Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Epidemiologi memainkan peranan yang penting dalam bidang perubatan. Ia

digunakan untuk mengetahui taburan sesuatu penyakit yang berlaku di dalam

sesuatu komuniti di negara kita. Epidemiologi merupakan kajian tentang

taburan dan penentu terhadap penyakit dan kesihatan dalam kelompok

manusia yang membolehkan perancangan perkhidmatan kesihatan dapat

dilaksanakan secara rasional, pemantauan penyakit dapat dilakukan serta

program pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan dan dinilai

keberkesanannya.

Di Malaysia, kita dapat mengetahui anggaran penyakit serta mengetahui

punca-punca yang menyebabkan penyakit tersebut berlaku dan mengetahui

golongan-golongan yang berisiko untuk menghadapinya.

Epidemiologi ini juga, dapat merancang perkhidmatan kesihatan dan dapat

melaksanakannya dengan baik oleh pihak Kementerian Kesihatan serta dapat

melaksanakan program pencegahan dan kawalan. Selain itu, keberkesanan

daripada prkhidmatan kesihatan serta program-program yang dijalankan

perlulah dinilai dari semasa ke semasa bagi memastikan program dan

perkhidmatan yang dijalankan memenuhi objektif yang ingin dicapai.

1
OBJEKTIF KAJIAN:

Dalam tugasan ini juga, objektif bagi tugasan ini adalah bertujuan untuk

memahami konsep asas dan elemen-elemen penjagaan kesihatan seterusnya

bagi mendedahkan calon (pelatih) kepada sistem penyampaian kesihatan

kebangsaan.Dari segi tugasan pilihan iaitu Epidemiologi tersebut, objektif

tajuk ini dapat menjelaskan lebih mendalam lagi mengenai kegunaan

epidemiologi dalam bidang kesihatan.

Selain itu, Epidemiologi ini juga menerangkan cerapan dan taburan penyakit

yang bermula dari dahulu, sekarang serta pada masa akan datang. Bukan itu

sahaja, dalam tugasan ini Epidemiologi juga dapat menerangkan proses

kejadian penyakit berjangkit yang berlaku malah dapat membincangkan

mengenai peranan Penolong Pegawai Perubatan berkaitan dengan

Epidemiologi dalam bidang perubatan .

2
DEFINISI EPIDEMIOLOGI

Epidemiologi ini berasal dari perkataan greek iaitu “epi” yang bermaksud

“diatas” dan “demos”bermaksud orang ramai. Perkataan “Epidemic” merujuk

kepada kejadian kes peyakit berjangkit seperti kolera, dan small pox yang

boleh menyebabkan kematian beribu-ribu orang. Secara umumnya, perkataan

epidemiologi boleh diertikan sebagai satu ilmu yang berkaitan dengan

penyakit dan hubungannya dengan orang ramai.

Mengikut WHO (World Health Organization) Persatuan Kesihatan Dunia,

Epidemiologi didefinasikan sebagai yang dimana merupakan kajian mengenai

pengedaran dan penentu bagi kesihatan dan penyakit dlam populasi manusia

bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan dapat merancang secara rasional

serta pengawasan penyakit yang akan dijalankan dan program pencegahan dan

kawalan yang akan dilaksanakan dan dinilai.

“The study of distribution and determinants of health and disease

in human population to enable health services to plan rationally,

disease surveillance to be carried out, and preventive and control

programmes to be implemented and evaluated”

Definisi ini dinyatakan oleh WHO semasa satu kertas kerja di Manila pada

tahun 1980, semasa perbentangan kertas kerja berkaitan dengan pengajaran

epidemiologi. Terdapat juga beberapa definisi mengenai Epidemiologi ini

yang dimana, menurut Judith S. Mausner mengatakan bahawa Epidemiologi

merupakan “taburan dan penentu penyakit” dan hubungannya dengan populasi

manusia.

3
KEGUNAAN EPIDEMIOLOGI

Bidang Epidemiologi merupakan asas yang penting untuk mendapatkan

maklumat dan membuat tafsiran yang diperlukan dalam perancangan

kesihatan. Kegunaan Epidemiologi secara umumnya adalah bagi menentukan

faktor etiologi sesuatu penyakit. Faktor etiologi merupakan faktor bagi

mengesan atau mengenal pasti punca atau penyebab sebenar sesuatu penyakit

di komuniti. Penyebab sesuatu penyakit boleh dikenalpasti dengan adanya

kaedah yang sistematik semasa memeriksa pesakit ataupun semasa

penyiasatan wabak dengan mengunakan kaedah tertentu seperti tempoh masa

penyakit itu terjadi, pesakit yang terlibat, tempat kejadian, sejarah penyakit

dan lain lagi. Kaedah tersebut dapat membantu menentukan jenis penyakit,

taburan dan faktor yang mempengaruhinya. Oleh itu, tentukan agen penyakit,

hos dan persekitaran yang penting dalam langkah pencegahan dan kawalan.

Selain itu, mengenalpasti golongan yang berisiko tinggi terhadap sesuatu

penyakit. Pengenalpastian dapat dilakukan melalui teknik penilaian kepada

risiko penyakit “risk assessment” atau kajian epidemiologi. Melalui kaedah

Epidemiologi individu atau kumpulan yang berisiko terhadap sesuatu penyakit

dapat dikenalpasti dan diambil tindakan pencegahan dan kawalan. Contohnya

penyakit AIDS atau dikenali sebagai penyakit HIV ( Human Imuno Virus)

yang dimana telah dikenalpasti penyakit tersebut sejak bertahun lamanya.

Antara kumpulan yang berisiko kepada penyakit tersebut adalah mereka yang

melakukan aktiviti seks bebas, melakukan perkongsian jarum, serta daripada

proses pemindahan darah boleh menyebabkan penyakit tersebut dapat

dijangkiti. Tindakan pencegahan dan kawalan telah dilakukan dengan berbagai

4
cara seperti pendidikan kesihatan, khidmat nasihat, bimbingan dan sokongan

juga telah diberikan kepda pesakit yang telah dijangkiti penyakit terbabit.

Pada masa yang sama, Epidemiologi ini juga dapat menilai perubahan akibat

sesuatu penyakit (tren masalah kesihatan) dengan mengesan komplikasi serta

mengenalpasti kebaikan atau kelemahan sesuatu program yang dijalankan.

Bagi mengenalpasti perubahan tren masalah kesihatan, data epidemiologi

tersebut dapat membantu bagi mengenalpasti masalah kesihatan tersebut. Hal

ini kerana, perubahan tren penyakit mempunyai hubungkait yang rapat dengan

populasi sesuatu masyarakat penghijarahan (migrasi) budaya, geografi,

infrastruktur, dan teknologi. Sebagai contoh, perubahan tren masalah

kesihatan yang boleh dilihat di Malaysia adalah sejak dari zaman kemerdekaan

hinggalah pada masa ini yang dimana, sewaktu kemerdekaan kurangnya dari

segi pendidikan dan kemudahan kesihatan dan menyebabkan penyakit

berjangkit seperti malaria, tuberkolosis dan lain lagi. Dan apabila negara sudah

maju, penyakit berjangkit tersebut dapat dikawal, tetapi penyakit yang

berkaitan dengan cara hidup menjadi faktor permasalahan lain pula seperti

AIDS, Hipertensi, Diabetes semakin meningkat hasil kerana cara hidup

seseorang individu tersebut yang tidak mengamalkan cara atau gaya hidup

yang sihat.

Seterusnya, kegunaan Epidemiologi juga adalah bagi merancang keperluan

kesihatan masa kini dan hadapan bagi meningatkan taraf kesihatan. Aspek

keperluan yang perlu dititikberatkan adalah aspek dari segi keperluan sumber

manusia yang dimana, tiadanya sumber manusia seperti kurangnya jumlah

doktor dan pakar-pakar perubatan yang ramai maka akan menyebabkan

perkhidmatan kesihatan yang dijalankan akan menjadi lemah. Malah,

5
keperluan teknologi juga amat penting dalam bagi merancang keperluan

kesihatan pada masa kini kerana teknologi merupakan alat penting bagi

memperoleh tahap kesihatan yang berkesan setaraf dengan negara luar sana.

Oleh demikian, dengan adanya data epidemiologi tersebut keperluan tenaga

kerja, sumber kewangan, teknologi yang sesuai dapat dirancang dari semasa

ke semasa, seterusnya keperluan kesihatan negara dapat dirancang dengan

efisien.

Epidemiologi juga berfungsi bagi menilai langkah-langkah pencegahan,

terapi, dan intervensi serta menyiasat mengenai sesuatu wabak yang berlaku.

Siasatan yang dijalankan adalah berasaskan laporan dan rekod yang telah

dikenalpasti bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini

daripada berlaku. Epidemiologi ini dapat mengenalpasti langkah pencegahan

dan kawalan yang secepat mungkin bagi sebarang penyakit melalui teknik

merekod dan mencatat penemuan klinikal atau lapangan yang sistematik dan

dapat dianalisa. Sesuatu masalah kesihatan seperti penyakit berjangkit dapat

dipantau dan diambil tindakan dengan segera. Langkah intervensi yang

spesifik dapat dilakukan dengan adanya pengesan awal mengenai sesuatu

masalah kesihatan. Bagi membantu kepada penemuan kaedah terbaik bagi

sesuatu terapi masalah kesihatan adalah melalui kajian-kajian yang

didokumentasikan hasil dari penemuan klinikal dan lapangan yang dijalankan.

Bagi menyiasat sesuatu wabak, tanpa kaedah epidemiologi yang baik, sesuatu

penyakit sukar dikenalpasti punca dan cara penyebarannya.

6
SKOP EPIDEMIOLOGI

Epidemiologi secara asasnya menentukan dua perkara utama iaitu menentukan

jenis dan sejauh mana masalah penyakit tersebut dan penyebab penyakit

tersebut berlaku atau sebab penyebarannya dan kedua adalah kawalan dan

pencegahan penyakit. Bagi membolehkan kedua-dua perkara dapat

dilaksanakan, satu pendekatan dan kaedah digunapakai.

Antara pendekatan epidemiologi untuk mengenalpasti jenis penyakit dan

keterukan sesuatu penyakit itu adalah:

Data- data yang dikumpulkan adalah seperti:

- Tempoh masa penyakit itu terjadi

- Pesakit yang terlibat

- Tempat kejadian

- Variasi klinikal kes

- Kekapan dan kelaziman kes (incidence & prevalence)

- Sejarah penyakit

- Ciri-ciri penyakit ( Clinical features of disease)

- Gambaran keadaan penyakit secara menyeluruh bagi

individu dan komuniti dan lain lagi.

Pendekatan Epidemiologi untuk memhami penyebab penyakit atau perebakan

sesuatu penyakit pula adalah:

- Penyiasatan epidemik

7
- Mencari faktor yang penyumbang kepada kesihatan dan

penyakit

- Mengenalpasti hubungkait penyebab-penyebab penyakit

- Menentukan risiko yang dihadapi oleh individu untuk

mendapat penyakit

- Menganalisa peranan yang dimainkan oleh hos, agen, dan

persekitaran dalam proses kejadian penyakit

- Root cause analysis

1. Kajian Epidemologi

Kajian Epidemologi

Cerapan Intervensi /
Eksperimen
Non- Intervention

Eksplorasi Cubaan
Deskriptif Analitik
prevalens masyarakat

Kohort Cubaan
lapangan

Kes kawalan
Cubaan klinikal

8
Kajian epidemiologi merupakan suatu alat atau instrument yang merupakan

cara-cara bagaimana data-data dikumpul daripada sumber atau cara

pemerolehannya. Data-data yang dikumpulkan ini adalah dinamakan sebagai

cerapan atau bancian (census). Cerapan terebut boleh dilakukan dalam

berbagai bentuk samaada retrospektif, hirisan lintang atau ataupun prospektif.

Cerapan secara langsung oleh penyelidik dikenali sebagai data primer. Data

sekunder adalah hasil pengumpulan oleh penyelidik lain seperti buku, laporan

dan lain-lain.

Kajian analisis dibahagi kepada dua iaitu kajian kes kawalan dan kajian

kohort. Kajian kohort ini merupakan satu kajian yang dimana dalam

menentukan etiologi sesuatu penyakit, penyelidik akan mengikuti suatu kohort

untuk sesuatu jangka masa tertentu dan mengukur kejadian penyakit yang

berlaku. Kajian kohort biasanya mengambil masa yang lama dan berbentuk

prospekif. Kajian kohort dijalankan dengan melakukan perbandingan dengan

kes kawalan dalam tempoh masa tertentu (pre dan post). Kajian ini

mengumpul data dari satu kumpulan ke kumpulan tertentu dengan mengikut

metodologi kajian. Kumpulan kawalan tersebut terdiri daripada mereka yang

tidak terdedah kepada faktor risiko tersebut. Sepanjang kajian dijalankan,

status penyakit akan ditentukan dan diukur berulang kali pada setiap individu

terbabit.

Pemilihan kohort daripada orang yang terdedah kepada faktor penyebab

penyakit berlaku. Ia dapat dijalankan dengan melakukan tinjauan terhadap

semua sampel atau populasi dan menentukan status kesihatan mereka.

9
Kajian kes kawalan pula, merupakan kajian kes retrospektif . Kajian kes

kawalan membandingkan data dari kumpuan yang berbeza ciri-ciri

sebagaimana yang telah ditentukan oleh metodologi kajian (kumpulan

kawalan dan kumpulan sasaran).

Kajian eksperimen terdiri daripada cubaan klinikal, cubaan lapangan dan

cubaan komuniti. Cubaan klinikal dimana eksperimen dilakukan kepada satu

populasi dengan mematuhi ciri pensampelan, menguang bias yang terjadi dan

lain-lain seperti isu etika, kebenaran untuk menjadi ujikaji. Cubaan klinikal

menjadikan pesakit merupakan suatu subjek dan penilaian potensi dapat

dilakukan menerusi rawatan yang diberikan. Selain itu, cubaan lapangan pula

melibatkan orang awam sebagai subjek utama. Ia memfokuskan kepada

kaedah perlindungan kepada penyakit.Pada masa yang sama, cubaan komuniti

merupakan kajian yang dijalankan dengan membandingkan keputusan kajian

terhadap dua kumpulan komuniti yang diuji.

2. Kawalan dan pencegahan penyakit

Kefahaman tentang taburan, faktor risiko dan penyebab serta faktor yang

mempengaruhi sesuatu penyakit tertentu akan dapat menjadi asas dalam

program kawalan dan pencegahannya. Bidang-bidang lain seperti genetik

molekul, entemologi, turut memberi sumbangan dalam program tersebut.

Pengukuran status pendedahan dan penyakit

Pendedahan kepada faktor penyebab boleh dikenalpasti dengan menggunakan

pelbagai kaedah atau cara seperti memeriksa rekod, pemeriksaan perubatan,

dan penilaian persekitaran. Tindakan susulan haruslah dilakukan terhadap

10
subjek kajian yang dijalankan. Tindakan susulan tersebut haruslah lengkap dan

sama untuk semua kategori pendedahan, mempunyai mekanisme bagi

membolehkan majoriti kes dikenal pasti, dan membolehkan pemeriksaan

semula dijalankan apabila perlu dan secara tidak langsung dapat

mengurangkan bias pengukuran yang mengancam kesahihan kajian kohort.

11
Mengukur kekerapan penyakit

Kekerapan penyakit boleh diukur menggunakan dua kaedah statistik

epidemiologi iaitu kadar prevalens (kelaziman) dan kadar insidens (kejadian).

Kadar prevalens (kelaziman) ialah perkadaran kumpulan (bilangan individu

yang mempunyai penyakit pada masa tertentu yang diukur secara tinjauan.

Manakala kadar insidens pula merupakan kebarangkalian manusia yang sihat

mendapat penyakit dalam tempoh masa tertentu. Ia biasanya berlaku secara

berkala bagi melihat timbulnya kes-kes baru.

KADAR PREVALENS

Kadar prevalens bergantung kepada dua faktor:

- Bilangan individu yang pernah sakit pada masa lalu

- Jangka masa penyakit mereka (populasi kes dalam tempoh

masa tertentu)

Kegunaan kadar prevalens dan kadar insidens adalah untuk meramalkan masa

depan penyakit, kemungkinan penyakit baru yang akan wujud maka data

epidemiologi dapat digunapakai. Selain itu, dapat menentukan keberangkalian

penyakit dan membandingkan kekerapan penyakit yang berlaku dikesemua

negeri maka data dapat dihasilkan bagi mengenalpasti negeri yang mempunyai

faktor yang tinggi. Bahkan dapat menentukan beban kerja dan penggunaan

sumber.

12
PERANAN PELATIH PEMBANTU PERUBATAN (PPP)

DALAM EPIDEMIOLOGI KEPADA KESIHATAN:

Dalam Epidemiologi ini, sebagai pelatih pembantu perubatan berperanan

untuk mengumpul dan menyimpan rekod secara sistematik data dan statistik

berkaitan kesihatan dan penyakit perihal penduduk dan juga kemudahan asas

yang disediakan bagi mengesan secara aktif terhadap personel kesihatan

terhadap lokasi kes, mencatat maklumat klien, menjalankan prosedur

pengesanan merekod maklumat prosedur, dan memastikan keputusan ujian

atau memaklumkan kepada pegawai atasan.

Selain itu, turut sentiasa mengemaskini retan dan graf berkaitan demografi

dari masa ke semasa. Reten dan laporan merupakan dokumentasi yang penting

untuk data epidemiologi. Reten dan laporan hendaklah menggambarkan

setepat mungkin maklumat yang sebenar. Contoh reten ialah Reten Acute

Gastroenteritis, manakala contoh laporan ialah Laporan Tahunan Aktiviti

Klinik.

Notifikasi pelaporan penyakit adalah notifikasi penyakit yang diwartakan,

dengan merekod penyakit yang dinotifikasikan untuk tujuan pemantauan data.

Notifikasi boleh dibuat melalui kaedah telefon, dan borang notifikasi.

Melapor dengan segera penyakit yang dikesan agar pemantauan epidemiologi

dapat dilakukan dengan segera serta mengemas kini peta operasi dari semasa

ke semasa supaya memudahkan perjalanan kerja.

Bukan itu sahaja, Pembantu perubatan bersama dengan pihak atau anggota

yang terlibat haruslah bekerjasama dalam tindakan dan tinjauan epidemiologi

13
ini atau penyiasatan kes. Dengan melakukan promosi kesihatan, membantu

dalam merekod data berkaitan aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan

kepada komuniti serta memastikan sumber untuk promosi kesihatan.

14
RUMUSAN

Dalam tugasan ini, apa yang diperoleh dalam subjek Kesihatan Komuniti

dalam tajuk Epidemiologi memainkan peranan yang penting dalam bidang

perubatan untuk menentukan etiologi atau punca sesuatu penyakit dan

mengenalpasti golongan yang berisiko mendapat penyakit.

Epidemiologi merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji taburan dan faktor

yng mempengaruhi kesihatan dan penyakit dalam sesuatu komuniti manusia.

Selain itu, sebagai pelatih pembantu perubatan ia juga penting untuk

merancang keperluan kesihatan semasa dan meramal keperluan dari semasa ke

semasa. Bahkan, epidemiologi tersebut merupakan subjek yang amat penting

dalam pembelajaran kerana dapat diaplikasikan sewaktu bekerja nanti.

15
RUJUKAN

INTERNET:

1. http://www.slideshare.net/tilahunigatu/epidemiology-notes

2. www.biology.cam.ac.uk>isbm>notes-epi

3. www.personal.soton.ac.uk

BUKU:

1. Judith S. Mausner dan Shira Kramer,1994, Epidemiologi Suatu


Pengenalan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Osman Ali, 1990, Kaedah Epidemiologi, Dewan Bahasa dan Pustaka

16
Segitiga Epidemiologi

Agen
Persekitaran

Hos

17
Contoh Data Taburan Penyakit

18
19
20

Anda mungkin juga menyukai