Anda di halaman 1dari 8

Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Kaedah Kefahaman

dan Rekabentuk (KmR) keatas Pengetahuan, Perubahan Sikap


dan Tingkahlaku Murid Tahun 2 Terhadap Tajuk Litar Elektrik

Hazaipah Bt Abdullaha, Muhammad Hidayat B Abd Rahmanb, Yee Vern Yeec, Hasmah Bt
Ismaild, Sahbudin B Musae
SK Kampong Tengah, 28000 Temerloh, Pahang
a

b
SK Desa Bakti, 28400 Mentakab, Pahang
c
SJK(C) Mentakab 1, 28400 Mentakab, Pahang
d
SK Batu Kapor, 28400 Mentakab, Pahang
e
SK Lebak, 28000 Temerloh, Pahang

ABSTRAK
Kajian dan perlaksanaan IBSE di sekolah sekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan minat , tahap pemahaman dan tahap
penguasaan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Sains. IBSE adalah nama singkatan
bagi pendekatan sains yang menggunakan kaedah pengajaran sains berasaskan inkuiri. Oleh itu ianya adalah satu kaedah
yang berkesan dan menarik dimana murid meneroka sendiri ilmu dan perkara tersebut dengan itu kita dapat memanipulasi
sifat inkuiri yang ada pada murid .

IBSE merupakan satu pendekatan yang mampu menarik minat murid mempelajari sains namun terdapat beberapa cabaran
yang perlu diatasi oleh guru dalam perlaksanaannya seperti merancang dan menghasilkan aktiviti yang sesuai dengan topik
dan kemahiran murid, aktiviti yang mencabar, kreatif serta menyeronokkan bagi mengalakkan murid bertanya.

Respoden dalam pe rlaksanaan IBSE di Sekolah Kebangsaan Lebak adalah terdiri murid tahun 2 seramai 21 orang.
Pendekatan PdPc yang diterapkan adalah kaedah main peranan, eksperimental dan berasaskan projek. Kaedah pentaksiran
yang digunakan sebagai intrumens ialah kaedah pemerhatian dan borang soalselidik. Dapatan kajian, murid berasa seronok,
melibatkan diri dengan aktiviti dan menarik minat murid terhadap subjek sains serta mewujud kerjasama dalam kumpulan
dan kelas.
1.0 PENGENALAN

Subjek sains merupakan satu matapelajaran yang memerlukan murid sentiasa mengingati dan
menghafal fakta .Pengajaran yang berunsurkan “ tulis dan cakap” pasti tidak akan berkekalan
dalam fikiran murid. Peruntukkan masa 60 minit untuk satu sesi pengajaran akan membosankan
murid jika kaedah yang dipilih adalah tidak sesuai .Oleh itu, sebagai guru sains perlu
menggunakan satu kaedah atau pendekatan dimana murid dapat menerokai sendiri ilmu dengan
dibantu dan dibimbing oleh guru .Salah satunya ialah pendekatan inkuiri yang mana murid
dibimbing, murid merancang dan murid melaksanakan sesuatu projek dan mendapat inputnya.

Penggunaan pelbagai kaedah akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi
ruang untuk murid terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu
dan bosan.

Oleh demikian pemilihan pendekatan pengajaran seperti inkuiri penemuan diharabkan dapat
membentuk konsep konsep secara mudah dan berkesan.

1.1 Contoh Rancangan Pengajaran PdPc IBSE- KMR

TEMA : SAINS FIZIKAL

TAJUK: ELEKTRIK

SK: 7.1 LITAR ELEKTRIK

SP: Menghasilkan satu litar elektrik berfungsi dengan menggunakan perkakasan selain
daripada mentol dan mempersembahkan.

Hasil Pembelajaran

RBT Tahun 4

SK : 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik

SP : Mengesahkan projek berfungsi (TP6)

Bahasa Melayu Tahun 2

SK : 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

SP : 1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks.

Seni Visual Tahun 1

SK : 3.1 Menghasilkan karya kreatif

SP : 3.1.1 Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber dan teknologi dengan mengaplikasikan
pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya.

KELAS PENGAJARAN :Tahun 2


2.0 PERLAKSANAAN AKTIVITI

2.1 Tempoh Masa : 1 jam

2.2 Bahan dan Radas

i. mentol

ii. pemegang mentol

iii. wayar penyambung

iv. suis

v. sel kering

vi. pemegang sel kering

vii. kad bergambar

2.3 Prosedur Perlaksanaan Pengajaran Model Intruksi 5E

2.3.1 Engage (Penglibatan)

Aktiviti : Main peranan

1. Guru mengedarkan kad bergambar, suis, mentol dan wayar penyambung. Empat
orang secara sukarela melakukan pendekatan main peranan dalam aktiviti
membentuk litar manusia yang lengkap.
2. Aktiviti main peranan iaitu “Murid menerangkan tentang fungsi komponen pada
kad gambar yang digantung pada badan murid. Murid mengitlak tentang keadan
litar sama ada berfungsi atau tidak.
3. Jika terdapat kesalahan pada penerangan murid, guru akan menstruktur semula
idea murid.
4. Pentaksiran secara lisan terhadap murid berdasarkan soalan berikut:
a. Apakah komponen-komponen dalam litar elektrik?
b. Bagaimanakah cara untuk menghasilkan litar elektrik yang berfungsi?

2.3.2 Explore dan explain ( Penerokaan dan penerangan)

Aktiviti : Perbincangan kumpulan dan “gallery walk”

1. Murid melakukan aktiviti kumpulan iaitu membina litar elekrik yang berfungsi
dengan menggunakan komponen-komponen yang diberi oleh guru.
2. Aktiviti melengkapkan rajah litar dengan melakarkan wayar penyambung pada
lembaran kerja yang diberikan.
3. Hasil murid dinilai melalui aktiviti “gallery walk”.
2.3.3 Elaborate ( Pengembangan )

Aktiviti : Berasaskan projek dan eksperimental

1. Guru menyediakan kipas mainan mini tanpa sel kering dan meminta murid
mengenalpasti semua sumber tenaga bagi kipas tersebut.
2. Melalui aktiviti projek, setiap kumpulan murid menaggalkan dan
memasang semula bahagian-bahagian kecil kipas beserta sumber
tenaganya ( sel kering ).
3. Murid menguji kipas mainan tersebut sama ada berfungsi atau tidak dan
melakar gambar rajah kipas mini tersebut.
4. Lembaran kerja melalui aktiviti melakar dan melabel.

2.3.4 Evaluate ( Pentaksiran )


1. Aktiviti refleksi melalui soal jawab Q & A dua hala.
2. Sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, murid menjawab soalan-
soalan KBAT dalam buku aktiviti.

2.4 Kaedah Pentaksiran

2.4.1 Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan ke atas tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan


pembelajaran (pdpc) berlangsung sebelum dan selepas kajian.

2.4.2 Borang soal selidik

2.4.3 Pentaksiran bilik darjah – secara bertulis (lembaran kerja dan buku aktiviti.
3.0 Refleksi

3.1 Respon Murid

3.1.1 Contoh Borang soal selidik murid

BIL SOALAN YA TIDAK


1 Adakah anda meminati mata pelajaran Sains

2 Adakah anda seronok mempelajari mata pelajaran


Sains
3 Adakah anda rasa mata pelajaran Sains sukar
difahami?
4 Adakah anda berasa seronok dengan cara guru anda
mengajar topik pada hari ini?
5 Adakah anda suka melibatkan diri dalam aktiviti
yang dirancang dan dilaksanakan dalam PdPc topik
ini?
6 Adakah anda mudah memahami tajuk ini dengan
cara dan kaedah yang dilaksanakan oleh guru?
7 Adakah anda berasa seronok mempelajari
pengetahuan / fakta baru dalam topik ini dengan
aktiviti yang dijalankan?
8 Adakah anda sentiasa menunggu –nunggu
mempelajari subjek sains selepas ini ?
9 Adakah aktiviti dalam kelas sains hari ini dapat
meningkatkan minat anda dalam matapelajaran
sains ?

Borang selidik disediakan dan diedarkan kepada pelajar-pelajar kelas 2 untuk


mengetahui maklumat dan maklumbalas pengajaran dan pembelajaran pada hari
ini.Borang ini diisi oleh pelajar –pelajar secara jujur dan tertutup untuk mendapat
maklumat sebenar.

Kaedah pentaksiran Maklumbalas


Pemerhatian 94 % murid menunjukkan minat
terhadap aktiviti pdp dan menunjukkan
peningkatan

Borang soal selidik 94% bersetuju mudah mengingati .

Pentaksiran Bilik Darjah 100% mencapai TP 3 dalam topik


Elektrik
6
3.2 Refleksi Kendiri Guru

Semasa melaksanakan tugasan kerja ini , saya telah menerima banyak faedah yang
berguna dan baik untuk diri saya sebagai seorang guru.Setelah membuat beberapa
rujukan , perbincangan dengan rakan sebaya dan menghadiri kursus dan bengkel IBSE
yang dijalankan , saya mula lebih mengenali dan memahami tentang kaedah inkuiri
penemuan ini dari segi perlaksanaannya dan kesannya kepada pengajaran saya kepada
murid.

Melalui pengalaman saya dengan disertai ilmu yang diperolehi melalui bengkel IBSE
yang dijalankan akan saya manfaatkan untuk kepentingan pelajar.Saya mula sedar kaedah
inkuiri penemuan ini dapat menarik minat murid meneroka ilmu sains disamping pelajar
lebih aktif dan minat terhadap matapelajaran sains ini.

Secara keseluruhannya , tugasan kerja ini telah memberi banyak faedah kepada saya dan
membuat kan saya lebih mendalami dan mencintai profesion yang mulia ini serta
menambahkan semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.

3.3 Cadangan penambahbaikan

Perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah inkuiri penemuan


telah dijalankan oleh saya dalam kelas tahun 2 .Antara cadangan untuk penambaikan
yang boleh dijalankan ialah mengimplikasikan ilmu teknologi hijau dalam PdPc.
4.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan saya dapati pendekatan inkuiri membolehkan murid


menggunakan perasaan dan sifat ingin tahu mereka untuk membolehkan mereka
meneroka sesuatu bidang ilmu . Dengan itu berdasarkan aktiviti pdpc yang dijalankan
dengan menggunakan pendekatan ini membolehkan murid saya mendapat dan
mendalami sesuatu fakta dan ilmu secara terokai sendiri dengan dibantu oleh
beberapa ransangan yang saya sediakan.Murid secara semulajadi dimotivasikan untuk
mencari penyelesaian berdasarkan ransangan dan persoalan yang ditimbulkan oleh
guru.Sebagai contoh murid saya dapat mengenalpasti jenis jenis buruj dan keterangan
setiap buruj di akhir pengajaran tersebut.

Kaedah pendekatan inkuiri ini digunakan untuk pengajaran sains , namun atur caranya
didapati juga sesuai untuk semua bidang.

Rujukan

http:// pomizipedagogy.wordpress.com , Pedagogi dalam Pendidikan

www.pascasiswazah.com, Bagaimana Cara Menulis Abstrak Penyelidikan Yang


Terbaik

www.cikguhailimi.com, Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE,2016/02


8

Anda mungkin juga menyukai