Anda di halaman 1dari 5

PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL

UUM COLLEGE OF BUSINESS


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER ONE 2016/2017 (A161)

COURSE NAME:
COURSE CODE:

TITLE:
INDIVIDUAL ASSIGMENT

SUBMITTED ON:

SUBMITTED TO:

MATRIC NO. NAME


1.0 Pengenalan

Pengurusan Sumber Manusia memainkan peranan penting dalam organisasi. Bidang


pengurusan merupakan suatu proses yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal bagi
mencapai objektif sesebuah organisasi. Bagi membantu organisasi mencapai objektif
pengurusan, pengurusan sumber manusia diwujudkan bagi mengintegrasikan dan koordinasi
sumber manusia untuk bergerak secara efektif ke arah matlamat yang diingini dalam sebbuah
organisasi (Zaidatol & Foo Say Fool, 2007). Keberkesanan pengurusan sekolah amat
memerlukan pengurusan manusia yang dirancang teliti. Selain itu, pengurusan sumber manusia
merujuk kepada amalan-amalan pengurusan sumber manusia. Ianya termasuk menentukan
keperluan sumber manusia (perancangan sumber manusia), menarik pekerja yang
berkelayakan (perekrutan), memilih pekerja (pemilihan), mengajar pekerja bagaimana untuk
melaksanakan kerja dan menyediakan mereka untuk masa depan (latihan dan pengembangan),
memberi ganjaran kepada pekerja (pampasan), menilai prestasi pekerja (penilaian prestasi),
dan membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni (perhubungan pekerja), (Noe et al.
2000).

1.2 Perancangan Sumber Manusia

Tugas untuk melakukan analisa pekerjaan bagi melakukan keperluan yang spesifik bagi tugas-
tugas individu dalam organisasi, meramal keperluan sumber manusia bagi mencapai objektif
sesebuah organisasi, membangun dan melaksanakan rancangan bagi mencapai keperluan
tersebut dan merekrut dan mengambil sumber manusia bagi memenuhi tugas-tugas spesifik
dalam organisasi. Oleh hal yang demikian, pengetua sebagai pengurus pendidikan di sekolah
bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan bertindak sebagai pemimpin
pengajaran dan pembelajaran. Amalan pengurusan perlu dijalankan meliputi tugas-tugas
merancang, mengorganisasi, mengetuai dan mengawal terutamanya sumber manusia,
kurikulum, ko-kurikulum, perkembangan staf, kewangan, persekitaran dan sebagainya.

1.4 Latihan dan Pembangunan

Fungsi pengurusan manusia yang merujuk kepada orientasi, kemahiran, latihan, pendidikan,
peningkatan produktiviti, pembangunan dan laluan kerjaya. Faridah (1997) mengutarakan
banyak dapatan pengkaji lain seawal 1985 berhubung kelemahan pengurusan sekolah agama
rakyat dimana kebanyakan pengetua atau pengurusnya mempunyai kurang pengetahuan
tentang pengurusan, kelayakan dan kualiti guru-guru di SAR adalah pada tahap sederhana,
bilangan guru berijazah yang sangat rendah, guru kurang mendapat latihan di dalam pedagogi.
Othman Lebar dan rakan-rakan (2006) pula menyatakan antara kekangan yang dihadapi oleh
sekolah rendah agama integrasi (SRAI) adalah kurangnya latihan mengurus dan mentadbir
kepada pasukan pentadbir sekolah, kesukaran mendapatkan guru-guru yang berkelayakan dan
kurangnya kerjasama dengan pihak luar seperti Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah, Bahagian Pendidikan Guru dan lain-lain institusi pendidikan. Seyogia itu, latihan dam
pembangunan guru perlu dititikberatkan kerana profesion perguruan di alaf baru ini haruslah
mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk
melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu
pengajaran itu bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan
aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan
seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif

1.3 Motivasi

Seorang pekerja yang gembira merupakan pekerja yang paling produktif. Dengan kata lain,
kepuasan bekerja mendorong peningkatan prestasi. Penglibatan pekerja, bimbingan dan tunjuk
ajar serta motivasi adalah ramuan yang penting dalam menentukan kejayaan keseluruhan
organisasi pendidikan. Dalam konteks ini, kepuasan kerja guru telah mendapati sebahagian
besar dari dapatan kajian menyatakan keupayaan pentadbir mengurus, kemampuan
menjalankan tugas dengan adil dan sentiasa prihatin dengan kebajikan kakitangannya mampu
memuaskan hati dan perasaan guru terhadap kerja yang telah diamanahkan kepadanya
(Zaidatol & Foo Say Fooi, 2003).

1.4 Kesimpulan

Objektif utama dalam pengurusan sekolah adalah meningkatkan produktiviti sekolah ke arah
melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Guru sebagai entiti sumber manusia ini
bertanggungjawab untuk memikul tugas tersebut. Menurut Jamaliah dan Norashimah (2005)
menyatakan bahawa pengurusan dan kepimpinan di sekolah hari ini berhadapan dengan
cabaran meningkatkan kualiti staf sedangkan pengetua lebih banyak menghabiskan masa
melakukan tugasan pentadbiran dan mengurus sekolah serta menghadiri mesyuarat di
luar.Sebilangan mereka telah dinaikkan pangkat walaupun belum mahir dengan tugas
mentadbir sekolah. Tamsilannya, Sekolah Agama Negeri di Selangor (SAN) didapati
memerlukan satu bentuk pengurusan yang berkesan untuk membasmi kelemahan-kelemahan
dalam pentadbiran kerana SAN kerana ianya merupakan faktor utama yang menentukan
kejayaan sekolah dan memenuhi tuntutan globalisasi supaya matlamat untuk melahirkan
pelajar yang dapat menjadi modal insan agama, bangsa dan negara tercapai. Tambahan pula,
banyak perkara perlu diberi perhatian oleh pentadbir dalam melaksanakan penambahbaikan
terutamanya dalam hal-hal yang menyentuh kebajikan kakitangan terutamanya guru. Dalam
melihat kepuasan guru terhadap iklim organisasi, kerja dan kemudahan yang disediakan kepada
guru-guru, yang mana merupakan elemen penting dalam pengurusan sumber manusia, didapati
bahawa kepuasan guru berada pada tahap optimum sahaja.
Bibiliografi

Aziman. (2009). Peranan Motivasi Dalam Pengurusan Pendidikan.


http://sumbanganku.blogspot.com/2009/04/peranan-motivasi-dalam-
pengurusan.html. 4Januari2017.

Faridah Yahya. (1997). Keberkesanan Pengurusan Sekolah Agama Rakyat Daerah Yan, Kedah.
1997. Tesis Ijazah Sarjana Sains, Jabatan Sains Pengurusan, UUM.

Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang.

Othman Lebar, Nagendralingan Ratnadivel, Ikhsan Othman, Misnan Jemali, A. Yunus Kassim,
Norila M. Salleh, Asmadi Mustakim & Ridzuan Jaafar. (2006). Penilaian Sekolah
Rendah Agama Integrasi Jabatan Agama Islam Selangor. Kod penyelidikan: 03- 12-02-
04GL/JAIS. UPSI. Tanjung Malim. Portal Pendidikan Utusan (2005), Tugas Guru : NU

Raymond A. Noe et al. (2000). Human resource management: Gaining a competitive advantage
3rd ed. Mc Graw Hill. Boston,Mass.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Foo Say Fooi. (2007). Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan. Penerbit Universiti Putera Malaysia. Serdang

Portal Pendidikan Utusan (2005), Tugas Guru : NUTP Gariskan Beban Tanggungan,
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?dt=0825&pg=be_01.htm
&sec=Berita&y=2005, 15 Feb 2010

Anda mungkin juga menyukai