Anda di halaman 1dari 14

Maklumat ringkas tentang aktiviti inkuiri dalam laporan ini (silatandakan / )

Mata Pelajaran
Sains / Kimia
Fizik Biologi
SainsTambahan

Tahun
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Tingkatan
Tingkatan 1 Tingkatan 2 / Tingkatan 3
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 6

Topik/ Bab:
1 2 3
4 5 / 6
7 8 9
10 11 12
Mengkaji Kesan Bendasing Terhadap Takat Lebur Air

Natasha Lydiana Binti Mohameda, Ng Wai Cheeb, Hilwana Binti Ibn Jarirc, Siti Rahayu Binti
Mohd Noord, Syanawiyyah Binti Md. Zine, Nur Akmal Binti Ismailf

a
SMK Taman Nusa Damai, 81700, Johor
b
SMK Pasir Gudang, 81700, Johor
c
SMK Bandar Seri Alam, 81750, Johor
d
SMK Taman PasirPutih, 81700, Johor
e
SMK Pasir Gudang 3, 81700, Johor
f
SMK Sg.Tiram, 81800, Johor

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesukaran murid dalam


menguasai kemahiran proses Sains serta membangunkan strategi pengajaran berkesan
untuk mengatasinya. Kajian kuantitatif ini dijalankan dengan menggunakan reka
bentuk kajian tindakan yang melibatkan lima langkah iaitu penglibatan, penerokaan,
penerangan, pengolahan dan penilaian. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang murid
tingkatan dua yang dipilih secara berfokus. Tiga jenis instrumen yang digunakan dalam
kajian ini, iaitu laporan eksperimen, Kuiz Kefahaman Proses Sains dan Senarai Semak
Pemerhatian (SSP). Dapatan dalam langkah mereflek menunjukkan terdapat dua
faktor yang menyebabkan kesukaran murid dalam mengusai tajuk kesan bendasing
terhadap takat lebur ais iaitu pengetahuan sedia ada yang salah dan kemahiran proses
Sains yang lemah. Dalam langkah merancang, kaedah pembelajaran inkuiri digunakan
untuk mengatasi masalah yang wujud. Langkah analisis menunjukkan pengetahuan
sedia ada murid telah berjaya diperbetulkan dan kemahiran proses Sains dalam
kalangan murid dapat ditingkatkan. Oleh demikian dapat dirumuskan bahawa kaedah
pembelajaran inkuiri dapat membantu mengatasi kesukaran murid dalam
pembelajaran konsep Sains, serta dapat meningkat kemahiran proses Sains dalam
kalangan murid.
Kata Kunci: takat lebur air ;bendasing; kemahiran proses sains; kaedah pembelajaran inkuiri;

1.0 Pengenalan

Standard Kandungan : 5.1 Sifat fizik air

Standard Pembelajaran : 5.1.1 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai air.

Standard Prestasi : Tahap Penguasaan 4 – Menganalisis pengetahuan mengenai air dan larutan
dalam konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena alam

Tingkatan :2
2.0 Pelaksanaan aktiviti

2.1 Tempoh Masa : 120 minit

2.2 Bahan dan Radas : Ais, garam biasa, susu segar, plastik aiskrim, baling plastik, spatula, jam
randik

2.3 Prosedur :

2.3.1 Penglibatan
 Murid mengukur dan mengenal pasti suhu ais daripada air paip.
 Murid mengenal pasti cara untuk merendahkan suhu ais.

2.3.2 Penerokaan
 Guru mengemukakan soalan bagaimana aiskrim dihasilkan tanpa menggunakan peti
sejuk? (kaedah sumbangsaran).
 Murid ditunjukkan tiga jenis bahan iaitu ais, garam dan susu. Mereka diminta
merancang satu aktiviti untuk menghasilkan aiskrim dengan menggunakan bahan
tersebut.
 Murid membuat pembentangan secara kumpulan tentang kaedah yang telah dirancang.
 Guru membimbing murid untuk mengenalpasti kaedah yang betul.
 Murid membuat aiskrim dalam kumpulan dengan menggunakan bahan yang
disediakan.

2.3.3 Penerangan
 Murid menjelaskan keadaan aiskrim yang terhasil tanpa menggunakan peti ais.

2.3.4 Pengolahan
 Guru menyoal adakah kuantiti garam mempengaruhi kadar pembekuan aiskrim?
 Adakah jenis larutan yang digunakan mempengaruhi kadar pembekuan aiskrim?
 Adakah isipadu larutan yang berbeza mempengaruhi kadar pembekuan aiskrim?
(Ramalan)

2.3.5 Penilaian
 Guru menilai pemahanan murid melalui kaedah soal jawab, pemerhatian dan laporan
eksperimen murid
2.4 Kaedah Pentaksiran: Kaedah soal jawab, pemerhatian dan laporan eksperimen murid.

2.4.1 Jadual

Jadual 1. Tahap Penguasaan Murid

Pra Post
Nama Sekolah Bilangan Murid Bilangan murid Bilangan murid Bilangan murid Bilangan murid
menguasai tidakmenguasai menguasai tidakmenguasai
SMK Taman Nusa Damai 30 10 20 20 10
SMK Pasir Gudang 23 9 14 20 3
SMK Bandar Seri Alam 30 11 19 22 8
SMK Taman PasirPutih 30 8 22 18 12
SMK Pasir Gudang 3 30 13 17 25 5
SMK Sg. Tiram 30 9 21 23 7
PeratusMenguasai 35% 65% 74% 26%

3.0 Refleksi

3.1 Respon Murid


Murid lebih seronok belajar dan mudah memahami konsep sains yang dipelajari.

3.2 Refleksi Kendiri Guru


Berdasarkan kepada ujian pra yang diberikan kepada murid, didapatihanya 35% orang
murid menguasai topik kesan bendasing terhadap takat beku air sebelum aktiviti dijalankan.
Selepas aktivti dilaksanakan, murid diberi ujian post dan didapati peningkatan sehingga
74% orang murid berjaya menguasai topik tersebut.

3.3 Cadangan Penambahbaikan


Untuk aktiviti penerokaan seterusnya, dicadangkan agar pembolehubah sedia ada
dimanipulasi mengikut kesesuaian supaya mendapat hasil yang pelbagai dan menarik minat
murid.

4.0 Kesimpulan

Daripada aktiviti yang dijalankan, dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap
topik kesan bendasing terhadap takat lebur air. Melalui aktiviti ini didapati murid dapat memahami
konsep Sains dengan lebih mudah dengan menjalankan aktiviti secara ‘hands-on’. Untuk aktiviti
penerokaan seterusnya, dicadangkan agar pembolehubah sedia ada dimanipulasi mengikut kesesuaian
supaya mendapat hasil yang pelbagai dan menarik minat murid.

Rujukan

Nurul (2016). Aktiviti Membuat Aiskrim Goyang, http://ceritacikgunurul.blogspot.com/2016/01/aktiviti-


membuat-aiskrim-goyang.html?m=1
Jariah Khalib, Maznah Omar, Badariah Hamzah, Shamsulikram Abdul Hamid. (2017). KSSM Sains Tingkatan 2,
99–100.
Zaidah Yusof, Azmi Harun, Chua C.S. et al. (2016). Dokumen Standard Kurikulumdan PentaksiranTingkatan 2,
59
Lampiran A. Perancangan PdP KmR

PERINGKAT 1: Hasil diharapkan (Desired result)


Hasil Pembelajaran

Sains
Standard Kandungan: 5.1 Sifat fizik air
Standard Pembelajaran: 5.1.1 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai air.

Big Idea / Enduring Understanding Essential Question


What provocative questions will foster
What are the big ideas? inquiry, understanding, and transfer of
What enduring understandings about learning?
them are desired?
(Rujukan tambahan: http://bit.do/eKbfd ) 1. Apakah tiga keadaan jirim?
2. Apakah sifat-sifat zarah dalam tiga
Students will understand that… keadaan jirim yang berbeza?
3. Apakah yang berlaku kepada tenaga
1. tiga keadaan jirim dan sifat-sifatnya. zarah-zarah jika berlaku perubahan
2. salji terbentuk pada musim sejuk keadaan jirim?
menyebabkan banyak masalah kepada 4. Apakah masalah yang sering
penduduk setempat. dihadapi oleh penduduk setempat
ketika musim sejuk.
5. Bagaimanakah cara yang boleh
digunakan untuk menyelesaikan
masalah yang disebabkan oleh salji
tebal pada musim sejuk?

Pengetahuan Kemahiran
What key knowledge will students What key skills will students acquire as
acquire as a result of this lesson? a result of this lesson?

Students will know… Students will be able to…

1. takat lebur ais ialah 0 °C. 1. menerangkan kesan bendasing terhadap


2. ais wujud dalam keadaan pepejal pada takat lebur ais.
suhu kurang daripada 0 °C. 2. merancang aktiviti untuk menghasilkan
aiskrim.
3. menyelesaikan satu masalah berkaitan
takat lebur air dalam kehidupan harian.
PERINGKAT 2: BUKTI PENTAKSIRAN (Assessment Evidence)
Performance Task (How will we know if Evidence (What will we accept as evidence of
students have achieved the desired results?) student understanding and their ability to use (transfer)
their learning in new situations?)
 Apakah tugasan pembelajaran yang
boleh menunjukkan pencapaian pelajar Pengumpulan bukti:
dalam SK dan SP?  Proses (aplikasi dan analisis)
 Apakah kriteria yang digunakan untuk  Produk (rancangan aktiviti dan aiskrim)
mentaksir pencapaian tugasan
pembelajaran yang pelajar tunjuk atau
hasilkan? Merangkumi:
 Pengetahuan
1. Hasil rancangan proses membuat  Kemahiran
aiskrim.  Kompetensi 6C, Kemahiran Abad Ke-
2. Dalam kumpulan, murid menghasilkan 21(Think-Pair-Share, Sumbangsaran,
aiskrim. PenyelesaianMasalah)
3. Kuiz.
Bukti Lain:
 Bukti lain (pemerhatian, lisan)
menunjukkan pencapaian murid.
 Mempersembahkan idea tentang
kesan kuantiti garam dan jenis larutan
terhadap kadar pembekuan aiskrim.

PERINGKAT 3: PELAN PEMBELAJARAN


Aktiviti Pembelajaran (Berdasarkan Model Instruksi 5E)

Engage (Pelibatan) TP3


1. Murid mengukur dan mengenal pasti suhu ais daripada air paip.
2. Murid mengenal pasti cara untuk merendahkan suhu ais.

Explore (Penerokaan)TP5
1. Guru mengemukakan soalan bagaimana aiskrim dihasilkan tanpa
menggunakan peti sejuk? (kaedah sumbangsaran).
2. Murid ditunjukkan tiga jenis bahan iaitu ais, garam dan susu. Mereka diminta
merancang satu aktiviti untuk menghasilkan aiskrim dengan menggunakan bahan
tersebut.
3. Murid membuat pembentangan secara kumpulan tentang kaedah yang telah
dirancang.
4. Guru membimbing murid untuk mengenalpasti kaedah yang betul.
5. Murid membuat aiskrim dalam kumpulan dengan menggunakan bahan yang
disediakan.

Explain (Penerangan) TP4


1. Murid menjelaskan keadaan aiskrim yang terhasil tanpa menggunakan peti ais.
Elaborate (Pengolahan) TP4
1. Guru menyoal adakah kuantiti garam mempengaruhi kadar pembekuan
aiskrim?
2. Adakah jenis larutan yang digunakan mempengaruhi kadar pembekuan
aiskrim?
3. Adakah isipadu larutan yang berbeza mempengaruhi kadar pembekuan
aiskrim? (Ramalan)

Evaluate (Penialaian)
Guru menilai pemahanan murid melalui kaedah soal jawab dan pemerhatian.
Lampiran B. Rubrik pentaksiran

Kuiz Aktiviti Kesan Bendasing Terhadap Takat Beku Air

Arahan: Sila jawab semua soalan berikut.

1. Apakah takat beku air tulen?


__________________________________________________________________________

2. Mengapakah takat beku air tulen berbeza dengan takat beku air kolam?
__________________________________________________________________________

3. En Ali merupakan seorang penjual ikan di pasar awam. Setiap hari, beliau akan menaburkan
garam pada ais sebelum menyusunikan.

(a) Namakan bendasing yang digunakan dalam situasi di atas?


_______________________________________________________________________

(b) Mengapakah En Ali menaburkan garam pada ais?


_________________________________________________________________

4. Bagaimanakah masalah pembekuan salji di jalanraya ketika musim sejuk dapat diatasi? Jelaskan.
(KBAT)
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

5. Adakah jumlah isipadu larutan yang berbeza mempengaruhi kadar pembekuan aiskrim? (Ramalan)
__________________________________________________________________________

6. Cadangkan cara untuk membuat aiskrim tanpa menggunakan peti ais. Sila lakarkan kaedah
tersebut dalam ruang di bawah berdasarkan bahan yang berikut:

 Plastikaiskrim
 Susu
 Garam
 Bekasplastik
 Ais
Lakaran: Penerangan:

______________________________
______________________________
______________________________
______________________________
______________________________
______________________________
Lampiran B. Gambar
Murid menjalankanfasapenerokaan
Hasil aktiviti yang telahdijalankan
Lampiran B. Link video

1. https://youtu.be/-1K9CHfagE4
2. https://youtu.be/Zadu0h2s3CU

STANDARD PRESTASI

AIR DAN LARUTAN

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains


mengenai air dan larutan.

2 Memahami air dan larutan serta dapat menjelaskan


kefahaman tersebut.

3 Mengaplikasikan pengetahuan mengenai air dan larutan


dan dapat melaksanakan tugasan mudah.

4 Menganalisis pengetahuan mengenai air dan larutan


dalam konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian
atau fenomena alam.

5 Menilai pengetahuan mengenai air dan larutan dalam


konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan
untuk melaksanakan satu tugasan.

6 Mereka cipta dengan menggunakan pengetahuan dan


kemahiran sains mengenai air dan larutan dalam konteks
penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau
dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru
secara kreatif dan inovatif dengan mengambil kira nilai
sosial/ ekonomi/ budaya masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai