Anda di halaman 1dari 2

‫سل ح د‬
‫م‬ ‫وال ت‬ ‫لةَا د ح‬ ‫ص ح‬ ‫ن حال ت‬ ‫قي م ح‬ ‫قحبةَ ل هل م د‬
‫مت ت ه‬ ‫عاَ ه‬ ‫وال ح‬ ‫ ح‬,‫ن‬ ‫عاَل ح ه‬
‫مي م ح‬ ‫ب ال ح‬ ‫ه حر ب‬‫مدد لل ه‬ ‫ح م‬‫ا حل م ح‬
‫عحلىَ آل هه وأ حصحاَب ح‬
‫ن‬ ‫عي م ح‬ ‫م ه‬ ‫ج ح‬‫هأ م‬ ‫ه ح م ح ه ه‬ ‫و ح‬ ‫د ح‬ ‫م د‬ ‫ح ت‬‫م ح‬ ‫دحناَ د‬ ‫عحلىَ ح‬
‫سي ب ه‬ ‫ح‬
‫ول ح‬ ‫ن ح‬ ‫ماَ ه‬ ‫وحناَ هباَل هي م ح‬‫ق م‬ ‫سب ح د‬
‫ن ح‬ ‫ذي م ح‬ ‫وان هحناَ ال ت ه‬ ‫خ ح‬ ‫ول ه م‬ ‫وب ححناَ ح‬ ‫فمرل ححناَ ذدن د م‬‫غ ه‬‫ما م‬ ‫ه ت‬ ‫الل ت د‬
‫م‬‫حي م ف‬‫ف حر ه‬ ‫و ف‬ ‫ك حرءد م‬‫وا حرب تحناَإن ت ح‬ ‫من د م‬ ‫ءا ح‬‫ن ح‬ ‫ذي م ح‬‫غل ل ل هل ت ه‬ ‫وب هحناَ ه‬ ‫ي قـل د م‬ ‫ف م‬ ‫ل ه‬‫ع م‬ ‫ج ح‬ ‫تح م‬
‫يا ا يا كريم يا ودود‬
Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk
mengadakan dan turut serta dalam Majlis Hari Bakat Kanak-kanak Tadika Az-
Zahrah pada tika ini.

‫يا ا يا فعال لما يريد‬


Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasih
sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayahMu.Tidak lupa juga kepada guru pembimbing yang telah
menyumbang khidmat , menabur bakti mereka kepada anak-anak peserta dalam
pertandingan yang kita adakan.
Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar
Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada
dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan
seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan
yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Doa Majlis Hari Bakat Kanak-Kanak Tadika Az-Zahrah 1


Sg. Udang Klang
‫يا ا يا غنى يا حميد‬
Jadikanlah anak-anak yang berjaya dan menerima hadiah sertasijil penghargaan
pada hari ini sebagai anak-anak yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam
erti kata lain, jadikanlah mereka anak-anak yang akan sentiasa berusaha dengan
gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang
akademik serta mempunyai peribadi yang luhur. Malah kami memohon
daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan
menjadi dorongan dan galakkan kepada anak-anak lain, supaya mereka sama-
sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai
kecemerlangan.

‫يا ا يا مؤلف القلوب‬

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)


sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang
disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang
berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami ,
jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang
membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang
timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa atau penjaga
anak-anak di tadika ini.

‫ب‬
‫ذا ح‬ ‫ع ح‬‫قحناَ ح‬‫و ه‬‫سحنةَ ً ح‬
‫ح ح‬ ‫ةَا ح‬
‫خحر ه‬ ‫في ال ه‬ ‫و ه‬ ‫سحنةَ ً ح‬ ‫ح ح‬ ‫في الددن محياَ ح‬ ‫ءات هحناَ ه‬
‫حرب تحناَ ح‬
‫سل ت ح‬
َ،‫م‬ ‫و ح‬ ‫ه ح‬ ‫حب ه ه‬
‫ص م‬‫و ح‬‫ه ح‬‫ءال ه ه‬‫عحلىَ ح‬ ‫و ح‬
‫د ح‬ ‫م د‬‫ح ت‬‫م ح‬ ‫عحلىَ د‬ ‫ه ح‬ ‫صتلىَ الل د‬
‫و ح‬ ‫التناَر ه ح‬
‫ن‬ ‫عاَل ح ه‬
‫مي م ح‬ ‫ب ال ح‬‫ه حر ب‬ ‫مددل هل ت ه‬ ‫وال م ح‬
‫ح م‬ ‫ح‬

Doa Majlis Hari Bakat Kanak-Kanak Tadika Az-Zahrah 2


Sg. Udang Klang

Anda mungkin juga menyukai