Anda di halaman 1dari 5

http://khairul-mka.blogspot.com/2008/11/kitab-penawar-bagi-hati-tasawufbhgn-1.

html

Kitab Penawar Bagi Hati (Tasawuf)..bhgn 1

Penawar Bagi Hati


(Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Seulas Pinang Daripada Penulis Kitab ini

Segala pujian hanya layak kepada Allah Subhanallahu Taala sahaja, Tuhan yang mencipta
manusia agar mereka mengerjakan ibadat. Dia Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di
dalam dada dan pandangan mata yang khianat. Malahan, Dia akan bertanya kepada pendengaran,
penglihatan pandangan, hati dan lain-lain pada hari kiamat nanti.
Selawat dan dan salam kepada Nabi yang dibangkitkan sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Sebagaimana sabda Nabi Shallallahu alaihi wassallam

Ertinya: "Sesungguhnya Allah Subhanallahu Taala tidak melihat kepada rupa kamu, dan tetapi
Dia melihat kepada hati kamu".

Selawat dan salam juga ke atas sekalian keluarga baginda dan para sahabatnya yang berusaha
membersihkan hati mereka daripada segala sifat yang tercela dan diperhiasi dengan perangai
yang terbaik dan sifat-sifat yang terpuji.
Kitab asas ilmu tasawuf yang kecil ini saya susun dan kumpul sebagai peringatan untuk diri saya
sendiri dan juga untuk saudara muslim yang baru belajar. Oleh itu, saya berikan nama judulnya,
"Penawar Bagi Hati" yang menjelaskan wajibnya hati itu dibersihkan dan diperhiasi dengan
sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Jadi, isi kandungan kitab ini saya susun dengan satu
pendahuluan dan tiga kitab.
Hanya kepada Allah Subhanallahu Taala sahaja saya pohon agar kitab ini memberi manfaat
kepada diri saya sendiri dan juga para pencinta ilmu tasawuf yang membacanya
engan penuh keikhlasan dan telus semata-mata menuntut keredhaan-Nya.Ini kerana Dialah Yang
Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

PENDAHULUAN

Ilmu Tasawuf
Ketahuilah bahawa ilmu tasawuf itu adalah ilmu untuk mengetahui perlakuan hati sama ada
perlakuan yang terpuji seperti merendah diri dan sabar maupun perlakuan yang tercela seperti
hasad dengki dan besar diri.

Faedahnya
Sampai ke arah mengosongkan hati daripada yang lain selain Allah Subhanallahu Taala sahaja
dan diperhiasinya dengan pandangan melihat kepada Tuhan sekalian alam.

Tempat Hantarannya
Tempat hantarannya itu ialah hati manusia yang berupa pihak perlakuan yang datang kepadanya.

Hukumnya
Hukumnya ialah fardu ain ke atas setiap orang yang berakal dan sudah cukup umur.
http://khairul-mka.blogspot.com/2008/11/kitab-penawar-bagi-hati-tasawufbhgn-1.html

Tempat Pengambilannya
Tempat pengambilan ilmu ini daripada Al-Quran yang mulia dan hadis Nabi Shallallahu alaihi
wassallam.

Nama Ilmu Ini Ialah "Ilmu Tasawuf"

Maksud Ilmu Tasawuf


Ketahuilah bahawa Ilmu tasawuf bermaksud menyuci bersihkan kesemua anggota yang zahir
daripada segala perbuatan yang keji agar hati menjadi suci bersih daripada segala sifat yang
tercela. Apa yang dimaksudkan dengan kesemua anggota yang zahir itu ialah tujuh anggota
jasad:
Pertama: Mata.
Kedua: Telinga.
Ketiga: Lidah.
Keempat: Perut.
Kelima: Kemaluan (faraj).
Keenam: Kedua-dua tangan.
Ketujuh: Kedua-dua kaki.

Ingatilah selalu di dalam hatimu bahawa Allah Subhanallahu Taala telah memberikan nikmat
yang begitu banyak padamu yang berupa nikmat yang besar-besar iaitu keseluruhan anggotamu
yang wajib anda pelihara dan mensyukurinya. Jika anda enggan dan tidak menjaganya, pasti
kesemua anggota anda tersebut akan menjadi saksi ke atasmu pada hari kiamat nanti.
Sebagaimana firman Allah Subhanallahu Taala dalam surah Yasin ayat: 65

Ertinya: "Pada hari ini (hari kiamat) Kami (Allah Subhanallahu Taala) menutup (mencap) mulut
mereka itu (menegahnya daripada bercakap) dan berbicara dengan Kami oleh tangan mereka
dan menjadi saksi oleh kaki mereka tentang apa-apa yang telah mereka kerjakan (di dalam
dunia)".(Yasin ayat: 65)

Jadi, setiap anggota akan bercakap tentang kejahatan yang telah mereka lakukan di dunia dahulu.
Sebagaimana firman Allah Subhanallahu Taala dalam surah Fushshilat ayat: 2
......
Ertinya: "Kamu tidak dapat (di dalam dunia dahulu) menutupi (menyembunyikan dirimu ketika
melakukon dosa dan kejahatan daripada menjadi saksi atas kamu oleh pendengaran telinga,
penglihatan mata dan kulit-kulitmu terhadapmu." ( Fushshilat: ayat: 2)

Tegasnya, kamu tidak dapat menyembunyikan dan menutup dirimu daripada saksi-saksi tersebut
kecuali kamu meninggalkan terus segala kejahatan itu.Ini kerana kesemuanya itu tidak akan
bercerai dan berpisah daripada manusia pada setiap masa dan tempat selagi saya menjelas dan
menyebutkan tujuh fasal bagi setiap anggota jasad tujuh anggota tersebut.

KITAB YANG PERTAMA


Tujuh Anggota Jasad
http://khairul-mka.blogspot.com/2008/11/kitab-penawar-bagi-hati-tasawufbhgn-1.html

Fasal Pertama (MATA)


Ketahuilah bahawa mata anda itu dijadikan oleh Allah Subhanallahu Taala untuk anda kerana
banyak mempunyai faedah sama ada di dunia maupun di akhirat. Antara faedah yang
dinisbahkan kepada akhirat ialah memandang ke langit, matahari, bulan, bintang dan lain-lain
agar anda dapat menjadikannya sebagai dalil dan bukti adanya Allah Subhanallahu Taala,
keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya. Antara faedahnya lagi ialah melihat Al-Quran, melihat jalan ke
masjid dan ke tempat menuntut ilmu.

Sementara faedah yang dinisbahkan kepada dunia ialah melihat hasil usaha anda, dan anda
terlepas daripada sesuatu yang menyakitkan seperti jatuh dan berlaga.

Mensyukuri mata itu ialah memelihara dan mengawasinya daripada melihat setiap yang haram
seperti melihat perempuan yang lain selain isterinya, hamba sahaya dan muhrimnya, dan juga
melihat remaja yang muda belia umpama melihat aurat lelaki dan seumpamanya. Oleh sebab itu,
lazimilah mengawasi mata anda daripada melihat dan memerhatikan setiap yang haram
tersebut.Ini kerana Allah Subhanallahu Taala ada berfirman di dalam surah An-Nur ayat: 30

Ertinya: "Katakanlah wahai rasulullah kepada orang-orang yang beriman lelaki, "Hendaklah
mereka memejamkan (menahan) pandangan matanya (melihat yang terlarang yang tidak harus
kamu melihatnya) dan memelihara kemaluan mereka (jangan berzina dan pasti mereka menjaga
kemaluan mereka daripada perlakuan sedemikian) itu adalah lebih suci bagi mereka.
Sesungguhnya Allah Subhanallahu Taala Maha Mengetahui apa-apa yan mereka perbuat (sama
ada zahir maupun batin mereka akan diberi balasan atas perbuatan mereka itu)".

Ayat tersebut mengajar kita agar berkelakuan baik di samping memberitahu dan menimbulkan
rasa takut kita untuk melakukannya.
Kita diajar supaya sentiasa beradab dalam firmanNya, "Katakanlah kepada orang-orang yang
beriman, pasti mereka menahan dan memejamkan pandangan mata mereka daripada melihat
sesuatu yang terlarang dan tidak halal dipandang".
Dalam ayat ini juga yang mana Allah Subhanallahu Taala menyuruh hamba-Nya supaya
berkelakuan baik iaitu mengawasi matanya daripda memandang yang haram dan menjaga
kemaluannya daripada yang tidak halal. Oleh sebab itu, wajib ke atas setiap hamba-Nya
menjunjung perintah Tuhannya, dan jika tidak sudah pasti ia akan berkelakuan jahat dan memang
wajarlah ia dimurkai dan diseksa.

Allah Subhanallahu Taala memberitahu dalam firman-Nya, "Menahan pandangan mata dan
menjaga kemaluan itu adalah lebih suci bersih bagi mereka". Tegasnya, dalam ayat tersebut
Allah Subhanallahu Taala memberitahu bahawa memejamkan mata dari memelihara
kemaluannya itu adalah sebab untuk mensuci bersihkan hati daripada segala dosa dan menjadi
sebab untuk memperbanyakkan lagi sesuatu pekerjaan yang baik.

Sementara menimbulkan rasa takut (menakutkan), Allah Subhanallahu Taala berfirman,


"Sesungguh Allah TaalaMaha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat sama ada zahir
mahupun batinnya". Allah Subhanallahu Taala akan membalasnya iaitu jika ia berkelakuan baik,
pasti ia kan diberi balasan pahala, kesenangan syurga. Sebaliknya jika ia memiliki kejahatan,
pasti Ia akan dibalas dengan balasan seksa dan api neraka.
http://khairul-mka.blogspot.com/2008/11/kitab-penawar-bagi-hati-tasawufbhgn-1.html

Firman Allah Subhanallahu Taala dalam surah Ghafir (Al-Mukmin) ayat:19


Ertinya: "Dia (Allah Taala) mengetahui (pandangan) mata yang khianat (pandangan yang
terlarang seperti melihat wanita yang bukan muhrim) iatu mata itu mencuri memandang kepada
yang haram dan terlarang. Dia mengetahui apa-apa yang disembunyikan oleh hati yang bercita-
cita sama ada untuk melakukan kejahatan mahupun kebaikan.

Sabda Nabi Shallallahu alaihi wassallam

Ertinya: "Sesungguhnya memandang ke tempat yang elok (yang mengghairahkan) daripada


tubuh badan perempuan itu umpama anak panah yang beracun daripada segala anak panah
iblis (yang amat cepat merosakbinasakan seseorang). Maka sesiapa yang meninggalkannya
kerana berasa takut kepada Allah Subhanallahu Taala, nescaya Allah Subhanallahu Taala
mengurniakannya rasa kesedapan amal ibadat yang menggembirakannya (yang menyukakan
hatinya)".
Hadis di atas diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Hudzaifah radhiyallah 'anhu dengan
menghukumkan sanadnya itu adalah sohih.

Sabda Nabi Shallallahu alaihi wassallam:


Ertinya: "Bagi setiap anak Adam (manusia) itu ada bahagianya daripada zina. Maka kedua-dua
mata itu berzina dan berzina kedua-duanya. Memandang ke arah yang tidak harus (haram)
dipandang. Dan kedua-dua tangan itu berzina dan berzina kedua-duanya menampar
(menerkam) pada bahagian yang terlarang. Dan kedua-dua kaki itu berzina dan berzina kedua-
duanya berjalan ke tempat yang haram. Mulut itu berzina dan zinanya mengucup yang tidak
halal dikucup. Hati itu yang ada keinginan dan cita-cita dan membenarkan yang sedemikian itu
oleh kemaluan (faraj) untuk melakukan perbuatan zina atau mendustakannya (tercegah
daripada keinginan untuk melakukannya)". Hadis tersebut diriwayatkan oleh Muslim dan Al-
Baihaqi daripada Abi Hurairah radhiyallah 'anhu.
Hadis tersebut membuktikan bahawa punca berlakunya zina itu adalah daripada pandangan
kedua-dua mata.

Hendaklah anda sentiasa melihat dan memerhatikan setiap anggotamu apa yang wajar dilakukan
dan dinanti-nantikan. Sentiasalah anda awasi kesemua anggotamu itu yang mesti anda
peliharanya dengan bersungguh-sungguh apa yang anda nanti-nantikan. Jika berlaku sesuatu
perkara yang amat serius, jagalah anggota itu dengan pengawasan yang rapi dan bersungguh-
sungguh.

Kaki itu diharap-harapkan (dinanti-nantikan) agar akan dapat berjalan di dalam kebun syurga dan
mahligainya. Demikian juga tangan apa yang dinanti-nantikan untuknya ialah agar dapat
mencapai buaha-buahan syurga dan merasai minumannya. Begitulah seterusnya pada anggota-
anggota yang lain.

Mata itu pula hanyalah untuk memandang dan memerhatikan zat Allah Subhanallahu Taala di
dalam syurga yang tidak sekali-kali sama penglihatannya menyerupai dan menyamai yang
baharu. Tidak ada suatu pun sama ada di dalam dunia ini mahupun di negeri akhirat, nikmat yang
paling besar selain nikmat melihat Tuhan itu.
http://khairul-mka.blogspot.com/2008/11/kitab-penawar-bagi-hati-tasawufbhgn-1.html

Oleh itu, amat wajarlah bagi mata apa yang dinanti-nantikan untuknya bagi memperoleh nikmat
yang paling besar sekali ialah dengan memelihara dan mengawasi pandangan mata itu dengan
bersungguh-sungguh sekali. Malahan, dipermuliakannya dengan sehabis-habis kemuliaan tanpa
dicemar dan dikotorkannya dengan memandang dan memerhatikan kepada yang haram. Wallahu
a’lam.
(Sekian untuk kali ini, dan Kitab Penawar Bagi Hati ini akan bersambung pada bhgn yg kedua)

Anda mungkin juga menyukai