Anda di halaman 1dari 9

CONTOH 1 : GEJALA VANDALISME.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk


menangani gejala vandalisme.

BINAAN PENDAHULUAN

BINAAN AYAT JUMLAH


PERKATAAN

A1-AR Tema Marcapada gejala vandalisme yang berlaku di negara kita agak 14 p.p
berleluasa dan semakin sukar untuk dibanteras.

A2-AS1 Hal ini demikian kerana masyarakat pada hari ini semakin 18 p.p
bersikap kasar lantaran hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri
[Mengapa?]
mereka.

A3-AC Menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam dan 20 p.p


[Contoh] memecahkan tong sampah adalah antara contoh kejadian
vandalisme yang dilakukan mereka tidak bertanggungjawab.

A4-AS2 Sekiranya fenomena ini semakin berleluasa dan tiada tindakan 20 p.p
tegas diambil, nescaya banyak lagi kemudahan awam yang
[Kesan]
disediakan oleh kerajaan dimusnahkan.

A5-AA Oleh hal yang demikian, nasi menjadi bubur, pelbagai tindakan 19 p.p
Tugasan yang drastik dan berkesan perlu diambil bagi mengelakkan
negara terus menanggung kerugian.

91 p.p

SEMANGAT PATRIOTIK

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan semanat patriotik


dalam kalangan remaja.

BINAAN PENDAHULUAN

BINAAN AYAT JUMLAH


PERKATAAN

A1-AR Tema Dewasa ini golongan remaja dikatakan kurang berdaya saing 15 p.p
serta tidak mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

A2-AS1 Hal ini demikian kerana remaja acap kali dikaitkan dengan 21 p.p
kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat
[Mengapa?]
merebak umpama virus epidemik.
A3-AC Remaja pada hari ini terlibat dengan pelbagai masalah sosial 21 p.p
yang membimbangkan seperti mencuri, menjadi samseng
Contoh
jalanan serta terlibat dengan salah laku seksual.

A4-AS2 Sekiranya masalah ini gagal ditangani segera maka negara akan 20 p.p
menerima impaknya kerana remaja merupakan tonggak
[KESAN]
kegemilangan negara pada masa hadapan.

A5-AA Oleh hal yang demikian, prakarsa yang pragmatik perlulah 23 p.p
Tugasan diambil demi memastikan semangat patriotik dalam kalangan
remaja tidak terpadam dan lenyap ditelan zaman kerana
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan
buruk padahnya.

101 p.p

FAEDAH-FAEDAH MELIBATKAN DIRI DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM.

BINAAN PENDAHULUAN

BINAAN AYAT JUMLAH


PERKATAAN

A1-AR Kegiatan kokurikulum boleh dibahagikan kepada tiga kategori 17 p.p


Tema iaitu, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan
beruniform.

A2- AS1 Pada masa ini, kegiatan kokurikulum kembali diberikan 11 p.p
penekanan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
(LI)

A3-AS2 Usaha ini amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak kerana 25 p.p
bertepatan dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(PA)
bagi melahirkan pelajar yang seimbang dalam bidang jasmani,
emosi, rohani, intelektual dan sosial ( JERIS ).

A4-AS3 Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan secara berkesan 14 p.p


membolehkan pelajar kita duduk sama rendah dan berdiri sama
(K/F ISU)
tinggi dengan pelajar di negara-negara maju. (Faedah)

A5-AA Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu menyokong usaha 22 p.p
Tugasan murni ini kerana pelajar akan mendapat pelbagai faedah
melalui penglibatan mereka dalam kegiatan kokurikulum.

89 p.p
USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL [ CEMERLANG]

BINAAN PERENGGAN FAKTA / ISI

JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH

PERKATAAN

A1 Ayat Topik? Ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan


dalam memperkenal serta mempopularkan
16 p.p
permainan tradisional kepada generasi muda.

A2- AS1 Mengapa? Hal ini demikian kerana ibu bapa menjadi suri
teladan kepada anak-anak yang sedang membesar.
14 p.p

A3- AS2 Bagaimana? Ibu bapa perlu mendedahkan permainan


tradisional kepada anak-anak sejak kecil bertepatan
21 p.p
dengan kata peribahasa melentur buluh biarlah
dari rebungnya, bertujuan memupuk minat akan
permainan tradisional.

A4- AS3 Bagaimana? Mereka boleh membelikan permainan tradisional


sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun
21 p.p
sebagai cenderamata kerana kecemerlangan anak-
anak dalam bidang akademik di sekolah.

A5- AS4 Bagaimana? Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan


permainan tradisional sempena Hari Keluarga yang
22 p.p
diadakan sama ada dilakukan dalam keluarga
sendiri atau bersama rakan-rakan sekerja.

A6 Ayat Contoh. Inisiatif ini akan memberikan peluang kepada


seluruh ahli keluarga untuk mencuba bermain
20 p.p
permainan tradisional seperti congkak, bermain
gasing dan layang-layang.

A7 Ayat Jelas bahawa melalui usaha yang dijalankan secara


Penegas. langsung mampu mempopularkan sesuatu
26 p.p
permainan tradisional malah dapat mengeratkan
lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga,
bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

140 p.p
HIDUP BERJIRAN

BINAAN PERENGGAN FAKTA / ISI

JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH

PERKATAAN

A1 Ayat Topik? Sebagai mukadimah yang jelas lagi nyata, melalui 28 p.p
hidup berjiran kita dapat melibatkan diri dalam
aktiviti kemasyarakatan, tamsilnya, melalui aktiviti
gotong-royong, mengadakan kenduri-kendara,
pertemuan bulan komuniti setempat dan
sebagainya.

A2- AS1 Bagaimana ? Semasa aktiviti gotong-royong dijalankan, setiap 21 p.p


orang akan bekerjasama ibarat kata peribahasa
yang berat sama dipikul yang ringan sama
dijinjing supaya kerja yang dilakukan menjadi
mudah malahan cepat diselesaikan.

A3- AS2 Mengapa? Hal ini diperkukuhkan lagi oleh kata-kata bijak 22 p.p
pandai iaitu, muafakat membawa berkat.
Pertemuan bulan komuniti setempat yang
melibatkan semua kaum dapat mempertemukan
semua jiran.

A4- AS3 Bagaimana? Aktiviti ini memberikan peluang kepada kita untuk 23 p.p
berkenalan dengan jiran-jiran,bertegur sapa dan
berbual-bual dengan jiran supaya hubungan erat
sesama jiran dapat terjalin.

A5- AS4 Bagaimana? Melalui perjumpaan yang agak kerap juga kita 17 p.p
mampu merungkai masalah yang dihadapi bersama
di kawasan kejiranan yang didiami.

A7 Ayat Pendek kata, kita hendaklah hidup berjiran agar 23 p.p


Penegas. dapat menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan
yang berfaedah bukan sahaja pada diri kita
malahan kepada keseluruhan masyarakat.

413 p.p
PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SIKAP MULIA ANAK-ANAK TERHADAP WARGA
TUA

BINAAN PERENGGAN FAKTA /ISI

JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH

PERKATAAN

A1 Ayat Topik? Seterusnya, fokus perbincangan saya berkaitan


peranan ibu bapa untuk memupuk sikap
28 p.p
menghormati warga tua dalam kalangan anak-
anak akan berkisar tentang penglibatan ibu bapa
dalam pelbagai aktiviti sukarela.

A2- AS1 Bagaimana ? Ibu bapa boleh membawa serta menggalakkan


anak-anak untuk menjadi sukarelawan di rumah-
21 p.p
rumah warga tua pada hujung minggu atau pada
musim cuti persekolahan.

A3- AS2 Contoh Melalui kerja-kerja sukarela yang dijalankan di


sana, mereka boleh membantu warga tua
30 p.p
mengemas tempat tidur, membasuhkan pakaian
serta menceriakan warga tua sambil berbual-bual
atau mengadakan pelbagai persembahan untuk
menghiburkan hati mereka.

A4- AS3 Mengapa Anak-anak yang sering menyertai aktiviti berfaedah


perlu? ini, akan dapat mengetahui kehidupan warga tua
24 p.p
dan lama-kelamaan, mereka akan menganggap
warga tua di sana sebagai ibu bapa angkat mereka.

A5- AS4 Bagaimana? Melalui aktiviti ini, perasaan kasih sayang antara
warga tua dengan generasi muda dapat disemai
24 p.p
dan dipupuk, justeru sikap menghormati warga tua
pasti akan semakin bercambah.

A7 Ayat Intihanya, ibu bapa perlu membawa anak-anak


untuk menjadi sukarelawan di rumah warga tua
Penegas. supaya sikap menghormati warga emas akan 24 p.p
menjadi kebiasaan kepada mereka umpama kata
peribahasa alah bisa tegal biasa.

151 p.p

1.1.1 Usaha-usaha mengatasi gejala vandalisme

BINAAN PENUTUP / KESIMPULAN

JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH

PERKATAAN

A1 Ayat Rumusan Tuntasnya, gejala vandalisme perlu ditangani segera oleh


pihak berkuasa daripada terus berleluasa dan menjadi
16 p.p
tidak terkawal.

A2 Ayat Cadangan Satu jawatankuasa yang dianggotai oleh pelbagai pihak


hendaklah ditubuhkan bagi merancang dan mengambil
19 p.p
pendekatan berkesan bagi membanteras gejala tersebut.

A3 Ayat Harapan Kerjasama yang bersepadu dan berterusan penting agar


negara tidak terus menanggung kerugian dan imej negara
20 p.p
terus tercalar di mata pelancong-pelancong asing.

A4 Ayat Pendirian Sesungguhnya, tanpa kerajasama semua pihak nescaya 13 p.p


usaha yang dilakukan akan menjadi sia-sia umpama
mencurahkan garam ke laut.

68 p.p

Usaha-usaha mempopularkan kembali permainan tradisional.

BINAAN PENUTUP / KESIMPULAN

JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH

PERKATAAN

A1 RMLN 1 Kesimpulannya, sekiranya kita tidak berusaha bersungguh-


sungguh, berkemungkinan permainan tradisional akan
14 p.p
pupus ditelan arus kemodenan.

A2 RMLN 2 Jikalau keadaan ini terjadi, maka generasi muda akan


datang tidak lagi mengenali sekali gus mengetahui cara
19 p.p
bermain sesuatu permainan tradisional.

A3 RMLN 3 Apabila keadaan yang malang ini terjadi, segala-galanya


sudah terlewat dan mungkin kita tidak akan mampu untuk
30 p.p
menyelamatkan khazanah budaya yang sepatutnya dijaga
dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

A4 RMLN 4 Apabila keadaan malang ini semuanya telah terjadi, 22 p.p


tangisan air mata berdarah sekalipun tidak mampu merubah
kembali sesuatu kepada kejadian asal kerana terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

85 p.p

CONTOH: PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM


[CEMERLANG]

BINAAN PENUTUP / KESIMPULAN

JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH

PERKATAAN

A1 RUMUSAN Konklusinya, demi mencapai visi kudsi Wawasan 2020,


Malaysia memerlukan generasi yang berkaliber, berwibawa
28 p.p
dan berintelek selari dengan modal insan yang memiliki
minda kelas pertama seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana
Menteri kita.

A2 CADANGAN Oleh itu, pandangan negatif sesetengah pihak bahawa


kegiatan kokurikulum tidak membawa kebaikan dan hanya
membuang masa haruslah dikikis segera.
19 p.p

A3 HARAPAN Perkara yang pasti ialah semua pihak yang telah


diamanahkan perlu berganding bahu,menggembleng tenaga
19 p.p
bagi menjayakan cita-cita murni ini.

A4 PENDIRIAN Sesungguhnya, amalan peribahasa sesal dahulu


pendapatan, sesal kemudian tiada berguna haruslah
dihayati dan direnungi terutama oleh pelajar untuk
menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.

17 p.p
83 p.p

LATIHAN PENGUKUHAN : CARA-CARA MENGHARGAI JASA DAN PENGORBANAN GURU

BINAAN PENUTUP / KESIMPULAN

JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH

PERKATAAN

A1 RUMUSAN Konklusinya, guru merupakan arkitek yang melahirkan jutaan


bijak pandai dalam pelbagai bidang seperti yang pernah
23 p.p
diungkapkan oleh Sasterawan Negara, Usman Awang dalam
sajaknya bertajuk “Guru Oh Guru”.

A2 CADANGAN Oleh itu, tidak salah sekiranya masyarakat pada hari ini
memberikan pengiktirafan yang tinggi terhadap kerjaya guru
22 p.p
yang sentiasa menuntut komitmen yang tinggi.

A3 HARAPAN Dengan berbuat demikian, semua pihak tidak lagi bersikap


menuding jari terhadap para guru sekiranya anak-anak
25 p.p
mereka menghadapi masalah di sekolah malahan lebih
mudah untuk memberikan kerjasama.

A4 PENDIRIAN Kita percaya sekiranya tanpa jasa dan pengorbanan guru,


nescaya sukar untuk para pemimpin di peringkat nasional
27 p.p
melaksanakan visi dan misi bagi mencapai wawasan
negara maju pada tahun 2020 .

97 p.p

CONTOH PENUTUP GEMILANG (PANDUAN)

BINAAN PENUTUP / KESIMPULAN

JENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH

PERKATAAN

A1 RUMUSAN Perbincangan saya tentang peranan ibu bapa untuk


memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan
45 p.p
anak-anak telahpun sampai ke penghujungnya. Lantaran
itu, sebagai penghias bicara akhir , suka saya menegaskan
bahawa ibu bapa merupakan tonggak keluarga, justeru
mereka perlulah menggalas tanggungjawab mendidik anak-
anak mereka dan melaksanakannya dengan sempurna.
A2 CADANGAN Oleh itu, kita haruslah menghormati warga emas ini sebagai
tanda penghargaan kepada mereka kerana mereka amat
24 p.p
bernilai kerana telah banyak menumpahkan jasa dan
pengorbanan.

A3 HARAPAN Marilah kita sama-sama berfikir, adakah kita ingin


dipinggirkan apabila sudah tua nanti kerana yang tua
19 p.p
dihormati, yang muda disayangi.

A4 PENDIRIAN Jika jawapan kita ialah tidak, marilah kita berusaha


bersungguh-sungguh untuk memupuk sikap menghormati
32 p.p
warga tua dalam kalangan generasi muda sebelum nasi
menjadi bubur dan jangan terhantuk barulah terngadah.
Melalui usaha murni ini,masyarakat penyayang di Malaysia
dapat dibentuk. Malaysia Boleh!

120 p.p

Anda mungkin juga menyukai