah rencana tentang kebaikan menyertai Festival Kebudayaan dan Kesenian peringkat
antarabangsa kepada peserta.

5. Datuk A. Samad Said, Datuk Usman Awang dan Datuk Shahnon Ahmad pernah dianugerahkan
Sasterwan Negara kerana berjaya menghasilkan pelbagai karya sastera seperti puisi, cerpen dan
novel.

Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pelajar untuk menjadi
penulis berjaya.

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan sungai
kepada kehidupan manusia.

21
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019

Rangka karangan dicadangkan:

1.0 Pendahuluan.
2.0 Isi:
2.1 Sumber protein
2.2 Sumber pendapatan
2.3 Sumber tenaga elektrik
2.4 Sistem perhubungan
3.0 Penutup / Kesimpulan.

1 Remaja pada hari ini menghadapi pelbagai tekanan untuk mencapai


kecemerlangan dalam pelajaran.
Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk mengatasi tekanan tersebut.

Rangka karangan dicadangkan:

1.0 Pendahuluan.
2.0 Isi:
2.1 Mendekatkan diri dengan Tuhan
2.2 Meluahkan segala masalah dengan sahabat yang boleh dipercayai
2.3 Bijak mengurus masa untuk melaksanakan tugasan
2.4 Beriadah
2.5 Mengamalkan pemakanan sihat dan tidur yang secukupnya
2.6 Sentiasa berfikiran positif
3.0 Kesimpulan

Mana-mana isi yang sesuai diterima.

2. Amalan menabung dalam kalangan anak-anak amat digalakkan kerana tabiat


mendatangkan pelbagai manfaat.

Jelaskan peranan ibu bapa dalam memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak.

Rangka karangan dicadangkan:

1.0 Pendahuluan.
2.0 Isi:
2.1 Ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak
2.2 Ibu bapa memanfaatkan peluang untuk membuka akaun bank untuk anak-anak
mereka
2.3 Ibu bapa menghadiahkan tabung kepada anak-anak sempena hari kelahiran
2.4 Ibu bapa memberi penerangan kepada anak-anak tentang kepentingan menabung
2.5 Ibu bapa membawa anak-anak ke majlis pelancaran menabung
istimewa.
2.6 Ibu bapa memastikan anak-anak berbelanja mengikut keperluan dan bukannya

22
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
kemahuan
3.0 Kesimpulan

3. Terdapat pelbagai tempat menarik yang berpotensi untuk menjadi kawasan pelancongan di
negara ini.

Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memajukan sesebuah
kawasan sebagai daya tarikan pelancong.

Diharapkan calon-calon dapat memberikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh pelbagai
pihak untuk memajukan sesebuah kawasan sebagai daya tarikan pelancong.

Rangka karangan dicadangkan:

1.0 Pendahuluan.
2.0 Isi:
2.1 Kerajaan memperkenalkan kawasan pelancongan baru
2.2 Kerajaan melengkapkan prasarana di kawasan pelancongan
2.3 Kerajaan mengadakan kempen-kempen
2.4 . Pihak pengurusan homestay mengadakan aktiviti rekreasi yang menarik
2.5 Kerajasan mengadakan festival-festival seni dan kebudayaan
2.6 Pihak Berkuasa Tempatan membangunkan kawasan tersebut dengan industri kecil
2.7 Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia menyediakan maklumat lengap
2.8 Pihak berkuasa mewujudkan unit keselamatan pelancong.
2.9 Masyarakat mengamalkan sikap ramah mesra dan berbudi bahasa terhadap
pelancong.
3.0 Kesimpulan

4 Bencana alam seperti tsunami, banjir dan kemarau yang berpanjangan telah menjadi isu
antarabangsa dan mendatangkan impak kepada masyarakat global.

Berikan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat global untuk mengatasi
masalah bencana alam.

Diharapkan calon-calon dapat memberikan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh
masyarakat global untuk mengatasi masalah bencana alam.
Rangka karangan dicadangkan:

1.0 Pendahuluan.
2.0 Isi:
2.1 Menubuhkan dana khas untuk membantu negara-negara terbabit
2.2 Menubuhkan pasukan sukarelawan
2.3 Menyediakan latihan kepada rakyat untuk menghadapi bencana alam
2.4 Memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan perubatan
2.5 Pemimpin setiap negara membentuk majlis pemuafakatan dalam menghadapi
bencana alam.

23
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
2.6 Pemimpin setiap negara mmengadakan kempemn-kempen menjaga alam sekitar
2.7 Perkongsian kecanggihan teknologi untuk mengesan isyarat sebelum berlakunya
bencana alam.
3.0 Kesimpulan

4. Puisi Melayu tradisional seperti pantun syair, gurindam, dan seloka merupaka karya sastera
yang mengandungi banyak nilai murni .

Huraikan cara-cara untuk menarik minat golongan muda terhadap puisi Melayu tradisional.

Diharapkan calon-calon dapat memberi cara-cara untuk menarik minat golongan muda
terhadap puisi Melayu tradisional.

Rangka karangan dicadangkan:

1.0 Pendahuluan.
2.0 Isi:
2.1 Ibu bapa membelikan bahan-bahan satera sebagai hadiah kepada
anak-anak.
2.2 Ibu bapa menggalakkan anak-anak membaca karya sastera sejak kecil.
2.3 Sukatan Komsas perlu diperkenalkan di sekolah rendah
2.4 Sekolah menganjurkan pertandingan karya sastera
2.5 Sekolah perlu menganjurkan lawatan ke pameran karya dan muzium sastera
2.6 Sekolah perlu mengadakan bengkel penulisan sastera.
2.7 Ibu bapa menggalakkan kanak-kanak menyertai aktiviti persem-
bahan pentas. .
2.8 Puisi Melayu tradisional didendangkan oleh artis-artis terkenal
3.0 Kesimpulan

Mana-mana isi yang sesuai diterima.

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai
dilaksanakan di sekolah bersempena dengan Program Sekolah Penyayang.

Diharapkan calon-calon dapat menghuraikan pendapat tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai


dilaksanakan di sekolah bersempena Program Sekolah Penyayang.

Rangka karangan dicadangkan:

1.0 Pendahuluan.
2.0 Isi:

24
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
2.1 Menyambut kehadiran pelajar ke sekolah
2.2 Menganjurkan program mengindahkan kawasan sekolah
2.3 Mengadakan majlis sambutan hari lahir
2.4 Mengadakan Program Mentor-Mentee

3.0 Penutup / Kesimpulan.

2 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) berperanan penting terhadap rakan-rakan di sekolah.

Huraikan peranan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah anda.


.
Diharapkan calon dapat memberi pendapat tentang peranan Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) di sekolah anda.
.
Rangka karangan dicadangkan:

1.0 Pendahuluan.

2.0 Isi:
 Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling
 Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
 Sebagai salah satu sumber rakan untuk mendapat bantuan.
 Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat
rujukan jika perlu.
 Sebagai peninjau rasa kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan
strategi intervensi jika perlu.
 Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
 Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan
berempati.
 Menernima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
 Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum
membuat keputusan.
 Mmeberi galakan dan sokongan untuk rakan mengambil langkah positif.
 Mematuhi etika kerahsiaan.
 Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
 Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
 Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkanya mencari
penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
 Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan
diri.
 Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batsan diri untuk membantu
3.0 Kesimpulan

Mana-mana isi yang sesuai diterima.

25
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
2

Senyumku tak seghairah


Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu.

Namun kupunya hati


Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan.

Lirik lagu ‘Namun Kupunya Hati’ di atas antaranya menyentuh soal kekurangan yang terdapat
pada diri Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti menghadapi masalah penglihatan,pendengaran
dan pertuturan

Jelaskan tindakan pelbagai pihak untuk membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di.
negara kita.

Diharapkan calon-calon dapat menyatakan tindakan pelbagai pihak untuk membantu


golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di. negara kita.

Rangka karangan dicadangkan:

1.0 Pendahuluan.
2.0 Isi:
2.1 Ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak
2.2 Kerajaan memberi bantuan kepada golongan kurang upaya
2.3 Ibu bapa mengajar dan memberi pendidikan agama dan moral.
2.4 Ibu bapa membawa anak-anak melawat ke rumah warga tua.
2.5 Ibu bapa memberi sumbangan kepada orang kurang upayapada hari-hari
istimewa.
2.6 Masyarakat menghargai golongan kurang upaya
2.7 Kerajaan mengadakan kempen-kempen kesedaran

3.0 Kesimpulan

Mana-mana isi yang sesuai diterima.

3 Silat, silambam, dan taekwondo merupakan seni mempertahankan diri yang popular di negara
kita.

26
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
Tulis sebuah rencana tentang kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri kepada diri
seseorang.

Diharapkan calon-calon dapat menulis sebuah rencana tentang tentang kepentingan


mempelajari seni mempertahankan diri kepada diri seseorang.

Rangka karangan dicadangkan:

1.0 Pendahuluan.
2.0 Isi:
2.1 Dapat menanamkan keyakinan dan jati diri
2.2 Dapat memberi pertolongan kepada orang lain
2.3 Dapat menyelamatkan diri
2.4 Mengekalkan warisan budaya bangsa
2.5 Boleh menyertai aktiviti seni mempertahankan diri
2.6 Dapat mengaharumkan nama negara

3.0 Kesimpulan

Mana-mana isi yang sesuai diterima.

4 Festival Kebudayaan dan Kesenian yang dianjurkan pada setiap tahun seperti Festival Kesenian
Islam Antarabangsa , Festival Filem Antarabangsa Asia Pasifik dan Festival Kesenian Kanak-Kanak
Antarabangsa mendapat perhatian masyarakat di peringkat antarabangsa.

Huraikan pendapat anda tentang kebaikan menyertai Festival Kebudayaan dan Kesenian
peringkat antarabangsa kepada peserta.

Diharapkan calon-calon dapat memberi pendapat tentang kebaikan menyertai Festival


Kebudayaan dan Kesenian peringkat antarabangsa kepada peserta.

Rangka karangan dicadangkan:

1.0 Pendahuluan.
2.0 Isi:
2.1 Memperoleh pengalaman di peringkat antarabangsa
2.2 Dapat meningkatkan imej negara.
2.3 Dapat mempromosikan sesebuah negara.
2.4 Dapat memajukan industri pelancongan.
2.5 Dapat meningkatkan ekonomi negara.
2.6 Menjadi bahan kajian dan penyelidikan.
2.7 dapat dijadikan pengajaran/teladan.
3.0 Kesimpulan

Mana-mana isi yang sesuai diterima.

27
KAEDAH MENULIS KARANGAN BERKESAN
2019
5. Datuk A. Samad Said, Datuk Usman Awang dan Datuk Shahnon Ahmad pernah dianugerahkan
Sasterwan Negara kerana berjaya menghasilkan pelbagai karya sastera seperti puisi, cerpen dan
novel.
Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri yang perlu ada pada diri seseorang pelajar untuk menjadi
penulis yang berjaya.

Diharapkan calon-calon dapat memberi pendapat tentang ciri-ciri yang perlu ada pada diri
seseorang pelajar untuk menjadi penulis yang berjaya.

Rangka karangan dicadangkan:

1.0 Pendahuluan.
2.0 Isi:
2.1 Pelajar rajin membaca bahan-bahan berkualiti
2.2 Menjadikan penulis-penulis tersohor sebagai idola
2.3 Mempunyai keyakinan diri,sabar,gigih dan tabah serta berdisiplin
2.4 Menyertai bengkel-bengkel penulisan
2.5 Menyertai pertandingan penulisan yang dianjurkan
2.6 Perkongsian maklumat dengan rakan-rakan penulis
3.0 Kesimpulan

Mana-mana isi yang sesuai diterima.

28

Anda mungkin juga menyukai