Anda di halaman 1dari 24

1

Chapter 3: Etika Perguruan

B
Baabb 33::
E
ETTIIK
KAAP
PEER
RGGU
URRU
UAAN
N

Hasil Pembelajaran:

Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:

 Menerangkan konsep etika dan etika profesion


 Mengenal pasti ciri-ciri etika profesion perguruan
 Menganalsis tatasusila Kementerian Pelajaran Malaysia
 Menjelaskan peranan etika kerja
 Membincangkan beberapa isu-isu etika

RINGKASAN BAB Bab 1: Profesion Perguruan


Bab 2: Peranan & Tugas Guru
2.1 Apakah etika?
Bab 3: Etika Perguruan
2.2 Kod etika profesional
Bab 4: Standard Guru Malaysia
2.3 Fungsi kod etika profesional
Bab 5: Pengembangan Staf
2.4 Kod etika perguruan
Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti
2.5 Tatasusila
Bab 7: Kepimpinan Guru
2.6 Perintah-Perintah Am
Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan
2.7 Etika kerja
2.8 Isu-isu etika

Ringkasan
Kata Kunci
Rujukan

Bab ini membincang isu etika profesion dengan tumpuan kepada definisi etika dan kod
etika profesional. Juga disentuh ialah berapa fungsi kod etika profesional dan diikuti
dengan memperkenalkan kod etika perguruan. Tatasusila yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dibincangkan termasuk perintah-perintah am kerajaan
yang menyenaraikan perkara yang dilarang, boleh dilakukan dengan izin dan hukuman.
Juga diberi perhatian ialah beberapa isu-isu etika yang berkaitan dengan profesion
perguruan.
2
Chapter 3: Etika Perguruan

3.1 Pengenalan

APAKAH ETIKA?

Ahli sosiologi terkenal, Raymond Baumhart (1968) bertanya beberapa ahli


perniagaan, “Apakah makna etika bagi anda?” Antara jawapan yang diberi ialah:

Ditentuka
undang- Ditentukan
undang oleh agama
Diterima Apa yang
masyarakat diajar oleh
ibu bapa

Ditentukan Apa yang


oleh tradisi diajar oleh
guru

Etika berasal daripada perkataan Greek „ethos‟ yang bermakna watak atau adat resam.
Adat resam masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika dikaitkan
dengan kemoralan dimana individu dalam sesuatu masyarakat bertindak tertakluk
kepada budi pekerti moral yang dipersetujui (Keith Goree, 1966). Memang sukar
menentukan maksud „etika‟. Berikut ialah beberapa definisi etika:

 Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995) mentakrif etika sebagai nilai-nilai
yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan.

 Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai himpunan


nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi
dan profesion.

 Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral.

 Mackie (1977) mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat


menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu tindakan.

 Velasquez, Andre, Shanks, dan Meyer (1987) mentaktif etika sebagai


standard salah dan betul yang harus dilakukan manusia untuk memastikan
keadilan.

 Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentakrif etika sebagai satu set peraturan
tingkah laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dan jangan dibuat.
3
Chapter 3: Etika Perguruan

 Dalam Islam, etika ialah tingkah laku baik yang dituntut al-Quran dan Hadith,

Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang „betul‟ dan „salah‟
dalam kehidupan seharian manusia. Etika adalah penting, kerana ia menentukan
tindak-tanduk manusia. Tanpa berpegang kepada suatu kod etika, segala usaha
manusia akan gagal.

3.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan 6 jawapan yang
diberi oleh ahli perniagaan tentang apa itu etika?

b) Dengan merujuk kepada definisi etika yang


disenaraikan, kenal pasti perkataan dan frasa yang sama
atau hampir sama dalam setiap penyataan.

3.2 Kod Etika Profesional

Perkhidmatan yang diberikan oleh golongan


profesional seperti jurutera, doktor, arkitek,
peguam, akauntan dan lain-lain amat penting dalam
membangun dan mempertingkatkan kesejahteraan
hidup sesuatu masyarakat. Dalam Bab 1 dinyatakan
bahawa setiap profesion mempunyai kod etika
yang tersendiri.
Adalah penting ahli-ahli sesuatu profesion
memberikan perkhidmatan dengan penuh dedikasi,
jujur dan amanah. Tidak dapat dinafikan bahawa
ahli sesuatu profesion sentiasa berhadapan dengan
berbagai-bagai dilema etika yang kalau tidak ditangani dengan baik akan
menjejaskan imej dan profesion berkenaan.
Seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan
mudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika) seperti perbuatan
mengambil rasuah, melakukan penipuan, pecah amanah, mementingkan diri sendiri
dan lain-lain. Contohnya, peguam yang melarikan duit klien atau akuantan
mendedahkan maklumat perbadi kliennya. Kalau perbuatan ini berterusan dan
berleluasa sudah pastilah masyarakat akan menanggung akibatnya. Oleh itu,
pengetahuan dan penghayatan etika harus disemaikan dikalangan semua ahli sesuatu
profesion.
Kod etika merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap
kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan
kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan peraturan, peranan nilai, serta
tingkahlaku profesion.
4
Chapter 3: Etika Perguruan

3.3 Fungsi Kod Etika Profesional

Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai
panduan mengawal selia tingakah laku ahli sesuatu profesion. Kod etika profesional
mempunyai EMPAT fungsi utama: (Lihat Rajah 3.1).

1. Pedoman:
 Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi
dan diamalkan sepenuhnya bagi menjaga kepentingan semua pihak
yang terlibat.
 Kod etika professional mengelaskan pelbagai perkara yang boleh
dilakukan dan yang mana tidak boleh dilakukan.
 Kod etika mengingatkan ahli-ahli mengenai tingkahlaku yang patut
dipamerkan apabila berada di dalam sesuatu keadaan.
 Secara tidak langsung, kod etika menentukan kerja ahli-ahli
dijalankan dengan lebih baik dan teratur.

Pedoman

Pencegahan & Disiplin

Memelihara Maruah Profesion

Mengelakkan Berlakunya
Konflik

Rajah 3.1 Fungsi Etika Profesional

2. Pencegahan Dan Disiplin:


 Kod etika digunakan badan-badan professional atau pihak tertentu
(seperti Kerajaan) sebagai asas untuk menyiasat sebarang
penyelewengan ahli-ahlinya
 Berdasarkan aduan yang terima, penyiasatan dilakukan untuk
menentukan sejauh manakah seorang ahli telah melanggar kod etika.
 Secara tidak langsung, kod etika mendisiplin ahli-ahli supaya
berpegang kepada prinsip yang dipersetujui oleh semua yang terlibat.
5
Chapter 3: Etika Perguruan

3. Memelihara Maruah Profesion:


 Kod etika memelihara maruah profesion dengan
memberi imej positif kerana setiap ahli terikat
dengan satu standard etika yang tinggi.
 Masyarakat lebih yakin tentang sesuatu profesion
jika terdapat kod etika yang menjelaskan tingkah
laku yang boleh dilakukan dan tidak boleh
dilakukan.
 Kod etika merupakan satu panduan kepada
ahlinya mempertahankan integriti profesion
masing-masing yang menjelaskan bahawa setiap
ahli perlu menggunakan pengetahuan yang dimilikinya untuk
meningkatkan kesejahteraan manusia dengan memberi perkhidmatan yang
cemerlang kepada orang ramai.

4. Mengelakkan Berklakunya Konflik:


 Kod etika dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik dan rasa
tidak puas hati di kalangan ahli-ahli sesuatu profesion atau pihak lain yang
berkaitan. Jika seseorang ahli didakwa atau diragui oleh pihak tertentu
tentang apa yang dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika
untuk menyokong tindakannya. Iaitu, meyakinkan yang terlibat bahawa
perkara yang telah dia lakukan tidak salah disisi kod etika.

Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongan
kepada ahlinya. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang
positif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh
seseorang profesional. Semua etika profesional yang diguna pakai diseluruh dunia
dalam bidang-bidang seperti perubatan, guaman, perniagaan, perakuanan dan
kejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang sama. Ini kerana tujuan kod etika
dibentuk adalah digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.

3.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Mengapakah sesuatu profesion mesti mempunyai kod


etika?
b) Sejauh manakah kod etika berjaya mencegah
penyelewengan?

3.4 Kod Etika Perguruan


Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi
memartabatkan profesion. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh guru.
Kepentingan kod etika tidak dapat dinafikan lagi kerana adanya kod etika para guru
dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang guru,
6
Chapter 3: Etika Perguruan

Pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai guru kerana terdapat guru-guru yang masih melanggar
tatasusila perguruan yang harus dielakkan. Di halaman depan Buku Persediaan
Mengajar dipaparkan ikrar agar semua guru mamatuhi dan menjaga imej profesion.

IKRAR

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan


ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang
berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan,
yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran
dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya
kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun
Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya


memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang
telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka
untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak


muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini
kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tinggnya.

[sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.edu.my]

3.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN


Dengan merujuk kepada Ikrar di atas terangkan maksud
frasa-frasa berikut dengan memberi contoh:
a) „menuju ke arah kebenaran‟
b) „percaya kepada demokrasi‟
c) „menghadapi cabaran pada masa hadapan‟
d) „percaya kepada Rukun Negara‟
7
Chapter 3: Etika Perguruan

3.5 Tatasusila Kod Etika Profesion Guru Malayisa

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan


keselamatan pelajar kami daripada
hal-hal lain.

2. Bersikap adil terhadap setiap orang


pelajar tanpa mengira faktor-faktor
jasmani, mental, emosi, politik,
ekonomi, sosial, keturunan atau
agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas


atau sulit mengenai pelajar kecuali
kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar


seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata
pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang


dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,


lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat
atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-
tingginya.

3.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Sejauh manakah pelajar-pelajar dalam kelas lemah


diabaikan dan tidak diberi layanan yang sama?
b) Pada pendapat anda, adakah pelung mempertingkatkan
kecekapan ikhtisas mencukupi? Jelaskan.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak


mereka.
8
Chapter 3: Etika Perguruan

2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di


antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa


mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai
sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak


mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu
bapa secara teliti dan bijaksana.

5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh


kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.

6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan


sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu
bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh


merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang
bertentangan dengan Rukun Negara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang
taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi


segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru


dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral,


kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh


masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
9
Chapter 3: Etika Perguruan

3.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Adakah sekolah anda berjaya mengadakan hubungan


mesra dengan kaum ibu bapa?
b) Berikan peristiwa dimana persefahaman di antara guru
dan masyarakat setempat terjejas. Bagaimana isu itu
timbul dan diselesaikan.

IV TANGGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan


yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan
pelajar.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan


kecekapan kami sebagai guru atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu
yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab


kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan
sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya


mereka yang beru dalam profesion keguruan

5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik


profesion keguruan.

6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

CATATAN:
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan
ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi,
termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan
pendidikan.

[sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.edu.my]


10
Chapter 3: Etika Perguruan

KUALA LUMPUR: “Selagi tidak melanggar etika perguruan dan mengabaikan


pekerjaannya, dia boleh melakukan apa saja kerana itu haknya. “Bagi saya,
tindakannya tidak salah kerana dia tidak mengganggu individu lain, sebaliknya
hanya mencari hiburan sendiri,” kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan ketika diminta mengulas penghasilan klip
video miming Cikgu Shida.

Menurutnya, dia tidak melihat apa dilakukan guru itu boleh merosakkan
profesyen guru, sebaliknya ia adalah perkembangan sihat. Katanya, jika dilihat
daripada sudut positif, ia menunjukkan daya kreativiti guru berkenaan kerana
mampu melakonkan pelbagai aksi di depan kamera mengikut kesesuaian lagu.

“Meraih populariti sejuta pengunjung adalah luar biasa bagi individu biasa dan
secara tidak langsung membuktikan guru zaman kini serba boleh.
“Walaupun buat masa kini dia lebih terarah menghasilkan klip video berbentuk
hiburan, mungkin satu hari nanti dia mampu merakam video yang mempunyai
unsur ‘edutainment’,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Katanya, melihat populariti diterimanya, dia percaya guru berkenaan ada peminat
sendiri dan ia mungkin boleh dijadikan ruang untuk menerapkan elemen positif
melalui penghasilan klip videonya. Hashim berkata, laman Youtube mampu
dilayari sesiapa saja dari seluruh dunia dan ini bererti video itu boleh ditonton
pelbagai golongan, sekali gus menaikkan institusi perguruan.

“Walaupun ada pihak berpendapat tindakan itu (penghasilan klip video)


memburukkan nama guru, NUTP tidak melihat ia sebagai sesuatu yang salah dan
tidak ada rasionalnya mengenakan tindakan terhadap Cikgu Shida.
“Sebaliknya, ia lebih kepada kebebasan individu untuk mencari hiburan sendiri
dan pada masa sama berkongsi minat itu bersama orang luar,” katanya.

Sumber : Harian Metro, 2011

3.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Baca petikan akhbar Harian Metro di atas. Apakah


pendapat anda? Bincangan bersama pelajar lain.
11
Chapter 3: Etika Perguruan

3.6 Perintah-Perintah Am Kerajaan


Guru sebagai pegawai perhidmatan awam tertakluk kepada Perintah-Perintah Am
Kerajaan (Government General Orders) (Lihat Rajah 3.4). Perintah-Perintah Am
terdiri daripada bab-bab berikut:
Bab A: Lantikan dan Kenaikan Pangkat
Bab B: Elaun-elaun dan Kemudahan dalam Perhidmatan
Bab C: Cuti
Bab D: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
Bab E: Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan
Bab F: Perubatan
Bab G: Waktu Bekerja dan Lebih Masa

Tumpuan ialah kepada Bab D yang


membincangkan perkara-perkara yang
berkaitan kelakuan, tugas kawalan dan
pengawasan tatatertib, prosedur tatatertib,
hukuman, penahanan kerja dan
penggantungan kerja, penamatan demi
kepentingan awam dan pelbagai perkara
yang lain.

Tatakelakuam (Peraturan 4)
Seorang pegawai TIDAK BOLEH:

a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya

b) Berkelakuan sedemikian cara mungkin menyebabkan kepentingan


persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya

c) Berkelakuan yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah:

i. Membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengantugas


tugas awamnya hinggamenjejaskan kegunaannya sebagai pegawai
awam; atau
ii. menggunakan kedudukan awamnya untuk faedahnya sendiri

d) Berkelakuan sedemikian hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama


perkhidmatan awam

e) Kurang cekap atau kurang berusaha

f) tidak jujur atau amanah

g) tidak bertanggungjawab
12
Chapter 3: Etika Perguruan

h) Membawa atau cuba membawa apa-apa pengaruh atau tekanan luar untuk
menyokong tuntutan berhubung dengan perkhidmatan sama ada tuntutan
sendiriatau tuntutan anggota - anggota perkhidmatan awam yang lain.
i) Ingkar Perintah atau berkelakuandengan apa - apa cara yang bolehditafsirkan
sebagai engkar perintah

j) Cuai dalam melaksanakan tugasnya

Perkara (a) hingga (j) di atas dengan jelas menghuraikan tinkah laku yang tidak
seharusnya ditunjukkan oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab dan berwiba.

Perkara-Perkara yang Dibolehkan denga Izin (bersyarat):

Peraturan 5 - Membuat Pekerjaan Luar


Peraturan 8 - Menerima hadiah
Peraturan 9 - Memberi atau menerima keraian
Peraturan 10 - Pemunyaan Harta
Dengan
Peraturan 12 - Meminjam Wang/ menjadi penjamin
SYARAT

DILARANG Perbautan yang Dilarang Sama Sekali

Peraturan 7 – Penyalahgunaan Dadah


Peraturan 11 - Menyelenggara kehidupanmelebihi
emolumen dan pendapatan sendiri yang sah
Peraturan 13 - Keterhutangan kewanganyang serius
Peraturan 23 – Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti
atau kebenaran terlibih atau tanpa sebab yang
munasabah

Hukuman Tatatertib
a) memberi amaran
b) mengenakan denda
c) melucutkan hak emolumen
d) menangguh pergerakan gaji
e) menurun gaji
f) menurun pangkat
g) buang kerja
13
Chapter 3: Etika Perguruan

3.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Menurut Perintah-Perintah Am, senaraikan perkara-
perkara yang dilarang sama sekali dan yang dibolehkan
dengan izin.
b) Nyatakan perkara-perkara lain yang dilarang sama sekali.

3.7 Etika Kerja

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendefinisikan “Etika Kerja” sebagai


panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga kementerian di tempat
kerja massing-masing. Kementerian. Guru yang berkhidmat di bawah naungan
Kementerian Pelajaran Malaysia tertakluk kepada etika kerja KPM. Pembentukan
Etika Kerja KPM terbahagi kepada dua komponen utama:

 Prinsip Etika Kerja


 Nilai-nilai Etika Kerja

A) PRINSIP ETIKA KERJA

Etika Kerja yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan LIMA
prinsip yang utama (Lihat Rajah 3.4).

Niat yang betul

Berdisiplin dan
beradab Perlakuan yang
baik
PRINSIP
ETIKA
KERJA

Memperkotakan Penggerak ke
apa yang dijanji arah kebaikan

Rajah 3.4 Prinsip Etika Kerja Guru


14
Chapter 3: Etika Perguruan

1. Niat Yang Betul (Right Intentions)

Prinsip pertama, guru yang menjalankan kerjanya dengan „niat yang betul‟ akan
memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi, matlamat dan
objektif institusi serta agama dan negara. Amalan prinsip ini menyumbangkan
kepada mutu pendidikan serta semua pihak berkepentingan.

2. Perlakuan yang baik (Good Behaviour)

Prinsip kedua, guru mesti melakukan tugas dengan sempurna ke arah mencapai
hasil berkualiti samping memperbaiki imej profesion. Ia juga mestilah menunjukkan
penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa. sambil
memberi layanan yang baik kepada pelanggan.

3. Penggerak ke arah kebaikan (Driving force towards Goodness)

Prinsip ketiga, guru hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Dia hendaklah
menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju berdaya saing dan dapat
mendorong orang lain melakukan kebaikan dan kemuliaan. Dia harus boleh menjadi
sumber inspirasi kepada rakan sejawat dan berusaha ke arah menjadi pekerja yang
terbaik dan cemerlang.

4. Memperkotakan apa yang dikata (Delivers what is Promised)

Prinsip keempat, guru hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikata.
Justeru itu, ia hendaklah sentiasa menunjukkan ketekalan dalam pengucapan dan
tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. Ia itu, menepati apa yang
dinyatakan dalam piagam pelanggan.

5. Berdisiplin dan Beradab (Disciplined and Civil)

Prinsip kelima, guru hendaklah mengamalkan budaya berperaturan (mengikut


peraturan), berdisiplin dan beradab (seperti terdapat dalam ajaran agama). Ertikata
lain, guru sentiasa mematuhi peraturan dan arahan-arahan perkhidmatan dan
mengamalkan tatacara kehidupan yang berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai
dan betul selari dengan peraturan masyarakat.

3.8 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Bezakan di antara lima prinsip-prinsip etika kerja
b) Berikan contoh prinsip “memperkotakan apa yang dikata”
c) Berikan contoh prinsip “niat yang baik”.
.
15
Chapter 3: Etika Perguruan

B) NILAI-NILAI ETIKA KERJA

Cheryl Peppers dan Alan Briskin (2000) dalam buku mereka “Bringing your Soul to
Work: An Everyday Practice” menyatakan bahawa telah satu gelombang
pembaharuan yang mendesak unsur-unsur kerohanian di bawa ke tempat kerja. Kita
telah bincang dalam Bab 2, bahawa ahli-ahli falsafah seperti Al-Farabi, Confucius,
Vivekananda, Plato dan Dewey telah menyebut pentingnya nilai-nilai murni
diamalkan oleh pendidik di institusi-institusi pendidikan. Namun Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti TUJUH nilai utama yang menjadi teras dan
fokus Etika Kerja (Lihat Rajah 3.5).

Amanah

Penyayang Benar

NILAI-
NILAI
Ikhlas Bijaksana

Dedikasi Bersyukur

Rajah 3.5 Nilai-Nilai Etika Kerja Guru

1. Amanah (Trust)

Seorang warga pendidik hendaklah mempunyai sifat bertanggungjawab dalam


melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya. Justeru itu, ia
mestilah menjalankan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab tanpa
penyelewengan dan cuai. Seorang pendidik mempunyai sikap jujur dan setia kepada
organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Ia menggunakan
masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan tugas dalam tempoh yang ditetapkan
serta tidak menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi. Seorang guru juga
hendaklah berdisiplin serta mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu kerja yang
membolehkan ia hilang kepercayaan orang lain terhadap dirinya. Bertanggungjawab
melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa merupakan satu sifat
amanah yang amat dituntut.

2. Benar (Truth)

Seseorang guru mestilah mempunyai niat dan perbuatan yang ikhlas serta benar. Ia
mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat
16
Chapter 3: Etika Perguruan

yang tersembunyi atau pun mengharapkan balasan. Guru mestilah bercakap


benar dan menepati janji. Ia seharusnya bersedia untuk mempelajari atau
menerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh. Seorang
guru juga mesti memberi dan menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak
mengelirukan. Ia boleh berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan
bersama.

3. Bijaksana (Thoughtful)

Guru hendaklah menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat


keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan. Ia haruslah menggunakan
seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan
cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. Guru mestilah berusaha
menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti serta sentiasa
mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalismenya. Ia juga mestilah
mempunyai fikiran yang rasional serta pertimbangan yang saksama dalam
menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi.

4. Bersyukur (Thankful)

Guru hendaklah mempunyai perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan
pemberian yang diterimanya tanpa menganggap kejayaan sebagai hak dirinya. Ia
mestilah bersedia memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa
sebarang prasangka, dendam atau menabur fitnah. Seorang guru mempunyai sifat
yang tenang dalam menghadapi masalah serta rela menerima kegagalan dan tidak
mudah berputus asa. Ia seharusnya berpuas hati dengan nikmat yang
diperolehinya seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan.

5. Dedikasi (Dedication)

Seorang guru hendaklah berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara
berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Maka, ia seharusnya bekerja
tanpa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari
helah. Dia sanggup berkorban demi kepentingan perkhidmatan, tekun, rajin dan
bersikap positif dalam melaksanakan tugas dengan mendapat hasil yang berkualiti. Ia
mestilah seorang yang sabar, bertanggungjawab, teliti, ceria, tidak cuai atau
merungut dalam menjalankan tugas..

6. Ikhlas (Sincere)

Seseorang guru mestilah berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk


menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran. Dia menjalankan
tugas semata-mata untuk mencapai matlamat sekolah, bukan kerana pangkat,
kedudukan atau mendapat perhatian orang lain. Seorang guru dapat memberi
layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak
bersikap pilih kasih dalam menjalankan tugas. Ia haruslah bersedia menerima
teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka. Seorang guru juga
seharusnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang
kepentingan diri.
17
Chapter 3: Etika Perguruan

7. Penyayang (Caring)

Seorang guru mestilah menghargai dan mengambil berat terhadap pelanggan. Dia
mempunyai sifat pemaaf dan penyayang, tidak sombong dan suka meninggi diri.
Guru seharusnya menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu
dihormati tanpa sebarang prasangka buruk. Ia bersifat bertimbang rasa dan suka
mengambil berat dalam melaksanakan tugas. Menjadikan sekolah sebagai sebuah
keluarga besar yang penuh kemesraan serta bersifat simpati dan empati dalam
menjalankan tugas seharian.

3.9 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Berikan contoh-contoh bagaimana anda telah mengamalkan


nilai-nilai seperti penyayang, dedikasi, amanah dan
sebagainya dalam bilik darjah.

MMC: Nama Doktor Salah Laku Disiarkan

KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council atau


MMC) akan menyiarkan nama doktor yang didapati bersalah melakukan
perbuatan salah laku.

Presiden MMC, berkata majlis itu juga sedang dalam proses mengkaji semula kod
etika dan garis panduan bagi penyesuaian masa kini serta amalan masa depan.
Majlis sedang mengkaji semula kod etika dalam sembilan bidang khusus iaitu
teleperubatan, reproduktif bantuan, kematian otak, ujian klinikal dan
penyelidikan bioperubatan. Bidang lain ialah penyebaran maklumat dalam
profesion perubatan, rekod perubatan, implikasi etika doktor dalam situasi
konflik, perkhidmatan dan perubatan genetik, pemindahan organ dan hubungan
antara doktor dan industri farmaseutikal.

Diantara 2004 hingga 2006, MMC telahpun mengambil tindakan disiplin terhadap
45 doktor di seluruh negara kerana pelbagai salah laku. Kod Perilaku Profesional
menyenaraikan beberapa jenis salah laku yang boleh dikenakan tindakan iaitu
mengabai atau tidak mempedulikan tanggungjawab profesional,
menyalahgunakan hak istimewa profesional dan kemahiran, mencemar reputasi
profesion perubatan dan mengiklan, dan kesalahan profesion berkaitan. Bentuk
tindakan termasuk penggantungan, amaran dan pembatalan keahlian majlis.

BERNAMA 10 October, 2006


18
Chapter 3: Etika Perguruan

3.10 AKTIVITI PEMBELAJARAN


Baca laporan mengenai tindakan yang diambil oleh
Persatuan Perubatan Malaysia terhadap ahlinya yang
melanggar kod etika.
Adakah tindakan seumpama ini dilakukan untuk profesion
perguruan? Jelaskan

3.8 Isu-Isu Etika

Guru tak masuk kelas Guru mendisiplin pelajar


murid yang lemah dengan merendam mereka
dalam kolam
Guru memperkosa murid
Guru masuk ke kelas
lambat

Guru tak mengajar


mengikut sukatan pelajaran Guru menumbuk guru
besar
Guru terlibat dengan
pengedaran dadah Guru berkelahi dengan
pelajar

Ra ja h 3 . 6 B eb er ap a j en i s sa l ah l ak u gu ru

Baca petikan akhbar di atas tentang salah laku di kalangan profesion


perubatan. Beberapa jenis salah laku dikenal pasti oleh Majlis Perubatan Malaysi
(Malaysian Medical Council); iaitu mengabai atau tidak mempedulikan
tanggungjawab profesional, menyalahgunaan hak istimewa profesional dan
kemahiran, mencemar reputasi profesion perubatan dan mengiklan, kesalahan
profesion berkaitan. Tahukah anda doktor di Malaysia tidak boleh mengiklan
perkhidmatan yang ditawarkan?
Bagaimana pula dengan profesion perguruan? Sering kali kita membaca dan
mendengar di media tulis dan elektronik berkenaan salah laku guru (Lihat Rajah 3.6).
Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang serius tentang tingkah laku guru
kerana sedikit sebanyak menjejaskan profesion perguruan. Perlu ditegaskan bahawa
peristiwa-peristiwa sedemikian hanya melibatkan segelintir daripada 450,000 guru di
Malaysia.
19
Chapter 3: Etika Perguruan

a) Berniaga Di Sekolah
Terdapat kes-kes dimana bilik guru mnnjadi
kawasan pernigaan. Ada antara guru yang ghairah
berniaga sampai lupa dan mengabaikan
tanggungjawab mereka. Ada pula guru yang
menjalankan perniagaan dari boot kereta! Tindakan
guru sedemikian menjejaskan imej profesion yang
begitu mulia. Guru sepatutnya melaksanakan
tangggungjawab sebagai pendidik di dalam bilik
darjah dan bukan menjalankan perniagaan di
sekolah. Amalan ini melanggar kod etika perguruan
dan Perintah Am.

b) Kerja Sambilan
Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai kerajaan (kecuali guru di
sekolah swasta) dan tertakluk kepada Perintah Am dan tatalaku. Oleh itu, guru perlu
memohon kelulusan untuk membuat kerja sambilan. Kelulusan hanya akan diberikan
jika kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan dengan peraturan yang ditetapkan.
Contohnya, kerja sambilan tidak itu tidak dilakukan pada waktu bekerja dan tidak
menjejaskan tugas hakiki mereka. Kerja sambilan yang kerap dilakukan guru ialah
mengadakan kelas tuisyen.
Guru mengadakan kelas tambahan untuk menambahkan pendapatan. Mengikut
pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (Surat Pekeliling Perkhidmatan
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Berikut ialah garis panduan serta syarat
meluluskan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan :-

 pemohon hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang


telah disahkan dalam jawatan;
 permohonan hendaklah sampai kepada Pihak Berkuasa Meluluskan sekurang-
kurangnya 2 bulan sebelum khidmat tuisyen atau mengajar secara sambilan
bermula;
 pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan hendaklah
tidak melebihi 4 jam seminggu;
 pemohon hendaklah memperoleh markah prestasi tahunan yang tinggi iaitu
bersamaan atau melebihi 80% bagi tahun yang sebelumnya;
 pemohon adalah dilarang sama sekali melakukan khidmat tuisyen di dalam
syarikat atau pusat tuisyen yang dimiliki oleh mana-mana ahli keluarga
termasuk yang mana dikhuatiri mempunyai kepentingan peribadi;
 pemohon dilarang sama sekali mengedar atau mempromosi pusat tuisyen atau
seumpama dengannya, dengan sebarang bentuk cara termasuklah melalui
risalah atau secara lisan kepada pelajar;
 pemohon yang diluluskan dengan kebenaran hendaklah memberi khidmat
tuisyen di pusat-pusat tuisyen yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri
masing-masing;
 khidmat mengajar yang diberikan tidak mengganggu tugas rasmi pegawai
sebagai guru dan dijalankan di luar waktu pejabat;
 pemohon tidak dibenar menggunakan kemudahan peralatan pejabat untuk
tujuan menjalankan aktiviti mengajar secara sambilan
20
Chapter 3: Etika Perguruan

[sumber: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. BIL. 1


TAHUN 2006]

Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, “ada kalangan guru
yang menganggap kerjaya mereka sebagai sambilan dan mereka mengutmakan
kegiatan mencati pendapatan teambahan dengan mengadakan kelas tuisyen di rumah
mereka. Mereka menitikberatkan kelas tuisyen berbanding dengan tanggungjawab
mereka di sekolah” ( 2010, h:43).

c) Gangguan Seksual dan Rogol


Gangguan seksual di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan berunsur
seksual yang tidak ingini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu pencabulan
maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya (Kod Amalan Pencegahan
dan Peinbasinian Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999. Kementerian Sumber
Manusia Malaysia). Gangguan seksual terdiri daripada gangguan secara lisan (seperti
usikan atau gurauan berunsur seks), gangguan bukan lisan (seperti isyarat tangan yang
membayangkan perlakuan seks) gangguan visual (menunjukkan bahan lucah),
gangguan psikologi (seperti mengulangi jemputan yang tidak dilayani) dan gangguan
fizikal (seperti sentuhan yang tidak diingini).
Hubungan guru dan pelajar adalah suci dan seperti dibincangkan dalam Bab 2,
guru berperanan sebagai “Pengganti Ibu Bapa”. Malangnya segelinter guru telah
mengambil kesempatan dan melakukan jenayah yang sungguh kejam, iaitu merogol
pelajar, termasuk murid sekolah rendah. Seperti kata pepatah “Harapkan pagar,
pagar makan padi”. Bayangkan masa depan mangsa yang dirogol. Kemungkinan
trauma yang dialami akan kekal sepanjang hayat hingga dewasa.
Kanun Keseksaan Malaysia menjadikan sebarang hubungan seksual dengan
individu di bawah umur 16 tahun sebagai rogol, sama ada dilakukan dengan kerelaan
mangsa atau tidak. Ini juga disebut sebagai rogol statutori (statutory rape). Ini
bermakna tidak kira apa juga alasan yang diberikan, jika didapati mangsa itu di bawah
umur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia adalah jenayah rogol.
Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan kesalahan
dengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu: "Barang
siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun
dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."

d) Diskriminasi dan Layanan Tidak Adil


Diskriminasi secara ringkasnya berlaku apabila seorang pelajar itu dilayan
dengan cara yang kurang menyenangkan oleh guru atau pihak pentadbiran sekolah.
Kod etika perguruan menekankan bahawa;

“Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil


terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina,
bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal-usul
keluarga, intelak, akademk dan status-status lain”
21
Chapter 3: Etika Perguruan

Prinsip ini jelas bahawa guru yang beretika akan mengamalkan keadilan dan
mewujudkan peluang pengajaran-pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang
amat penting dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara (Foo Say Fooi 2005; Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheon, Zulkufli
& Zakiah Noordin, 2012).

e) Mengabaikan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah


Sistem pengaliran (streaming) diamalkan oleh sekolah-sekolah dimana pelajar
ditempatkan ke kelas-kelas tertentu berdasarkan pencapaian akademik mereka. Ada
sekolah yang mengamalkan sistem pengaliran dengan menagihkan pelajar
berdasarkan pencapaian akademik. Contohnya, jika terdapat 7 kelas dalam Tahun
Enam, pelajar ditempatkan dari kelas 1 hingg 7 berdasarkan pencapaian akademik
mereka. Pelajar pencapaian tinggi akan ditempatkan di Kelas 1 manakala pelajar
pencapaian akademik paling rendah ditempatkan di Kelas 7. Kadang kala, kelas-kelas
ini diberikan nama-nama seperti „Anggerik‟, „Mawar‟, „Jujur‟, „Amanah‟ dan
sebagainya. Apa nama yang berikan pun, warga sekolah mengetahui manakah kelas
yang terdiri daripada pelajar pencapaian akademik rendah. Mungkin pelajar-pelajar
ini tidak boleh membaca dan mengira pada tahap yang kehendaki walau pun sudah
berada di Tahun Enam.
Rasional kebanyakan sekolah mengamalkan sistem sedemikian adalah untuk
memudahkan guru mengajar dan menangani masalah disiplin pelajar di dalam sesuatu
kelas (Foo Say Fooi, 2005). Soalan yang timbul, ialah sama ada amalan ini berfaedah
kepada pelajar. Kemungkinan pelajar yang ditempatkan dalam kelas yang pencapaian
akademik rendah di sekolah rendah akan berada di kelas yang sama di sekolah
menengah hingga Tingkatan 5. Bayangkan sikap, perasaan dan personaliti seorang
individu yang ditempatkan bersama dengan pelajar-pelajar pencapaian akademik
rendah selama 11 tahun! Apakah sikap guru yang mengajar pelajar-pelajar ini?

3.11 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Apakah pandangan anda tentang menempatkan
pelajar pencapaian rendah dalam satu kelas?
b) Adakah diamalkan disekolah anda?
c) Bincangkan tingkah laku pelajar dalam kelas-kelas ini?
22
Chapter 3: Etika Perguruan

KEDAH — Seorang guru didenda RM2,000 selepas didapati bersalah


mencederakan guru besar sekolah tempat beliau mengajar lebih empat
tahun lalu. Guru itu akan dipenjara empat bulan jika gagal menjelaskan
denda itu.

Mengikut laporan media memetik Bernama, GURU kemudian


membayar denda itu. Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap
GURU selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan
keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

GURU, 41, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap


tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk
muka dan menyepak paha GURU BESAR, 52, di pejabat Sekolah
Kebangsaan, di sini kira-kira pukul 8.35 pagi, 20 Disember 2006.

Dalam rayuannya GURU meminta mahkamah meringankan hukuman


kerana menurutnya dia digantung kerja sejak Mac 2008 manakala dua
anaknya akan memasuki universiti dan dua lagi belajar di sekolah
menengah.

[nama dan tempat telah ditukar]


UTUSAN MALAYSIA ONLINE 27 April, 2011

3.12 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Baca petikan akhbar Harian Metro di atas. Apakah


pendapat anda? Bincangan bersama pelajar lain dalam
kelas serta dalam forum atas talian.

Walaupun seorang profesional itu terikat dengan undang-undang dan kod etika
profesional, masih ramai di antara mereka melakukan amalan yang tidak sihat.
Perbuatan-perbuatan yang tidak beretika jika tidak dibendung akan berleluasa hingga
menjejaskan profesion perguruan dan persepsi masyarakat. Selain perlaksanaan
undang-undang, amalan kepercayaan agamanya adalah sangat penting kerana ianya
dianggap sebagai benteng utama dari melakukan perkara-perkara yang tidak beretika.
23
Chapter 3: Etika Perguruan

KATA KUNCI

Etika Perintah Am Gangguan seksual


Etika profesion Prinsip etika kerja Keikhlasan
Ikrar Nilai etika kerja Bersyukur
Tatasusila Niat yang betul Kerja sambilan
Etika kerja Amanah Tanggungjawab

RINGKASAN

 Etika berasal daripada perkataan Greek „ethos‟ yang bermakna watak atau adat
resam.

 Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang „betul‟ dan
„salah‟ dalam kehidupan seharian manusia.

 Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan
sebagai panduan mengawal selia tingakah laku ahli sesuatu profesion.

 Seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan


mudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika)

 Kod etika memberi satu gambaran positif tentang imej sesuatu profesion
kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi.

 Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan


diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara.

 Guru hendaklah berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara
berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti.

 Empat fungsi kod etika profesional ialah sebagai pedoman, memelihara


profesion, mencegah & mendisiplin dan mengelakkan konflik.

 Tatasusila kod etika perguruan terdiri daripada tanggungjawab terhadap


pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan ibu bapa.

 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendefinisikan “Etika Kerja” sebagai


panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga kementerian di
tempat kerja massing-masing.
24
Chapter 3: Etika Perguruan

 Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai kerajaan (kecuali guru di


sekolah swasta) dan tertakluk kepada Perintah Am dan tatalaku.

 Sistem pengaliran (streaming) diamalkan oleh sekolah-sekolah dimana pelajar


ditempatkan ke kelas-kelas tertentu berdasarkan pencapaian akademik mereka.

 Gangguan seksual di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan berunsur
seksual yang tidak ingini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu
pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya

RUJUKAN

Baumhart, R. (1968). Ethics in Business. Boston: Holt, Rinehart & Winston.


Boston

Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.

Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara,
Kuala Lumpur, 1991.

Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran


Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.

Keinenterbn Suinber Manusia. (1 999). Kod arnnlcin Lintzik mencegnh


dan membasnfii gcinggiicrri seksircil cli ternpnt kerja. Kuala Lumpur,

Laporan Seminar Etika Pengurusan, 13 Mac 1990, Institut Latihan Pengurusan


Petronas, Bangi, Selangor.

Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian, 13 April 1987,
Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel


Hilton, Kuala Lumpur.

Peppers, C. & Briskin, A. (2000). Berrett-Koehler Publishers (August 30, 2000)

Mohd. Janib Johari (2001). Etika Profesional. Johor Baru: Penerbit UTM Press.

Mackie, J (1977). Ethics: Inventing Right and Wrong., Viking Press,

Velasquez, M. & Andre. C., Shanks. T, & Meyer.M. (1987). Issues in Ethics IIE
Vol.1 (1).

Anda mungkin juga menyukai