Anda di halaman 1dari 6

Syarahan - Tanggungjawab Anak - anak Kepada Ibu Bapa

Ketika keriakan pertama seorang bayi yang lahir ke dunia ini, justeru tersenyumlah
si ibu dan si ayah kerana menerima seorang ahli baru.Mereka berasa gembira
kerana kehidupan sebagai suami isteri kini mulai lengkap.Segala penat lelah si ibu
yang mengandungkan dan melahirkan anak terubat serta merta.Segala amanah dan
tanggungjawab dilaksanakan ibu bapa tanpa merunggut demi cahaya mata yang
dikasihi.Persoalannya, adakah segala pengorbanan yang dilakukan mereka itu akan
terbalas kelak ?.

Assalammualaikum warah matullah hiwabarokatuh dan salam sejahtera.Yang


saya hormati saudara/saudari Pengerusi Majlis.Barisan panel hakim yang sentiasa
berdiri utuh di neraca keadilan, barisan penjaga masa yang tidak alpa walau sesaat
seterusnya hadirin - hadirat sekalian.Sebelum itu , izinkan saya menyampaikan
apresiasi saya kerana diberi peluang untuk menghonggar dewan ini dengan
syarahan saya yang bertajuk Tanggungjawab Anak - anak Terhadap Ibu bapa .

Hadirin sekalian ,

Sebelum bibir saya petah berkata - kata , izinkan saya menerangkan konsep
yang membina tajuk syarahan saya. Tanggungjawab Anak - anak Terhadap Ibu
bapa adalah kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh anak - anak kepada ibu bapa.
Mungkin banyak pihak berpendapat bahawa isu yang akan saya hujahkan ini adalah
isu lapuk dan basi dalam arus perdana .Namun , kita perlulah ingat untuk
mengekang anak - anak daripada alpa dalam melaksanakan tanggungjawab
mereka kepada ibu bapa mereka , kita sewajarnya membangkitkan semula isu ini
agar mereka tergusur untuk menghargai pengorbanan ibu bapa mereka.

Hadirin - hadirat yang saya hormati sekalian,

Firman Allah S.W.T dalam surah Al - Isra’ , mafhumnya :


“Tuhanmu telah memerintahkan , supaya kamu tidak menyembah selain Allah ,dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya
atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).”

Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Allah SWT menegaskan bahawa


pentingnya seorang anak itu menjaga tingkah laku terhadap ibu bapa. Ironinya,
kebanyakan anak - anak marcapada ini sudah mangli bercakap kasar dengan ibu
bapa mereka.Ikhtisarnya , cara mereka berkomunikasi bersama ibu bapa mereka
sama seperti mana mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya.Perkataan , ah ,
malaslah ! nantilah ! mudah sahaja terpancul keluar dari mulut mereka, seolah - olah
mereka memandang rendah darjat ibu bapa mereka.Adakah ini balasan kita kepada
ibu bapa ?.Justeru , kita sebagai seorang anak perlu bercakap lemah - lembut
kepada ibu bapa kerana ini adalah salah satu cara untuk menjaga perasaan
mereka.Jika kita imbas kembali , bagaimanakah cara ibu bapa kita menasihati kita
?. Semestinya mereka menggunakan bertuturan yang lembut ,bukan !. Hal ini
disebabkan mereka menginginkan nasihat mereka itu dapat diikuti oleh si
anak.Begitu juga cara yang lebih efektif untuk si anak memujuk atau menerangkan
sesuatu perkara kepada ibu bapa mereka iaitu melalui tutur kata yang lemah -
lembut bukannya dengan cara menengking atau mengherdik mereka.

Umpama labah - labah kasihkan telurnya.Inilah peribahasa yang paling sesuai


dijadikan teladan oleh anak - anak dalam memupuk sikap kasih sayang kepada ibu
bapa mereka.Sikap sebegini perlu ada dalam diri mereka kerana sebagai seorang
anak kita wajib menjaga dan menguruskan keperluan mereka ketika sakit.Nah !
sudah semestinya dalam usaha memupuk sikap ini kita perlu ikhlaskan hati dan
melakukan dengan penuh kasih sayang seperti mana ibu bapa kita menjaga kita
sewaktu kecil dahulu.Sikap lepas tangan anak - anak dalam menjaga ibu bapa perlu
diluput dalam hati.Tidak kurangnya , ada pula yang mengambil alternatif dengan
menghantar ibu bapa mereka yang uzur ke Rumah Kebajikan Orang Tua dengan
alasan ” di sana ibu bapa lebih kondusif dan kebajikan mereka lebih terjaga , lagipun
kami sibuk dengan kerja tak sempat nak jaga mereka ” .Cis ! inilah alasan yang
paling jumud yang diucapkan oleh anak - anak. Betullah kata pepatah yang
menyatakan ” seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang
anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu ”.

Menyentuh pada pepatah ini , saya masih lagi teringat mengenai suatu cerita
sepasang suami isteri yang tidak sanggup untuk menjaga ibu bapa mereka.Justeru ,
mereka mendapat satu idea iaitu mereka ingin menghantar ibu bapa mereka itu ke
Rumah Orang Tua.Sehingga pada suatu hari , pasangan ini ingin membeli - belah
untuk membeli kelengkapan ibu bapa mereka ,lantas anak mereka bertanya :

” Mama dan Papa hendak ke mana ?”tanya si anak.

Jawab si ibu ” Oh ! , Mama ingin membeli pakaian atuk dan nenek kamu kerana
mereka akan kami hantar ke Rumah Orang Tua esok! ”

” O.... kalau begitu bolehlah saya ikut juga untuk membeli pakaian Mama dan Papa
kerana mudahlah saya nanti hendak menghantar Mama dan Papa ke Rumah Orang
Tua juga ! ”kata si anak

Lalu pasangan tadi tergamam lantas memohon maaf kepada ibu bapa mereka.

Nah ! wahai anak - anak ! , masihkah kau ingat ibumu sanggup memaki seekor
nyamuk yang menghisap darahmu ? masihkah kau ingat ibumu sanggup
bersengkam mata menjagamu ketika sakit ? masihkah kau ingat ayahmu bermandi
peluh di bawah terik mentari untuk menyaramu ?. Adakah engkau sengaja
membutakan mata dan memekakkan telinga kerana engkau bangga menjadi
seperti si Tanggang ?.Tepuk dada tanya asal usulmu.Oleh itu , sebagai seorang
anak yang soleh dan solehah , janganlah kita mengabaikan kasih sayang kita
kepada mereka kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.

Hadirin - hadirat yang saya muliakan ,

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :


“Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan
Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”.

Berdasarkan hadis rasullullah s.a.w yang telah saya sebutkan tadi dapatlah kita
ikhtisarkan bahawa pentingnya anak - anak mentaati ibu bapa mereka.Sikap
sebegini jika tidak dipupuk dari sejak kecil sudah semestinya institusi sesebuah
keluarga itu runtuh kerana anak - anak adalah elemen penting dalam menatijahkan
kebahagiaan sesebuah keluarga.Kebanyakkan anak - anak di zaman seba moden
ini menganggap sikap ini adalah marginal . Malah tidak kurangnya , ada pula yang
berloya buruk dengan mengatakan ” alah , tak nampak pun syurga di bawah tapak
kaki ibu ” .Sikap - sikap sebegini harus ditepis kerana seolah - olah kita
mempersendakan ibu bapa kita. Kita sebagai seorang anak seharusnya tahu cara -
cara untuk taat kepada ibu bapa .Tamsilnya, mendengar segala nasihat dan
suruhan mereka , menolong mereka melakukan kerja rumah dan
sebagainya.Justeru , kita perlulah ingat jika ibu bapa tidak meredhakan sesuatu
tindakan atau keputusan yang kita lakukan, kita seharusnya ingat bahawa ibu bapa
adalah orang penting dalam memberi restu mereka kepada kita .Jika kita derhaka
kepada mereka kita bukan sahaja telah mengecewakan mereka tetapi kita juga
telah dimurkai oleh Allah s.w.t.

Mendoakan ibu bapa juga adalah tanggungjawab yang wajib dilakukan oleh anak
- anak .Masalahnya, anak - anak masa kini keliru kerana mereka beranggapan doa
kepada ibu bapa hanyalah selepas kematian ibu bapa mereka.Kita sebagai seorang
anak yang soleh dan solehah perlu sentiasa berdoa kepada Tuhan agar
dipanjangkan usia mereka agar kita sempat mencurahkan bakti kepada
mereka.Amalan ini boleh dilakukan selepas solat atau pada bila - bila masa.Kita
perlu ingat bahawa doa seorang anak kepada ibu bapanya akan diberi ganjaran
paha yang tidak ternilai di akhirat kelak.Namun begitu, kita haruslah mendoakan
perkara yang baik untuk ibu bapa kita , bukannya mendoakan agar

”mempercepatkan pemberian harta pusaka mereka kepada kita”.Oleh itu, ayuh !


ayuh kita menadahkan tangan lalu berdoa untuk mereka :
Ya Allah, ampunilah segala dosa kami , dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan
rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.

Amin.

Hadirin - hadirat sekalian ,

Deduksinya , janganlah kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada ibu


bapa kerana tanggungjawab kita itu sesungguhnya belum mampu membalas
segala pengorbanan mereka terhadap kita. Janganlah sesekali melukai hati mereka
kerana mereka sanggup mempertaruhkan nyawa ,masa dan tenaga mereka semata
- mata ingin melihat cahaya mata mereka membesar dengan baik dan dapat
menjadi insan yang berguna.Mengapa pula kita perlu melupakan pengorbanan
mereka ? mengapa pula kita tidak sanggup menjaga mereka ? .Sebenarnya ,
jawapan bagi persoalan ini ada dalam diri kita sendiri.Cuma yang menyebabkan kita
alpa terhadap tanggungjawab kita kepada mereka ialah apabila kita bangga orang
melabelkan kita sebagai ” kacang melupakan kulit ” semata - mata ghairah mengejar
meterialistik .

Sekian , wabillah hitaufiq wal hidayat .Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai