Anda di halaman 1dari 4

Keperluan jawapan:

1. Ulasan hendaklah mempunyai perenggan pendahuluan, isi dan penutup.


2. Isi ulasan hendaklah terdiri daripada isi tersurat dan isi tersirat. (Sekurang-kurangnya dua isi
tersurat dan dua isi tersirat)
3. Patuhi jumlah perkataan yang diminta dalam arahan.

Langkah-langkah menulis ulasan:


1. Kenal pasti isi tersurat dan isi tersurat yang terdapat dalam bahan grafik yang diberi.
Isi tersurat Isi tersirat
Amalan menziarahi dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan
Menziarahi jiran tetangga
kaum.
Bertegur sapa dengan
Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap yang ramah.
jiran
Menolong jiran yang Kita dapat mewujudkan masyarakat yang bekerjasama pada setiap
ingin berpindah masa.
Melawat jiran yang sakit Sering bertanya perkhabaran orang yang berada di sekeliling kita.

Contoh Jawapan Lengkap

Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan


kejiranan perlu disuburkan demi menjamin kesejahteraan dan
keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah
sebati dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi
jiran tetangga. Amalan tersebut amat mudah dipraktikkan kerana dapat
dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu,
masyarakat di negara ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah.
Oleh itu, amalan bertegur sapa sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan
kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti tangan akan dihulur
untuk bersalaman sambil bertanya khabar. Konklusinya, amalan
kejiranan yang menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat
Malaysia telah menjadikan hubungan antara mereka bagai isi dengan
kuku.

( 105 patah perkataan )


Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat di bawah,
Tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

MENCEGAH DENGGI
 Setiap hujung minggu
 Periksa rumah anda
 Hapus tempat pembiakan Aedes
 Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas takungan air
 Dapatkan rawatan segera jika anda ada tanda-tanda dijangkiti denggi

Penyakit denggi merupakan penyakit berbahaya dan boleh


membawa maut kepada kita. Periksalah rumah anda pada setiap
hujung minggu dan bersihkan kerana persekitaran yang bersih akan
mengelakkan kita daripada terkena penyakit berjangkit. Selain itu,
hapuskan tempat pembiakan Aedes dengan menukar air dan
membersihkan bekas bunga setiap minggu. Di samping itu, gunakan
bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas takungan air agar
nyamuk aedes tidak membiak. Dapatkan rawatan segera jika anda
ada tanda-tanda dijangkiti denggi untuk melahirkan ahli keluarga
yang bebas daripada penyakit. Oleh itu, ambillah pelbagai tindakan
untuk menghapus dan mencegah denggi.

[88 patah perkataan]


Membaca merupakan satu amalan yang mulia untuk semua
murid. Setiap murid boleh membaca pelbagai bahan bacaan di
perpustakaan. Carta yang diberikan menunjukkan peratusan
murid mengikut jenis buku yang dibaca.

Buku ulang kaji menunjukkan peratusan yang tertinggi iaitu


sebanyak 4o peratus berbanding dengan bahan bacaan yang lain.
Seterusnya, sebanyak 25 peratus murid memilih membaca buku
cerita untuk mengisi masa lapang. Selain itu, kamus menjadi
panduan kepada murid-murid untuk mencari makna perkataan.
Manakala, majalah pula menunjukkan peratusan yang paling
rendah berbanding bahan bacaan yang lain.

Kesimpulannya, amalan membaca perlu diamalkan oleh


setiap murid untuk membantu kecemerlangan dalam pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai