Anda di halaman 1dari 24

Pemantapan Pedagogi dan

Kemahiran Kandungan Fizik –


Kegravitian dan Fizik Kuantum
Sithi V Muniandy
Jabatan Fizik
Fakulti Sains
Universiti Malaya
msithi@um.edu.my

1
Kandungan

I. Mekanik Klasik / Mekanik Newton


1.1 Daya (Hukum Gerakan)
1.2 Kegravitian/ Hukum Kegravitian Semesta Newton
1.3 Hukum Kepler Untuk Gerakan Planet
1.4 Satelit Buatan

II. Mekanik Kuantum / Fizik Kuantum


2.1 Krisis Fizik Klasik
2.2 Teori Kuantum Cahaya
2.3 Kesan Fotoelektrik
2.4 Teori Kesan Fotoelektrik

2
Map of Physics

Map of Physics
http://dominicwalliman.com
https://www.youtube.com/watch?v=ZihywtixUYo
3
I. Mekanik Klasik / Mekanik Newton

1.1 Daya (Hukum Gerakan Newton)


1.2 Hukum Kegravitian Semesta Newton
1.3 Hukum Kepler Untuk Gerakan Planet
1.4 Satelit Buatan

4
1.1 Ciri-ciri Mekanik Klasik
Mekanik klasik mencirikan gerakan secara tentu (deterministic). Zarah bergerak
dalam lintasan yang yang boleh diramal secara pasti.
halaju v

kedudukan r = (x,y,z)

Kedudukan r(t), halaju v(t) (maka momentum, p = mv) suatu zarah berjisim m
diketahui secara tepat dan serentak pada sebarang masa t

Sebarang gerakan (sesaran, ayunan, putaran) boleh mengambil sebarang nilai


selanjar.

Zarah dan gelombang adalah fenomena berbeza dengan ciri-ciri tertentu.


Ciri Kelakuan
jisim, m momentum
Zarah kedudukan, x  pelanggaran
halaju, v

Gelombang Panjang gelombang,   pembelauan


frekuensi, f interferens

5
Hukum Gerakan Newton
Dua kuantiti utama – daya, F dan pecutan, a
Pecutan = kadar perubahan halaju (magnitud dan arah) a = dv/dt.
Daya bergantung kepada magnitude dan arah tindakan
Hukum Gerakan Newton:
HN-I. Suatu jasad akan berada dalam keadaan rehat atau bergerak
secara seragam (halaju malar) jika tidak daya bersih bertindak
keatasnya.
HN-II. Kadar perubahan momentum bersandar terus kepada daya
bersih yang bertindak ke atas jasad.
HN-III. Untuk setiap daya tindakan, akan ada daya tindakbalas sama
magnitud tetapi berlawanan arah.
Dua takrifan jisim:
Jisim inersia = daya bersih yang bertindak ke atas jasad
dibahagi pecutan (m=F/a)
Jisim kegravitian = daya graviti yang bertindak ke atas jasad
dibahagi pecutan graviti (m= F/g) 6
Pecutan graviti
Berasaskan Hukum Kedua Newton, daya yang
bertindak ke atas satu jasad berjisim m dalam
medan graviti ialah F=mg, di mana pecutan
gravity g=9.81 ms-2

Secara amnya, pecutan gravity berubah


mengikut tempat dan kekuatan medan graviti.

Kekuatan medan graviti ditakrifkan sebagai


daya akibat graviti perunit jisim, F/m , unit N/kg
(setara dengan pecutan gravity = g)

7
1.2 Hukum Kegravitian Semesta Newton

Daya gravity F di antara dua jisim M dan m yang terpisah pada jarak r
diberikan oleh hukum graviti Newton:
𝑀𝑚
𝐹 = −𝐺 2
𝑟
di mana G adalah pemalar kegravitian semesta, G= 6.6710-11 Nm2 kg-2

Daya graviti merupakan daya asas dan wujud


sebagai daya tarikan di antara dua atau lebih
jasad.

Daya graviti mematuhi Hukum Ketiga Newton.

Medan gravity ag boleh ditulis sebagai

𝐹 𝑀
𝑎𝑔 = = −𝐺 2
𝑚 𝑟

8
Pengukuran Pemalar Kegravitian Semesta, G
Eksperimen oleh Cavendish (1798) telah
menentukan G = 6.67 x 10-11 Nm2/kg2.
Ia juga telah membantu pemngukuran jisim
Bumi dan Matahari, serta menentusahkan
hukum gravity Newton.

Dengan ini, hukum graviti Newton boleh


digunakan untuk mengira daya diantara
sebarang dua jisim, m1 dan m2 yang
terpisah pada jarak r.
Contoh: Daya gravity di antara dua bola
bowling berjisim 7.26 kg yang terpisah
pada jarak 0.30m dari pusat masing-
masing adalah

9
Medan graviti
Medan gravity dihasilkan oleh jasad berjisim M
dan akan mengenakan daya tarikan gravity ke
atas jisim ujian m.

Kekuatan medan graviti ag di satu kedudukan r


dari asalan bergantung kepada jarak r dan jisim
jasad sumber medan, M:
𝑀
𝑎𝑔 = −𝐺 2
𝑟

Magnitud kekuatan medan graviti ag di permukaan bumi berjejari R


adalah 𝑀
𝑎𝑔 = 𝐺 2 = 9.81 𝑚𝑠 −2=go
𝑅

Mass of Earth: M= 6.0x1024 kg, radius of Earth: R=6.4 x 106 m

10
Andaikan suatu kedudukan h dari permukaan bumi berjejari R, maka
magnitud kekuatan medan graviti di titik ini ( yakni r=R+h) ialah
𝑀
𝑎𝑔 (ℎ) = 𝐺
(𝑅 + ℎ)2

Pertimbangkan suatu kedudukan r dari pusat Bumi. Magnitud kekuatan


medan graviti di titik ini perlu ditentukan berasaskan jisim berkesan yang
dirangkumi oleh sfera berjejari r. Andaikan ketumpatan Bumi adalah
malar, =M/V, di mana M adalah jisim Bumi dan V isipadu
4 4
Jisim Bumi: 𝑀 𝑅 = 𝜌𝑉 = 𝜌 𝜋𝑅3 Jisim sfera berjejari r: 𝑀 𝑟 = 𝜌 𝜋𝑟 3
3 3
Nisbah kekuatan medan gravity di titik r berbanding di
permukaan Bumi R:

𝑟
Kekuatan medan magnet di kedudukan r: 𝑎𝑔 𝑟 = 𝑔𝑜
𝑅

11
12
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/43/Earth -G-force.png
Pemetaan medan graviti Bumi

1 mGal (milligal) = 1/1,000,000) kekuatan medan graviti Bumi (9.80 ms-2)

13
https://earthobservatory.nasa.gov/images/3666/earths-gravity-field
1.3 Hukum Gerakan Planet Kepler
Nicolaus Copernicus (1473-1543) telah memberikan
penjelasan kepada pencerapan gerakan retro planet
berasaskan teori heliosentrik berpusatkan Matahari.

Johannes Kepler (1571-1630) menganalisa data cerapan


Tycho Brahe (1546-1601) khususnya planet Marikh. Beliau
mengemukan dua hukum gerakan planet dalam
Astronomia Nova (1609) dan hukum ke-3 dalam Harmony
of the World (1619).
14
Hukum emperik gerakan planet Kepler
HK I: Semua planet bergerak dalam orbit elips
dengan Matahari sebagai salah satu titik focus.

HK II: Satu garis jejarian yang dilukis dari


Matahari ke plant akan melakar keluasan yang
sama pada sela masa yang sama.

HK-III: Kuasa dua tempoh T orbit berkadar


terus dengan kuasa tiga jarak purata matahari
ke planet, r.
𝑇 2 = 𝐾𝑟 3
dengan pemalar K.
𝑚𝑣 2 2𝜋𝑟
Daya memusat: 𝐹𝑐 = Laju: 𝑣 =
𝑟 𝑇
𝑀𝑚
Daya graviti: 𝐹𝑔 = 𝐺 2
𝑟 2
4𝜋
Apabila Fc = Fg, maka 𝑇 2 = 𝑟3
𝐺𝑀
4 2
Untuk Matahari: K s = = 2.97x10-19 s2/m3
GM s 15
1.4 Satelit Buatan Manusia
Satelit adalah sebarang objek yang bergerak mengelilingi objek lain.
Satelit wujud secara semulajadi (bulan) dan buatan manusia.

Terdapat beberapa jenis orbit untuk menempatkan satelit:


Geosynchronous – orbit yang melalui kedudukan yang sama
di atas permukaan Bumi, satelit geo-pegun ditempatkan di
Khalutistiwa dan berada pada kedudukan yang sama dengan
tempoh kitaran Bumi; digunakan untuk satelit komunikasi.
Orbit Kutub – satelit akan bergerak dalam orbit yang melalui
kedua-dua kutub bumi; sesuai untuk satelit cuaca.
Orbit Rendah (ketinggian 200-1200km) – International Space
Station
Kuantiti penting untuk orbit satelit adalah tempoh, altitud/ketinggian dari
permukaan Bumi dan kecondongan orbit.

16
17
Yihua Zheng, Space Weather Impacts on Satellites/Space Assets, Space Weather Bootcamp 2018
Halaju Orbit Satelit
𝑚𝑣 2
Daya memusat: 𝐹𝑐 =
𝑟
𝑀𝑚
Daya graviti: 𝐹𝑔 = 𝐺
𝑟2
𝑚𝑣 2 𝑀𝑚
Apabila Fc = Fg, maka =𝐺 2
𝑟 𝑟
Halaju orbit (bulat) :

Lintasan A, B, and C tidak mempunyai


halaju ufuk yang mencukupi untuk
melepasi permukaan Bumi. Manakala
untuk kelajuan lebih tinggi, jasad akan
mempunyai orbit melepasi permukaan
(lintasan D, E dan F).

18
Keupayaan graviti V(r) dan tenaga keupayaan graviti
Keupayaan gravity V(r) di suatu kedudukan r dalam medan graviti
ditakrifkan sebagai kerja per unit jisim yang perlu dilakukan oleh daya
gravity untuk mengerakkan satu jisim unit dari kedudukan titik infiniti
[V() = 0] ke kedudukan r.

𝑀𝑚
Tenaga keupayaan graviti suatu zarah berjisim m : 𝑈 𝑟 = −𝐺
𝑟
Tenaga keupayaan graviti di ketinggian h dari
permukaan bumi, U= mgh . (h << R, jejari Bumi)

Jumlah tenaga
E= tenaga kinetik + tenaga keupayaan graviti

1 2 𝑀𝑚
𝐸 = 𝑚𝑣 − 𝐺
2 𝑟
Medan graviti
Keupayaan malar

19
Halaju Lepasan
Halaju lepasan Bumi ve, ditakrifkan sebagai halaju minimum yang
diperlukan oleh satu jasad di atas permukaan bumi untuk melepasi
daya tarikan graviti Bumi
Tenaga keupayaan jasad di permukaan Bumi
𝑀𝑚
𝑈 𝑅 = −𝐺
𝑅
Tenaga kinetic minimum berpadanan dengan
halaju lepasan Bumi ve:
1 𝑀𝑚
𝑚𝑣𝑒2 = 𝐺
2 𝑅
Halaju lepasan Bumi:

≈ 11.2 km/s

20
21
https://superstarfloraluk.com/2621049-Planets-Fact-Sheet-Interesting.html
Pencarian Planet Boleh dihuni
Berasaskan analisis data misi teleskop angkasa Kepler (November
2013), dianggar terdapat sekitar 40 billion planet bersaiz Bumi yang
mengorbit zon bolehhuni (habitable) di system bintang setara Matahari
atau bintang kerdil merah (red-dwarf) dalam Galaksi Milky Way

Zon boleh-huni ini ditentukan berasaskan kesesuaian permukaan planet


untuk mempunyai air dalam bentuk cecair, ciri geofizik dan geodinamik,
ketumpatan atmosphere dan jenis dan keamatan sinaran bintang hos.

22
Kekurangan Teori Kegravitian Newton
Teori Graviti Newton menyatakan semua jasad berjisim bertindakbalas
dengan jasad berjisim lain melalui daya gravity. Akan tetapi ia tidak dapat
menjelaskan mengapa/bagaimana medan atau daya graviti wujud?

Teori graviti Newton tidak dapat menerangkan bagaimana berlaku saling


tindakan daya graviti di antara dua jasad yang terpisak dalam ruang.
Konsep ‘action at a distance” tidak dapat diterangkan.

Teori graviti Newton tidak dapat menerangkan gravity bertindak ke atas


cahaya seperti pemesongan alur cahaya bintang dalam ruang bebas
yang dicerap semasa gerhana matahari

Teori graviti Newton tidak dapat menerangkan kenapa masa akan


mengalami pelambatan dalam medan gravity. Jam berhampiran
permukaan Bumi adalah perlahan berbanding jam di altitud lebih tinggi.
Kesan ini perlu diambilkira dalam pengawalan satelit GPS untuk mengira
kedudukan dengan tepat.

23
24

Anda mungkin juga menyukai